My photo
Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.
Showing posts with label wafiy. Show all posts
Showing posts with label wafiy. Show all posts

Monday, March 28, 2016

~Abang Wafiy and Prasekolah~

Ni entry yang di taip hari Ahad,
kui kui kui,
Sengaja di jadualkan hari ini baru publish..
Semoga istiqamah lah umi oiii mengupdate!

heeeeeee


Dah masuk bulan 3 dan beberapa hari lagi menjengah lah bulan 4 ..
Tahun 2016...
aduyai...ke laut betul nak mengupdate,
hehehhehe

Ye tahun ni Wafiy dah masuk 6 tahun,
dan tidak lagi di KEMAS..
alhamdulillah rezeki Wafiy dapat ke Pra Sekolah tahun ni...

Berbanding di Kemas tahun lepas,
Wafiy nampak lebih semangat dan happy tahun ni di Pra Sekolah,
Balik sekolah pun eksited nak cerita ,
Homework pun nak buat,
Yang penting dia sendiri yang komen Cikgu Pra baik dan sayang dia..
Cikgu dulu garang,hehhehehe

So lebih lapang dada lah omaknya nak g kijo heeee,
Alhamdulillah moga terus sukses Wafiy ...
;)

ni gambar 1st day school ..
heheheh..
muka ketat tahan macho...


Wednesday, November 11, 2015

~Ku Terus Mencoba~

Assalamualaikum,
Post makcik baru nak buang habuk2 kat blog..
Heeee...

Alhamdulillah,
Bolehlah lepak lepak jap kat blog before balik, heeee
Nice!

Sambil layan lagu Awie..
Kita kasi goreng sket lah harini..

Just a little update about Naufal Wafiy,
Wafiy,
Alhamdulillah dah 5 tahun,
Tapi cakapnya masih ada pelat pelat heee
tapi dah boley diharap dah...mandi pagi sendiri pakai baju sendiri..
simpan beg sendiri...
nak minta tolong pun dah boley...

Begaduh juga dengan adik dia,
Bila si adik pulak jenis suka geram tak tentu pasal,
Sekejap kejap dtg gigit abg dia, sekejap datang lempang sesuka hati..
Heeheheh habis brutal lah si emy ni kayaknya...

Aimy ni jenis keras sket,
Jenis kalau nak itu nak jugak,
Kalau tak nak tu tak nak juga,
Memang menguji kesabaran habis lah part yang ini,
Memang mengurut dada ajelah selalu,
Tapi kena ada cara nak tackle si emy ni,

Tapi Aimy kalau jumpa baby atau adik yg lagi kecik dari dia,
Dia akan keluar trus sifat2 sisterhood dia,
Tetiba trus jadi kakak sgt!
Banyak lagi nak story,
Takat ni dululah...
nnt kita sambung lagi deh..


Moga jadi anak soleh dan solehah Wafiy and Aimy , penyejuk mata dan moga menjadi pemimpin orang orang yang bertaqwa...


si abang Wafiy,
Baik hatinya, heee


Si adik brutal,
Jangan main-main haaaa,
hahahha


bye,
;)

-------@ Umie Aie'sya



Wednesday, September 12, 2012

~Sambutan Kecilan Sahaja :)~

Asssalamualaikum,
Selamat petang,

Ni cerita upacara mengejutkan sang besday boy semalam,
Actually mula2 tu plan bukan nak surprise sgt,
Tapi alang2 dah nak buat dan si suami pun tak tahu,
maka jadikan jugak
:)

Ramai yang telah menjayakannya...
Tokde, Acu, MIL,FIL..
dan seluruh keluarga sebelah husband.
Dan saya mmg pesan jangan gtau my husband tentang program yang dirancangkan ni.
:)

Sepatutnya semalam my hubby kerja,
Tapi tup tup tup last minit dia msg dia ada hal penting kena uruskan dan dia off smalam,
Saya pula dah planning time off dan nak masak2 petang tu,
Jadinya saya tak jadi masak, dan hanya beli.kikikiki,
Padan muka sbb nak surprise lah kononnya.
;)

So , start tengahari dah communicate dgn my SIL,
Dan saya dah call semua family tentang aturcara dan kat mana nak berkumpul.

Jadinya, saya pulang kerja macam biasa,
Dan buat2 takde ape yg berlaku.

Lepas maghrib,
Maksu and all family yang dtg dari rumah BIL semua dah sampai kat bawah rumah,
Masa my SIL call ckp dah sampai bawah rumah,
Saya buat2 cakap kawan dtg nak amek brg,
dia tak suspek pun siap soh bawak turun sampah
adehhhhhh (-_-")

Cuma lepas dah turun bawah,
Tokde yang jugak bawak kek besday lum sampai2
agak lama (20min jugaklah kat bawah kot)
kakakkakkakak (mahu nak kantoi nih)

Dan dari bawah kitaorang naik ramai2,
bagi salam
dan........................
bukak je pintu tgk2 my hubby takde kat hall
apadaaaaaaaaaaaaaaaa
sib baik tak nyanyi terus,
rupanya dia dalam bilik tidurkan aimy

So saya masuk rumah mcm biasa saja dan suruh dia gie tgk Wafiy kat luar pintu
Masa tu muka husband saya dah berkerut,
hahhahahah, dia dah mcm pelik,
and finally diorg kat luar tak nyanyi pun just wish jelah hahahhaha
sekali my husband nak konon2 tuutp pintu tak kasi diorg masuk
hahahhahhaha
dia tak terkejut tapi mcm pelik kotttttttttttt
dan dia tak tahu pun org nak dtg.........

so finally kitaorg pun sambutlah besday Abie dan juga secara tak langsung Wafiy jugekkkk
:)

besday boyssssss
abie n wafiy
Wafiy mmg tak bley blah tgk upin
dia nak terkam terus!
 
 
 
 

tgk tu!
kamera pun tak nak pandang
 
 


dede dah tdo,
tu pun dah ngamuk2 masa nak potong kek
kikiki




ni sape ek?
tukang kelui org sana sini
hihihihihi




tidak dilupakan kerjasama semua pihak!
plus tokde(tiada dalam gambar sbb tengah ambil gambar)
hihihii
 
finallyyyyyyyyyy...
habisssssssss...
 
Objektif majlis/program :
 
Hanya sekadar mengisi sedikit ruang waktu untuk menyambut hari kelahiran yg tersayang.
:)
just simple, sgt simple....
saja suka2 dan mmg berniat kumpulkan kuarga hubby supaya ada sedikit rasa happy di hatinya
(erm...happy tak???)
;)heeeeeeeeeee(bunga sgt ayat)
 
 
'
'
'
'
'
 
selamat hari lahir sayang sayangku..
Abie n Wafiy
;)
May Allah bless!Ameenn!
 
 

Friday, March 23, 2012

~Angry Bird~

Assalamualaikum,
Sekejap aje dah jumaat,
;-)

And today my baby inside tummy was 7 month and plus already,
Actually dah 30 weeks,
errrrr...dah sekarang sudah fasa my tummy herot berot sedua saat,
hehehe, mungkin ruang didalam juga sudah padat,
dan pergerakan baby mula menampakkan bonjolan ketara,
hehehhe, rindu pulak zaman wafiy dalam perut dulu,
ohhh wafit sgt aktif dulu,
sampai rasa penat,
hihihihi... dan dia mmg aktif okay sampai skang...
Alhamdulillah sehat tubuh badan, mmg sgt dah syukur kan?

Mmg dah lama tak update kan,
Dan mmg bulan ni pun belum scan jumpa doc
Dan saya belum sempat update pasal HB low,
ehhh..ke dah update ek?
errr..tak igt lah...
by da way pasal HB low,
Haritu mmg lah jatuh sket,next check up 29 ni,
harap2 oklah, nak kena mkn bayam byk2 lagi ni,
Actually masa preggy kan Wafiy pu dulu ade HB low sket,

Dan barang2 tuk adik Wafiy dah beli sket2,
Dulu masa first baby byk sgt beli baju newborn,
So kali ni dah tahu, beli 3 month punya siap2 sbb dulu Wafiy kuar2 dua hari je ley pakai newborn,
Pastu sentot! adehhhhhhhhhh...
Baju warna ape?
hehehhe, macam2 dongggggggg...
ermm ade warna itu, ade warna ini....

Actually saya pun masih tertanya betul ke jantina adik Wafiy ni,
Setakat ni dah dua kali scan mmg result nye sama,
Dan Abie still nak biarkan jantina as a surprise!
Dia taknak kasitau bila adik ipar n my MIL tanya pun selamber dia jawab "RAHSIA!"
Ohhhh saya hanya ikutkan aje dongggggggg...
;-)

Tapi boley je tanye Wafiy,
Wafiy pun tahu kan..kan Wafiy kan....

Kalau tanye Wafiy,
"wafiy, adik girl ke boy?"
ini jawapan dia...

hummm..rahsiaa sambil buat muka angry bird...
ye nilah alkisahnye kenape entry today adalah angry bird...
hahahhahhahah

Wafiy mmg sgt dah abg-abg,
Mmg sgt manja juga,
dan skang dah demand piring sendiri kalau nak mkn...
Kalau kat rumah, dia mesti nak piring dia ni jugakkkkkkk

haaa..ni pinggan dapat free beli pampers drypers..
heeeeeeee..


So abg Wafiy mmg abg besar sudah...
Sgt rindu jugak waktu dia baby,
dan masih gemboi-gemboi,

dan alwez be my big mag, donut and wat ever lah
(tokde yg selalu bubuh nama makanan gitu..)
hahahha

tokde kate ni Big Mac
Big Mac....
Wafiy at 6 month...rasenyeeeeeee...
:-)

So dah habis kot crita pasal Angry Bird yang sorang ni,
And dikesempatan ni saya nak ucap congrates pada kwn2 blogger yang baru je bersalin, yang baru je dapat happy news (pregnant again!) tahniah korang, yang masih tunggu saat nak bersalin, yang masih fully breastfeed dan masih BF, untuk para isteri dan ibu2 yang sgt2 dikasihi Tuhan,
dan tuk semua nya...dan tuk sesiapa saje..;-)

Jangan pernah mengalah okay, jangan pernah menyesal,
Tuhan tahu apa yg terbaik buat kita,
Dan perancangan Tuhan itu lebih terancang
Dan Tuhan tahu ianya adalah terbaik buat kita 
SMILE....


May Allah bless all of you,
Salam Jumaat dan moga hari ini membarakahkan hidup kita hingga akhirnya,
Lots of love...



--------@ Ummie Aie'sya


Tuesday, March 6, 2012

~Nota Kecil Dari Anakku Wafiy~

Nota Kecil Dari Wafiy.

Assalamualaikum,
Moga Allah membarakahkan hari-hari kamu.

Disini Wafiy ni,
Dah lama Wafiy tak tulis apeape,
Alhamdulillah Wafiy sihat,
Adik pun sihat,
Abie and umie pun sihat.

Kebelakangan ini,
Wafiy ade perasan beberapa perkara,
Rutin harian kami sekeluarga.

Sekarang pagi-pagi hari Isnin hingga Jumaat,
Mesti Wafiy terasa seperti didukung masuk ke dalam kereta,
Kadang-kadang sedar,
Terus rasa dahaga mintak susu,
Tapi kadang2 dari dalam rumah lagi dah terjaga,
Masuk kereta kadang2 terlelap semula,

Pagi-pagi kalau Abie ada,
Abie lah yg akan dukung masuk kereta,
Tapi kalau Abie tiada, umielah yang dukung wafiy ke kereta,
Bila Umie dukung macam lain sket sbb akan terasa ada bonjol kat dada Wafiy
Rupa-rupanya adik.

Wafiy tahu, Umie sangat letih dan penat,
Pergi kerja pagi2, Pulang kerja juga lewat,
Dalam kereta Umie selalu kata umie minta maaf balik lambat,
Sebab byk sgt kerja...
Umie kerja mcmana tu ek?Ntahlah Wafiy tak pasti,
Tapi Umie selalu kata Wafiy kena ikhlas,
Sebab Umie pergi berjihad, Dulu Umie selalu kata Abie saja yang pergi berjihad,
Sekarang dua-dua pergi berjihad?
Dua2 perlu bekerja?

Wafiy memang tak faham sgt,
Tapi Wafiy faham bila tengok muka Umie bila pulang dengan jalan pun huyung hayang,
Sebab Umie tu mengandung jugak kot,
Bertambah huyung hayang Wafiy tengok,
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
Wafiy nak mintak maaf pasal semalam.

Semalam,
Semasa pulang dari rumah Wan,
Wafiy duduk dalam carseat macam biasa,
Sambil minum susu,
Minum separuh saje,
Terus kasi balik kat Umie,
Lepas tu Wafiy buat isyarat kat umie yg wafiy nak gie duduk kat seat seblah driver tu,
Umie yang tengah drive masa pun berkata
" Tak boleh lah Wafiy, bahaya ni, atas highway ni tak boley tukar"
Tapi apakan daya, Wafiy nak jugak kuar dari car seat tu...
Nak juga nak juga...
Umie pun cakap lagi..
"Sekejap ek sayang, dah nak sampai niiiiiiii...sekjap je lagi"
Dan wafiy pun terus nangis,
Bile dah nangis , tiba2 Wafiy bunyi mcm nak muntah,
Wafiy nampak Umie mcm gambra,
Umie kata "Wafiy jgn nangis dah, nnt muntahhhh"
Dan umie slowkan kereta, nak stop terus mmg tak berapa ok sbb atas highway,
Jadi umie slow kereta sambil tangan pegang stereng, sebelah lagi bukak seat belt kat belakang,
Wafiy masih nagis time tu, terus trun carseat sambil nangis2, sambil duduk ditengah2 seat depan,
Dannnnnnnnnnnnnnn
"Wekkkkkkkkkkkkkk"
Muntah yang sangat byk . Dan muntah itu telah terkena umie.
Aduhhhhhhhhhh...

Masuk Putrajaya baru dapat berenti sekejap tepi jalan,
Umie lap2 Wafiy,
Dan habis jugaklah baju umie,
Dan keretanya.
So Sorry lah umie,
;-(

Wafiy mintak maaf ye.

----------@ Naufal Wafiy

Assalamualaikum...

Ini Umie Wafiy,
Apalah dayanya kalau sianak yg tak tahu ape2 ini,
Mana mungkin wafiy secara verbal dalam ckp pada saya sendiri yang dia mintak maaf kan..
Tapi secara mimik muka dan pandangan mata dia,
kita pasti tahu yang anak kecil ini seperti mintak sgt ibu dia maafkan dia..
Betul kan?

Ye.
Tapi mmg kebelakangan ini saya agak stress dan penat,
Tapi masih terkawal.

Tapi hati selalu meronta2 nak balik awal,
Masa pulang dari opis pun dah terbayang2 muka anak,
Inikan bila dah jumpa,

Wafiy mmg agak lasak sekarang,
Dan normal sbb dia sedang membesar dgn sihat,

Penat itu ditelan kerana itulah yang diharapkan sebagai pahala jihad
Jihad yg meninggalkan sementara anak jauh dari kita
Jihad itu mesti ikhlas

Ye.
hari2 dan setiap masa saya cuba  mengingat diri sendiri,
Bila mana pergi bekerja,
Bukan semata untuk kerja,
Tapi adalah kerana Tuhan,
Dan setiap kali beringat, setiap kali itu lah beristiqfar,
mana mungkin saya tak pernah mengeluh dengan kepenatan tubuh yang senantiasa ini,
Sebaik pulang kerja, mahu sepenuhnya untuk anak dan suami,

Moga Allah terima jihad dan penat lelah ini sebagai bekal disana,
Moga Allah iring setiap langkah kaki kami sekeluarga,

Moga kamu kuat anak anakku
Wafiy and baby please be strong.
Umie and Abie love both of you...

Allahuya Allah.


--------@Ummie Aie'sya

Thursday, February 2, 2012

~Abang Yang 1 Tahun 5 Bulan~


Assalamualaikum,
Selamat tengahari dan selamat makan tengahari jugak,

Alhamdulillah..
Wafiy sudah 1 tahun 5 bulan,
tak lama lagi sudah satu tahun setengah,
Sekejap sangat2.

Setakat ni masih belum boley panggil Abie dan Umie,
yang boleh hanya nak nak,
dan tunjuk aa yg dia nak,
bercakap pun byk tapi lebih kepada bahasa dia sorang saja yang faham,
heeeeeeeee

Tapi bila di suruh atau kita cakap sesuatu dia faham dan boley bertindak balas seiring dgn maksud kita,
Contoh
Wafiy, mana susu..?
Dia kan cepat2 amek botol susu,
dan kalau nak susu dia akan bawa botol kosong ke dapur sampai berjumpa tupperware yg ada isi susu dia tu,
Wafiy nak mandi?
Dia akan terus laju pergi bilik air....bab tu mmg laju lah kan, nak main ayaq..
Dan byk lagi..
ambil pamper, tolong simpan baju, tolong ambil itu ini semua dah boley suruh..

Sekejap saje waktunya...
dan adik wafiy juga juga 5 bulan lebih,
next week dah masuk 6..
ffuhhhhhhh...

Hampir ingat2 lupa camna nak nak ambil nafas ,
mcm2 dah lupa niiii..
adehaiiiiiiiiiii
heee...

hopefully kehidupan harini dan akan datang akan lebih baik,
moga lebih bersyukur dengan rezeki seadanya,
kehidupan manusia juga di uji,
Ya Allah barakah kan kehidupan kami dan permudahkanlah rezeki bagi kami.
Amin.

;-)


------@ Ummie Aie'sya

Monday, January 30, 2012

~Wafiy n Areessa~

Assalamualaikum,
Selamat pagi,
Uhhhh..peritnya bila batuk tak baik2 ni...
tak selesa berkokok kan di opis plak tu,
Sangat tak selesa,
Aduhai..
Alhamdulillah, Wafiy dah sihat, ummie dia plak yg masih berbatukkan lagi,
sangat mencabar bila batuk time pregnant,
rasa sgt tak selesa,
huuuuuuuuuuuuuuuuu

last weekend wafiy lepak with areessa...
dan ini je sempat snap guna hanset..heee

Wafiy : Salam-salam ...
Areessa : ermm..sorry la tak boley, nnt ummie saya maraaaa

Wafiy : Oklah oklah, eh, bukak kasut ni, atas meja mana bley pakai kasut
Areessa : Abg Wafiy...plzz laaaaaaaa..please dont touch ok..

Wafiy : ok fine..jum amek gambar, smileeeeeeeeeee
Areessa : hummmmmmmmmpp ( Malas betul aku nak layan mamat nih)

hahahhahah..
Adeh..
Aressa bad mood ngantok laaa...
hihiihih


Thursday, January 26, 2012

~Kurus Tak Saya?~

Assalamualaikum,
Hye acik-acik, pak cik-pakcik, n kwn2 juga,

Amacam cuti panjang?
ada ok ke?

Wafiy balik kampung sekejap,
Dan Wafiy actually baru baik demam,
batuk n selesema masih ade sket2,
Masa demam Wafiy langsung tak mahu makan,
Tak sedap mulut kot agaknye,
Susu pun minum tak banyak,
Dan..Wafiy telah mengalami kekurusan yang banyak,
hehehhehe,

Tapi skang dah lalu makan,
Cuma mungkin nak kena tukar susu kot,
Wafiy mcm dah tak nak susu coklat kot,
Air masak dah banyak minum,
Dulu langsung taknak,
Nasi pun makan dah banyak,

So selamat ya semuanya,
Jaga diri ye,
Sekarang musim tak sihat,
Umi Wafiy pun tak sihat,
Dia batuk2, Malam2 dia batuk kuat jugak,
Malam2 Umie susah nak tdoq, kesian umi..

Last week before balik kampung Umie bawak jumpa adik,
Wah..dah scan tau,
Adik gerak2 masa kami p tengok dia,
Dia dok ape ntah,
Kalau ikutkan doc mcm dah cornfirm jantina,
tapi doc kata next scan nnt tgk lain,
hehehheheh...
Adik oh adik...

hye..inilah gambar abg wafiy yang kurus..

;-)

Oklah..sampai sini dulu ye...
bye bye
Assalamualaikum.

-----@ Naufal Wafiy

Tuesday, January 10, 2012

~Dia Kata~

Just a simple entry , sharing all mine.


Dia kata before adik pakai,
 abg Wafiy nak pakai lagi skali,

|
|
|
Dia kata before adik kuar,
abg Wafiy nak prepare siap-siap menan tuk adik main,
Dia kata before adik kuar,
 abg Wafiy nak siap-siap diri jadi Abg,

|
|
|

Dia kata lagi....
Abg Wafiy mahu kongsi bahgia dengan adik nanti..
Dia kata lagi...
Abg Wafiy mahu jadi abg yang baik ;-)


Dia kata..dan kata lagi...
Bila adik dah ada nanti Abg akan jaga adik ok, dun worry (he make a promise)

Bila lagi dan lagi...
Abg Wafiy actually hanyalah seorang abg yang masih kecil,
Fikiran jugak masih baby,
Abg Wafiy juga masih baby,
Moga Abg Wafiy akan bantu Umie jaga adik nnt,
Mungkin tubuh dan umurnya masih mentah dan muda,
Moga kasih sayang dapat membentuk jiwa besarnya.

Abang Wafiy make his promise :
Dear Umie,
Wafiy akan sayang umie... walaupun bila adik dah ade nanti.
(Wafiy seperti mahu menyejukkan hati umienya, yang sebenarnya dia menguatkan hatinya) 

Naufal Wafiy, umie dan abie sayang Wafiy selalu , sama-sama kita sambut kedatangan adik nanti insyaallah..
dengan limpah kasih sayang Allah,
yang menyemai cinta dan kasih sayang ini.
Aminnnn

Just a simple entry, have a nice day everyone.

------@ Ummie Aie'sya

Friday, December 30, 2011

~Temerloh~


Assalamualaikum,
Last weekend kitaorg balik Temerloh,
Singgahlah di Pekan Sari,
Hihihi, sebab tu ade gambar kat atas tuuu,
Pertama kalinya Wafiy jejak kaki kat Temerloh,
Dan sampai nak balik pun dia taknak,
Sanggup dia bye bye kitaorg masa nak balik tuuu,
perghhhhhh......

Balik je rumah, tokde bawak baju yang Tok Ma beli,
So sesi try baju sbb takot tak muat,
Alhamdulillah semua muat cantik punya,
hehehhehe,
"yo! it's me!"


Ini plak baju tokde beli,
Baju dah ok,
cuma seluar besar sket,
Ini gaya mcm nak bercerita
"Padaaa suatu hariiiiiii........."


Ye, anak teruna ku ni dah besaq panjang,
sat ja masa kan,
Tahun depan dah 2012,
Selamat Tahun Baru uolsssssssss....
Peace!
;-)



Friday, December 23, 2011

~Mummy Yang Empat Bulan ++++~

Saya Tukang Cakap Hari Ini

Assalamualaikum,
Hye....
Hari ni Wafiy yang menjadi tukang cakap-cakap ok,
Kasi chance lah kan,

Semalam kami p Maeps lagi skali,
Ada sedara dari kampung datang,
Tapi Wafiy dalam mood yang tak berapa sihat,
Ada batuk dan selesema seket,
Tapi Wafiy ok je bab makan,

Cumanya bila makan steamboat ni Ummie Wafiy tu dia tak bape layan sangat kot ,
Mungkin diya penat atau mmg dia mcm tak bapa lalu makanan laut ni kot,
semalam dia byk makan telur dan bihun atau mee,
Tapi layan jugaklah dia mkn mcm tu,
Macam sedap je diye mkn haaa...

so ini picta latest my ummie yang mengendongkan adik saya itu ;-)

makan .

Dan Wafiy juga mmg masih seleema,
Dah dua hari selesema,
Semalam Abie baru balik Training dan esok ke Training lagi,
Jadi esok Umiie dan Wafiy je balik Temerloh ngan Wan semua,
Ade kenduri,
;-)

Oklah,
Next time jumpe lagi okeh,
Ini picta Wafiy dengan Pak chu Haziq

Maafkan muke slenge saya itu.


So salam Jumaat jugak ya untuk semua,
Have a nice day ye,
Doa Wafiy untuk semua,
Al Fatihah.
:-)


------@ Naufal Wafiy

Wednesday, December 21, 2011

~Cekodok Tengahari~

Assalamualaikum,
Sebenarnya suasana agak stress,
Urghhhhh..
Tapi haruslah dikawal ketat kerana tidak elok utk kesihatan ibu dan bayi..

Jadi mari kita makan cekodon ini..
Mahu??????????

Nyum nyummmm

Siape mahu cekodok tengahri?
Ini dia cekodokku hari ini..

huahauhauahuahua..

Maaflah hari ini ku rasakan awan berarak mendung,
begitu jua perasaanku,
cheewahhhh, hihihi

Iyeeee,
saya stress tapi berlagak cool.
(-_-)

oklah bye.

-----@ Ummie Aie'sya

~Cekodok Pagi Ini~

Assalamualaikum..
Selamat pagi,
Dah breakfast ke?

Kalau belum...ini cekodok untuk kamu kamu..
hehehhehehe


psst : Wafiy , jangan maraa arrrrrrrrr..

hahahha

-----@ Ummie Aie'sya

Tuesday, December 20, 2011

~Rehat Waktu Petang~

Assalamualaikum
mataku berpinau pinau sekejap,

Sangat penat badan dan juga mata,
Rasa kalau dah sampai rumah tu dah mcm longlai habis
Lembik.

Sekejap je adik Wafiy dah masuk 4 bulan,
Bulan berganti bulan pun dah mcm minggu berganti minggu
Sangat pantas ye.

Wafiy pulak makin manja dan lasak
Dan paham bila orang marah dia,
Dah dah pandai buat muka monyok kalau dia tak suka
Hahahahhaha
Memang kelakar
Tapi saya belum sempat snap gambar dia sambil memonyok tu

Pregnancy kali ni mmg mencabar
Awak akan berdikari bersama seorang putera mahkota yang lasak dan juga mengendongkan si chomel yang makin membesar dalam perut ini
Mencabar bila banyak nak diuruskan sendiri
Jadi lebih mencabar bila si abang mmg tak kasi pergi dapur time perut dah lapar mintak suruh panaskan kuali di dapur,
Berdouble-double mencabar bila si abg yang hensem ni tak kasi umie diya masuk bilik air mandi
DAN TRIPLE MENCABAR  bila si abg syok main titik titik susu choklat atas lantai,
nampak berseni katanya,
MALAH si abang merasa senang hati melihat semut dengan tenteranya datang menghurung.
FUHHHHHH..
dan banyak lagi okay saya tak tau nak cakap yang mana satu.

Tapi syukur,
 kalau suami ada mmg suamilah yg byk tolong walaupun beserta leteran yang 'chomel'
Ye , mmg chomel kalau org lelaki berleter,
Chomel ++++ kot,
hahahhaha dan boley membawa juntaian air mata youuuuuuuuuuuu

Tapi sememangnya rutin kehidupan saya banyak bersama Wafiy,
Suami berjuang , kami juga berjuang,
Masing-masing punya tanggungjawab kan...

Apa pun,
Syukur pada Tuhan,
Alhamdulillah ;-)

Moga Allah berkati hidup kalian semua,
Have a good time,
Hari ni target nak balik awal..
Fuhhh. AMIN!
(harap-harap dapatlah dongggggggggg)


waktu ni baru belajar buat muka kot...
sekarang lagi ketara kot...

;-)

-------@ Ummie Aie'sya

Monday, December 19, 2011

Friday, December 9, 2011

~Abang Long Wafiy~

Assalamualaikum..
Good morning..
Salam pagi Jumaat.
;-)

Orang orang selangor bercutilah ye hari isnini,
Putrajaya yang sebelah Selangor hanya tersengih kambing lah ,
Hehehhehehe

Apapun, Bila dah sampai Jumaat memang rasa cepat2 je,
Nak cepat cuti, heeee

Tapi weekend ni Abie tak de,
Seminggu nanti Abie takde,
Today dah ke Pahang,

So Wafiy and Umie again,
Belum tau nak buat ape weekend ni,
Yang pasti nak kemas rumah,
Nak kemas dan kemas mcmana pun tak tau laaa...
errrrrrr....

Ni ade gambar Wafiy kat bawah rumah,
Ape  ntah yang dia tengok
Abg Long Wafiy..heheheh
Dah besar macam abg kan?





oklah...
see you lagi yeeee,

--------@ Ummie Aie'sya

Thursday, December 8, 2011

~Every Single Day~

Assalamualaikum dan hye,
Before nak mulakan keje today,
Just nak sharing cerita benar,
heeeee..mmg benar lahhh...

Setiap pagi sekarang saya kan kuar rumah,
 dari Putrajaya pukul 7 sharp dah gerak ke Serdang,
Hantar Wafiy rumah Wan,
Dan akan patah balik semula ke opis di Putrajaya,

Dan begitu jugaklah balik,
akan kuar dari Putrajaya menuju ke Serdang,
Dan Pulang semula ke Putrajaya.

Sebenarnya walaupun kilometernya menjadi bertambah,
Tambah apa yg lagi nak di kisah kalau hati ni tak lah susah hati sgt,
Walaupun kena ulang alik tapi bagi saya masih ,
Lagi tak ok kalau saya hantar ke Pengasuh lama tu, dia meraung menangis dan muka kusut masai dan muram + sedey...
huuuuuuuuuuuuuuuuu,
Saya dah tak sanggup nak hantar ke tempat lama walaupun rumah pengasuh tu atas rumah saya je,
Just tekan lift, naik dan turun,
Mudah dan senang, tapi hati gundah dan tak tenang,
Sebab Wafiy mmg tak nak ke sana,
Meraung diya lain mcm..

Jadi amatlah saya perlu bertindak awal,
Biarlah jauh seket tak apa kan....

Dan begitulah rutin setiap pagi hari bekerja,
Biasalah masa pagi2 tu Wafiy mmg akan merengek jugak sket,
Tapi sekejap je dan dpt kwn kat rumah Wan diya,
Maka main ajelah diye tuuu

Wafiy mmg makin manja dengan saya sekarang,
Pantang kalau nampak Umie, terus sua tangan,

Wafiy dah besar...
Wafiy dah sangat faham....
Bila nak kena tinggal...
Bila nak kena tunggu umie balik..
Bila tetiba dalam dua atau tiga hari tgk Abie takde...
Dia dah faham....


Moga hari ini penuh keberkatan buat semua.
Al Fatihah.

Tuesday, December 6, 2011

Monday, August 22, 2011

~Sudah Lama Kita Tidak Bertemu ;-)~

Assalamualaikum,
Ape khabar duhai mak cik , pak cik, auntie, uncle dan semua,
Wafiy disini sihat,
Anggaplah ini surat tidak rasmi yang tidak berformat dari Wafiy
(Saya kan dah big boy, bahasa juga ala ala kemachoan gituwww)
hehhehehe..

Maaf, agak lama kita tak bersua,
Al maklumlah, umie saya bz,
Jadi saya juga turut sama memenuhi kebizian umie
(hehheheh< apekah bahasa saya kurang enak?)
ok ok kita tukar ...

Hye hye,
RIndu sgt nak berblog!
(aicheh)
Selamat berpuasa,
Tunggu keluaran edisi entry khas dari umie sempena ulangtahun pertama Wafiy key!
Wafiy sayang semua!
jumpa lagi!
;-)

-----@ Naufal Wafiy

Tuesday, July 26, 2011

~hye hye hye, dimanakah saya!~

Assalamualaikum......
hye hye...
lately ni agak susah nak upload blog secara bergambar,
but this time, sure!
HEHHEHEHE

so ape perkembangan Wafiy????
alhamdulillah,l
seorang bayi sihat dan tak lama dah tak jadi baby dah,
kamu dah nak jadi toddler sayang........

wafiy not officially boley berjalan dgn jayanya,
tapi setapak dua dan rebah itu dah selalu,
insyaallah, nnt dah boley jln dgn lajunya wafiy sendiri yg akan update!
heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee




ye ini lah gelagat terbaru sang anak,
sangat kecoh dgn moto nya,
hahahhaha,
adehaiiiiiiiiiiiiiiii...
so, wafiy ade je..cume umie yg agak tidak sempat update,
huhuhuhu...
nnt nak cuba update juga lawatan ke pedang Rasullallah tempohari,
ok allll,
have a good day!
;-)


 Baby Birthday Ticker Ticker
Lilypie First Birthday tickers

Lagu Kita

Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...