My photo
Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.

Monday, June 21, 2010

Faizi Versus Syazana

Salam dan selamat pagi,
mcm gempak je tajuk,
inilah hasil mengorak ngorek album lama okeh!
hehhehe..
tapi quality gambo agak kurang memuaskan bila hanya menggunakan camera yg tidak canggih ini ;-(


dia yang pengakap, saya yang tersengih.





dia yg tersengih, saya yang ntah pape..hahha


boy, pijah dan pekji (dia yang sedang duduk bersila,hoho)



dia yang rendah ini(sungguh debab jugak kan)


hehe..dia yang rendah inilah(adeh seksi)


dia yg rendah juga ;-)


debob!

ini kasi yg terang punya...hoohoh



ada sama ka??hohoohoh...






--------------------------------------------------------@ Ummi A'eisya



Ku Di Dalam Dilema

Salam dan selamat pagi (senyum aje) ;-),
Disaat pepagi yg suam kuku ni pastinya saya sungguh kemengantukkan,
Tapi sudah bersarapan (coco crunch je)adeh..,
dan air sedikit air soya (lama pula tak minum),
dan juga tidak lupa sunquick fresh dari rumah,


Sabtu lepas,
saya melepak di rumah my MIL,
dekat je, kat Serdang, about 20 min je dari Putrajaya,
disebabkan suamiku ber outstation so saya pun pegilah melepak disana,
dan kali ini keberhasilan melepak disana tiadalah yang sia sia sbb saya dapat barang baik punya!
hoohohooh, ape dia???
gambo old school beb..hahaha,
kalu mintak sendiri sendiri dari pok cik tu jgnkan takde, dia siap ckp lagi tak amek gambo masa kecik2,
tapi bila sekali selongkar perghhh banyak beb,
sungguh seronok lah saya ini...adeh,


jap jap,
nanti saya post gambarnya,
hehhe, hermm..
dilema yang menghantui saya saat ni bila mengenangkan sudah tidak berapa bulan untuk bersalin ni,
preparation?adoii, not really prepared ok!
ni haaaaaaaaaaaa dilema saya yang berbintang2 je kat atas kepala :


lum shopping barang2 baby
(walaupun dah survey kedai yang nak pegi beli tu, tak igt kedai ape, tapi area bangi)
nak bersalin kat mana?
(hospital serdang/putrajaya atau annur??)
bila dah bersalin nnt sebenarnya nak berpantang kat mana ni???
(mak saya kat kampung lum bg kata putus nak mai sini ke tak atau saya yang balik sana)
nak berpantang ngan set ape ye?
(yelah ade jamu tu, jamu ni, tak tau yg mana satu nak try)
pas bis pantang dah start keje, sape nak jage baby nnt?
(dah survey jugak dekat2 umah, dan tula tengah memikirkan lagi sbb my MIL ada gak offer)


itu yang tersenarai la,
yang belum tersenarai ni???
adoi..mmg byk pun, tapi wat relax,
take note, dan settle satu2..fuh...first time kot,
adehh....
oklah..tetibe pening dan kelaparan...mkn dulu deh.....
mkn lagi?


Sekian dan terima kasih,
Jumpa lagi.


--------------------------------------------@ Ummi A'eisya

Thursday, June 17, 2010

Since u in my tummy ;-)

Duhai anak,
disaat ini,umi dan abi baru sgt cornfirmkan dengan doc,

doc : Iye, mmg cornfirm kamu pregnant, baru 3 minggu,
ummi : Alhamdulillah ;-)

dan waktu itu, ibu dan ayah mana yg tak gumbira..
tiada kata bicara, hanya kalam syukur dijiwa 
Alhamdulillah...




Duhai anak,
Kamu sudah 2 bulan syg,
waktu ini ummi sebenarnya sungguh tidak larat,
Baring aje, tapi alahannya diwaktu petang dibawa ke malam,
sakit yang terasa, dipendam, takot2 kamu didalam terasa hati,
bukan niat untuk merungut duhai anak..ummi mu sakit,
tapi Subhanallah, abimu nasihatkan ummi,
ummi redha, demi kamu,
kerana sakit ini adalah sebahagian amal jariah ummi sepanjang kamu didalam rahim ummi,
Maka ummi pasti gembira walaupun ummi tak berdaya,
"Yakinlah dengan hikmah Allah sayang"

Duhai anak,
Lihatlah wajah ceria ummimu ini,
Subhanallah, sakit itu kian hilang, kerana redha itu,
dan kerana cinta ibu kepada kamu,itukan hikmah Allah sayang...
Kesakitan itu lenyap bila mengenangkan dirimu,
Hampir menjengah 4 bulan umurmu sayang....




Duhai anak,
Disaat ini..ummi sudah kuatkan...
Pipi pun sudah mula mencambah,
cute tak ummi kamu??
Abi kamu kate ummi dah boroi..hehe,
boroi???sgt tak sesuai kan syg.....;-)




Duhai anak,
Wah ummi dah makin cargas,
ke hulu hilir ummi driving,
kadang2 ummi usung kamu yang didalam perut ni ke serata pelosok alam,
kamu juga suka,
kamu sudah pandai berinteraksi, aduh..nahh kan betul..kamu tendang menendang ummi ye..;-)
Kamu sudah 6 bulannnn...;-)
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
Duhai anak,
kamu sudah membesar,
Perut ummi juga sudah terboyot2 kan,
Kamu juga sudah sgt aktif,
hehehe, sungguh!kamu happy ye kat dalam tu...
Abimu selalu pesan pada kamu kan..
"Baby masuk tido, jgn kicking ummi dah ye, sok main lagi tau, tido ek"
dan selepas itu kamu tendang sekali dan kamu pun masuk tido ye..hehhe


 




Duhai anak,
doa ibu dan ayahmu sejak dirimu dari dalam perut ibumu lagi,
tanda cinta dan kasih kami, dengarkanlah wahai si anak....

dengarkanlah doa kami untukmu...



"Duhai yang Maha Menggenggam Jiwa
Maha suci Engkau yang sentiasa menjaga hambamu dengan penuh kasih sayang,
Ya Allah, Engkau yang menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian,
Sempurnakanlah zuriat kami sepertimana Engkau sempurnakan kejadian kami,
Jadikan dia anak yang soleh solehah kelak,
Yang juga sentiasa mencintaiMu, Rasullnya, ibu dan bapanya, serta keluarganya,
Jagailah dia ya Allah,
Jadikan cintanya kepadamu ya Allah melebihi cintanya kepada dirinya sendiri, manusia dan air yang dingin,
Amin Ya Mujib,
Amin Ya Allah, "


------------------------------------------@Ummi A'eisya

Wednesday, June 16, 2010

Anakku ber"world cup"

Salam dan selamat petang yang sejuk jugak, sejuk sbb aircond la kot,
Aduhai mmg tidak ku daya,
Today nak masak ape ye?
dah kering idea plus dengan keadaan bdn yg sungguh tak larat,

Serba tak kena dan rasa untuk berbaring sahaja,


Tetapi, si kecik ini sungguh aktif dan sgt tidak bohsan,
Dan sememangnya sebegitulah juga diwaktu malam,
Yola anakku,
mungkin juga musim bola skang..so Anakku ber"world cup" la jawabnya,
Dia pun sibuk menendang ke sana dan ke sini,
Adehhhhhh....


Saya ini sudah semakin lemau,
Kerisauan jugak bila ada member dok tegur perut dah turun,
Aishhhh..mmg gitu ke?Tak ke awal lagi perut nak turun tu?
Ke sbb si kecik ini aktif sgt?
Byk soalan sudah menggasak di kepala(pe ntah ayat),

Dan perut jugak asik mencengkang,
Mungkin jugak kurang air,


Tapi semalam mmg bergelen telan air,
Al jawabnya mmg byk kali la bgn untuk kucilkan diri,
Adehhhhh,
Takpelah anak oiii, biarlah kamu aktif, 
Taklah ummi kamu ni merisau aje kalu kamu diam aje,
Dan skang makin sesuka dia menendang!adoiii..hehhehe,
Dan jugak perut akan terasa senak bila kiri dan kanan asik  bergolek,
Sampaikan bebudak opis ni dah selalu tgk perut saya ini berombak,
Tak ke sungguh aktif itu?
heheheh, takpelah anak si jantung hati, buatlah ape yg kamu suke ye..;-)
Gustilah puas2 tau, nnt dah kuar, kamu gusti Abi pulak ye,
OK? ok....setttttttttttttttttt!!!!!!!!
(sambil kami mencalit ibu jari masing-masing disebalik hijab yang memisahkan ruang nampak~~~adeh ayat apakah itu?)
Hijab dua dunia, didalam dan di luar, biar ada hijabnya, tetapi kita merasa kan syg?)


Sekian dan terima kasih,
Jumpa lagi...........


---------------------------------------@Ummi A'iesya

Saya yang tidak larat

Salam dan selamat pagi ye,
Terasa sudah berzaman tidak meng 'update',
Semalam pun sudah meng 'EL' kan diri kerna tidak tertahan rasa sakit di belakang,
Nak berjalan turun katil pun aduhai mak,
Tak daya den,
Akhirnya saya telah cuti semalam,
Dan hanya berbaring di rumah,

Ngilu2 kat bawah perut,
Mungkin baby sedang seronok untuk aktif dan sakit belakang pun asyik mengcengkam aje,
Tido malam pun terjaga-jaga,
Dan akhir kata, sekarang pun mcm tak larat,

Oklah,
Sekian dan terima kasih.
Jumpa lagi.....

-----------------------------------------------@Ummie A'iesya

Wednesday, June 9, 2010

^kampungku dan warnanya^adehhhh...


episod art tiong tiong kali ni agak berwarna warni..
kerana selalunya saya hanya menggunakan dua atau 3 warna,
kali ni byk juga....hehehheh..

nak kata kampung saya, mungkin jugalah,
kampung di penanti, mmg ada seket2 riaknya mcm gambar ni,
tapi imaginasi saya agak nipis dan bergaya selamber aje(melukis pun ade gaye ooo)
dan hanya mencilok kreativiti di zaman kanak2 dolu2..hohoh..
adehhhhh...
keberhasilan gambo ini sudah mampu buat saya sengeh sampai ke mata..
hehhehhe, sbbnya saya suka!!!!!!!
hohohoohoho, kalau kamu kamu tidak suka, maafkan ye..adoiii,
sebelum mengarutnya berganda biarlah saya mengundur dulu.

Sekian dan terima kasih.
Jumpe lagiiiiii....

-----------------------------------------@Ummie A'eisya

^Saya dan petua mak^

Salam dan selamat pagi (juga sejuk dan mengantok)
Kalau disorongkan bantal pasti lentoknya sampai ke petang,
Bebasa basi di pagi hari mmg syok juga tuk dilayan kan,
dan hari ni seperti biasa kitaran kehidupan untuk saya tiada yang terlalu byk berbeza,
Cuma hari ini suami ada di rumah,
saya mungkin akan ber half day (bukan sbb ada suami di rumah ok..);-)
sbb saya akan check up di annur,bangi dan terus ke IJN selepas itu,
bapa saudara suami saya operation jantung hari ni,


erm,,,cerita tentang baby saya pula,
dia juga sgt aktif beberapa hari ni, bergendang, berbola sepak juga bersepak takraw pun sudah agaknya, 
dan lagi suka dia bila saya minum sunquick orange tuh,
sekaligus membekalkan vitamin C tuk si tecik ini,
dan sewaktu ini saya juga sedang meminumnya la.....hohoho
saya juga suka dan sekaligus juga khasiat tuk baby saya,:-)


dan kini perut saya juga sudah makin membulat,
kalu vacuum carpet pun dah termengah2, mop lantai apatah lagi,
juga bertinggung diwaktu mencuci toilet,heheh(jgn slalu tapi bgus juga bila mencapai kandungan 9 bulan tuk menyenangkan proses bersalin nnt(kata kwn saya yang sudah beranak dua)


Dan semalam mak saya call,
saya pun tanyakanlah akar fathimah nya dah jumpa ka?
hehhehe, mcm biasa terlupa lagi daa katanya nak tanyakan org,
Tapi petua mak saya juga mudahkan masa dia bersalin dulu,
Disaat sudah sakit nak bersalin..makan telur ayam kampung dicampurkan dengan misalbah(madu lebah, bahasa org utara kata mak saya),
Dan ketiga anak2 mak saya ketika dilahirkan adalah secara normal termasuk saya semuanya mudah dan mmg ada yg tak sempat ke hospital sudah terbersalin dirumah(adik kedua saya, dia lahir songsang, heheh ayah saya kata mmg tak sempat dah waktu tuh)
cuma adik saya yg bongsu dan satu2nya lelaki sahaja yang mak saya tak buat cam gitu sbb dia czar..heheh
Dan semalam juga ayah saya kata
(jgn minum kat umah nnt hang terberanak dulu tak dan p hospital nnt)
hehehhe..aduhai, terasa nervous sekejap.
dan mgkin saya juga nak standby petua mak saya tu, mudahmudahan selamat ya semuanya..;-)
Tapi itulah kan zaman dulu takde kemudahan canggih pun senang je beranak ye, insyaAllah moga saya dan kawan2 yang nak bersalin nnt dimudahkan lah ye..amin!


Walaupun era dan zaman sudah berubah,
insyaAllah saya akan berpantang ikut tradisi turun temurun(mampukah?adoyai..)
dan mgkin saya bercadang bersalin di sini dahulu dan kemudiannya akan berpantang di kampung,
tgklah pada keadaanya nnt...
dan yang pasti due saya dia akhir ramadhan dan di awal Syawal..


(Syawal....kita beraya di sini lah ye nak oii)???????????:-)


Sekian dan terima kasih.
JUmpe lagi.....




---------------------------------------------------------@ Ummie A'eisya





 Baby Birthday Ticker Ticker
Lilypie First Birthday tickers

Lagu Kita

Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...