My photo
Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.

Thursday, December 10, 2015

~Kasih Yang Sampai Syurga~

Assalamualaikum,
Hye hye hye..
Aicheh..
Mood honeymoon...hehehheh

Alhamdulillah 4 December 2015 yang lepas ulang tahun perkahwinan kami yang ke 6. Eh eh eh awat sat sangat masa!
Dan masih lagi berempat, Dua cahaya mata. Yang sekarang duk di kampung. Depa yang request nak duk kampung. Huuuu.

So Umi Abie anniversary lah jawabnya sampai depa balik. Heee.

Terima kasih ya Allah.
Atas segala limpah kasih sayangMu yang tak terhingga.
Yang sentiasa menjaga hati dan jiwa kami ini.

Terima kasih ya Allah.
Kerana memberikan kebahagiaan di hati kami hingga kami mampu untuk tersenyum diwaktu gembira kami.
Walau dalam duka, Engkau sentiasa ada merawa duka pedih kami, dan akhirnya kami mampu ukir kembali senyum diwajah.
Terima kasih Ya Allah.

Itulah Allah yang tak pernah jemu memberikan dan terus memberi.
Dan itu cukup membuatkan kami sentiasa sendu mencari cintaMu.

Allahu Rabb.
Tolong jagai cinta ini untuk terus mencintaiMu,
Bantu kami untuk terus bahagia hingga ke SyurgaMu sampai bertemuMu,
Aaaminnn...



Tuesday, December 1, 2015

~Convocation Wafiy~

Assalamualaikum and hye people,

Wafiy Convocation 5 Tahun,
Alhamdulillah dah setahun berlalu,
Wafiy dah tamat KEMAS untuk umur 5 tahun...
Sekejap sangat berlalu,

Bayangkanlah mengenangkan umurnya dari umur new born sampai lah sekarang memang macam tak percayakan. Sekejap sangat weh!. Dari waktu kita kendong kendong, menyusukan dia hinggalah sekarang dah pandai bangun pagi, pergi sekolah, bergaul dengan kawan-kawan, pegi lawatan dengan sekolah, haihhhh...semuanyalah. Tak dapat nak lupa satu saat pun waktu anak kita baru lahir dulu membesar hingga lah umurnya yang sekarang.

Dan boley agaklah kan memang maknya itu dalam sendu bila tengok anak sendiri naik pentas, jalan amek scroll turun pentas. Malah hari hari yang nak sampai hari graduation tu sendiri kita maknya dah xcited, dia biasa ja..cuma dia ingatkan kita esok kena bangun awal nak naik pentas. Hehehhe. Dia feeling lain, kita ni bu, lain feelingnya. Dada ni berombak juga, happy sedey semua bercantum satu. Ya. Paling tepat nak diucapkan TERIMA YA ALLAH. Beri aku ruang, masa dan waktu untuk melihat pinjaman mu ini hingga hari ini.

Dan waktu itu juga kita akan melayang mengenangkan waktu kecik kita dulu, dan begitulah kita dan mak kita sendiri. Begitulah rupanya hiba sayu mak kita dulu melihat kita. Harapan apatah lagi. Semua yang kita rasa sekarang , mak kita dah rasa dulu. Bedebar, sedeh, kusut pkiaq anak makan ka dak, sedey tgk anak g skolah makan ke tidak, semuanya lah...dan kita akan sedar waktu sekarang yang kasih sayang ibu itu besar . dan kita makin sayangkan mak kita sendiri sbb kita sedar besarnya pengorbanan dan besarnya perasaan itu bila jadi ibu dan ayah ini

Menangis.
Sat lap ayaq mata.

And alhamdulillah bersyukur dan terima anak seadanya.
Dan..alhamdulillah..dah convo Wafiy haitu.


;)
gambaq yang ni malam before konvo..heee




Lagu Kita

Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...