My photo
Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.

Wednesday, June 30, 2010

~Pelajaran Terhebat Untuk Saya~

Salam dan selamat tengahari,
ermmm, nak update antenatal class yang saya attend minggu lepas,
Alhamdulillah, saya berjaya attend sampai class habis,
Walaupun hanya seorang saya buat relax je..hohooh,
Sedangkan, setiap orang yang pergi tu semuanya dengan pasangan masing-masing,
Adeh...mula2 malu la jugak,
Tapi akhirnya saya zero aja dong,
hehehhe...yang penting ilmunya bukan malunya kan?

So pagi tu, dari serdang..saya drive ke Bangi,
Sampai sudah di Annur, saya memerhati je dulu dari dalam kereta,
Maklumlah awakkan datang sorang je,
Memang seganlah kot nak merayau-rayau tanpa haluan,
Sampailah saya mcm terdapat dua hingga tiga pasangan yang saya rasa diorang ni pun nak join class tuh,

Saya pun terus turun kereta dan pergi tanya kat kaunter dlm klinik Annur,
"Assalamualaikum, tumpang tanye, kat mane antenatal class tuk arini ye?"
"Ohh, Class tu kat sebelah klinik On G"
oklah...selepas berterima kasih dengan nurse tu, saya terus la pergi mencari tempat yang dimaksudkan,
Adehhhh...ndak jumpa dong,
Maklumlah awak sensorang kan, so saya tunggu la beberapa ketika di  luar klinik,
Rupanya, peserta yang lain dah de kat Chelos,
Tempat breakfast yang di sediakan,
Semuanya sudah mendaftar disana,
Baru je nak melangkah ke kedai tu, semuanya dah bangun menuju ke clas, saya pun follow je la...

Then, dalam class,,,
Saya tetibe kepelikan melihat diorang ni semuanya bawa goodies..
eh ade dapat goodies ke?
Adoiii..komfem ada pendaftaran tadi  kat tempat breakfast...adoii..
Dan nasib baik kak pendaftaran tu sgt lah baik,
So saya teruslah daftar kat dia dan dptlah Goodies Mamil..hhohoho,

Dan bermulalah sesi class,
Semuanya lebih kurang 40 orang kot..
semuanya bersama couple masing2,
Hanya kerusi sebelah saya saja yang kosong,
Adoi....zero aja dong,
Hehehheheh...
Bermulalah class dari pagi sampai tengahari,
Pagi tu class memang tentang kelahiran cara islam,
Then class penjagaan dan penyediaan bayi baru lahir,
Pastu class breastfeeding, oohh sgt bersemangat rasanya untuk BF nnt,Insyaallah...moga dimudahkan lah,
dan adelah lagi 2 class yang berkaitan dengan pemakanan semasa pregnant...

Dan lunch......
Seperti biasa dengan machonya saya lunch dengan seorangnya,
Hehhehehe..mkn tengahari pun disediakan ok...
kiranya dari pagi sampailah ke petang mmg makanan disediakan,
Sedih juga melihatkan pasangan lain ada yang suaminya ambilkan tuk dia...
Mkn berdua...ada kwn nak sembang...
Saya sembang juga dengan suami saya, tapi dlm hanset ajelah..heheheh
Ohh, lupa saya nak kasitahu,suami saya outstation 3 hari dan saya dapat panggilan untuk join training sehari sebelum,
So mmg lah tak sempatkan sebab suami saya masa tu dah berlepas ke Sarawak,
Dan saya ada juga mintak tangguh nak bulan Julai,
Tapi tempat dah terhad, kalau tak pergi minggu lepas saya dah tak dapat joinlah kan,
sbb bulan 8 dah due,
So saya nekad aje..hehhe..dan saya juga tak sangka saya dapat join sbb nama saya hanya di waiting list...

So sambung,
Lepas solat zohor,
Class bersambung...
Kali ini mmg class tentang labour la..
termasuklah bius epidural dan lain2...
tapi yang paling buat saya terkesima,
Bila diorang tunjuk video seorang perempuan di US tak silap,
Dia bersalin normal tanpa di potong di bahagian bahagian bawah,
dan lubangnya juga tidak terkoyak hingg ake punggung,
dan tiada darah yang kuar sebabnya mmg dia berusaha untuk lahir normal tanpa di gunting...
Dan disitulah saya dan peserta lain diajar cara pernafasan dan pain management,
Memang lah masa belajar rasa ok je,
Tapi bila saya membayangkan harinya nanti??????
Mohon kekuatanNya...berserah padaNya....amin Ya Allah...

Dan perasaan terbawa-bawa bila pulang ke rumah,
banyak juga pengaran yang saya dapat,
Dan saya sudah sharing dengan suami...;-) itu mesti!!!!!
Dan seperti biasa, ada lagi ayat suami saya yang menyentuh ke terus ke kalbu,
Suami saya seperti tahu gelora di hati saya ini,
Sudah pasti setiap ibu yang mengandung di saat yang hampir dengan kelahirannya,
Pastii ada yang mengusik jiwanya,
Pasti ada kerisauan di hatinya,
Dan suami saya berkata...
"Alhamdulillah, bagus bila kita sudah berilmu, bagus ejan sudah tahu dan tgk cara seorang ibu yang nak melahirkan...tapi kita jangan lupa dengan ilmu yang kita ada, jangan kerana ilmu kita rasa bangga,
iya, mmg bagus kalau kita berilmu, tapi lagi bagus kalau dengan ilmu jugak kita beristiqamah, berserah pada Allah sesungguhnya, serahkan diri ibarat kita perjuangkan anak yang nak dilahirkan, letakkan keyakinan yang Allah itu menentu segala, memang kita akan sakit, tapi bila keyakinan tertinggi yakni berserah sepenuhnya kepada Allah, disitulah kekuatan yang luar biasa yang akan kita dapat, bagaimana rasa itu? kita akan rasa bila kita zerokan semuanya...Kenangkan perjuangan ibu lain yang hanya bersalin seorang diri...Maryam...hanya seorang diri bersandar di pokok kurma melahirkan Isa, kesakitannya hanya dia seorang, tiada suami, tiada doktor atau nurse bersamanya, memang kehidupan kita sekarang tidak sama seperti zaman Maryam, tapi kita boleh dapat sedikit semangat perjuangannya, rasa cintanya kepada Tuhan yang redha segalanya, Dan sebagai ibu perjuangan kita menyelamatkan anak yang bakal dilahirkan...aminnn..moga ejan dipermudahkan...yakinlah Allah itu bersama ejan...bukan yakin bila suami ejan bersama ejan, kerana itu sebenar-benar keyakinan....kerana diwaktu itu doctor,,suami ..semuanya akan fikirkan keselamatan ibu itu lebih dari bayi..tapi siapa yang lebih fikirkan keselamtan bayi??dah tentu ibunya kan???................."

Ya Allah, meleleh air mata saya,
Semacam suami saya tahu apa yang saya fikir,
Memang sebelum tu, saya bercakap dalam hati, saya nak suami saya ada jugak diwaktu saya bersalin,
Saya nak suami yang pegang tangan saya,
Dan selepas kata-kata itu...saya lebih redha...saya rasa sebak kerana terlupa yang keyakinan hakiki saya itu Allah...saya hampir terlupa...saya ada Allah yang membantu...
Subahanallah...dan itulah pelajaran yang hebat untuk saya,
Moga untuk anda semua juga.........aminnnnnnnnn..
Moga segalanya dipermudahkan..........

Sekian dan terima kasih,
Jumpa lagi.....

-----------------------------@ Ummi A'eisya

~saya pening kelam~

Salam dan selamat tengahari,
Ohh..sungguh lama tak memblogkan diri,
Anywez, kesihatan juga kurang memberangsangkan,
Aduhai........

to aza: yong tak pegi check up kat Jameaton,
huhuhuhu.....

Sekian dan terima kasih
Jumpa lagi...

------------------------------------------@ Ummi A'iesya

Friday, June 25, 2010

shoping shopeng

Salam dan selamat petang yang sudah hujan hujan..

saya belumcrita episod membeli barang kan?
Ohh, nnt saya update ye.....
;-)


--------------------------@ Ummi A'eisya

Sunday : AnNur Antenatal Class

Salam dan selamat petang,
Wah, sudah lama tidak meng update rasanya,
hehehe, kesibukan sedikit dan agak malas juga,hehehhe

oohh..so sudah 31 weeks!!!
oohhh sungguh cepat masa deh,
sudah 2minggu berturut2 saya mencari-cari tempat yg buat antenatal class,
saya sebenarnye sudah register nama untuk class itu,
tapi waiting list,
sbb terlalu ramai agaknye dan saya hanya boley menunggu bila untuk dihubungi,
dan pada masa yang sama say try jugak cari di lain2 tempat..
ohh sungguh susah jugak,
sbbnye byk tarikh dikala tarikh yg tidak sesuai dgn saya,
satunya suami saya kan selalu ber outstation, dan dia juga susah untuk selalu ada,
saya nekad juga mahu pergi jika ada yg kosong, suami juga galakkan,
Ini pengalaman pertama saya,
Saya rasa perlu untuk tahu itu dan ini sebelum kelahiran baby saya ini :-)
Alhamdulillah...
Akhirnya waiting list untuk mggu ni masih ada dua tempat kosong,
SO ahad ini dapatlah saya join!
tapi saya seorang saja, tiada suami bersama tapi selalu dihati ;-)
Syukur, berkat doa suami jugak agaknye,

Kenape saya kate susah nak dapat antenatal class?
Pertamanya, kebanyakkan class dah penuh sampai Julai,
Dan mungkin sudah nak dekat puasa so class byk diteruskan bulan Oktober,
Ada juga yg lain2 tapi terlalu jauh dan ade tarikh yg dah terlajak (masa tu saya dah bersalin mungkin)

Hopefully, semuanya berjalan lancar,
Walaupun saya hanya akan attend kursus tu sensorang,
Tapi sekurang-kurangnya saya dapat gie kursus tu,
So gamble ajelah..hehhehehe...

ermm...ohh tadi saya dapat lagi 2 helai baju budak kecik dalam perut ini!

Sekian dan terima kasih,
Jumpa lagi...



-----------------------------------------------@ Ummi A'eisya

Monday, June 21, 2010

Faizi Versus Syazana

Salam dan selamat pagi,
mcm gempak je tajuk,
inilah hasil mengorak ngorek album lama okeh!
hehhehe..
tapi quality gambo agak kurang memuaskan bila hanya menggunakan camera yg tidak canggih ini ;-(


dia yang pengakap, saya yang tersengih.





dia yg tersengih, saya yang ntah pape..hahha


boy, pijah dan pekji (dia yang sedang duduk bersila,hoho)



dia yang rendah ini(sungguh debab jugak kan)


hehe..dia yang rendah inilah(adeh seksi)


dia yg rendah juga ;-)


debob!

ini kasi yg terang punya...hoohoh



ada sama ka??hohoohoh...






--------------------------------------------------------@ Ummi A'eisya



Ku Di Dalam Dilema

Salam dan selamat pagi (senyum aje) ;-),
Disaat pepagi yg suam kuku ni pastinya saya sungguh kemengantukkan,
Tapi sudah bersarapan (coco crunch je)adeh..,
dan air sedikit air soya (lama pula tak minum),
dan juga tidak lupa sunquick fresh dari rumah,


Sabtu lepas,
saya melepak di rumah my MIL,
dekat je, kat Serdang, about 20 min je dari Putrajaya,
disebabkan suamiku ber outstation so saya pun pegilah melepak disana,
dan kali ini keberhasilan melepak disana tiadalah yang sia sia sbb saya dapat barang baik punya!
hoohohooh, ape dia???
gambo old school beb..hahaha,
kalu mintak sendiri sendiri dari pok cik tu jgnkan takde, dia siap ckp lagi tak amek gambo masa kecik2,
tapi bila sekali selongkar perghhh banyak beb,
sungguh seronok lah saya ini...adeh,


jap jap,
nanti saya post gambarnya,
hehhe, hermm..
dilema yang menghantui saya saat ni bila mengenangkan sudah tidak berapa bulan untuk bersalin ni,
preparation?adoii, not really prepared ok!
ni haaaaaaaaaaaa dilema saya yang berbintang2 je kat atas kepala :


lum shopping barang2 baby
(walaupun dah survey kedai yang nak pegi beli tu, tak igt kedai ape, tapi area bangi)
nak bersalin kat mana?
(hospital serdang/putrajaya atau annur??)
bila dah bersalin nnt sebenarnya nak berpantang kat mana ni???
(mak saya kat kampung lum bg kata putus nak mai sini ke tak atau saya yang balik sana)
nak berpantang ngan set ape ye?
(yelah ade jamu tu, jamu ni, tak tau yg mana satu nak try)
pas bis pantang dah start keje, sape nak jage baby nnt?
(dah survey jugak dekat2 umah, dan tula tengah memikirkan lagi sbb my MIL ada gak offer)


itu yang tersenarai la,
yang belum tersenarai ni???
adoi..mmg byk pun, tapi wat relax,
take note, dan settle satu2..fuh...first time kot,
adehh....
oklah..tetibe pening dan kelaparan...mkn dulu deh.....
mkn lagi?


Sekian dan terima kasih,
Jumpa lagi.


--------------------------------------------@ Ummi A'eisya

Thursday, June 17, 2010

Since u in my tummy ;-)

Duhai anak,
disaat ini,umi dan abi baru sgt cornfirmkan dengan doc,

doc : Iye, mmg cornfirm kamu pregnant, baru 3 minggu,
ummi : Alhamdulillah ;-)

dan waktu itu, ibu dan ayah mana yg tak gumbira..
tiada kata bicara, hanya kalam syukur dijiwa 
Alhamdulillah...




Duhai anak,
Kamu sudah 2 bulan syg,
waktu ini ummi sebenarnya sungguh tidak larat,
Baring aje, tapi alahannya diwaktu petang dibawa ke malam,
sakit yang terasa, dipendam, takot2 kamu didalam terasa hati,
bukan niat untuk merungut duhai anak..ummi mu sakit,
tapi Subhanallah, abimu nasihatkan ummi,
ummi redha, demi kamu,
kerana sakit ini adalah sebahagian amal jariah ummi sepanjang kamu didalam rahim ummi,
Maka ummi pasti gembira walaupun ummi tak berdaya,
"Yakinlah dengan hikmah Allah sayang"

Duhai anak,
Lihatlah wajah ceria ummimu ini,
Subhanallah, sakit itu kian hilang, kerana redha itu,
dan kerana cinta ibu kepada kamu,itukan hikmah Allah sayang...
Kesakitan itu lenyap bila mengenangkan dirimu,
Hampir menjengah 4 bulan umurmu sayang....




Duhai anak,
Disaat ini..ummi sudah kuatkan...
Pipi pun sudah mula mencambah,
cute tak ummi kamu??
Abi kamu kate ummi dah boroi..hehe,
boroi???sgt tak sesuai kan syg.....;-)




Duhai anak,
Wah ummi dah makin cargas,
ke hulu hilir ummi driving,
kadang2 ummi usung kamu yang didalam perut ni ke serata pelosok alam,
kamu juga suka,
kamu sudah pandai berinteraksi, aduh..nahh kan betul..kamu tendang menendang ummi ye..;-)
Kamu sudah 6 bulannnn...;-)
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
Duhai anak,
kamu sudah membesar,
Perut ummi juga sudah terboyot2 kan,
Kamu juga sudah sgt aktif,
hehehe, sungguh!kamu happy ye kat dalam tu...
Abimu selalu pesan pada kamu kan..
"Baby masuk tido, jgn kicking ummi dah ye, sok main lagi tau, tido ek"
dan selepas itu kamu tendang sekali dan kamu pun masuk tido ye..hehhe


 




Duhai anak,
doa ibu dan ayahmu sejak dirimu dari dalam perut ibumu lagi,
tanda cinta dan kasih kami, dengarkanlah wahai si anak....

dengarkanlah doa kami untukmu...



"Duhai yang Maha Menggenggam Jiwa
Maha suci Engkau yang sentiasa menjaga hambamu dengan penuh kasih sayang,
Ya Allah, Engkau yang menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian,
Sempurnakanlah zuriat kami sepertimana Engkau sempurnakan kejadian kami,
Jadikan dia anak yang soleh solehah kelak,
Yang juga sentiasa mencintaiMu, Rasullnya, ibu dan bapanya, serta keluarganya,
Jagailah dia ya Allah,
Jadikan cintanya kepadamu ya Allah melebihi cintanya kepada dirinya sendiri, manusia dan air yang dingin,
Amin Ya Mujib,
Amin Ya Allah, "


------------------------------------------@Ummi A'eisya

Wednesday, June 16, 2010

Anakku ber"world cup"

Salam dan selamat petang yang sejuk jugak, sejuk sbb aircond la kot,
Aduhai mmg tidak ku daya,
Today nak masak ape ye?
dah kering idea plus dengan keadaan bdn yg sungguh tak larat,

Serba tak kena dan rasa untuk berbaring sahaja,


Tetapi, si kecik ini sungguh aktif dan sgt tidak bohsan,
Dan sememangnya sebegitulah juga diwaktu malam,
Yola anakku,
mungkin juga musim bola skang..so Anakku ber"world cup" la jawabnya,
Dia pun sibuk menendang ke sana dan ke sini,
Adehhhhhh....


Saya ini sudah semakin lemau,
Kerisauan jugak bila ada member dok tegur perut dah turun,
Aishhhh..mmg gitu ke?Tak ke awal lagi perut nak turun tu?
Ke sbb si kecik ini aktif sgt?
Byk soalan sudah menggasak di kepala(pe ntah ayat),

Dan perut jugak asik mencengkang,
Mungkin jugak kurang air,


Tapi semalam mmg bergelen telan air,
Al jawabnya mmg byk kali la bgn untuk kucilkan diri,
Adehhhhh,
Takpelah anak oiii, biarlah kamu aktif, 
Taklah ummi kamu ni merisau aje kalu kamu diam aje,
Dan skang makin sesuka dia menendang!adoiii..hehhehe,
Dan jugak perut akan terasa senak bila kiri dan kanan asik  bergolek,
Sampaikan bebudak opis ni dah selalu tgk perut saya ini berombak,
Tak ke sungguh aktif itu?
heheheh, takpelah anak si jantung hati, buatlah ape yg kamu suke ye..;-)
Gustilah puas2 tau, nnt dah kuar, kamu gusti Abi pulak ye,
OK? ok....setttttttttttttttttt!!!!!!!!
(sambil kami mencalit ibu jari masing-masing disebalik hijab yang memisahkan ruang nampak~~~adeh ayat apakah itu?)
Hijab dua dunia, didalam dan di luar, biar ada hijabnya, tetapi kita merasa kan syg?)


Sekian dan terima kasih,
Jumpa lagi...........


---------------------------------------@Ummi A'iesya

Saya yang tidak larat

Salam dan selamat pagi ye,
Terasa sudah berzaman tidak meng 'update',
Semalam pun sudah meng 'EL' kan diri kerna tidak tertahan rasa sakit di belakang,
Nak berjalan turun katil pun aduhai mak,
Tak daya den,
Akhirnya saya telah cuti semalam,
Dan hanya berbaring di rumah,

Ngilu2 kat bawah perut,
Mungkin baby sedang seronok untuk aktif dan sakit belakang pun asyik mengcengkam aje,
Tido malam pun terjaga-jaga,
Dan akhir kata, sekarang pun mcm tak larat,

Oklah,
Sekian dan terima kasih.
Jumpa lagi.....

-----------------------------------------------@Ummie A'iesya

Wednesday, June 9, 2010

^kampungku dan warnanya^adehhhh...


episod art tiong tiong kali ni agak berwarna warni..
kerana selalunya saya hanya menggunakan dua atau 3 warna,
kali ni byk juga....hehehheh..

nak kata kampung saya, mungkin jugalah,
kampung di penanti, mmg ada seket2 riaknya mcm gambar ni,
tapi imaginasi saya agak nipis dan bergaya selamber aje(melukis pun ade gaye ooo)
dan hanya mencilok kreativiti di zaman kanak2 dolu2..hohoh..
adehhhhh...
keberhasilan gambo ini sudah mampu buat saya sengeh sampai ke mata..
hehhehhe, sbbnya saya suka!!!!!!!
hohohoohoho, kalau kamu kamu tidak suka, maafkan ye..adoiii,
sebelum mengarutnya berganda biarlah saya mengundur dulu.

Sekian dan terima kasih.
Jumpe lagiiiiii....

-----------------------------------------@Ummie A'eisya

^Saya dan petua mak^

Salam dan selamat pagi (juga sejuk dan mengantok)
Kalau disorongkan bantal pasti lentoknya sampai ke petang,
Bebasa basi di pagi hari mmg syok juga tuk dilayan kan,
dan hari ni seperti biasa kitaran kehidupan untuk saya tiada yang terlalu byk berbeza,
Cuma hari ini suami ada di rumah,
saya mungkin akan ber half day (bukan sbb ada suami di rumah ok..);-)
sbb saya akan check up di annur,bangi dan terus ke IJN selepas itu,
bapa saudara suami saya operation jantung hari ni,


erm,,,cerita tentang baby saya pula,
dia juga sgt aktif beberapa hari ni, bergendang, berbola sepak juga bersepak takraw pun sudah agaknya, 
dan lagi suka dia bila saya minum sunquick orange tuh,
sekaligus membekalkan vitamin C tuk si tecik ini,
dan sewaktu ini saya juga sedang meminumnya la.....hohoho
saya juga suka dan sekaligus juga khasiat tuk baby saya,:-)


dan kini perut saya juga sudah makin membulat,
kalu vacuum carpet pun dah termengah2, mop lantai apatah lagi,
juga bertinggung diwaktu mencuci toilet,heheh(jgn slalu tapi bgus juga bila mencapai kandungan 9 bulan tuk menyenangkan proses bersalin nnt(kata kwn saya yang sudah beranak dua)


Dan semalam mak saya call,
saya pun tanyakanlah akar fathimah nya dah jumpa ka?
hehhehe, mcm biasa terlupa lagi daa katanya nak tanyakan org,
Tapi petua mak saya juga mudahkan masa dia bersalin dulu,
Disaat sudah sakit nak bersalin..makan telur ayam kampung dicampurkan dengan misalbah(madu lebah, bahasa org utara kata mak saya),
Dan ketiga anak2 mak saya ketika dilahirkan adalah secara normal termasuk saya semuanya mudah dan mmg ada yg tak sempat ke hospital sudah terbersalin dirumah(adik kedua saya, dia lahir songsang, heheh ayah saya kata mmg tak sempat dah waktu tuh)
cuma adik saya yg bongsu dan satu2nya lelaki sahaja yang mak saya tak buat cam gitu sbb dia czar..heheh
Dan semalam juga ayah saya kata
(jgn minum kat umah nnt hang terberanak dulu tak dan p hospital nnt)
hehehhe..aduhai, terasa nervous sekejap.
dan mgkin saya juga nak standby petua mak saya tu, mudahmudahan selamat ya semuanya..;-)
Tapi itulah kan zaman dulu takde kemudahan canggih pun senang je beranak ye, insyaAllah moga saya dan kawan2 yang nak bersalin nnt dimudahkan lah ye..amin!


Walaupun era dan zaman sudah berubah,
insyaAllah saya akan berpantang ikut tradisi turun temurun(mampukah?adoyai..)
dan mgkin saya bercadang bersalin di sini dahulu dan kemudiannya akan berpantang di kampung,
tgklah pada keadaanya nnt...
dan yang pasti due saya dia akhir ramadhan dan di awal Syawal..


(Syawal....kita beraya di sini lah ye nak oii)???????????:-)


Sekian dan terima kasih.
JUmpe lagi.....




---------------------------------------------------------@ Ummie A'eisya





Monday, June 7, 2010

^Layunya seperti bunga^

Salam dan oohh sudah petang bangat nih..
masih di ofis dong...
slalu tepat kul 5 saya pasti sudah cabut dari ofis ooo,
dan hari ini bukan kerana aura kerajinan yang menambah tetapi adalah terpaksa untuk memanjakan diri stay back coz de la sket2 kijjo yg kena submit esok,
hehhehe..yang pasti sudah penat loh..mahu balik nih...
so art for today..........:

adoi mak aihhh..
layu ke daku sepertinya???????
hehhehe

JUm cau dulu,
baby jugak sudah menendang nih..
jum balik jum balik!

Sekian dan terima kasih.
Jumpa lagi...........

------------------------------------------------------@Ummi A'eisya

Lagu Kita

Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...