My photo
Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.

Friday, April 29, 2011

~Playground Buzz!~

Salam dan hye,
Hari tu korang ingat tak masa tu umur Wafiy baru berapa bulan,
Saya dah semngat bawak gie taman menan,
Tapi mmg terpinga pinga lah diya,
Kali ni dah besar seket kita bawak lah lagik skali..
hehheh


Ini taman permainan di Putrajaya,
Bersebelahan dengan Persint Diplomatik,
Ada padang yang luas dan ada track berbasikal untuk training anak anak yg baru nak belajar berbasikal,
;-)
dan di bawah ini adalah gelagat Wafiy,
hehehhe,
Adehai lah....







Papan gelongsor basah sangat,
Tak dapat lah nak main...
hehehhe,
Itu pun dia nak melompat haihhhhh...
Dan saya berazam bawak dia next time lah ngan abie nnt...
heeeeee




sempat berposing tapi Wafiy lagi sibuk dengan Semut yang sedang berjalan jalan,
Ngeeeeeeeeeee....
Dan ini adalah entry berjadual,
Hehhehe...
And happy weekend everybody!

tata!

---------@ Ummie Aie'sya


Thursday, April 28, 2011

~When I Was At 8 Month~


Assalamualaikum dan hye hye,
hye acik, hye pak cik, hye momma hye pappa and hye my dear freinds!

Today adalah 28 haribulan,
Maka Wafiy jugak sudah berganjak ke 8 lapan bulan,

Dari mula lahir sampailah sekarang,
Saya masih setia menulis blog
(aiceh ceh, so tipu kan, budak kecik tak pandai menipulah)

Oklah, umie selalu story kan aktiviti Wafiy,
Progress Wafiy pun umie dah update.'
'
'
'

Wafiy asik menirap dan hanya merangkak setempat,
Bila nak merayap Wafiy adalah dlm keadaan menirap,
Maka habislah kotor baju Wafiy,
'
'
'
'
Wafiy dah boley duduk,
Tapi tak pandailah nak duduk sendiri sebab Wafiy skip tang merangkak kan,
Tapi kalau keadaan duduk Wafiy boley terus menirap sendiri,
'
'
'
'
Wafiy suka panjat panjat badan orang untuk berdiri,
Panjat sedaya boley!,
Hehehhe, dan sangat suka kalau orang pimpim tangan untuk berjalan,
walaupun hakikatnya jalan Wafiy bagai ular kena palu,
Hoyang dan hayang,
Hehehehhe,
'
'
'
'
Makan?
Jangan ceritalah,
Memang sejak dah boley makan,
Macam semua benda nak mkn,
Tapi kalau bubur,
Wafiy suka ayam dan lobak serta kentang,
Ikan pun sedap,
Pendek kata semua makan,

Tapi Wafiy heran lah makanan orang orang besar ni tak sedap pun!
Kadang kadang kalau Wafiy nak rasa,

eiiiiiiii, terus Wafiy buat muka,
Not  my taste!
hahahhahah.........

Berat badan Wafiy pun dah susut sikit,
Dulu masa 6 month Wafiy adalah 8kg,
But sekrang, minggu lepas baru timbang, 
Wafiy adalah 7.9kg,
hehehhehehhe


(Maaf tiada gambar)
Acara kesukaan Wafiy,
Wafiy suka aktiviti air,
mandi dan main buih sabun,
Pastu pap pap pap tepuk kat air tuh,
Habis terpik basahkan baju umie,
Ohh itu sukan air yang Wafiy gemari,
nanti besar nak soh abie ajar berenang,
Gedebush gedebush gedebush,
'
'
'
'
Kalau ada waktu senggang,
Wafiy suka berenang renang di ruang tamu,
Banyak khazanah alam yang wajib di jelajahi,
Antaranya video video dan buku buku di rak tv,
Boleh di jadikan rujukan di masa akan datang,
hehhehe, dan memasukkan diri ke dalam bakul.
'
'
'
'
Aktiviti agak lasak dan mencabar adalah "buggy jumping"!
hahahha,
gambar kat atas tuh masa atas katil,
Suka buat buat nak terjun!
herrrrrrrrrrrrrrrrrrr!
Kerana suka melakukan aksi terjun bebas dari tempat tempat yang tinggi,
Huihhhh,
Kecut perut mak!
haihhhh...
'
'
'
''
'

Selain itu,
Wafiy juga ringan tangan menolong umie memasak,
Supaya umie cepat rehat jadi haruslah tolong,

kan umie kan?
umie: Grrrrrrrrrrrrrrrrrr...
'
'
'
'


Wafiy juga dah pandai berkawan,
Suka sangat kalau ada orang dtg rumah,
Happy gilerrrrrrrrrrrrrrrrr.
'
'
'
'
'
Dan memang lah pandai jugak mengamuk bila nak tido,
Itu silalah tanya umie,
Wafiy no komen!
hahahhaha

Alhamdulillah,
Wafiy sudah 8 bulan,
Doakan Wafiy sentiasa sehat yer!
AMIN!

Sampai disini dulu,

See you!
Tata!


hermm ni buah epal kesanyangn Wafiy,
Tapi, Wafiy igt nak bg kat orang baca nih...
ohhh sayangnye nak lepaskan.........
but for you, i will!
;-)
terimalah!

bye bye.....

-------@ Naufal Wafiy

Wednesday, April 27, 2011

~W.W~

~Square Face~

Salam dan selamat pagi,
hehehhe,
Tajuk dah macam sponge bob,

Muka petak!
Ye, salah satu aksi yang paling da latest by Wafiy...
Adalah membuat memek muka,
Yang berbentuk PETAK!

Hahaha,
Cakap pasal petak,
Teringat JAMAN sekolah,
(jejawa sekejap,heheh)

Kat sekolah menengah memang sinonimlah menggelarkan orang,
Nama memang pelik pelik lah kan,
Tapi akhirnya orang tuan punya diri pun dah jadi lali dan suka
(tapi kalau org tu tak suka, berdosa tau)

Alkisahnya,
Ada sorang budak lelaki,
Namanya dot dot dot,
Hahahahha...
Kitaorang panggil dia PETAK?
Kan datin kan?
Kak mary and ina mat nor, betul kan?
hehehhe...
(ini antara my ex-schoolmate yang kdg2 baca blog nih)
Hehhehehe,

Sebab apa panggil dia PETAK?
Sebab seriously muka dia berbentuk petak,
;-)
oklah, actually nak cerita pasal Wafiy kan,
Menyelit pulak dah, ngeeeee
(jangan maraa ahh PETAK oiii, walaupun aku tau hang takkan baca punyalah blog aku nih)
hahahhahahah...

Ye,
Wafiy kalau geram,
terus dia tarik mulut dia lebar lebar,
Sambil mata terpejam pejam nak sepet,
dan HIDUNG dia mesti diye cam terpenyek lebih,
heheheh

Dan kalau menangis pun begitu!
Dan kalau terlalu suka juga begitu!
Mahu tengok...????????
'
'
'
'
'
'
'
perhatikan hidungnya..
hahhahaha,
ni bila membebel pasal mamak roti canai yang pakai selekeh,


ni kalau menangis
menangis sbb tak puas hati nak pegang jugak jugak botol bedak tuh

ni kalau mengamuk,
kuat betul tenaga tangan dia,
menempis dengan kuat,...
eyahh eyahhhh eyaahhhhh

wah...
ini kalau dah suka,
pun sama kan...
mmg petak,
abie dia kata mmg muka diya jadi petak

dan ini adalah aksi bersahaja,
kenapa cam bentuk petak juga???
'
'
'
'
kerana bentuk mukanya adalah petak lah!
hehehhehehehhe
sekian donggggg!

tata...

p/s : Wafiy gemar sangat buat hidung macam tuh!

-------@ Ummie Aie'sya


Tuesday, April 26, 2011

~Senang Dahulu atau Senang Kemudian?~


Salam dan moga hari ni penuh keberkahan buat kita. :D
So senyum please.............

Saya terpanggil untuk meluahkan yang tersimpan,
Luahan yang bukan menjatuhkan sesiapa,
Dan setiap baris perkataan yang bakal di persembahkan bukan pula berniat mengguris sesiapa,
Ini tentang realiti kehidupan saya sendiri,
Realiti yang saya sendiri hadapi.

Saya tak ingat hari apa,
Tapi yang pasti dalam bulan ini,
Saya terima message dari seorang kawan,
Kawan yang sama sama kerja di Bintang dulu,

Nak dijadikan cerita ,
Kawan ini telah 'text' saya dan bertanya khabar,
Dan kawan ini bertanyakan tentang saya dan keluarga,
Saya beritahu dia minggu tersebut suami saya outstation,
Dan suami pakai kereta, jadi saya mungkin tak dapat hadir majlis dia.
Kami taklah rapat kenal2 gitu je,
Kawan saya ini kemudian pun text lagi..

"Sya, suami ko selalu outstation ek? Macamna ek ko tinggal berdua dengan anak, aku tak boley lah...huhu"
Buat pengetahuan, bakal suami dia juga banyak kerja luar dan dia takot tak dapat nak terima..
Jadi saya jawab,
"Mula-mula dulu cam tak biasa, lama-lama biasalah...hehhehehe"
itu je saya jawab...

ok itu bab yang pertama.

Bab kedua.
Kawan saya ini tanya tentang pekerjaan,
Saya belum bekerja tetap, malah kontrak saya pun akan habis bulan 6,
dan kawan saya tanya lagi...

" Sya, ko tak sedey ke sekarang kerja camni, gaji seket?

dan dia tanya lagi....

" Ko tahu tak si Pulan dan si Pulan tu dah beli rumah kau, besar tau, kau bila lagi??"

Semuanya saya hanya jawab secara biasa dan tak keterlaluan...

"insyaallah ada rezeki nanti...:D"

Anggap saja kisah kawan saya ini seperti orang sekeliling kita juga.
Yang sering melihat jatuh bangun kita.
'
'
'
'
'
'
Kita bukak bab pertama,

Bagaimana hidupnya seorang isteri dan anak apabila suaminya tiada di rumah.

Dulu, kehidupan kurang sepuluh tahun dahulu,
Saya tak sekuat sekarang,
Saya sering mempertikai mengapa hidup begitu dan mengapa tak begini?
Memang penat.
Saya sering merasa kehilangan. Merasa tersisih. Merasa kurang.
Merasa dah mencuba sedaya upaya, tapi masih tak berjaya.
Akhirnya, kehidupan di masa itu, saya menjadi seorang yang tidak yakin.
Seorang yang tidak semangat.
Saya solat. Tapi hati masih tak tenang.
Segala yang negatif penuh dalam diri.
Saya tak fikir saya boley berubah.
Akhirnya saya merasa malas.
Belajar pun sambil lewa.

Bertahun tahun berlalu.
Saya masih sama.
Melakukan rutin kehidupan biasa.

Dan beberapa tahun terdekat ini.
Kehidupan betul betul mengajarkan saya.
Erti yang sebenar.
Erti perjuangan.
Erti Rahmat Tuhan.
Erti Sabar.
Erti rezeki dan nikmat Allah.

Saya sedar, isteri mana mahu sentiasa ditinggal tinggalkan.
Malah seorang isteri merasa damai bila suami di sisinya.
Merasa yakin dan selamat.
Itu tanggungjawab dan disitulah letaknya syurga kita.
Setiap perkara yang pertama kali berlaku dalam hidup kita pastilah kita merasa janggal,
Merasa tidak biasa,
Tapi apabila berulang rulang kali,
Ia seperti lali dan boley diterima,
Walaupun kadangkala ada rasa memberontak di jiwa,

Bagaimana ? Bagaimana buangkan perasaan negatif itu?
Kerana saya tersedar,
Hidup saya bukan milik saya.
Keluarga saya juga bukan milik hakiki saya.
Allah pinjamkan kepada saya, demi rasa cintanya Allah pada hambanya,
Untuk merasa nikmat bekeluarga,
Jadi seharusnya bagaimana saya mahu berbongkak mengatakan tidak pada ketentuanNYA.
Betapa malu berhadapan dengan Tuhan, apabila kedekut membahagi rasa,
Suami bekerja dan berjuang untuk anak dan isteri,

Tapi saya di sini?

Jadi...saya tanam dalam dalam dihati,
Bahwa Tuhan sudah berbaik hati memberikan segalanya,
Seharusnya di balas, seharusnya meredhakan dan mendoakan suami,
Supaya penat lelahnya diringankan dan dimudahkan.
Moga mengalir sama pahalanya kepada anak, isteri dan keluarga yang ditinggalkan,

Bila bersedih dan sunyi,
Lalu terus ingat dalam diri,
Siapa yang melihat dan menunggu kita,
Pastinya Allah,

Dan bila keyakinan itu datang, hati pasti tenang,
Yang kusut di leraikan,
Yang pilu lurut dalam senyuman,
Kerna janji Allah itu luar biasa.

Begitu dan sama juga bab keduanya,
Mengapa aku tak sekaya dia dan hidupku tak sehebat dia?

Rezeki itu datangnya dari Allah,
Melihat kebendaan, pasti mahu merasa ingin memiliki,
Jadi, Allah tak melarang jika kita berusaha asalkan tidak keterlaluan,
Biar istiqamah, jadikan tujuan hidup adalah kerana Tuhan,
maka Allah akan menyenangkan hati kita.

Menyenangkan hati bukan bermaksud Tuhan memberi segala kekayaan dunia.
Tapi Tuhan memberikan kita rezeki setiap hari,
Sesuap nasi hari ini adalah rezeki kita ;-)
Maka kita tak kan bersedih hati melihat kawan kita membeli kereta baru atau sebagainya,
Malah doakan rezekinya diperluas dan dipermudah,
Subhanallah melimpah limpah kekayaan akhirat kita. AMIN!

Indahkan janji Allah?
Takkan ada sekelumit rasa benci Tuhan kepada hamba yang bersyukur,
Hidup kita pasti tenang,
Jika setiap hari kita berdoa,
Dan merasa sehingga hari ini Tuhan belum memakbulkan kita,
Percayalah suatu masa nnt pasti!
Allah pasti makbulkan.
Jika bukan di dunia, maka di akhirat kelak.

Jika kita selalu berdoa pada Allah di perluaskan rezeki,
Allah itu Maha Dengar,
Walaupun sehingga hari ini kita tak kaya sekayanya,
Tapi Allah menyelamatkan kita dari bencana atau kemalangan,
Dan itulah cara Allah perkenankan doa kita.

Biarlah kaya sekayanya di akhirat.
Biarlah bahgia sebahgianya di akhirat.
Kerana di sana lah yang hakiki dan abadi.

Setiap hari saya masih memohon Allah terus beri kekuatan pada saya dan keluarga,
Setiap saat dalam hati saya , saya mohon Allah lindungi perasaan saya,
Perasaan manusia boley berubah,
Dekatlah pada Tuhan,
Sabar dan solat adalah penolong kehidupan kita di dunia....

"Wahai orang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu"
(Surah al-Baqarah : ayat 153)

Moga setiap hari kita terus dibantu Allah.
Saya dan juga kita. :D
Amin Ya Allah.

SMILE.
SENYUM.



------@ Ummie Aie'sya

Monday, April 25, 2011

~Pesan Pak Lebai Seman~


Assalamualaikum cuu...
Hok Hok Hok
(Batuk batuk kecil yang di buat buat)

Apa khabaq cue..
(Lebai adalah orang utaqa, maka wajiblah berbahasa utara)

Pak Lebai nak cakap sikit sikit ja today
(Lebai juga boley berbahasa Inggeris sikit sikit)

Dah makan ka cue?
Jangan tak makan, jangan diet teruk sangat tau,
Makanlah sikit ye buat lapik perut tuh...
Hok Hok Hok
(Lebai memang prihatin bab makan...)

Oklah,
Kalau tak makan lagi bawak bawak lah p makan naaa..
Nanti masuk angin...
(Lebai mmg banyak makan)

ok...
Selamat rehat dan makan tengahari
daaaaaaaaaa
(Lebai dah tak tau nak pesan apa dah...)

-------@ Naifal Wafiy

~Bubbles Pearls~

Salam dan selamat pagi,
alhamdulillah,
Selesai cuti satu minggu,
hehehheh...

Pagi ni abie baru nak bertolak balik dari Bintulu,
Moga selamat perjalanannya,

Buat ape last weekend?
hhehehe...
Hari Jumaat malam macam biasa pegi alamanda,
Memang tak boley kan tak pegi alamanderrrrr,
Kalau tak pegi rasa mcm pelik.
Hahahahha.
Actually pegi sana nak cari present,
Sebab esoknye nak ke melawat Imaan
Besdaynya Imaan and Atoknya Imaan,

Kalau dah singgah Alamanda mmg tak sah kalau tak beli bubbles,
Haiahhh haru kalau tak beli,
Rasa nak patah balik pegi beli,
Hahahhahah...
Nilah rupa bubbles pearls yang di kecoh2 kan dari dulu  tuh,
Kalau kat RnR sebelah Selatan or Utara mmg banyak juai,
Kadang2 sampai sold out beb!
Dan ini yang kat Alamanda,
ohh i'm so excited!
dengan penuh keterujaan!

muka blurr..
I belakon excited je tadi because my umie yg xcited okayy!!!

hooyehhh...
nilah! nilah! nilah!


jangan cuak tuan dan puan,
sekali lagi saya hanya berlakon yee...
tapi dengan semangatnya dia pegang straw sampai tertumpahlah sedikit...

hehehhe...
Wafiy nak main straw je...

Dan selepas tu kitaorang cari hadiah tuk Imaan..
Dan Wafuy sekarang kalau duduk dlm stroller tuh bukan main lagi,
Bercakap cakap dengan suara high volume!
fuhhhhhh...dia menegur orang tapi masyaallah kuat gilerrrr
Tak payah pakai microphone ...original !


oklah, 
itu je dulu...lepas gian lama tak ber update...hehhe
sbb before nih wat entry berjadual je...hehhe

-----@ Ummie Aie'sya


Thursday, April 21, 2011

~Yeba Yeba Yeba~

Salam dan hye,
Sekarang sedang di opis,
Kasi chance Wafiy bergomol dengan mok cik mokcik nih,
Kang kejap lagi ni nak balik dah,

Hari tu saya pegi klinik,
pegi kinik sbb saya yang anak amek ubat,
Pastu kat kinik kan ada mainan2,
Saya macam terkejut sbb Wafiy ni dah pandai xcited dengan mainan,

Heee...
mula mula naik ni,
tapi macam tak seronok pun dia..


dapat yang ini terus lain macam gayanya..
hahahhaha

Yebaa! yebaa!
ha tudia!
sakan betoi...
mengekek sangat,
tapi bukan kite punye ye Wafiy..
heeeeeeeee....

sibuk juga dengan sekeliling,
takot takot ade orang lain nak naik...

Wafiy : Umie..wafiy nak turun dah!
hehhehehe

--------@ Ummie Aie'sya


~Home Made : Italian Meatball~

Salam dan hye,
inilah resepi hujung minggu lepas,
Actually saya nonton chef wan masak,
Dan sangat lah cravy nak makan jugak,
Akhirnya ajak Wafiy tolong,
Itu yang cam gitu rupa Wafiy tuh dalam entry nih Chef Wafiy,

oklah...silakan................
layannnnnnnnn...
hehheheh..
daging cincang
daun bawang dan daun sup
keju yang dipotong potong
sedikit garam 
sedikit tepung

gaulkan daun bawang n daun sup bersama daging yang dicncang


jadilah seperti ini..


kemudian kepalkan cam gini

buat sedikit lubang dan letak cheese..
kalau banyak lagi best!
aummm..nyummeh!

kepal semula ..dan tempek tepung sedikit sahaja..

kemudian kasi goreng daaaaaaaaa

angkat dan tuang kuah ke atasnya..
untuk kuah..buat kuah spegetti je...

kite kasik belah tengah,,..
perghhh keju itu mencair seperti larva..
hahahhaha...
selamat mencuba!!!!!
western, tapi mudah beb!
sedap!
hehehhehe.

oklah...Wafiy sedang mencemburui..
dah bunyi2 ni...
bye bye tata
 --------@ Ummi Aie'sya

Lagu Kita

Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...