- Umie a'iesya
- Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.
Tuesday, May 31, 2016
Nota Cantik untuk Si Pengantin Baru
Selamat pagi. Moga Barakah Allah di setiap penjuru langit.
Sekarang musim cuti sekolah.
Jemputan kenduri kawen pun dah berlist-list tersusun.
Adik-adik.
Selamat Pengantin Baru.
Eh, taklah adik-adik je yang nak kawen,
Semua peringkat ada actually..
Cuma bila akak ni dah menjangkau usia, jadi adik-adiklah yang banyak yang kawen musim skang.
Teheeeeeeeeeeeeeee...
Selamat Pengantin Baru..
"Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan"
Perkahwinan adalah merupakan titik perjalanan yang panjang untuk kamu.
Bergembiralah mengecapinya dengan sabar.
Adakala kamu akan merasa curiga. Maka bersabarlah melawan kecurigaan yang belum tentu pasti.
Kadangkala kamu merasa tidak yakin maka bersabarlah dengan mohon petunjuk dengan penuh sabar.
Sebelum berkahwin, kamu akan diuji,
Ujian itu untuk menguji kamu dan pasangan.
Adakah hatimu tetap di situ atau akan berkocak.
Jadilah insan yang sentiasa bersyukur dan mensyukuri...
Jagalah hatimu dan perasaanmu..
Jika di jaga dengan sabar maka indahlah kurniaannya.
Jika kamu melatah, rugi dan sia-sia.
Terimalah suratan kehidupan.
Kadangkala hati kita kecewa dengan suratan hidup.
Jika merasa takdir itu tak adil untuk kita.
Lihatlah dirimu dan sekelilingmu,
Adakah dikurniakan dengan sia-sia?
Malah disirami kebahgian, cuma sepalit kesedihan...
Malah kesedihan itu hanya untuk menguji kasih mu pada TuhanMu,
Pujuklah hati itu duhai adikku,
Yang benar dan yang salah itu untuk menguatkan diri kita..
Perbetulkan hatimu kerana hidupmu sepenuhnya milik yang menciptamu...
Duhai pengantin cantik jelita dan segak bergaya..
Hari indahmu adalah yang terindah untukmu dan pasanganmu..
Bersabarlah melayari rumah tanggamu..
Ikhlaskan hatimu dan redhalah dengan perkahwinan ini kerana kamu telah memilihnya..
Terimalah dia dengan kerana dia bakal menjadi suri hatimu..
Bersabarlah dengan setiap tanduknya kerana kamu akan bertemu insan yang takkan mungkin runtinnya sama seperti sebelum ini..
Baginya kamu orang baru, bagi kamu dia juga orang baru...
Bersabarlah saling memberi ruang..
bukan hanya sehari dua..tapi bertahun tahun kamu perlu saling berikan ruang itu..
Kamu dan dia akan saling belajar dan mengenal erti hidup yang satu ini...
Bertolak ansurlah duhai kamu dan dia.
Jangan putus asa. Jangan cepat menilai hanya dengan mata.
Pandanglah ke dalam jiwanya setiap kali dia bersabar denganmu.
Lihatlah pada pandangan luhur setiapkali kamu merasa penat dengan tindak tanduknya..
Bersujudlah bersama memohon redha nya Allah..
Insyaallah hidup kamu dan dia bahgia hingga ke Jannah..
Duhai Pengantin Baru,
Tatkala ada badai gelora.
Jangan ditinggalkannya. Pujuklah dia. Bantulah dia. Pulihkanlah semnagatnya.
Jangan biar membuntu tanpa penyelesaian.
BUkalah jalan dengan perbincangan.
Itulah prosesnya cinta mekar mawaddah sakinah.
Kamu dan dia.
Salinglah setia. Jagalah hati. Jagalah peribadi.
Jangan biarkan hatinya luka. Kerna, lukanya meninggalkan parut abadi.
Kerana manusia sering lupa .
Carilah kiblatmu. Jangan pernah tinggalkannya.
Allah kunci segala bahgia. DIA akan membahgiakan setiap jiwa yang ingat padaNYa.
Jagalah masing-masing setiap antara kamu dan dia.
Dengan Rahmat Allah untuk segala kebaikan.
Friday, May 27, 2016
Jumaat
Thursday, November 12, 2015
~Terkenang juge~
Hye, mood tengah mikir nak makan ape rehat nnt,
Minta kawan tapau aje,
makan depan pc ajelah gayanya,
Ni pun sambil sambil kunyah oat krunch biskut,
heee
Hampir 3 tahun 2 bulan lepas memang travel shah alam-serdang-putrajaya,
Everyday ulang alik,
Dan skang rumah pun dah pindah, dah tak duduk putrajaya,
tapi dekat aje pindahnye, kat Bangi je, 10 minutes je nak g putrajaya,
Kerja pun dah pindah kat Bangi,
Dah takde siaran mak makan breakfast dlm kete,
Dah takde mak update ig gambo jem berjela jela,
haih...tetibe sayu jugak
Nak pulak radio sinar lagu karen karen je,
tetibe rindu travelling,
Rindu tu kan kenangan,
Kenangan adalah masa lalu yang sangat jauh,
Tapi sentiasa dlm ingatan,
Ada manis,pahit semua ada
So takkan semudah itu nak cantas sampai tak tinggal kesan kan?
heeeee
Memang ingat sangat,
Saat sakit kaki menanggung jem,
Saat lapo tahan perut,
Saat teringat anak2 tak ambil lagi, awan pun dah gelap,
Fuhhh..travelling mmg mencabar dan belajar untuk sabar,
Yang Pasti kena sentiasa prepare lah sebarang kemungkinan,
Makanan kena selalu ada,
Pernah jugak bulan puasa stuck dalam jem sampai pukul 10 malam tak berbuka apa2 lagi,
Memang menguji uols....
Nangessssssssssssss
Waktu tu mmg nak berenti je rasa,
Pujuk hati..cari keja lain dulu, sabo.. sabo..
heee..
And alhamdulillah skrang dah dekat,
balik pun masih cerah,
sampaikan Wafiy pula dok asik tanya ,
Kenapa umi balik dah?Hari tak malam lagi kenapa dah balik?
Hahahahahha
adehaiiii
sesuka hati aja dia tanya soklan!
heh!
Heee,..
Apa pun jangan berenti berdoa dan meminta,
Permintaan hamba yang membawa kebaikan insyaAllah Allah makbul,
Ajak anak2 atau suami berdoa sama tuk kita,
Chaiyok uolss...
Chaiyok jugak untuk mak ni nak berblog semula!
heeeeeeeeeeee
bye, tata! nak makn n blogwalking sat,
Waktu rehat ja boley tau!
Waktu kerja jangan ponteng, nnt rezeki kena cuci ;) heeeee
Moga Allah bersama kita ye...
------@ Ummi Aie'sya
Tuesday, August 26, 2014
Kerana Bukan Dipaksa
Begitulah waktu yang berputar terus pergi
Ia takkan berpatah balik semula
Kerana itu kita harus terus melihat kehadapan
Namun kita ada kenangan
Dan kita simpan untuk kenangan
Yang hidup pada masa yang kebelakang
Kenangan itu menjadikan siapa kita hari ini
Kenangan yang mengajar hidup kita yang dihadapan ini
Jika kamu merasa kenangan itu terlalu indah
Maka simpanlah dalam lembaran memorimu
Tapi andai kenangan itu menyakitkan dan terlalu pedih untuk di kenang semula
Janganlah kau terus lenyapkan
Ia seakan menambah kesakitan dalam paksa...
Sebaliknya balutlah ia kemas kemas
Masukkan dalam kotak jiwamu
Hanya simpan.
Hanya simpan.
Tak perlu ingat kalau tidak mahu.
Kerana ia tanda kenangan itu belum bersedia untuk dikenang semula..
Tapi bila suatu hari nanti
Bila pedih dan luka itu hilang dek kelembutan hatimu,
Bukakanlah kotak kenangan itu
Hanya untuk dikenang betapa begitu kuat jiwamu mengharungi kepedihan dulu
Sehingga kau mampu menjadi seperti yang hari ini...
Begitulah hadiah Tuhan padamu kerana meredhainya ...
Redhailah segalanya....
Dan saat itu kau melepaskan semua kesedihan dengan rela tanpa paksa
Berlapang dada...ikhlas menerima...
Dan lebih menghargai semuanya...
Itulah pengajaran daripada Sang Pencipta kepada hambaNYA...
Lebih mensyukuri...
Kerana bukan dipaksa..kerana kau rela
AL FATIHAH....
aie'sya
26.08.14
Sunday, August 24, 2014
Rindu
Bismillahirrahim...
Alhamdulillah..setiap yang Allah aturkan punya hikmah buat kita..
Pintu jiwa yang berdetik...pasti akan merasa..
Bila ruang itu gelap dan kosong..
Namun tak pernah ditutup
Dan tak pernah dihalang..
Dipanggil diseru mengadapnya
Dia tetap sama, masih menunggu..
Setiap waktu yg berlalu,
Pergi takkan berputar semula,
Dan selamanya meninggalkan sehingga menjadi sejarah kisah...
Takkan ada sisa
Hanya baki sebuah kenangan..
Boley dikenang tapi bukan untuk keterlaluan
Kerana jiwa akan mati
Bukakan mata
Perdengarkan telinga
Bahawa cinta itu ada
Walau hatimu remuk kecewa
Biar dingin menghenyak jiwa
Derita silih bersulam air mata...
Bangunlah jasad bersatulah bersama jasadmu
Walau sedang terluka
ALLAH masih ada
Disegenap jiwa
Bersujudlah demi Dia
Kau kan merasa cintanya
Bersatu dalam jiwa
Bersyahadah bersaksikan Dia
DIAlah yang menggetarkan setiap jiwa.
Allahuakhbar...
ALLAH MAHA BESAR.
-----@ UMMI AIE'SYA
Wednesday, September 19, 2012
~A week with a hectic duty~
Dear all readers,
May Allah bless all of you.
Yes. My doa' .
Mendoakan kerahmatan juga kebahagian buat insan lain.
:)
What a busy day, hectic week, rushing date line, fullest of meeting.
Yes.
This week sangat berjiwa kental.
Bismillahirahmanirrahim.
Dengan nama Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Bila memulakan dengan bismillah hati lebih tenang.
Kerna kita mengingatkan diri yang kita punya Tuhan yang limpahkan kasih dan sayang.
Tatkala kita rasa sebal dan marah mahu memulakan sesuatu,
Bila mana kita merasa tidak adil tuk diperlakukan sebegitu dan sebegini,
Sebutlah nama Allah.
Insyaaallah...bila kita menghargai Tuhan, Tuhan sentiasa hargai kita,
Mari mulakan ibadah,
walau dimana, segenap sudut dan pelosok...
Happy Working.
Starting with Bismillah.
Nawaitu lillahitaa'la.

anak teruna!'
Tuesday, September 18, 2012
~Today is Tuesday~
May Allah bless every single breath.
;)
Selamat meneruskan ibadah,
selamat menjalani rutin yang penuh barakah,
Today.
until when? we do not know,
But Allah knows.
Barakahkanlah rezeki kami.
Amin.
--------@ Ummie Aie'sya
Thursday, December 15, 2011
~Release Tension Sekejap Boley Tak?~
Baru habis meeting tadi,
Bila dah habis meeting mulalah rasa berat satu mcm atas kepala,
;-)
Esok ade SKT kat PD,
Kalau ikut kan sampai Ahad,
Mula-mula boley bawa family,
Now cakap tak boley pula,
Lagi bertambah berat lah kepala ini,
Sebab akan tinggal keluarga,
Lagi ralat bila malam ni husband kan pulang dari berjuang selama seminggu hari tu,
Dan akan berjuang semula pada hari isnin untuk beberapa hari juga,
Dan bila nak spend time sama sama dengan Wafiy.
Mula-mula masa diorg cakap boley bawa family,
I am ok...
Last minute cakap tak boley pulak sbb masalah teknikal,
Trus rasa upset,
Berkocak jiwa raga,
Rasa sedih gila,
Suami saya sangat sangat jarang dapat cuti hujung minggu,
Tapi lambat lambat saya cuba realize,
Cuba kasi semangat tuk diri sendri,
Walaupun hakikatnya saya masih memberontak kecil dalam hati,
Tapi memang saya mmg silap kan,
Mana mungkin saya boley bertindak mcm tu,
Saya sepatutnya bersabar dan percaya,
Yang setiap yang dirancang untuk kita juga kerana izinnya Allah,
Kadang2 saya ada juga terfikir,
Kenapa jadi begini, kenapa jadi begitu,
Tapi jika banyak sangat rasa tak setuju dalam diri samalah juga kita merasakan tak setuju dengan perancangan Tuhan,
Astaqfirullahala'zim.
Lately ni banyak sangat yang berlaku,
Maksud saya kerja di tempat kerja,
Kalau nak ikutkan adil mmg banyaklah yg kita rasa tak adil,
Tapi Tuhan mengadili dengan cara Tuhan,
Tuhan Maha Adil.
Percayalah.
Lemah.
Bila merasa diri ini lemah.
Saya mohon sangat sangat kekuatan,
Kekuatan mana lagi yang saya harapkan,
Melainkan dari Yang Maha Kuat itu.
Kalau nak diikutkan keupayaan diri sendiri,
memang tak tertanggung.
Kalau nak fikir semua yang dirasakan itu beban, maka makin tersiksalah jiwa dan raga,
Dari mana lagi kekuatan luar biasa yang mampu di dapatkan,
Hanya dari Dia.
Ohhhh,
Sungguh gelora jiwa ini berkocak lagi,
Istiqfar dan istiqfar lagi,
Betapa susah untuk mengikhlaskan diri sendiri,
Meikhlaskan suami sendiri pergi berjuang pun tidaklah sesusah ini saya rasakan,
Mungkin ini yang dirasakan suami saya ketika keluar rumah berjuang kerana Allah,
Bukan sekadar suami saya sekarang,
Juga saya sekarang mesti belajar meikhlaskan diri kerana Allah,
kerana terang-terang saya bekerja bukan mengejarkan semata-mata dunia,
Malah disebabkan pekerjaan itu ibadah kerana Allah.
Jika bersungut, maka tiadalah lagi ibadah,
Jika kerja ini bukan lagi ibadah maka sia-sialah selama ini,
Berpenat lelah siang dan malam hanya untuk dunia, hanya untuk keluarga?
Sedangkan redhanya Allah dimana?
Hanya untuk keluarga?
Bukankah kita mahu bawa keluarga bersama-sama ke Jannah...
Maka saya harus, saya mesti , saya wajib ,
Tanamkan dalam2 hati saya supaya saya lebih ikhlas melakukan semua ini,
Walaupun saya tak tahu bagaimana kehidupan akan datang,
Maka dalam setiap apa pun yang dikerjakan saya mesti wajibkan dalam diri saya betapa Tuhan merancang semua ini untuk saya kerana Dia lebih tahu kemampuan saya.
....................................
Subhanallah...
Menaip semua ini seperti melepaskan sedikit beban berat dalam kepala saya,
Seriously.
;-)
Bagaimana lagi yeeeee....
Saya sayangkan suami dan anak-anak saya (ye, termasuk adik adik wafiy kelak),
Saya harap redha dari suami juga anak-anak dalam kehidupan seharian dengan mereka,
Saya juga mohon yang tak pernah henti moga redha Allah juga bersama saya,
Saya mahu bertemu seluruhnya dan semuanya yakni suami, anak-anak, ibu , ayah, mertua, adik beradik,ipar duai,saudara2, sahabat2, teman2, serta seluruh umat Muhammad kelak di Surga, dihadapan Allah.
Maka kehidupan dunia perlu dijaga,
Kerana sedikit goyahnya iman dalam diri kita,
Membawa selangkah ke neraka yang tak tertanggung azabnya,
Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar.
Bermulanya dengan perasaan yang sedih,
Kita akan mula marah sedikit demi sedikit terhadapa sesuatu yang kita rasakan tak patut terjadi,
Kita akan cepat menyalahkan orang lain kenapa dan itu terjadi pada kita,
Bila menyalahkan dan menunding pada yang lain,
Kita juga sebenarnya sikit demi sedikit mula menyalahkan ketentuan Allah.
Itulah namanya manusia adalah lemah,
lemah mengawal emosi.
Kawan juga kita boleh jadikan lawan,
Segala nya kita akan rasakan tidak adil,
Bertambah sakitlah jiwa kita,
Dan mungkin lagi parah jika its starting bernanah and bayangkanlah lah kalau bawu nanah tu mcmane kan...
Memang sangat perlu kita rawat dengan cepat,
Juga kepada saya dan kita kita ini...
Insyaallah moga hidup lebih diberkati..
Aminnnn. :-)
Oklah,
Kena tata dulu,
Got to go, go go go go...heeeee
dan ini encik Wafiy yang ..............ucuk,,,,,,,,,,
Friday, December 2, 2011
~Bila Sayangkan Anak~
Hai, ini Umie diya,
hehhehe
Wafiy today duduk ngan Abie,
Coz Abie dah cuti,
So ni Wafiy ikut gie Solat Jumaat dehhh
hehehhehehe
Actually sekarang waktu rehat yang berharga sbb selalunya Jumaat pun saya bz,
Tapi tidak hari ini...yeayyyyy
So di waktu nilah saya nak mencoret sedikit rasa hati..
Aicheh...
Bukanlah rasa hati apa pun,
Cuma terkenang anak bujang yang semakin membesar dan melasak,
;-)
Alhamdulillah,
setakat ni Wafiy membesar dengan baik,
Tapi kebelakangan ni Wafiy sangat manja dengan saya,
Kalau ikut bak kata org,
Budak kalau nak dapat adik mmg mcm gitu ekkk,
Mungkin lah jugak...
Waktu saya tinggal Wafiy di rumah Wan,
Wafiy mmg okay, happy dan sakan sangat main,
Tapi bila dia dah nampak saya, mesti dia akan slow2 merengek atau mintak saya dukung,
Setakat ni , bila ade org tahu saya sedang pregnant yg kedua,
Semuanya komen positif,
Belum ade yg bg komen yg negatif yg ntah ape2 tu,
So sangat bersyukur...
And feel like everyone pray for me and my baby too
Bukanlah bila Wafiy dah dapat adik saya takkan sayang Wafiy banyak,
ini bukan soal banyak atau sedikit kasih sayang,
Ini adalah erti kasih sayang yg dicurahkan kepada anak anak,
Wafiy walaupun masih budak,
Tapi mereka boleh memahami,
Dan waktulah waktu yang sesuai kita bercakap dan bagitau dengan dia,
Tentang kasih sayang dan bukan tentang berapa byk kasih sayang...
Supaya sampai dia dewasa dia tahu kasih sayang adalah bentuk perasaan yg lahir dari hati insan secara ikhlas
Saya selalu bercakap dengan Wafiy,
Walaupun sebelum saya mengandung,
Saya selalu cakap waktu main ke, rehat ke, minum susu ke,
Selalu cakap mcm ni
"Wafiy, bila bila nnt Wafiy akan jadi abang tau"
Dia mmg waktu tu tau senyum dan tergelak2 je,
Tapi lama2 dia akan faham....
Dia akan faham bahawa akan ada orang baru bila tiba masa nanti...
Alhamdulillah bila dah pregnant ni lagi lah selalu saya pegang tgn Wafiy sambil suruh dia pegang perut saya,
Wafiy mmg tak tau pun, tapi dia akan pegang dan senyum...
Dannnnnnnnn...dia akan tampar perut saya sambil tergelak gelak,
Memang mula2 dia akan ikut je kite buat,
Tapi tak mustahil nnt dia akan perasan yang perut umie diya membesar dan tiba2 bergerak2,
;-)
Itukan kasih sayang indah buat anak sulung kita,
Walaupun dia tak faham sgt yg bergerak2 tu adik dia,
hehehhehehe
Selalu juga saya ckp pada Wafiy,
Sayangkan Umie dan Abie,
Tapi Wafiy mesti cintakan Allah dahulu juga Rasul,
Juga ingat ya Wafiy sebelah kanan dan kiri ada malaikat mencatit segala apa ja yg Wafiy buat,
Baik buruk semua dicatat...
Saya ckp waktu dia dah mcm lali nak tdo,
Walaupun nampak mcm dia tak faham ape2,
insyaallah waktu tu ape yg kita ckp mersap masuk kepada si anak,
Bercakaplah setiap hari insyallah diterima si anak nnt,
Membesarkan anak2 memang byk pancaroba,
Sebab tu Tuhan kata,
Anak itu amanah kepada kita,
Takkan terlepas satu pun azab siksa bila kita tak menjaga amanah itu sebaiknya,
Menjaga amanah ini bukan sekadar memberi kasih dan sayang juga makan pakai,
Tapi termasuk Syahadah cinta kepada Tuhan nya.
Inilah tanggungjawab maha hebat buat kita ibu dan ayah,
Nak nak, zaman sekarang, serba moden dan pantas,
Budak kecik setahun pun dah pandai main iphone , ipad....
Moga Tuhan bimbing kita ;-)
Sebanarnya entry kali ni saya mmg sangat rindu waktu Wafiy kecik dulu,
Dan saya rasa sngat cepat waktu berlalu bagai angin lalu,
heeeeeeeee
Saya harap sangat,
Saya dan semua,
Saya dan anda,
Saya dan ibu2 kat luar sana,
Saya dan sahabat2 yg walaupun bukan bergelar ibu,
Nikmatilah tanggungjawab kita kepada Tuhan sepenuhnya ,
kerana dari Tuhanlah kita mendapat kehidupan,
Sangat touching waktu ini bila mengenang tangungjawab sbgai isteri dan ibu,
kita manusia biasa kan,
Yang mana salah tu kita perbetulkanlah,
Tuhan sedang menunggu pada bila masa sahaja,
Insyaallah kebahagian itu Allah beri bukan sekadar memberi anak atau suami atau keluarga,
Tapi kebahagian Cinta Allah itu lebih dari segala yg ada di langit dan di bumi.
Subhanallah.
;-)
Wafiy at 9 month tak silap kalau tak silap...heee
Thursday, June 23, 2011
~Segalanya Milik Mu~
Selamat pagi dan moga sentiasa bersemangat,
;-)
Alhamdulillah,
Sekali lagi kita masih menghirup segar udaranya dari Tuhan,
Seperti merasa udara itu milik kita kerna bebas bernafas di segenap sudut,
Nyata pasti bukan jua milik kita,
;-)
Jika sedetik Tuhan tutup laluan udara itu ke dunia,
Mahu meraba ke mana kita di saat itu...
Tapi itulah kasih sayang Tuhan...
Kita hanya manusia di bumi Tuhan,
Kadang kala kita terlalu beringat,
Dan kadang kala kita lupa siapa milik kita,
Merasa terlalu selesa dengan apa yang ada,
Sehinggakan merasa susah untuk berbagi rezeki yang ada...
Tahukah kita bila masa kita?
Takkan pernah tahu melainkan Sang Pencipta Semesta Raya,
Jika esok, maka esoklah waktunya,
Jika saat ini maka serta merta menyentap di dada,
Jika hari ini, maka itulah kehendak Dia,
Dan pada bila mana pun pastinya milik Dia ,
Dan bila sampai waktunya,
Tak mungkin mampu kita berkata apa,
Tak mungkin sempat kita meruntun di waktu itu memohon ampun segala,
Kematian adalah permulaan baru kehidupan si mati,
Kehidupan di alam kubur,
Hidupnya dengan cahaya dari amalnya,
Segala bergantung pada keuntungan pahalanya di dunia,
Dan waktu itu mana mungkin kita mahu bersujud memohon ampun,
Bagaimanakah waktu itu,
Gelap dan suram ?
Cahaya dan bersinar?
Panas atau sejuk,
Luas atau makin dihimpit tanah..?
Nauzubillah...
Kehidupan yang tak mungkin kita dapat melihat dengan mata kasar,
Itu adalah urusan Tuhan,
Hanya mereka dan Tuhan yang tahu,
Tapi kita beramal dan tahu segala nya,
Dan segalanya di tangan kita,
Berdoa dan berusaha memperoleh kehidupan yang bahagia di Akhirat,
Itulah matlamat kita selain mahu berjumpa Allah,
Moga jiwa kita makin tenang,
Insyaallah,
Carilah kehidupan mu yang sebenar,
Kerana is takkan membawa yang sia sia..
Selamat menikmati kehidupan :_)
Kerana kehidupan kita milik nya Tuhan :-)
------@ Ummie Aie'sya
Friday, June 10, 2011
~Love To Sharing ;-)~
Harap harap auto publish kali ni tak salah settinglah ye,
Aduhaiiiiiiiiii,
Lama tak blog walking,
Kerna sibuk kottttttttt,
Hahahhahaha,
Semua org sibuk jugak kot,
hihhihihi,
Wafiy dah tdo ni,
Kejap lagi Tok Ma and the geng akan sampai,
So bersedialah Wafiy!
Yeayyyyy!
oklah,
Saya macam sharing sesuatu lah,
Tapi just take it positively key,
Kalau baik buatlah pesanan tuk diri kita sendiri kan...
Semua maklum..
Semua kita tahu..
Hidup kita ibarat macam percaturan kan,
Salah pilih jalan,
Dan disitulah jatuh tersungkur,
Gedebuk!
Sakit tak?
Memang lah sakit...budak kecik jatuh sikit pun nangis sekejap je,
Pastu terus bangun main,
Macam tu jugalah kita,
Bila jatuh tersungkur bagai nangka busuk pun,
Itukan pengalaman hidup,
Hidup itu mengajar kita dewasa,
When you fall down, please cry if you want,
But after crying, get new spirit , new vision,
Visi baru, yakni matlamat baru,
Inilah realiti kehidupan kawan kawan,
Kadang kadang kita terlampau ikutkan hati,
Bila dunia mengejar wang maka kita pun turut sama,
Sampai terlupa,
Dan bila tak dapat yang dikejar,
Mula merasa hina dina,
Miskin segala,
Sedangkan jiwa kita yang miskin,
Hati kosong,
Allah beri segalanya,
Allah mahu kita sedar matlamat dan visi kehidupan,
Manusia tak boley hidup dengan wang ringgit sahaja,
Jika nilai kita hilang, lalu wang ibarat kertas kosong bukan....
Dari merasa malu dengan kemodenan dunia,
Lebih baik malu pada Tuhan,
Tuhan tetap teguh memandang kita walaupun siapa kita.
Biarlah mereka,
Biarlah kita hidup dgn sederhana yang tidak memalingkan hati,
Dari hidup selamanya yang hatinya terus mati.
Allah mengilhami sukma kebaikan dan keburukan,
Beruntunglah siapa yang mensucikannya,
Rugilah bagi mereka yang mengotori...
So dear friends,
Please cheer up!
Never Give Up,
Vision is a moment we meet Allah,
Segala apa yang kita mahukan,
Jika Tuhan tak bagi kat dunia,
Insyaallah,... Tuhan bagi kat akhirat,
Tuhan Maha Penyayang.........
Allah love us!
I really miss writing...
See you!
Assalamualaikum!
Friday, May 27, 2011
~Hidup Yang Cukup~
Salam dan selamat tengahari di hari Jumaat,
sekejap je kan dah Jumaat.
Lama tak update panjang panjang..
hehhehhe...
Nak share something ni,
Soal hidup kita...
Soal hidup yang cukup tapi merasa tidak cukup,
Soal masa dan pendapatan.
Soal pengorbanan dan kasih sayang.
Soal kehidupan dan manusia.
Soal dugaan dan harapan.
Soal cinta yang kdg2 kita makin lupa wujudnya ia.
Setiap daripada kita punya kebebasan dalam mengatur kehidupan.
Setiap yang kita pilih pasti ada sesuatu yang kita fikirkan.
Tapi kita mesti ingat, setiap apa yang kita fikirkan takkan sama mcm org lain.
Kehidupan setiap daripada kita mmg berbeza,
Ada orang yang inginkan kehidupannya bahagia saja,
Dan mereka sanggup buat apa saja.
Ada juga orang yang hidupnya hanya untuk bermalas malasan.
Mungkin dia belum merasa sesungguhnya tanggjawab.
Merasa gah dengan apa yg ada padanya.
Ada orang yang hidupnya tak pernah susah.
Sentiasa dikelilingi kesenangan yang tak pernah sudah.
Melimpah melimpah kesenangan baginya.
Kita.
Manusia yang hidup dengan sekeliling yang pelbagai rupa dan gaya.
Kita melihat dan kadangakala mempertikai dalam hati,
Kenapa dia begitu kenapa dia begini,
Kenapa tak aku saja yang senang sepertinya?
Kenapa tidak aku yang kaya selipah limpahnya.
Tanya pada diri.
Apa sekarang kita tak cukup bahagiakah?
Memang kita tidak kaya sepertinya tapi ada kita tahu hidup sedihnya.
Ada kita rasa kekosongan hatinya?
Jangan mudah merasa putus asa.
Allah kan bersama kita;-)
Tersenyum pada kita jika kita terus bersyukur dengan apa yg ada.
Kita tak mungkin memiliki segalanya.
Tapi janji Allah itu bersama kita.
Allah sedia mencintai kita tanpa sebarang jurang.
Cinta Allah itu membawa bahgia.
Dan bila waktunya kita merasa kegagalan dalam diri,
Itu bukan kerana kita lemah atau bodoh.
Itu kerana Allah menduga keimanan kita.
Kerna dia kasih pada kita.
Mendidik diri untuk sabar mmg cabaran kan....
Tapi saya percaya kita mampu jika kita mahu,
Kita tahu dimana tahap kita,
Kita tahu dunia ini bukan segalanya,
Kita tahu wawasan dan tujuan hidup kita hanyalah bertemu Dia.
Jadi........marilah kita bersyukur dan tersenyum.
Seperti mana kita bahgia menerima rezeki Allah pada setiap hari, masa , saat dan ketika.
Insyaallah kita akan hidup dengan merasa cukup...;-)
"Bahgiakanlah hatimu sebagaimana kau tahu Tuhanmu bahgia mencintai kamu, maka hidupmu takkan menjadi sia-sia"
Selamat hari Jumaat ;-)
Love you all!.
-----@ Ummie Aie'sya
Tuesday, April 26, 2011
~Senang Dahulu atau Senang Kemudian?~
Salam dan moga hari ni penuh keberkahan buat kita. :D
So senyum please.............
Saya terpanggil untuk meluahkan yang tersimpan,
Luahan yang bukan menjatuhkan sesiapa,
Dan setiap baris perkataan yang bakal di persembahkan bukan pula berniat mengguris sesiapa,
Ini tentang realiti kehidupan saya sendiri,
Realiti yang saya sendiri hadapi.
Saya tak ingat hari apa,
Tapi yang pasti dalam bulan ini,
Saya terima message dari seorang kawan,
Kawan yang sama sama kerja di Bintang dulu,
Nak dijadikan cerita ,
Kawan ini telah 'text' saya dan bertanya khabar,
Dan kawan ini bertanyakan tentang saya dan keluarga,
Saya beritahu dia minggu tersebut suami saya outstation,
Dan suami pakai kereta, jadi saya mungkin tak dapat hadir majlis dia.
Kami taklah rapat kenal2 gitu je,
Kawan saya ini kemudian pun text lagi..
"Sya, suami ko selalu outstation ek? Macamna ek ko tinggal berdua dengan anak, aku tak boley lah...huhu"
Buat pengetahuan, bakal suami dia juga banyak kerja luar dan dia takot tak dapat nak terima..
Jadi saya jawab,
"Mula-mula dulu cam tak biasa, lama-lama biasalah...hehhehehe"
itu je saya jawab...
ok itu bab yang pertama.
Bab kedua.
Kawan saya ini tanya tentang pekerjaan,
Saya belum bekerja tetap, malah kontrak saya pun akan habis bulan 6,
dan kawan saya tanya lagi...
" Sya, ko tak sedey ke sekarang kerja camni, gaji seket?
dan dia tanya lagi....
" Ko tahu tak si Pulan dan si Pulan tu dah beli rumah kau, besar tau, kau bila lagi??"
Semuanya saya hanya jawab secara biasa dan tak keterlaluan...
"insyaallah ada rezeki nanti...:D"
Anggap saja kisah kawan saya ini seperti orang sekeliling kita juga.
Yang sering melihat jatuh bangun kita.
'
'
'
'
'
'
Kita bukak bab pertama,
Bagaimana hidupnya seorang isteri dan anak apabila suaminya tiada di rumah.
Dulu, kehidupan kurang sepuluh tahun dahulu,
Saya tak sekuat sekarang,
Saya sering mempertikai mengapa hidup begitu dan mengapa tak begini?
Memang penat.
Saya sering merasa kehilangan. Merasa tersisih. Merasa kurang.
Merasa dah mencuba sedaya upaya, tapi masih tak berjaya.
Akhirnya, kehidupan di masa itu, saya menjadi seorang yang tidak yakin.
Seorang yang tidak semangat.
Saya solat. Tapi hati masih tak tenang.
Segala yang negatif penuh dalam diri.
Saya tak fikir saya boley berubah.
Akhirnya saya merasa malas.
Belajar pun sambil lewa.
Bertahun tahun berlalu.
Saya masih sama.
Melakukan rutin kehidupan biasa.
Dan beberapa tahun terdekat ini.
Kehidupan betul betul mengajarkan saya.
Erti yang sebenar.
Erti perjuangan.
Erti Rahmat Tuhan.
Erti Sabar.
Erti rezeki dan nikmat Allah.
Saya sedar, isteri mana mahu sentiasa ditinggal tinggalkan.
Malah seorang isteri merasa damai bila suami di sisinya.
Merasa yakin dan selamat.
Itu tanggungjawab dan disitulah letaknya syurga kita.
Setiap perkara yang pertama kali berlaku dalam hidup kita pastilah kita merasa janggal,
Merasa tidak biasa,
Tapi apabila berulang rulang kali,
Ia seperti lali dan boley diterima,
Walaupun kadangkala ada rasa memberontak di jiwa,
Bagaimana ? Bagaimana buangkan perasaan negatif itu?
Kerana saya tersedar,
Hidup saya bukan milik saya.
Keluarga saya juga bukan milik hakiki saya.
Allah pinjamkan kepada saya, demi rasa cintanya Allah pada hambanya,
Untuk merasa nikmat bekeluarga,
Jadi seharusnya bagaimana saya mahu berbongkak mengatakan tidak pada ketentuanNYA.
Betapa malu berhadapan dengan Tuhan, apabila kedekut membahagi rasa,
Suami bekerja dan berjuang untuk anak dan isteri,
Tapi saya di sini?
Jadi...saya tanam dalam dalam dihati,
Bahwa Tuhan sudah berbaik hati memberikan segalanya,
Seharusnya di balas, seharusnya meredhakan dan mendoakan suami,
Supaya penat lelahnya diringankan dan dimudahkan.
Moga mengalir sama pahalanya kepada anak, isteri dan keluarga yang ditinggalkan,
Bila bersedih dan sunyi,
Lalu terus ingat dalam diri,
Siapa yang melihat dan menunggu kita,
Pastinya Allah,
Dan bila keyakinan itu datang, hati pasti tenang,
Yang kusut di leraikan,
Yang pilu lurut dalam senyuman,
Kerna janji Allah itu luar biasa.
Begitu dan sama juga bab keduanya,
Mengapa aku tak sekaya dia dan hidupku tak sehebat dia?
Rezeki itu datangnya dari Allah,
Melihat kebendaan, pasti mahu merasa ingin memiliki,
Jadi, Allah tak melarang jika kita berusaha asalkan tidak keterlaluan,
Biar istiqamah, jadikan tujuan hidup adalah kerana Tuhan,
maka Allah akan menyenangkan hati kita.
Menyenangkan hati bukan bermaksud Tuhan memberi segala kekayaan dunia.
Tapi Tuhan memberikan kita rezeki setiap hari,
Sesuap nasi hari ini adalah rezeki kita ;-)
Maka kita tak kan bersedih hati melihat kawan kita membeli kereta baru atau sebagainya,
Malah doakan rezekinya diperluas dan dipermudah,
Subhanallah melimpah limpah kekayaan akhirat kita. AMIN!
Indahkan janji Allah?
Takkan ada sekelumit rasa benci Tuhan kepada hamba yang bersyukur,
Hidup kita pasti tenang,
Jika setiap hari kita berdoa,
Dan merasa sehingga hari ini Tuhan belum memakbulkan kita,
Percayalah suatu masa nnt pasti!
Allah pasti makbulkan.
Jika bukan di dunia, maka di akhirat kelak.
Jika kita selalu berdoa pada Allah di perluaskan rezeki,
Allah itu Maha Dengar,
Walaupun sehingga hari ini kita tak kaya sekayanya,
Tapi Allah menyelamatkan kita dari bencana atau kemalangan,
Dan itulah cara Allah perkenankan doa kita.
Biarlah kaya sekayanya di akhirat.
Biarlah bahgia sebahgianya di akhirat.
Kerana di sana lah yang hakiki dan abadi.
Setiap hari saya masih memohon Allah terus beri kekuatan pada saya dan keluarga,
Setiap saat dalam hati saya , saya mohon Allah lindungi perasaan saya,
Perasaan manusia boley berubah,
Dekatlah pada Tuhan,
Sabar dan solat adalah penolong kehidupan kita di dunia....
"Wahai orang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu"
Thursday, April 14, 2011
~Dulu Saya..........~
Salam dan hye,
Hari ini mahu cerita tentang kehidupan saya dan pastinya juga kehidupan kita.
Kehidupan yang sentiasa berputar-putar,
dari anak kecil menjadi dewasa,
Anak dara menjadi isteri orang,
Dari muda menjadi tua.
Kadangkala sebagai manusia kita tak pernah terlepas dari memikirkan tentang dunia,
Semasa dari sekolah lagi,
Kita sebgai anak telah di pertaruhkan harapan untuk kecemerlangan di sekolah,
Setiap kali keluar keputusan UPSR, PMR,SPM dan sebagainya..
Ibu dan Ayah juga turut sama debar,
Sebagai anak?
Kita dah tentu berganda debar,
Walaupun ada setengahnya rasa tak kisah apa keputusan nya.
Dan bila melangkah alam kampus,
Hidup lagi lagi bercorak,
Sungguh warna warni,
Kehidupan jauh dari ibu bapa,
Asalkan tahu membawa diri, jaga maruah dan nama ibu ayah,
Bila nak exam, belajar..
Bila time outing, sungguh-sungguh..
Di kampus, kawan-kawan pengubat duka lara.
Selesai belajar, kita ke alam kerja,
Tekanan bukan lagi tentang exam yang mahukan lulus Dekan,
Tapi kerja juga ada tekanan,
Tekanan kerja itu sendiri, orang sekeliling dan sebagainya.
Hidup seorang pekerja,
Mengajar saya hidup seratus peratus berdikari,
Jauh dari keluarga dah tentu,
Gaji yang saya dapat tidaklah byk..
Tapi cukup untuk sewa rumah dan makan serta pakai,
Kehidupan yang sederhana,
Waktu?
Kalau waktu kerja memanglah suntuk..
Tapi selesai pulang kerja,
Kalau bohsan masih lagi boley kuar gie main boling, tengok wayang, jumpa kwn2 lama.
Hari cuti?
Kemas rumah sekejap dah boley keluar berjalan..
Nak pergi mana?Suka hati je nak pergi mana asalkan tidak keterlaluan batasnya.
Kehidupan saya biasa dan sederhana.
Kawan-kawan sekeliling juga adalah orang-orang biasa.
Dan dulu, kerja saya sering 'oustation'
Jarang hujung minggu saya di rumah..
Namun, saya tak punya komitmen, Jadi saya boley dan berlapang hati untuk kerja luar..
Malah , ada rasa happy dapat ke negeri2 orang...
;-)
Itu kehidupan lalu yang tinggal sejarah,
Sejarah takkan datang kembali tapi ia mampu di ingati,
Ada sejarah lampau yang tak ingin kita ingat,
Ada memori silam yang buat kita senang dan tersenyum bila diingati,
Kehidupan akan berubah sedikit demi sedikit,
Kalau dahulu, hanya masak untuk perut seorang,
maka hanya dicampakkan ke kuali atau hanya beli bungkus!
(yup...boley bilang dengan jari kalau masak pun)
Tapi sekarang masak untuk suami dan anak,
Walaupun penat, masak kena teliti, dan cuba dan cuba masak yang sedap sedap.
Kalau dahulu...lepas maghrib mahu keluar tengok wayang,
Pasti BISA dong...malah tak der nyer nak pikir sangat esok hari kerja ke tak...
Tapi sekarang kalau nak tengok wayang simpan dulu hajat tuh,
Atau lebih baik rehat di rumah..esok kan nak kerja, kesian kat anak..anak nak tdo awal...
Kalau dahulu, hidup seorang basuh kain pun adalah ciput je,
Tapi sekarang macam bukak kedai laundry..
Berkali kali round basuh kain..pastu pening nak ampai baju sebab ruang nak jemur kain kecik je.
Kalau dahulu, nak buat sesuatu keputusan yang remeh, redah je ...
Tapi sekarang awak mesti berbincang, ber'meeting', tak boley nak sesedap rasa je nak tibai!
Kalau dahulu, kalau kawan-kawan ajak jumpa, ohh pasti no hallah...on saja beb,
Tapi sekarang, mesti tanya suami..mesti pikir anak...semua kena fikir..
Kalau dulu, ohh nak pergi Alamanda lah kejap..terus ruuuu bawak keta atau naik bus laju-laju,
Tapi sekarang, kalau nak pi Alamanda, siapkan anak, ingatkan suami, siapkan makanan anak, tarik stroller anak, dan ankut beg diapers anak...
Kalau dulu, eh..minggu ni nak balik kampung lah...trus redah Pudu beli ticket trus naik bus dan sampai Kulim, titik.
Tapi sekarang, mesti bincang, kewangan, cost pulang, cuti suami ade tak, kalau suami bagi naik bus pun mcm tak sampai hati sbb ade anak kecik, kesian dia nak naik bus jalan jauh...kang kalau nangis..uihh..mencabar!
Dan banyak lagi tak tersenarailah kawan..hehehhe..
Memang itulah kehidupan kita berubah...
Bila di telek rasa mcm..penat aje yg banyak kan?
Tapi valuenya?
Subhanallah...bila hidup ada penuh tanggungjawab,
Kehidupan lebih teratur sebenarnya,
Dengan perlahan -lahan kita belajar berdikari,
Perlahan lahan kita mencuba jadi sabar,
Perlahan lahan kita seperti merasa seorang yang berdisiplin,
Perlahan-lahan kita makin rasa ingin dekat dengan Tuhan...
Bila penat...cepat cepat beringat, bahawa pahala seorang isteri dan ibu itu luar biasa,
Bila rasa nak marah atau nak hentak2 barang, cepat cepat beringat,
"Kemana hilang nnt pahala aku, kalau aku tidak ihklas"
Bila rasa sedey bila tak terlayan kerenah anak, ingatlah itu amanah Allah,
Allah menduga hambanya kerana Allah tahu hamba itu mampu menjalani ujian itu..
Sesungguhnya, bila kita merasa terlalu lelah untuk semua ini,
Ingatlah Allah sedang tersenyum dan menanti untuk memeluk kita..
Jika segalanya adalah kerana Allah, maka takkan ada satu pun rasa 'jahat' yg memburu dalam diri,
Ya. Kita manusia.
Pasti dalam keadaan sedar atau pun tidak,
Kita tewas dlm banyak hal,
Kita turutkan nafsu dan emosi yang membuta,
Dan saat itu sebutlah nama Tuhanmu,
Bila semua yang lelah ini adalah bekalan kita,
Kita tak mungkinmuncung sepanjang hari, malah kita pasti senyum.
Dan bukan mudah mengumpul kekuatan seumpama itu,
Berdoalah selalu, berjumpa dengan Dia, Mohon dan pinta pada nya..
Dia Al-Qawiy yang Maha kuat!..
Allah takkan melupakan hambanya, kerana Dia yang menjadikan dan menciptakan kita.
Dahulu, kehidupan kita berbeza..
Sekarang, kehidupan kita takkan sama seperti dulu.
Dahulu, kita rasa gembira dengan rasa bebas,
Sekarang, kita mampu untuk merasa gembira dengan rasa tanggungjawab...
Dahulu itu kita,
Sekarang ini juga adalah kita...
Dahulu kita merasa kehidupan kita adalah baik dan indah,
Sekarang, kehidupan kita adalah sangat terbaik dan luar biasa indahnya.
Dahulu, kita solat dan mendoa,
Sekarang kita ertikan solat dan sujud dengan doa yang penuh erti demi rasa tanggungjawab itu..
Tangungjawab di dunia dan juga di akhir nanti...
dan....
Dahulu ini saya.....
yang kehidupan sederhana dan hanya kerja ;-D
Hidup yang amat sederhana ...
Tuesday, April 12, 2011
~Wafiy Got Ole Ole~
Masyaallah, sejuk gile nih...
Tapi nak kasi update jugak,
Wafiy dan Kopiah..
Semalam tokde Wafiy bagi kopiah dan baju..
Kasi test terus siap!
Tapi Wafiy skang dah tak nak sgt pakai kopiah,
Asik nak tarik buang je diya,
Haishhh..
hehehhe...
Friday, April 8, 2011
~Hikmah Jumaat : Siapa Yang Cerdik dan Tegas~
Salam dan selamat pagi,
Wednesday, April 6, 2011
~Dalam Berjuta Ada Satu Permata Bukannya Kaca~
Salam dan selamat tengahari,
Saya baru sangat sangat lepas lunch,
Bawa bekal je
(Saving Pocket Suami, hihihihi)
Tajuk macam gempak,
Dalam berjuta ada satu permata bukannya kaca,
Mungkin permata itu hati kita,
Mungkin permata itu mak ayah kita,
Mungkin permata itu anak atau suami kita,
Dan mungkin juga permata itu diri kita sendiri.
Pernah dengar tak satu dalam berjuta?
Orang akan samakan dengan cinta.
Orang yang dicintai. Lelaki. Perempuan.
Dan ada juga lirik lagu,
"Ku sangkakan permata , rupanya kaca",
Betapa kecewa manusia itu bila mendapat kaca,
Kerana yang diharapkannya adalah permata berkilau.
Kita adalah manusia yang sentiasa inginkan sesuatu yang indah,
Namun, indah atau cantik adalah subjektif,
Keindahan ada yang didalam,
Keindahan juga ada yang di luar,
Permata. Indah kan?
Kaca? Tak indah ke di mata kita?
Kaca. Sifatnya mudah pecah.
Tapi kaca yang sentiasa tahu sifat lemahnya itu sentiasa berusaha memperjuangkan diri,
Kaca berazam dalam diri "Sifatku mudah pecah, aku perlu hati hati"
Jadinya kaca lebih rendah diri,
Kaca lebih berhati hati,
Kaca tak mungkin menukar sifatnya, tak mungkin dgn kuasa penciptanya,
Itulah sifat yang diciptakan untuk dirinya kaca.
Tapi pernah fikirkan nasib permata?
Permata agung dimata siapa pun,
Melihat permata, pasti berkilau setiap yang memandang,
Harga dan nilainya tinggi,
Indah? Pasti saja indah,
Setiap yang memiliki permata pasti merasa gah dan bangga,
Tapi bila permata sudah hilang kilaunya?
Mana tempatnya, pasti diganti permata yang baru,
Eh..mana boleh, permatakan bermutu tinggi,!
Tak mungkin akan hilang kilaunya.!
Tidaklah, tak mungkinlah!
Kata kata itu membuktikan bahawa yakinnya permata itu adalah hebat,
Tak mampu mengalahkan apa pun,
Kata permata "Bagaimana mungkin aku mampu terus berkilau jika sifat cantik ku ini tidak dijaga"
Kata permata lagi "Sekarang aku masih baru, aku masih dijaga, bila sudah hilang seri dan kilaunya, aku tak pasti dimana tempatku".
Biarlah permata mahupun kaca.
Itu hanya semata perumpamaan manusia.
Manusia yang hidup atas kuasa nya Tuhan yang satu, yakni Allah.
Kita mungkin adalah kaca atau permata,
Kaca tetap banyak budinya,
Lihat disekelilingmu,
Pasti ada yang berasaskan kaca.
Begitu juga permata.
Sentiasa cantik, mampukah bertahan?
Kita manusia yang sering melakukan khilaf yang sedar atau tidak sedar,
Bila merasa diri serba kekurangan, ingatlah siapa yang menciptakan kita,
Kerana itu kekuatan kita.
Dan bila kita merasa terlalu indah dan senang di dunia,
Ingatlah itu bukan milik kita,
Itu miliknya Pencipta kita.
Kita MILIKNYA ALLAH.
"Runtuhkan tembok angkuh dalam dirimu, supaya berderai menjadi air mata yang laju, kerna itu taubat indah kehidupanmu, dan kembalilah pada Allah"
Moga setiap patah yang keluar di post ini menjadi peransang hidup kita.
Terus berjuang.
Terus dengan satu misi dan visi kehidupan.
Berjumpa Allah dalam keadaan husnul khotimah.
AMIN YA RAHMAN.
-------@ Ummie Aie'sya
Friday, April 1, 2011
~ Jumaat dan Cinta ~
Salam Jumaat.....
Cinta adalah kekuatan yg mampu :
Monday, March 28, 2011
~Flying Without Wings~
Assalamualaikum,
Subhanallah..
Alhamdulillah...
Feel like flying without wings..
When you believe on God, You've never regret..
Allah promise, to all servants, if we believe on God, You'll get the true happiness..
Thank you Allah.
;-)
Dear all, Abie will reach home today.
Dear Wafiy, Allah heard you.
Dear Abie, May Allah bring back you at home safely.
Dear heart, believe on Allah promise. You'll never hurts.
BELIEVE.
;-)
I've begging you, Allah.
No matter, please be with me and my family.
Please guiding us, till the end of our breaths.
AMIN...AMIN YA RAHMAN...
;-)
GO! WIN! FIGHT!
-----@ Ummie Aie'sya
Friday, March 25, 2011
~Tahadjudd Cinta Untuk Allah~
Salam dan selamat pagi Jumaat,
Alhamdulillah,
Sekali lagi kita masih dipanjangkan umur,
Masih didizinkan bertemu hari ini, Jumaat,
Ini ada beberapa hadis kiriman Abie pagi tadi,
Kita manfaatkan bersama,
Insyaallah, memperbaiki hari demi hari,
Moga tempat kita disisi Allah. AMIN!
"Berwuduklah sebelum tidur dan berniat hendak bangun malam"
~Barang siapa yang hendak tidur (mendatangi tempat tidurnya) sedang is berniat akan bangun malam lalu ia tertidur (kerana diserang kantuk yang sangat berat) sampai pagi, maka telah dituliskan baginya apa-apa yang diniatkan dan tidurnya menjadi SEDEKAH kepadanya dari Tuhannya.~
(HR.An-Nasai-Ibnu Majah)
~Allah merahmati seorang laki-laki yang bangun pada malam hari, lalu sholat tahajjud dan membangunkan isterinya jika isterinya menolak, ia memercikkan air ke wajah isterinya, begitupun isteri terhadap suaminya.~
(HR. Ahmad)
Luqman Al Hakim berpesan kepada putranya,
"Nak...,janganlah ayam jantan lebih cerdas daripadamu. Ia berkokok di akhir malam, sementara engkau masih tertidur pulas."
Nabi SAW berdoa',
"YA ALLAH....Berkahilah umatku ketika mereka bangun pada awal Subuh."
(HR. At Tirmidzi)
Moga Allah permudahkannya...
Dunia ini sementara, kerna Akhirat nyata selamanya,
Jika terasa terlalu muda, ingatlah bila saja Allah mampu mematikan kita,
Jika terasa terlalu tua , bertaubatlah, Allah sedia menerimamu,
Jika merasa terlalu asing bagi kematian, Istiqfarlah, bershahadah atas nama Tuhanmu dan Rasulmu itu pesuruh Allah,
Mati adalah sebuah penghidupan baru di alam sana,
Kita tak mampu membayangkan seindah dan seteruk mana keadaannya,
Tapi ingatlah pada janji Allah,
Jika prinsip hidupmu di dunia adalah semata kerana Allah,
Kau takkan pernah sesal di hari kemudian....
Moga Allah mendatangkan kita malaikat malaikat yang sentiasa melindungi dan menjaga kita.
AMIN YA RAHMAN YA RAHIM.
Sambut salam cinta dan rindu kami...............
-----@ Ummie Aie'sya & Abie Aie'jie





















