- Umie a'iesya
- Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.
Wednesday, April 6, 2011
~Dalam Berjuta Ada Satu Permata Bukannya Kaca~
Salam dan selamat tengahari,
Saya baru sangat sangat lepas lunch,
Bawa bekal je
(Saving Pocket Suami, hihihihi)
Tajuk macam gempak,
Dalam berjuta ada satu permata bukannya kaca,
Mungkin permata itu hati kita,
Mungkin permata itu mak ayah kita,
Mungkin permata itu anak atau suami kita,
Dan mungkin juga permata itu diri kita sendiri.
Pernah dengar tak satu dalam berjuta?
Orang akan samakan dengan cinta.
Orang yang dicintai. Lelaki. Perempuan.
Dan ada juga lirik lagu,
"Ku sangkakan permata , rupanya kaca",
Betapa kecewa manusia itu bila mendapat kaca,
Kerana yang diharapkannya adalah permata berkilau.
Kita adalah manusia yang sentiasa inginkan sesuatu yang indah,
Namun, indah atau cantik adalah subjektif,
Keindahan ada yang didalam,
Keindahan juga ada yang di luar,
Permata. Indah kan?
Kaca? Tak indah ke di mata kita?
Kaca. Sifatnya mudah pecah.
Tapi kaca yang sentiasa tahu sifat lemahnya itu sentiasa berusaha memperjuangkan diri,
Kaca berazam dalam diri "Sifatku mudah pecah, aku perlu hati hati"
Jadinya kaca lebih rendah diri,
Kaca lebih berhati hati,
Kaca tak mungkin menukar sifatnya, tak mungkin dgn kuasa penciptanya,
Itulah sifat yang diciptakan untuk dirinya kaca.
Tapi pernah fikirkan nasib permata?
Permata agung dimata siapa pun,
Melihat permata, pasti berkilau setiap yang memandang,
Harga dan nilainya tinggi,
Indah? Pasti saja indah,
Setiap yang memiliki permata pasti merasa gah dan bangga,
Tapi bila permata sudah hilang kilaunya?
Mana tempatnya, pasti diganti permata yang baru,
Eh..mana boleh, permatakan bermutu tinggi,!
Tak mungkin akan hilang kilaunya.!
Tidaklah, tak mungkinlah!
Kata kata itu membuktikan bahawa yakinnya permata itu adalah hebat,
Tak mampu mengalahkan apa pun,
Kata permata "Bagaimana mungkin aku mampu terus berkilau jika sifat cantik ku ini tidak dijaga"
Kata permata lagi "Sekarang aku masih baru, aku masih dijaga, bila sudah hilang seri dan kilaunya, aku tak pasti dimana tempatku".
Biarlah permata mahupun kaca.
Itu hanya semata perumpamaan manusia.
Manusia yang hidup atas kuasa nya Tuhan yang satu, yakni Allah.
Kita mungkin adalah kaca atau permata,
Kaca tetap banyak budinya,
Lihat disekelilingmu,
Pasti ada yang berasaskan kaca.
Begitu juga permata.
Sentiasa cantik, mampukah bertahan?
Kita manusia yang sering melakukan khilaf yang sedar atau tidak sedar,
Bila merasa diri serba kekurangan, ingatlah siapa yang menciptakan kita,
Kerana itu kekuatan kita.
Dan bila kita merasa terlalu indah dan senang di dunia,
Ingatlah itu bukan milik kita,
Itu miliknya Pencipta kita.
Kita MILIKNYA ALLAH.
"Runtuhkan tembok angkuh dalam dirimu, supaya berderai menjadi air mata yang laju, kerna itu taubat indah kehidupanmu, dan kembalilah pada Allah"
Moga setiap patah yang keluar di post ini menjadi peransang hidup kita.
Terus berjuang.
Terus dengan satu misi dan visi kehidupan.
Berjumpa Allah dalam keadaan husnul khotimah.
AMIN YA RAHMAN.
-------@ Ummie Aie'sya
~Cerita 20 Tahun Lalu~
Salam dan selamat sejahtera .
Masih dengan zaman lampau.hihihi.
Mood flashback belum hilang-hilang lagi ahhh.
Ini cerita 20 tahun yang lepas,
Yang masih sisa yang diingat,
Korang ingat lagi tak kisah zaman kecik-kecik korang.
Alah, zaman yang hidup bebas tanpa batasan tuuu.
Hahahahaha.
Pendek kata, pada masa itu memang tak de sebarang masalah berat dibebani dalam kepala.
Tak payah pikir pun esok nak masak apa,
Tak payah susah nak kuar duit nak bayar itu ini.
Memang heaven!kan?kan?
Saya dilahirkan dalam keluarga yang sederhana,
Mama masa tu seorang kerani di Kilang Toweltech, Mak Mandin,
Itu kilang towel, segala jenis tuala la,
Silap silap tuala yang kamu pakai pun keluaran kilang tersebut,
So memang dulu rumah kitaorang memang kaya dengan tuala baru,
BARU!hehehehhe...
tapi skang mama dah pencen, goyang kaki,
Duduk jaga kedai CC abah..
Abah pula masa tu masih Juruteknik TM,
Sekarang Alhamdulillah dah naik pangkat,
Jadi Observer ja, tapi bila dah nek pangkat jauh pulak dapatnya,
Kat belah Pulau sana..
Sekarang abah pun sibuk dengan kolam ikan dia,
Ikan keli dan ikan puyu,
Kalau ada orang nak amek stock, dia jual,
Kadang kadang ikan puyu abah buat pekasam,
Abah buat sendiri. humm...sedap!
heeeee
Saya anak sulong dari 4 adik beradik,
Tapi sekarang saya nak cerita masa zaman saya hanya ada seorang adik,
Okay jum flash back,
Tahun 1989, umur saya lima tahun,
Umur lima tahun Abah dah hantar saya ke Tadika,
Masa tu saya main main je,
Tak belajar sangat,
Pagi pagi bangun terloncat loncat bukan nak p school,
Tapi sebab nak p main,
Bukan main kat school tapi main kat rumah 'not',
'Not' adalah kawan saya zaman hingusan,
hahahaha, dia budak lelaki, tapi saya pun dak laki jugak dulu,
pakai seluar pendek, main guli kat tanah,
Berbalik cerita pergi school,
Ye. Masa umur 5 tahun tu,
Dalam 5 hari hanya 3 hari je kadang-kadang saya betul2 masuk kelas,
Yang lain ponteng dok lepak kat umah 'not',
Umah 'not' dekat gila dengan tadika,
Jadinya saya akan byk masa main disitu,
Sampailah suatu hari kantoi dengan maksu saya,
Maksu baru tingkatan 4 kot masa tu,
Tetiba dari belakang terasa telinga saya cam panas kena tarik,
Aduh, kantoi rupanya,
Balik rumah, satu family dah tahu,
So diorang decide, 6 tahunlah baru p tadika,
hahahahaha...
Kehidupan zaman kanak kanak adalah happy..
kan?kan?kan?
Masing masing punya sejarah sendiri,
Keluarga saya masih tinggal dikampung waktu tu,
Kehidupan saya banyak di bendang, ban, tali air, sawah, ladang jagung,
Fuhhhhhhhhhhhhhhh...nostalgiya tak hengat punya...
Bendang tu orang lain punya, tapi saya masuk bendang buat mcm bendang sendiri,
Budak budak lah katakan,
Semua benda dia rasa dia punya,hahahha
Kadang kadang adalah lah jugak kena hambat dengan tuan punya tanah,
Tapi jarang lah...
Kehidupan anak bendang adalah menyeronokan,
(walaupun hakikatnya keluarga saya tak depun bendang okay)
hehehehe...saya menumpang resmi padi keluarga lain...
Tumpang main lecak bendang,
Tumpang terjun dalam ban,
(walaupun orang tua2 sangat marah budak budak main ban,)
Katanya ada hantu air...betul ke?wallahualam...
Main tali air...hummm..saya penah sekali tunggu kat tali air mcm nak gila,
Tunggu nak tgkap ikan dengan tangan...
perghh best wa ckp lu best best!
best sbb dapat lepak dlm air...hahahhaha
Tapi kamu jangan tanyalah rupa teman cam mane ye,
Memang comot habis!
Tapi chomei cam wafiy lah jugak
(hahahhahha, abie mesti jeling tak puas hati baca ayat nih!;-p)
Saya memang suka main,
Suka keliling kampung hanya guna dua belah kaki ini sahaja,
walaupun abah ada beli beskal BMX, tapi saya guna beskal dlm pagar rumah ja,
Keluar kawasan rumah, saya hanya jalan kaki,
Lebih adventure,
Mudah nak lari
(sebab tulah i olahragawati sekolah tahun 1999, jangan maraa arr..)
Ye ..lagi sekali..saya juara pecut 100meter SMKANT!
hahahhahhaha...
Hah, sambung citer tadi, sory banyak sgt iklan yg best nih...
Dan lagi satu bila jalan kaki ni senang sikit nak xplore kampung,
hehehehehe, jaguh kampung !
Saya jugak tak terlepas dengan ngaji koran,
Ngaji koran sebelah jalan kampung saya,
hermmm, kira tak jauh la sgt,
Tapi bab ngaji saya tak penah ponteng okay
(sila percaya sbb, tok guru adalah sangat garang!rotan je kat tangan diya)
Bab ini saya memang baik kan........heeeee
Mak ayah mana tak risau kalau anak diya asik hilang je kan,
Asal petang je hilang sampai maghrib,
Asal maghrib ja saya mesti kena bising kalau lewat sampai rumah,
Saya juga pernah kena piat telingan dari bendang sampai lah ke rumah,
Itu adalah aksi biasa anak anak kampung okay
(sila jangan pelik sgt ye abie, abie anak bandar..hahahhaha)
Biasalah kalau waktu maghrib tuh kdg2 suara mak ayah tuh dok jerit2 marah anak dia,
hehehhehe,
Tapi seronok bila igt balik,
Rasa mcm "wah indahnya zaman kanak2 aku"
hahahhahahah.
Tahun 1991,
Dah masuk Darjah 1,
Herhhhhhhhh..Part nih paling susah nak cerita dan MALU!
hahhahah,
Saya adalah murid yg sangat tak suka pergi sekolah,
Saya akan dengan selambernya akan tak turun moto kalau siapa2 hantar ke sekolah,
Saya pegang baju Tokwan atau Abah ketat,
Tanda saya tak mahu pergi sekolah,
Saya buat buat jerit...
Tak mau , tak mau!
Sampai ada pengawas atau cikgu dtg tarik nak masuk kelas,
Selalunya adalah tak berjaya,
hahahhaha. Tapi bila dah duduk dlm kelas, saya easy going ja ngan kwn2 baru,
Cuma! bila nak p skolah tuh saya rasa satu mcm yg tak best!
Mak ayah mana kan tak pening,
Sudahlah anak sulung, tak mau p skolah plak tuh...tension tension,
Tapi itulah sejarah saya..hahahha
Alhamdulillah...sudah berjaya ke universiti walaupun dulu seorang yg tak suka p skolah!
;-), nikmah Allah...
Saya tetap rindu zaman itu,;-)
Menjadi ayah dan ibu bukanlah senang,
Nak didik dan nak bentuk anak anak adalah tanggungjawab,
Sekarang, saya adalah ibu,
Saya merasa peritnnya mama bersalinkan saya,
Saya merasa bagaimana mama bangun malam nyusukan saya,
Pergi kerja penat, pulang kerja layan anak dan suami,
Subhanallah, percaturan hidup manusia itu hanya kuasa Allah,
Yang mengatur setiap langkah hambanya,
Moga saya dan keluarga dipermmudahkan,
Membesar dan mendidik Wafiy dengan sabar,
Melihat setiap perkembangannya dengan sabar,
Pendek kata, moga Allah memberi perasaan sabar itu sampai akhir perjuangan hidup saya,
Sebuah kehidupan adalah nikmat dari Allah,
Saya bersyukur dengan nikmat itu,
Thank You Allah.
;-)
abie, umie
------@ Ummie Aie'sya
Tuesday, April 5, 2011
~UPM Di Hatiku~
Salam dan moga semuanya sihat sejahhtera,
Aicheh..
Ini entry tertangguh,
Dah banyak kali nak publish tak tersekat sekat,
Dek kerana lupa nak bawak gambar,
heee,
Sejak dua menjak ni macam terkenang kenang zaman belajar,
Ohh dulu saya study kat UPM,
Hummm..UPM bumi hijau bertuah,
hehehe..
3 tahun, rasa mcm sekejap sangat kot,
2003-2006...skang 2011..
fuhhhh..dah 5 tahun beb!
Aiseh rindu!
Dari mula jejak kaki ke UPM sampailah graduate,
Tiada satu pun tertinggal,
Semua seperti sticky,
Melekat terus kat kepala,
hahahhaha...especially tentang kawan yg sepuluh ini.
kitaorang ada 8 orang yang naik moto
dan 4 ada motosikal,(erk...kami tumpang menumpang)
Jadinya satu moto naik 2 orang,
Dah ada pasangan tetap geng2 moto ni
( brutal habis dong!)
Tapi kadang2 naik bus juga dong...
Tiemah n Shida paling setia naik bus!!
Cayalah!
Aicheh..
Ini entry tertangguh,
Dah banyak kali nak publish tak tersekat sekat,
Dek kerana lupa nak bawak gambar,
heee,
Sejak dua menjak ni macam terkenang kenang zaman belajar,
Ohh dulu saya study kat UPM,
Hummm..UPM bumi hijau bertuah,
hehehe..
3 tahun, rasa mcm sekejap sangat kot,
2003-2006...skang 2011..
fuhhhh..dah 5 tahun beb!
Aiseh rindu!
kat library..
Dari mula jejak kaki ke UPM sampailah graduate,
Tiada satu pun tertinggal,
Semua seperti sticky,
Melekat terus kat kepala,
hahahhaha...especially tentang kawan yg sepuluh ini.
kitaorang ada 8 orang yang naik moto
dan 4 ada motosikal,(erk...kami tumpang menumpang)
Jadinya satu moto naik 2 orang,
Dah ada pasangan tetap geng2 moto ni
( brutal habis dong!)
Tapi kadang2 naik bus juga dong...
Tiemah n Shida paling setia naik bus!!
Cayalah!
Rindu kelas,
Kalau jadual kelas saya start pagi,
Masyaallah,
Liat lintuk kot...
Selalu nya mata sembab masuk kelas,
Itu kira baguslah masuk jugak kelas,hahahhaha
Mulalah dalam kelas bernota kaki dengan members,
Sudahnye tak tahu pe lec dok bebel kat depan tuh,
Kesimpulan, bis kelas singgah Flat Ikan photostate nota,
wahahahahhahahha..
kalau kes lambat,
Memang hangin je member yg dok tunggu,
Group members mmg setia habis,
hahahha,
Walaupun kadang kadang tuh gaduh manja,
Paling tak bley blah kalau Nad n Nana gadoh,
Tapi pas gadoh trus hug hug,
Baik lah semula..heee
Rindu time makan sesama,
Bab makan?
Pergh..Saya dan Nad lah juara,
Memang tak boley kalau tak makan,
Lapaq adalah kamus dewan perut kita!
hahhahahah,
Tapi kalau ade yg diet tuh mesti tak jadik diet kalau dah kene hasut,
hehehhe...
Rindu makan kat PADANG,
hehe, actually kat PADANG tu kat luar dari UPM sket,
so kitaorang nek moto la,
selalunya makan kelas malam lah,
pas kelas kat fakulti Kom terus syiu laju ke PADANG,
Ada satu kedai je yg bekenan sbb yg lain tuh cam ......teheeeeee..
Dah sampai kedai lajulah masing2 dok ordek,
ada yg goreng, ada yang berkungfu, dan ada jugak yg cam "makanan kucing pun tak mkn tau!"
hahhahah..itu ayat Nana bila tension dapat makanan tak sedap..
kan na?
Nana sedang pregy skang nih, dah 6 bulan kot dia..
Weh korang rindu nak lepak lepak tgk movie kat bilik mim!
huwaaaaa...
Part tgk CD nih selalunya pas bis exam ahhh,
Gila tensen kot!
hahhahah,
hahhahah,
Tapi lagi tension kalau tgk CD tapi lagi satu CD teringgal kat kampung..
Perghhh..cam nak cekik cekik je Nad masa tuh,
Hahahhaha,
Dan dengan penuh tanggungjawabnya,
Nad cari CD Final Destination tuh kat Serdang,
You are Da Best lah Munduks!
(Munduks adalah nama ketua kami...hahhawahhhha...,take it easy Nad, jangan marah aku!)
Kalau Bulan Ramadhan,
Pergh..
time nilah paling tangkap nangis,
Bila masing-masing adalah lapar dan dahaga,
Dan tetap gigih ke kelas,
Boleh katakan, hari2 kitaorang nih turun Bazar,
Gugil paling tak tahan sekali kalau beli makanan,
Cam nak beli semua..hahahha
(betoi kan niza, hang tuh beli semua jenis kueh!)
Bab lumba moto,
perghhh..memang paling power "Mimah schumacer"
Dia mmg suka potong orang laju2,
Dan bila dia dah sampai dulu,
Mesti mim akan buka helmet sambil kata,
Aku kan mim schumacer..
Tapi kalau bab bangun lambat masa nak p kelas,
Si minah schumacer nih lah paling kelang kabut...
sambil mulut diya tak henti dok istiqfar..
(astaqfirullahal'azim 3x, aku dah lewat)
Niza yg tolong tgk, dok geleng kepala dan sampaikan berita kat kami yg dah terpacak kat parking moto..
hahhahahhaha
Bab makan kunyeh kunyeh,
Ainun Mama pringles,
Gila banyak Jajan tau enun nih..
Ko pegi jelah bilik diye,
Tak rugi,
Segala mak dan nenek Jajan ada,
Lagi satu Novel..
Buku Novel diya lagi banyak dari Buku Ekonomi..
hahahhaha..kan nun???
Jangan marah arrrrr..
Apa pun ainun adalah reminder kitaorang,
Diya sgt alert besday kitaorang..
hihihi, tenkiyu nun,
Ada satu alkisah yang sangat gila lawak,
Bila helmet saya dicurik SA
(ade SA beb, ehem ehem!)
mula2 kitaorang igt mmg betul kena curik..hahahha
tak lama pastu,
baru tahu...ada SA yang sengal gile curik helmet,
Berapi jugak lah sbb kitaorang nak pegi exam masa tuh..
Ada paper macro kot..
Gila stress.
Tapi Nad, mmg berdedikasi,
hahahha, diye gie sound dak laki tuh..
dan akhirnya dapatlah semula helmet tuh..
Kekonon dak laki tuh nak number phone,
Tapi apa pun tak dapat,
Nasib lah labu!
Labu itu ialah Muslim Best!
Selain Nad, ENun, Niza, Nana, Adalagi..
Kak Farah and Lindot,
SHidaa dan Tiemah...
SHidaa dan Tiemah...
Kak Farah kecik molek je...sweet sangat,
Masih single mingle,
hehhehe
Lindot adalah brutal tapi jiwanya lembut..hehehhe
Lindot pun sedang pregy skang...
Shiedah dan tiemah ibarat kembar..heheh
diorang sgt soft spoken,
Sangat lemah lembut,
Sangat jauh untuk bergosip..
Aiceh...
Tapi diorang juga antara orang yg cepat kasik info kalau kelas batal atau tak..
hehehhe..tenkiyu shida n tiemah!!!
Shiedah dan tiemah ibarat kembar..heheh
diorang sgt soft spoken,
Sangat lemah lembut,
Sangat jauh untuk bergosip..
Aiceh...
Tapi diorang juga antara orang yg cepat kasik info kalau kelas batal atau tak..
hehehhe..tenkiyu shida n tiemah!!!
Rindulah kat korang..
May Allah bless all of you...
Fuhhhh...
Rindu beb,
banyak banyak hal kat UPM,
aku paling igt depa nih la,
Banyak masa aku ngan depa ni saja,
Susah dan senang lah katakan..
3 tahun!
sekejap je kan...hermmm..
Dulu , saya memang brutal,
pegi class pakai tshirt je okat..ngan tudung bawal kaler putih..
hari2 kaler putih,
saya ade tudung kaler putih sampai nak dekat 10 helai..hahahhaha
begitu juga mereka semua,
hermmm kecuali niza yg rajin pakai kaler2 dan warna warni
(hahahhahahahahha)
I miss all da memories..
jogging, eating, outing!
AKU RINDU MEMORI ITU.
But memories is remains forever,
Friendship is never ever,
Its become history,
To remember,
To makes me smile when i missing them.
I'll never forget you,
Never forget to pray for your happiness.
May Allah bless all of you.
Love you all.
Alhamdulillah...kami masih keep in touch!;-)
Thank you Allah...
Thank you Allah...
Kawan...apa erti sayang
Jika hati tak senang
Kawan... apa erti kasih
Jika kau tersalah pilih
Kau... pandai bercerita
Surat panjang berjela
Kita tak pernah bersua
Aku tak suka bercinta
Apakah ertinya ini
Mengganggu akal dan hati
Lupakan saja, lupakan diriku
Kita di bangku sekolah lagi...
Hei! Jangan buang masa
Dengan berkhayal saja
Kawan lihat masa depan
Masih jauh di hadapan
Hei! Jangan main api
Nanti membakar diri
Ilmu harus kita cari
Kelak kita takkan rugi
p/s : saya kenal abie pun kat UPM, tapi kitaorang kawan jer ms study, kawan yg tahap berperang!hahhaha
But, Jodoh kan di tangan Tuhan, Thank You Allah ;-)
----@ Ummie Aie'sya
Monday, April 4, 2011
~Hero Initial D. The New One~
hello derrr..
tgk meter!
deh!
sampai tertonggeng tonggeng!
konon drift lah tuh!
fewwuhhhhhhh...
hye girlssss!
one more time?
;-)
------@ Naufal Wafiy
~Hang Out~
Salam dan hye...
Alhamdulillah,
;-)
Ini cerita hujung minggu haritu,
Kebiasaan kami anak beranak selalunya melepak di rumah,
(eh..taklah jugak..hhohoho)
Dan minggu ni abie ada ;-)
Wafiy Sabtu dan Ahad ni mmg lah asik berjalan,
Sabtu hang out ngan abie n umie,
Ahad main dengan sunguh-sungguh di Umah Wan kat Serdang,
:-)
Macam biasa yg sangat biasa bagi Wafiy adalah ke Alamanda..
Ekceli, Alamanda mmg sesuai tuk seisi kuarga,
Sbb semua ade kot. senang nak cari barang,
ehehehhee...
Wafiy sekarang adalah byk ragam,
Semalam kul 2 pagi dia bangun sambil nangis nangis tak nak berenti,
Puas pujuk akhirnya dia tetidur sendiri,
Agaknye siang tuh main sungguh dia,
ngigau agaknye...ye ke?
mmmmm
lepas ni ape pulak pe el diya..
heeeeeeeeeeeeeee....
Pilot and co-Pilot
(abie co-pilot sudah key..hahha)
auwww ye ye..
stewardess and Pilot
...
ready ..
You will be on the sky safely with me, Captain Naufal Wafiy..
(hehhehe, Wafiy nak jadi Pilot ke Wafiy)
------@ Ummie Aie'sya
Friday, April 1, 2011
~Gambar Apa ni?~
Salam dan selamat petang...
Semalam pas pulang keja,
Haruslah main dan melayan Wafiy si gemboi,
hehhehe,
Sekarang,
Demand dia adalah barangan yg besar besar,
suma nak pegang,
Sebelum jatuh berkecai atau mendengar suara lantang itu,
Haruslah di berikan kerjasama,
(ayat skema di tengahari ini sila abaikan)
..
Jadinya,
inilah hasil dari kesepakatan kami,
Saya bagi jugak diya pegang,
Semalam pas pulang keja,
Haruslah main dan melayan Wafiy si gemboi,
hehhehe,
Sekarang,
Demand dia adalah barangan yg besar besar,
suma nak pegang,
Sebelum jatuh berkecai atau mendengar suara lantang itu,
Haruslah di berikan kerjasama,
(ayat skema di tengahari ini sila abaikan)
..
Jadinya,
inilah hasil dari kesepakatan kami,
Saya bagi jugak diya pegang,
eh..kenape ade muka umie and abie je?
kenapa cam zaman kegemilangan melayu melaka je?
ni abieeeee...papp paap paap
(punya la sakan dia ketuk frame tuh, kusss semangat sib baik tak pecah weii)
cheewaahhhh...
wafiy...amacam...ok tak?
mcm pinang dibelah dua tak???
hehehheheh..layaannnnnnnnn
---------@ Ummie Aie'sya
~ Jumaat dan Cinta ~
Salam Jumaat.....
Cinta adalah kekuatan yg mampu :
mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibah.
dan cinta juga mampu mengubah :
mawar menjadi duri,
anggur kemudiaannya menjadi cuka,
riang bertukar sedih,
yg ramah menjadi marah
muhibah juga boleh jadi musibah
Bagi seorang muslim dan beriman, cinta terbesar dan cinta hakiki ialah cinta kepada Allah.
Bentuk cinta dapat kita wujudkan dalam berbagai rupa tanpa batas ruang dan waktu dan kepada siapa atau apa saja asalkan semuanya bersumber dari kecintaan kita kepada Allah dan karena menggapai ridha-Nya.
Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. (Al-Baqarah: 165)
Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (ikutilah Muhammad saw.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. (Ali Imran: 31)
“Tali iman yang paling kuat adalah cinta karena Allah dan benci karena Allah.” (HR. At Tirmidzi)
sumber : ini
-----@ Ummie Aie'sya
Subscribe to:
Posts (Atom)























