My photo
Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.

Thursday, March 22, 2018

Cerpen untuk Shum ~ Ohh hati, kemana kau pergi (E.7)

Pin Pin Pin!
Pin Pin Pin!

Bunyi hon kereta dari luar rumah.
Shum terpisat pisat membuka mata. Shum tertidur rupanya semasa tidurkan Iman sebentar tadi.
Kepalanya memberat. Mungkin akibat terkejut dengan bunyi hon tadi.

"Mama, mama!, papa datang!" jerit Aqish.

Eh, buat apa pula datangnya ke sini?
Bungkam geram Shum di dalam hati.
Lalu dengan malas Shum mencapai tudung bawal AJ ke kepala dan menuju ke pintu rumah.

"Assalamualaikum Shum, ada masa tak? Abang nak bincang dengan Shum sket"jelas Zaim dalam nada getar.

Kalau diikutkan hati nak saja Shum buat tak endah dengan Zaim.
Sakit hatinya memandang wajah Zaim.
Tapi kali ini wajah Zaim sedikit berlainan.
Wajahnya kelihatan hambar, pakaian kelihatan tak terurus.
Rambutnya juga kelihatan kusut dan tidak dirapikan.
Kenapa dengan dia?

"Erm..Shum nak keluar bawa anak anak ke taman petang ni. Abang nak bincang apa? Cakap sekarang or dalam telefon tak boleh ke?"Shum berbahasa malas.

"Takpe. Abang tunggu dalam kereta, Shum dan anak anak siap dulu ye?" jelas Zaim lembut.

"Eh takpe, kita jumpa terus saja nanti kat Taman Tasek Cempaka jam 6.00 petang nanti. Shum taknak pergi dengan abang." pintas Shum cepat.

Eh tak kuasa nak sebumbung kereta lah!

"okaylah kalau macam tu. Abang tunggu kat sana" balas Zaim lemah.

Shum akhirnya melangkah masuk ke rumah dan menutup pintu rapat.
Entah kenapa setelah 5 bulan selepas berpisah dengan Zaim, hatinya terasa geram dan menyampah bila pandang muka Zaim.

Sejak mereka berpisah, Zaim tak pernah lupa tanggungjawab terhadap anak-anak.
Semuanya seperti biasa.
Malah setiap hari Zaim akan curi masa bertemu anak-anak.
Cuma Shum akan mengelak dari bertembung dengan Zaim.
Shum juga sudah tak ambil kisah apa yang terjadi dengan Zaim dan 'kekasih hatinya'.
Tapi apa yang membuatkan Shum tertanya adalah kenapa Zaim belum kahwin dengan perempuan itu.
Malah setiap hujung minggu Zaim akan habiskan masa membawa anak-anak bersiar.

"arrhhhh biarlah, bukan masalah aku lagi pun" getus Shum dalam hati.

Zaim sememangnya suami dan ayah yang baik.
Cuma adalah hatinya berbolak dengan ujian hadirnya wanita lain dalam hidupnya.
Shum rasa bagai terhiris tajam hatinya bila mengenangkan kisah pahit semula.
Wanita mana sanggup menerima kehadiran wanita lain.
Biarlah hatinya sendiri.


"Sekali hatimu tersakiti, bersisa pedihnya sampai dalam"

1 comment:

 Baby Birthday Ticker Ticker
Lilypie First Birthday tickers

Lagu Kita

Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...