My photo
Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.

Wednesday, September 5, 2012

~3 month already~

Assalamualaikum...
Makin lama makin jarang pulak update blog,
Masa mmg agak mencemburui, dicemburui, cemburu, dan cem cem cem lah!
hehehehheh

4 September 2012,
Aimy Imani genap 3 bulan sudah,
Alhamdulillah...

3 bulan...
Aimy sejak umur 2 bulan dah pandai ajak sembang,
Sembang2 pastu senyum lebor2,
Sembang2 pastu kaki lompat2 sket...

Mulut tu asik kuar air liur,
Cam awal je dah kuar air liur,
Tapi logik jugak,
Maybe dia tak pandai nak telan air liur kot..

Tangan Aimy tu selalu kebasahan,
Sebab asik nak masuk jari dalam mulut je,
kadang2 tu ada berniat nak masukkan 10 jari you!
Dah siap buat tangan mcm 'gong xi fa cai' tau!
Dia geram kot, kikikikiki

Aimy kalau duduk dalam bouncer mesti terlonjak-lonjak,
kadang2 tu sampai nak terjatuh dah dari bouncer,
dan mmg dia tido bawah pun,
Kadang kalau dah ngamuk kena pupuk jugak lah..

Bab penyusuan.....
Alhamdulillah sampai skang Aimy masih fully BF,
Skang dah minumbanyak,
skali minum dalam 4 oz,
Dan Aimy sangat kurang gemar Direct Feeding,
Dia nak botol,
Cuma time malam gitu dia pasrah je guna ape pun,
sbb ngantok sgt kot...
Tapi saya mmg kalau nak keluar rumah mesti sedia susu yang diperah dan juga bawak pump,
Kadang2 sampai nangis2 tak nak direct , nak botol baru diam...
hehehhehheheh....
Takpelah, asalkan Aimy masih menyusu akan diusahakanlah sedaya yg termampu...

Aimy tido malam menyusu  jugak,
tapi kejap je,
dan kalau dah tdo tu mmg lama lah tdo,
tapi kalau nak start tdo boley tahan jugaklah nangisnya...
heeeeeee

Berat terkini lum tau sbb esok baru nak gie cucuk 3 bulan,
batuk and selesema Aimy pun dah kurang,
umie makan buah orange kasi vitamin c lebih sket dalam susu, heeee

Dede Aimy dah beshoooooooo,
be good gurl,
my angel, Wafiy's litte dede, abie's little princess.......
Moga terus jadi anak sholehah sayang.......
Al Fatihah.
love love love

oney oney dah 3 bulan ;)


---------@ Ummie Aie'sya


Tuesday, August 28, 2012

~Naufal Wafiy Yang 2 Tahun!~

Assalamualaikum,

Alhamdulillah today Wafiy dah genap 2 tahun.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Wafiy Sayang,
Selamat Hari Lahir ye nakkk,
Moga terus jadi anak soleh dunia akhirat ye sayang.

Wafiy,
Wafiy dah besar,
Abang besar untuk dedek Aimy,
Abang besar jangan nangis2 dah ek,
Be good boy,
Be strong,
Dont cry cry, Dont keyau2, heeee
Abang besar dah boleh tolong jaga dedek,
Walau kekadang tu Abang besar ni gurau kasar ngan dedek,
Heeee, takpe, dedek pasrah rela je abang oiiii

Naufal,
Eh memang jarang umie panggil Naufal,
Dulu masa nak cari nama kat Wafiy , umie lah paling suke nama Naufal,
Hehehhe, Skang dah lekat panggil Wafiy yekkkk,

Wafiy,
Wafiy dah masuk 2 tahun dah kat dunia,
Harap cukup makan pakai tuk Wafiy selama ni,
Walaupun skang makan nasi kadang2 banyak, kadang sket,
Tapi mkn yang lain2 banyaklah juak ;)

Maaflah Umie takde ape nak bagi kat Wafiy,
Takde ape yang special pun nak kasi kat Wafiy,
Harap Wafiy tak kecik hati ye,

Naufal Wafiy.
Ingat 165 ye sayang.
Sampai bila bila pegang kuat kuat 165.
Satu. cintailah Allah yang pertama dari semuanya sayang.
kerana itulah syahadah mu nak ....
Enam. Perkara yang enam dalam Iman.
Nanti umie ajarkan key, tapi janji tau igt sampai bila2.
Lima. Perkara yang lima dalam Islam,
Kelak Wafiy akan tahu juga.
Selamat membesar sayang,
Selamat membesar dengan sihat,
Moga dilimpahkan kasih sayang Allah sebanyak-banyaknya buat Wafiy.

Naufal Wafiy sayang,
Sayang Allah.
Sayang Allah.
Sayang Allah.

"Satu. Kasi nan abadi, tiada tandingi dia yang satu......"

Dia yang satu.
Tuhan yang satu.
Allah.
Kerana ape mencintai Allah itu mendatangkan bahagia?
Kerana cinta Allah itu takkan ada penyudahnya,
Allah mencintai Wafiy dengan setulusnya,
Maka balas lah cinta Allah dengan tulus dari hati dan jiwa yang bersih,
Allah beri Wafiy kehidupan sampai akhir hayat Wafiy,
Itu kerana izinnya Allah.
Itu kerana kasih sayang Allah.
Hebatkan kasih sayang Tuhan.

Wafiy,
Umie sayang wafiy sangat2 kerana Allah.
Kerana Allah buat Umie Happy sejak 2 tahun ni,
Sebab Wafiy harta pinjaman dari Allah untuk Umie,
Umie bukanlah siapa2 tuk dibanggakan,
Hanya manusia biasa,
Hanya seorang ibu yang dipinjamkan rahim oleh Tuhan untuk Wafiy membesar dalam perut Umie,
Hanya seorang umie , ibu yang kandungkan Wafiy selama 9 bulan.
Hanya seorang ibu yang sepenuh jiwanya berusaha menyusukan Wafiy sedaya yang boley,
Hanya seorang ibu yang kekadang jiwanya merintih bila anaknya demam dan tak berdaya,
Hanya seorang ibu yang sungguh sayangkan kamu dan sanggup saja menggalas beban dari ditanggung anaknya,
Itulah ibu, itulah umie, takkan sanggup melihat derita anaknya,
Itulah ibu hanya mahu kebahagian untuk anaknya,
Itulah kasih umie yang sentiasa doakan kebahagian dunia akhirat anaknya,
Itulah kasih umie yang mahu Tuhan buang2 jauh2 derita anaknya,
Kerna anaknya itu, amanahnya, janji kepada Tuhan...........
Allahuakbar.............Allah Maha Besar...........
;-'(


Alhamdulillah, sudah 2 tahun sayang...
Syukur nikmatullah,
segala yang ada disisi kita semuanya pinjaman sayang,
Begitulah Wafiy,
Begitu jugalah Umie,
Begitu jugalah Abie , Aimy dan semuanya.
Takkan ada yang kekal melainkan Tuhan
Takkan ada yang abadi melainkan Allah.
Kerana itu cinta Allah itu kekal dan abadi sayang.

Bersyukurlah sayang.
Moga 2 tahun dan kedepan terus membahagiakan Wafiy.
Wafiy.
Kuat kan diri sayang.
Bersihkan jiwamu.
Moga hidupmu dibimbing Tuhan dan dilindungi Tuhan,
Moga jalan hidupmu diberi kemudahan dan dijauhkan kesukaran,
Moga sepanjang kehidupanmu di Rahmati Tuhan,
Moga sehingga di akhir kehidupanmu takkan pernah ditinggalkan Ihsan, Iman dan Islam.
Moga tiada henti dalam degup jantungmu bertasbih menyebut nama Tuhan,
Wafiy satria soleh, pejuang di bumi Allah,
Walau dimana dan siapa dirimu kelak, ianya kerana izinnya Allah.
Berusahalah nak.
Berusahalah dengan sabar untuk kehidupan duniamu demi kebahagian kehidupan yang kekal nanti,

Sayang Naufal Wafiy.
Selamat Hari Lahir di tahun kedua di bumi Allah.:)
Al Fatihah. <3 em="em">




----------------@ Ummie Aie'sya









Monday, August 27, 2012

~Eidul Fitri~

Assalamualaikum,
Selamat Ya,
Salam Aidilfitri,
Maaf Zahir Batin ye semua,
;)

Esok besday Wafiy!
Yeayyyyyyyy!
Wafiy ke number 2 sudah sayang!heeeeeeeee

--------@ Ummie Aie'sya

Tuesday, August 14, 2012

~25 Ramadhan~

Assalamualaikum,
Moga sihat-sihat hendaknya.

Ye Ye Ye.
Ini first entry saya di bulan Ramadhan kan?
Heeeeee

Alhamdulillah, masih berpuasa setakat hari ini,
:)

Setiap kali nak  update ade je yang tergendala,
hehehhehe,

So mood dah ke laut
Bukan tak sabar nak raya
tak sabar nak cuti sebenarnye..
hehheheh...
Banyak kisah nak tulis..
maklumlah awk lama tak tulis blog..heeeeeee]

HIDUP BER 4

Kehidupan berempat sekarang sangat hectic,
Balik kerja, amek anak,
Masak, berbuka, tidurkan anak, kemas2 barang untuk perjuangan esok hari pulak,

Alhamdulillah, Allah beri kemudahan dan kekuatan,
Terus terang pertama kali nak handle mmg rasa cam nak nangis ye,
Dah nangis pun haaa,
hehhehehhe

Tapi apalah sangat kan baru ibu beranak dua,
Apatah lagi ibu beranak kembar, berak 5,6,7,8,9,10...
:)

Hari hari suami pesan,
Baca ayat kursi before ke mana mana,
Selepas subuh saya akan hantar anak2 ,
Sangat lah risau if salah sorg nangis atau dua2 nangis,
Kadang dede nangis juga,
Tapi skang dede dah tdo aje bile naik kete,
;)

KISAH AIMY DAN ABANGNYA  WAFIY

Alhamdulillah dede masih fully breastfeeding,
Cuma dede ni kalau diri BF sket je,
Tapi kalau minum botol banyak dia minum
Sampai selalu kena pump sebab penuh.

Alhamdulillah Aimy pun dah bersunat kat Az Zahra, Bangi.
Nangis kejap diye bile nurse pegang kaki dia,
Sampai doc ckp "kuatnye diye melawan kaki..."
Hehehhehe,

Ummie's little girl...


Wafiy pun dah okay,
Dah boley bertolak ansur, hehehhe
walaupun kadang2 ada juga cranky2 yang sengaja2 nak tarik perhatian,

Dia pun kan masih baby,
So selalunya kalau menyusu kena sebelah kendong Aimy,
Sebelah lagi pegang tangan Wafiy,
Dan if tiba2 time tu jugaklah nyamuk gigit ke muka sendiri,rasa gatal nak garu pun di tahan2,
hahahhahahha, dasatkan ummi!

Adik dan abang..


PERJUANGAN BELUM SELESAI

Perjuangan seorang ummi,
Perjuangan seorang abie,
Perjuangan setiap hamba Allah di bumi takkan pernah selesai,
Sampai hembusan terakhir,
Oleh itu saya sentiasa sabarkan diri, sbb mmg kadangkala tercabar juga kesabaran,
Melayan kerenah anak-anak, keluarga, dan org2 sekeliling,
Tak semua orang tahu mcmana penatnye kita,
Walaupun orang itu sangat dekat dengan kita,
Sabar saja dapat meluluhkan rasa berat yang tak tertahan di jiwa,
Tidur dapat 3 jam diwaktu malam tu pun dah kira bersyukur,
Bertahanlah diri, bertahanlah umie..
Moga Allah trima dan jadikan pengorbanan ini bekal buat di sana,
Itu sajalah peransang diri.

Dan sejak ber anak dua,
Suami amek tender kontrak jaga Wafiy,
Saya jaga Aimy..hehhehe

Alhamdulillah suami banyak membantu,
Cuma bila suami tiada dirumah, mmg mohon pada Tuhan saja donggg...
Insyaallahhh...segala yang berat diringankan.

SYUKUR ITU INDAH

Bersyukur.
Bersyukur sampai hari ini Tuhan berikan kasih sayang dan rezeki,
Bersyukur sampai hari ini Tuhan beri nikmat kehidupan,
Tak semua yang kita impikan dalam dunia Tuhan beri sebulat bulatnya di depan mata,
Kadang-kadang Tuhan bagi kat kita dalam bentuk yang lain,
Dan Tuhan mahu kita sentiasa berusaha dan jangan putus asa,
Sampai hari ini. sampai sekarang. sampai saat ini,
Tuhan dah beri macam2,
Jangan dikeluh apa yang tiada, bersyukurlah dengan apa yang ada,
Tapi sebagai manusia yang lebih dikasihi Tuhan,
Jadilah manusia berwawasan,
Berusaha untuk capai impian,
Bukan impian yang dicapai itu pengukur kejayaan,
Tapi usaha demi usaha itu di ukur oleh Tuhan,
Tuhan maha pengasih lagi maha penyayang,
Perancangan Tuhan lebih hebat dan lebih terancang,
Bantui kami Ya Rabb,
Jadikan Kami hambaMu yang sentiasa bersyukur.
Aminn.

RAMADHAN ....

Alhamdulillah,
Sampai hari ni masih puasa penuh,
Harap sangat dapat puasa penuh,
Dan yang penting haarap sangat bertemu dengan lailatulqadar.
Amin.

----------------------------------

Alhamdulillah selesai kot berceloteh sekejap.
Hehehehhe,
insyaallah ade masa nnt,
saya coret lagi ye ;)
Selamat berpuasa dan berbuka,


-------------@ Ummie Aie'sya



Thursday, July 5, 2012

~My Babies~


them!
same takkk?????????

;)

Monday, July 2, 2012

~Petua ;) ~

Salam all readers,
Sory la sgt2, mmg saya dicemburui keadaan,
Heeeee

Now, baru kelapangan sket,
Dan baru ade lappy,
Ini pun tumpaing menumpang laptop ade,
hehehehhehe

Alhamdulillah lagi  satu hari Aimy dah nak genap satu bulan,
Sekejap je kan...

hehehhehe..
Tak sabarnye nak habis pantang,
Cuaca di Kulim, Utara mmg mencabar kepantangan kali ni,
Panas bepeluh2 dan diduga oleh oleh org sekeliling yang asik setiap berapa minit ceduk ais batu dalam peti,
Hahahhahahah,
Panas kot wehhhhhhhhhh,
Kali ni pantang saya tak payah pakai baju sejuk pun dah mmg menitik nitik,
huh!
hehhehehe, tapi masih bersabar menanti hari2 kebebasan,
Aiceh!

So, saya ade terbaca komen2 yang mintak petua semasa bersalin kan?
Alhamdulillah nasib saya agak baik sbb Allah akan mudahkan ;)
Dan insyaallah Allah juga akan mudahkan ibu2 yang sayyang bakal bersalin nnt.
Insyaallah saya akan kongsikan beberapa petua yg saya amalkan ;)

Sepanjang waktu mengandung kali kedua saya sama saja mcm mengandungkan anak pertama,
Alahan hanya 3bulan pertama
(,
dan sepanjang mengandung saya agak aktif ke sana ke mari
(ke agakan saye je, hehehhe)
Ye mmg agak lasak sbb sampai beberapa jam belum bersalin pun saya masih berjalan jalan dan aktiviti yang
 selalu dilakukan adalah mengendong dan mendukung Wafiy ;)

Petua tu tidaklah ade sgt,
Salah satu petua yang saya rasa betul2 dimudahkan masa bersalin adalah....
Solat Tahajud, Solat Taubat dan Solat Hajat,
Ini bukan main2 ye, ini serius..
Waktu wafiy dulu mmg saya ade buat jugak tapi secara tak langsung mmg nak bangun sahur kan..
So mmg saya akan solat sebentar...

Hikmah solat di sepetiga malam hanya yang empunya diri yg tahu,
Dengan keyakinan insyaallah itulah nikmat yang tiada tanding,
Dan saya juga sakit bersalin pada waktu yang mmg saya sedang bangun solat malam,
Dan saya mmg yakin!
Yakin bermaksud, sepanjang solat malam dilakukdahkan kita bukan semata-mata mohon dimudahkan bersalin,
Malah mohon taubat ampun dan mohon dekat dengan Tuhan,
Tak kira tuk bersalin atau apa jua,
Malah insyaallah melatih kita tuk dijadikan amalan harian insyaallah,
Dan yakin Allah ada bersama kita :)
Kalau tak percaya cuba ya! 
Doa ibu itu kan hebat ;)

Mohon doa juga dari suami,
Mohon juga untuk suami kita bersama mengerjakan solat,
Redhanya suami pada kita, dah tentu Allah meredhai kita.

Ok, itu petua penting yg saya percaya itulah yang membantu saya secara 100% semasa bersalin
Namun..
Saya juga tetap mengamalkan petuaa2 dari kwn..
meh kita sharing maring key...
1)Berjalan kaki banyak2, kadang2 kat opis kalau rajin saya panjat tangga tanpa guna lift (masa tu dah masuk  9 bulan)
2)Basuh toilet sambil mencangkung (petua kawan saya, hehehhe, masa wafiy pun saya amalkan)
3)Mkn telur ayam kampung setiap pagi atau satu sudu besar minyak kelapa setiap pagi pada terakhir (ini saya sempat buat 2 kali je kot)
4)Mkn sebiji telur ayam kampung bersama madu (ini saya buat masa sakit 15min skali) dan ini petua mak saya sendiri. ;)
5)Lain2 ape ek...tapi yg paling kerap saya buat jalan byk2 bila dah masuk 9 bulan tu...

hehhehehhe, it je lah kot...
harap dah terjawab dan selamat mencuba ye..
Insyaallah usaha + doa + tawakal dan yakin dengan janji Allah,
Redha apa saja yang bakal terjadi...
Allah dan malaikatnya bersama kita ;)

oklah Aimy dah bergerak2 tu,,
hehehheehhe
Abg Wafiy takde ni..gi kait buah kat kampung,
Abg dah pandai bawak diri ;)

Got to go!
Take care and assalamualaikum.

dah botak lerrrrrrrrr



Saturday, June 9, 2012

~Ahlan Wasahlan Aimy Imani~

Assalamualaikum,
Alhamdulillah baru berkesempatan nak update blog ye,

Dan alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke 6 saya menjalani rutin pantang,
hehehhehe, dan skang masih di Serdang, Insyaallah esok, Ahad dah nak balik ke Kulim.

Yup.
Saya dah selamat melahirkan anak perempuan pada 04 06 2012 pada jam 446pagi :)

Oleh kerana kelahiran kali ni terlalu pantas macam mimpi,
Moleklah kiranya saya sharing rentetan kelahiran newborn kali ni...
heeeeeeeeeeeee

Alkisahnya,
Saya sepatutnya due pada 2 June 2012,
Tapi sememangnya pada tarikh atau sebelum tarikh tersebut tidaklah saya mengalami sebarang tanda untuk bersalin,
Maka saya beranggapan, "Ohh..mgkin lewat lah lagi niii..."
Dan kebetulan mama dan abah datang hari Sabtu ke Putrajaya sbb diorang nak ke Tangkak,
Ade kenduri jiran,
So sabtu mama and abah and wafiy pergi kenduri tangkak,
Diorang pun plan nak balik hari Isnin sbb kot2 la saya terbesalin,
Takpayah nak patah balik dtg semula..

Sehinggalah hari Ahad, tiadalah tanda apa2 ..
Maka Ahad itu pergi berjalan2 sehingga jam 11 malam.

Ahad 3 June 2012

Pukul 11 malam bau sampai rumah,
Tidokan Wafiy...dan pukul 12malam lebih baru dpt lelap.

Isnin 4 June 2012

Pukul 1 pagi terbangun sbb Wafi nangis sb mengigau...
Pujuk2 diya dan tertdo semula...

Pukul 2 pagi saya terbangun sbb rasa nak buang air besar,
Maka berlari ke bilik air, tapi tak plak buang air besar, just kencing je

Pukul 3 pagi (saya tengok jam hanset kat sebelah)
Masa tu rasa sakit perut nak cirit, tapi oleh kerana mengantuk saya buat2 tdo jugak
Pukul 3.15 pagi sakit perut nak berak lagi,
kali ni saya dah bukak mata luas2 dan dok pikir sejenak,
Ke ni sakit nak beranak
(masa wafiy dulu saya tak sakit mcm tu ye, saya just sakit pinggang yang gegile punye)
So kul 3.30 pagi saya kejut suami ckp saya sakit perut nak berak dan saya crita start kul 2 tadi sakit nak berak...
Saya saya rasa tak sedap hati bila sakit nak berak dah jadi 15 minit sekali..
Perghhh..apalagi bangun siap2,
Pukul 3.45 kejut mama and abah supaya tgkkan Wafiy,
Sebab saya rasa mgkin dalam esok pagi atau tengahari baru bersalin kot,
Habis kuat pun nanti nurse seluk and ckp bukaan berapa dah....
Ntah2 dia soh patah balik kot...

Dan Pukul 4 pagi gerak dari Putrajaya ke Annur Bangi,
Tengah pagi kereta mmg takdelah kan...

sampai je kat Annur dalam 415 pagi..
nurse check bukaan,
Dan.....nurse/bidan tu diam je, dan dia telah menjerit panggil nurse sorang lagi..
"Ina,,,,,dah full.....bukaan dan 10...!!!!!!!!!!"
Mak aih patutlah dalam kereta tadi sakit 3 minit sekali...
mmg rasa nak terbuang air besar sgt kottttttttt

tak sampai 5 minit nurse dah siap pasang semua,
dan mulalah perjuangan yang singkat tapi hanya Tuhan yang tahu sakitnya
Saya tak dibenarkan push lansung malah disuruh manarik nafas supaya tak ter push,
Kerana bukaan 10 itu sedang memaksa baby nak kuar...
Suami kat sebelah asik soh tarik nafas...lepas......
tarik nafas.......lepassssssss.....
hehehhe...mmg hilang fokus okeh......tapi tetap gagah jugak tarikh nafas..

Tapi tahukah anda air ketuban saya belum pecah waktu tu,
dan doc pun sampai, sedang saya nampak doc tengah nak pakai sarung tgn,
dengan semenamena bunyi pop,
bukan bunyi air ketuban ye...
bunyi baby dah keluar bersama karung yang berisi air ketuban
makanya barulah doc pecahkan air ketuban dan..........doc bagi salam kat baby
"assalamualaikum..."

Alhamdulillah, mcm tak percaya baby dah selamat keluar,
jam 446 pagi baby selamat keluar,
Normal birth...tanpa apa2 ubat, ubat berak pun tak sempat ambil, drip tangan pun tidak sama sekali...
Bersalin ala2 kampung
hehhehehehhe....dan agak kelakar bila doc pecahkan air ketuban kat luar,
Hanya suami saya lah yang sempat tgk anak saya berenang2 dalam karung tuh..
dia nak snap gambar pun tak sempat...

Alhamdulillah, Allah betul2 permudahkan kelahiran kali ni,
Sampai skang rasa mcm mimpi sbb terlalu cepat semuanya

Nurse senpat jugak sound kenapa lewat dtg hospital sbb bukaan dah 10..
Tapi nak buat camne kan, saya rasa mmg itulah paling cepat, takkan waktu tak saki nak dtg hospital serah diri kot kan....heeeeeee

Dan inilah powepuff girl saya, abie dan wafiy...

Aimy Imani Binti Faizi
4 Jun 2012
3.65kg
4.46 pagi
52cm

Moga jadi anak solehah sayang ;)

..........................


 Baby Birthday Ticker Ticker
Lilypie First Birthday tickers

Lagu Kita

Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...