My photo
Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.

Wednesday, March 30, 2016

~Cinta dan Cinta~

Post entry harap maap.
Hahahahahha.

Takdee mender nak post.
hehehhe
Kira WW ajelah ye...

Ok Bye!

Tuesday, March 29, 2016

~Hoki Final- Selangor VS Penang~

Last weekend,
Tak p mana pun,
Tapi suddenly tokde ajak p tengok Hoki,
So ayuhlah ke Stadium Hoki PJ,
Kat dalam UM stadium tu,
heheheh...
Oleh kerana cuti sekolah pun nak habis,
Ayuhlah memenuhi masa cuti sekolah kayaknya,
hahhahahah

Semua pakat excited sebab dah lama tak p stadium kot...



hahhahaha

Finale beb finale..
Selangor VS Penang,
Bersorak bukan mainlah kan...
kita kan Penang , Abi pulak Selangor,,,
Memang kecohlah anak branak..hahhaha
tapi kejadian menjadi kekecohan melampau apabila Aimy terlalu excited
(hahahah, rasa nak lari tutup muka masa tu)
Bayangkalah, perlawanan tengah berjalan,
dan masing pemain tengah sibuk strunggle nak jaringkan goal,
tengah semua kusyuk dok tengok tetiba ada satu suara yang datang dari arah celah2 penonton telah menjerit GOALLL!!!! (padahal takde pun goal kat mana pihak)
iye suara itu dari si aimy ini,
dengan tidak bersalah menjerit lagi dan bertanya dengan sekuatnya.."kita menang kan umi!"
Hhahaahahah
ko agak macamnelah semua orang berpaling dan memandang...
hahahhahah
nasib baik dia tu budak kecik...
orang pakat tersenyum dan tergelak jelahhhh
hahahhahaha
aduyaiiiiii

si emy mmg over!!!
hahahhahahahah

Dan akhirnya perlawanan pun tamat dengan 2-2..
seri..
so nak kena penalty pulak,
after penalty selangor dapat 1 mata...penang 0...
so Selangor menanglah,
Apelagi berjoget lambaklah abie depa...
hummmm
cuba lagi Penang!!!!

heeeeee

Sekian...dulu noooo

kami sekeluarga ehehehhehe
minah yang over confident si emy dan abg wafiy yang relax steady...
;)
peace yaw...!



Monday, March 28, 2016

~Abang Wafiy and Prasekolah~

Ni entry yang di taip hari Ahad,
kui kui kui,
Sengaja di jadualkan hari ini baru publish..
Semoga istiqamah lah umi oiii mengupdate!

heeeeeee


Dah masuk bulan 3 dan beberapa hari lagi menjengah lah bulan 4 ..
Tahun 2016...
aduyai...ke laut betul nak mengupdate,
hehehhehe

Ye tahun ni Wafiy dah masuk 6 tahun,
dan tidak lagi di KEMAS..
alhamdulillah rezeki Wafiy dapat ke Pra Sekolah tahun ni...

Berbanding di Kemas tahun lepas,
Wafiy nampak lebih semangat dan happy tahun ni di Pra Sekolah,
Balik sekolah pun eksited nak cerita ,
Homework pun nak buat,
Yang penting dia sendiri yang komen Cikgu Pra baik dan sayang dia..
Cikgu dulu garang,hehhehehe

So lebih lapang dada lah omaknya nak g kijo heeee,
Alhamdulillah moga terus sukses Wafiy ...
;)

ni gambar 1st day school ..
heheheh..
muka ketat tahan macho...


~Aimy Si Dobot~

Aimy Imani nama diberi..
eh eh eh...

Perempuan tapi besar hatinya,
Sebesar orangnya..eh eh eh..
Maap...hahahha
Oppss..kalau yang tengah makan sekarang better habiskan makanan dulu before teruskan membaca!
Hahhahahah..
tapi kalau hati kental, apa salahnya...hahahha


Kisah last week,
Anak ini dengan perlahan datang dan bagitau..
"Umi..emy tertelan bateri, cemane ni.."
Dengan muka terkebil kebil, mak gorila ni hampir bertukar dan bertukar menjadi ibu semula,,,
hahahhaha..
ye..anak ini ....
Anak ini telah menelan bateri !!
BATERI KO!!!!!!!!!!!!

Adui...bagai nak pusing jaltuh pengsan umi ni oiiiii
ini dah besar baru nak telan bagai..
dia sendiri pulak tu amek bateri hanset mainan yang kecik bulat tu...
Umi dah nerves la..bekali kali tanya bateri mana bateri mana...
last skali double komfem ngan abang..
Abang pun tak nampak tapi si abang terus spot check hanset mainan 'sofia" aimy..
Yes..mmg bateri tu takdak kat tempatnya..
Sah! Komfem..
Oleh kerana kejadian tu malam...nak tggu dia berak mmg tak berak la sbb sebelum dia telan dia dah berak...
Esok pagi terus kuar cari setandan pisang...
Nah amek ni emy makan semua pisang...
Nak berak kasi tahu umi...
adoiiiii
Pagi tu dia berak...ape lagi jadi ahli siasatan tahi lah mak ko ni...
Suh dia berak dalam pampers..
Kemudian buat siasatan lah uolssss
(maap adegan ini agak tidak sesuai untu yang tengah makan)
huuuuuu..ku carik carik lah bateri tu dalam t**i nye...
tak jumpa...aduii..susahnya lah hati....

Sambung lagi makan pisang...
esok pagi nya dia nak  buang air besar,
Spot check lagi..
HAAAAA! Finally jumpa weyyy!!!
Betullah dia telan beteri kecik tuuu..
Macam nak lari keliling Bangi melompat bagitau kata jumpa...
Hahahahhaah
haduiiiiii..Emy pun happy la..sbb dia pun setiap kali kita check asik tanya je jumpa ke tak..
tahu pun takutttt...
hahahhahaha
Hai la anak...

Haaa..itulah kisahnya si emy ini...
kental lagi berani,
Kalau cakap nak dengar cakap dia sorang je...
agak susah nak bawa berbincang...tapi umi akan bentuk lagi awak ni...
InsyaALLAH setiap anak tu ada kelebihan memasing...
chaiyok Umi n Emy!


*gambar ni hari esoknya dia dah berjaya keluarkan bateri tu...
tu yang over gitu amek gambo...
hahahhaha

Sunday, March 27, 2016

~Al Fatihah Tok~

Innalillahiwainnailahirajiun..
Al Fatihah.
Telah kembali kepada Allah dengan penuh rahmat tok yg kami sayangi Hajjah Aminah binti Abdullah pada 29 Februari 2016, bersamaan juga tarikh yg sama tok dilahirkan.

Moga Allah terima semua amal ibadat tok, diberi kelapangan ruang kubur, dijauhkan dari siksa kuburnya dan diampunkan segala dosa dosa nya.
Tok pergi dengan mudah, moga terus bahagia dan dimudahkan di alam sana ya tok...
Rehatlah tok, moga Allah menjagamu.
Kita jumpa disana kelak..amin... Al Fatihah.


...Nurkilan bulan lalu di Facebook...

Ya..tok kami dah takda..
Perginya dengan tenang dan tok juga baru pulang dari tanah suci kota mekah..
Perjalanannya di tanah suci sangat mudah dan lancar hingga selalu terbitnya senyum bagai tanda gembira dengan penuh cinta,
Dan juga di tanah suci tok seakan gembira memandang tanah yang juga ada bersama jasad suaminya yang tercinta...
Kerna 18 tahun yang lalu, tok dan wan dijemput Allah ke Tanah Suci menunaikan Haji,
Dan Allah menjemput selamanya arwah Wan tuk kekal di Tanah Suci..
Hanya Tok yang pulang waktu itu...
Dan kini Tok ke sana semula menunaikan umrah 2 mggu sebelum tok juga dijemput Allah...
Indahnya perancangan Allah...


Tok tak sakit apa-apa..
Hanya mengadu sakit belakang dan dada beberapa minit sebelum pergi,
Rebah di pangkuan Pak Lang hingga nafas akhir...
Dengan tenang mngucapkan syahadah cinta-NYA..
Pergi dengan tenang di hari lahirnya...
Tok...selamat kembali kepada Allah dengan penuh cinta dah kasihnya,
Alhamdulillah tok meninggal dirumah dan kami anak cucu cicit semua sempat mandikan dan khafankan tok..
Kami juga sempat menghantar tok ke kuburan hingga langkah akhir sebelum tok bertemu Sang Pencipta Agung...
Kami doakan tok..
Kami sentiasa ingat tok dan wan disana...

Moga kita jumpa nanti,
Rindu Tok dan Wan...
Mati pasti.
Kita belum tahu, tapi ianya pasti.

Ya Rabb,
Ampunkanlah segala dosa tok dan wan,
Muliakanlah mereka dan kasihanilah mereka seperti mana mereka mngasihaniku diwaktu kecilku,
Lapangkanlah kubur mereka, moga mereka bisa bahagia disana,
Bersihkanlah kain khafan mereka seperti mana bersihnya mereka sewaktu lahir mereka dahulu,
Jauhkanlah siksa kubur dan azabnya,
Moga mereka mampu tersenyum dan bahagia berjumpa dengan Mu...

Ya Allah,
Terimalah doa doa kami untuk mereka disana,
Sampaikanlah setiap bacaan al fatihah kami untuk mereka disana,
Sampaikanlah salam rindu kami bilamana doa doa kami dipanjatkan khusus untuk mereka,
Moga cahaya benderang dikubur mereka dengan doa doa rindu kami...

Jagailah mereka Ya Allah,
Sungguh tiada yang kami harapkan selain pengampunan Mu ya Rabb untuk tok dan Wan dan untuk semua bagi kami walau yang masih hidup ini...
Masa kami belum pasti..

Ampuni kami semua.

Al Fatihah Tok..
Al Fatihah Wan...

*gambar ini diambil hari tok dan yang lain berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah...
dan inilah kali terakhir aku melihat wajahnya...al fatihah....


Lagu Kita

Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...