My photo
Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.

Monday, December 23, 2013

~Rindu Seorang Imani~

Assalamualaikum,

Hye hye hye!
Macam tak percaya dapat update story haini! yeayyyy!

Yup, ini kisah nye Aimy Imani last weekend,
Aimy ni badan je kecik molek, tapi suara lantang,
Menangis pulak jgn cakaplah, kadang2 sampai kaki dia pun bergerak atau lompat sama,


Aimy Imani.
Dede.
Last weekend mmg Abie takde, training and semalam baru sampai pulang.
Abie pergi start hari Khamis malam,
Dan kebiasaannya mmg kalau balik rumah, mmg si dede akan cari abienya,
Atau paling kuat pun kite cakap abie takde, abie gi go!go!go!, dia akan ok,
Atau paling tidak pun tunjuk je gambar kat dinding.
Dia akan ckp tu abie dan senyum dan terus main....


Nak dijadikan kisah hujung minggu ini Si Dede cube mengertikan bahwasanya dia nak jumpa abie,
Sabbtu pagi dia tanye, umie mcm biase tunjuk gambar kat ruang tamu,
Sehinggalah malam...dia dtg kat peti ais sebut abie abie abie!
Memang kat pintu peti ais ade gambar abie nye,
Rupanya dia nakkan gambar tu, nak pegang sendiriiiii...
Saya pun amek dan kasi kat diye...terus diye jalan ke ruang tamu sebut abie abie abie,
sambil bawak gambar berbaring......
dia pun pulun lah belek gambo sambil baring....

Esoknye(hari Ahad)...
Petang dia tanye lagi, tanye lagi..sambil tunjuk phone pulak....
Saya bagi je la phone,
Dia pun letak phone kat telinga, pastu dia marah sbb takde sape2 kan yg bercakap jadi dia marah la,
ngamuk2 berjuraian air mata...
"nak abie...anak abieee"
Wafiy pun dah naik pening tengok kerenah Aimy, sampaikan Wafiy pun tertido(bertuah betul!)hahahahha

Malam semalam, dia tunggu lagi kali ni nangis non stop,
So baru dapat cakap sekejap dengan abienya...dia pun borak dan sempat bye dan ckp wacalam(waalaikumussalam)...dan secara automatiknya mood dia jadi ok...fuhhhhhhhhh
mmg tahap angin ketujuh agaknye ...
dan dia ngamuk lagi...dah ngantok kot, abie dah otw pulang...tapi dia tahan mata nak tuggu jugak...
Dan elok bunyi pintu grill kat luar rumah dibuka, Dede pun dah terpejam mata,
Tak sempat jugaklah si dede jumpa abienya malam tu,
Abie dia kejut2 dia pun dia dah tak sedar, tido sbb penat nagis kot, Wafiy pulak yg bangun dan sempat cakap

"lah Aimy ni, tadi nak umpe abie angat, ido plak iye"

Hahahahahahha, si wafiy siap bangun n makan nasik plak tu ngan abienya...
Masa tu jam 11 malam kot...
Fuhhhhhhh...kesianlah dede, dah pandai protes........ dah pandai mencari,
Tapi pagi tadi sempat jugaklah dia jumpe abie sbb dia bgn awal,
siap suh dukung sampai keta, umi nak amek pun taknak...
itu kisah Imani yang dah pandai rindu ;)



----------------@ Ummie Aie'sya


Thursday, December 19, 2013

~Hold a Brush!Yeayy~

Assalamualaikum...
Ya Allah baru sempat nak update nak sharing..
rasa mcm nak taip semuanya laju2..
huwaaaaa!, how i miss writing on my blog..(tears......)

Heeeeeeeeee,
Rutin yang agak padat,
Dan di tambah pula  rutin yang bakal jelma tak lama lagi
(jeng jeng jeng) apakah itu.....
insyaallah bila dah betull2 ready i launch okey..
hehehehhe...

haipppp, i bukan preggy ye...
nanti kami bgtau naaa...

My boy and gurl dua dua okey,, alhamdulillah...
cuma nya si dede jugak dah semakin lasak,
maklumlah main dengan si abang kan...
kadang2 temperature si umi jugak adalah tinggi, hehehhehe
sabo ajelahhhh

diorg akan duduk diam bila mewarna..menulis...

Wafiy mmg suka guna brush, jadi Abie dia beli set water colour kat dia...

si dede pun mahu !
 

kekusyukan maksimum ;)
 

my big boy ;)

Alhamdulillah...
Sekejap je masa berlalu, rasa masih segar lagi kendong wafiy si bulat ini
heeeeeeeeeee

Keyla uols,
Have a nice day everyone!

------------@ Ummie aie'sya


Wednesday, December 18, 2013

Friday, December 6, 2013

~Hye Again!~

Assalamualaikum...
hye again...
Lamanya lamanya lamanya.....

Rutin yang tak sudah ,
Dan begitulah kehidupan..

Apa pun syukur alhamdulillah masih diberikan kehidupan ,
So SMILE and feel blissful..
Insyaallah Allah akan limpahkan keberkatan dalam hidup kita kalau kita selalu bersyukur,
:)
Walaupun hidup kita hanya sederhana, tapi yakinlah bila nikmat kesyukuran itu dtg,
Kekayaan dunia bukan lawannya lagi...

Just wanna to sharing,
Last weekend spend time with my kids at PD,
Big Bro and little Dede..




hehehhehe
have a good time with your family ya!
till c u all again...
Bye....;)
assalamualaikum...

------------@Ummie Aie'sya



Monday, November 4, 2013

~My Little Kidos!~

Assalamualaikum,
Alhamdulillah mencuri sedikit masa tuk mengupdate,
Saya mula kerja jam 9am ye,
Jadi berkesempatan menggodek telefon sendiri sambil belek2 gambo nak update.

Today nak update pasal anak2 ambo,
dah byk kali bertangguh-tangguh,
Harap2 sempat type sampai habis n dapat publish...heee

Aimy Imani hari genap 1 tahun 5 bulan,
Sekejap sangat masa kan...
Aimy kalau diikutkan mulut tu dah byk membebel,
Pandai buat memek muka,
Dan juga pandai berebut barang dgn Abang dia ;)


Badan aje kecik, tapi tenaganya luar biasa,
Bisa menumbangkan si Abang , kikiki
Dan dah byk kali Wafiy menjadi mangsa gigitan Aimy nih..
Kesiannnn..Adehhhh

Naufal Wafiy pulak dah makin menginjak usia, 
Aicheh! idok le sampai usia remaja lagi haaa,
Baru 3 tahun 3 bulan,
Isi hatinya memang melonjak2 nak pi school,
Tapi Abang kita ni masih pakai dypers la, huhuhuhu,
Kadang2 mmg dia sendiri nak pakai jgak2 pampers,

Tapi si Abang ni jiwanya lembut,
Kalau marahkan si Aimy tu kdg2 dia sampai suruh buang Aimy kat luar,
Luar mana?
Luar umah tahuk!
Kadang2 Umie dia pun apa lagi mmg buat nak buang atau cakap nak kasi Aimy kat kawan Umie,
Memang tiba2 Wafiy ni takkan kasi,
Siap nangis2 jangan buang Aimy, Jangan kasi ngan orang lain,
Marah2 sayang gituwww...

Wafiy skrg paling pantang kalau bab basuh pinggan,
boleh kata setiap kali habis makan mmg dia yg basuh semua pinggan...
Belum ada kesempatan nak amek video,
Gambo ade lah!
hehehhehe, next time kita kasik video okey!

 heheheh,
giggih kan,
adoiii, 
memang budak2 ni mcm nikan,
cepat je sibuk nak buat benda yg kita buat,
tapi kena pantau la kat blakang dia jugak sbb takut jatuh atau pecah kang terluka plak tak pasal-pasal.

Dan sampai sini dulu lah kot kisah anak2 yg tengah byk ragam...
;)

and finally this picture,
alwez be my fav all the time,
melted! 

May Allah bless every single step,
wherever you go, Allah knows and will bless you in beautiful way..
Never regret!;)
Assalamualaikum...

--------------@ Ummie Aie'sya


Monday, October 14, 2013

~ Puasa Arafah~

"Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. 
Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. 
Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. 
Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini."

Assalamualaikum,
Alhamdulillah hari ni saya dan suami sama-sama berpuasa. ;)

Dan hari ini juga masih lagi bekerja dan Aimy pun ikut datang opis sekali haini,
Wafiy pulak ikut Abie pegi opis ;)

Dan insyaallah esok kita raya haji,
Hari Raya Qurban,
Yang mengingatkan kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.
Yang Membuktikan Cinta keduanya kepada Allah,
Cinta yang benar-benar hanya kepada Allah....
Mengorbankan satu-satunya anak yang dimilikinya, namun demi perintah Allah, demi bukti cintanya kepada Allah,
Dan kerana itulah sebagai simboliknya kita merayakan hari raya haji  dengan mengorbankan haiwan seperti lembu, kambing, unta , kibas dan yang dibenarkan mengikut ketetapan syarat yang di tetapkan.

Begitu jugalah kehidupan kita sehari-hari , berapa banyak pengorbanan kita untuk kehidupan, agama, keluarga dan juga segalanya.

Dan sudah mahu sia-siap pulang. Nak singgah beli daun pandan, hubby nak buat air lencikang tuk hari raya esok!hehehhee . Ye dia amat bersemangat untuk membikinkan menu itu ye.

okey semua.
 
Selamat berbuka puasa bagi yang berkesempatan berpuasa hari ni ;)

Selamat pulang ke kampung bagi yang baru nak pelang hari ni ( Saya hanya beraya di sini bersama keluarga sebelah suami ;) )

Selamat Menghayati Hari AidilAdha yang bakal kita sambut esok harinya.

Moga Allah merahmati kehidupan kita saat ini dan juga akan datang..

AMIN...

Assalamaualaikum..

------------@ Ummie Aiesya

 

 

                                                                           

Friday, October 11, 2013

~Bunga , Manusia dan Cinta~

Assalamualaikum, hye hye hye ;)
May Allah bless your day!

"Cintakan bunga, bungakan layu, 
cintakan manusia, pasti akan mati, 
cintakan dunia tiada tiada yang abadi.....
Mencintai Allah jualah yang hakiki"

Pabila disaat bunga itu belum layu, pasti akan kembang berseri malah turut membunga dihati. Kerana bunga itu diciptakan Allah  dengan penuh keindahan dan kedamaian.

Begitu juga diciptakan manusia yang penuh kesempurnaan dan kecantikan. Kerana Allah itu Maha segala yang Indah. 

Bunga, manusia atau apa sahaja yang ada didunia pasti takkan kekal selamanya. Kerana Yang Maha Kekal hanya Allah.

Hakikatnya juga kita tahu. Segala yang ada dilangit dan dibumi juga milik Allah.
Kekayaan dan keindahan duna juga milik Dia.
Segala yang ada dikeliling kita juga milik Tuhan.
Rezeki. Anak. Isteri. Suami. Anak-anak. dan seluruhnya milik Allah yang dikurniakan pada kita secara sementara.
Betul. Semuanya. 

Melihat kerakusan dunia zaman yang amat2 mengejarkan kekayaan dan kebendaan. Manusia jadi tidak heran kan nasibnya di dunia yang satu lagi. Dan yang paling sedih bila manusia juga  tiada belasnya pada manusia. 
Bukan kerana angkuh, tapi sudah terlalu bersifatkan kehendak. Jadi tiada yang lagi penting. Nafsu pasti menang. Iman jadi kalah.

Hummmm...

Setiap saat kita melangkah di bumi Tuhan ini, tiada satu pun kepunyaan kita.


Kerana itu Allah menciptakan kita dan mahu kita untuk tak lupa Dia.
Kerana Allah tahu kita ini pasti akan sedih bila kehilangan sesuatu yang kita miliki.
Bila dahulunya kita kaya , sebanyakmana kita ingat pada Dia.
Bila sewaktu ketika kita mempunyai keluarga dan anak-anak, kita gembira dan bahgia. Tapi berapa banyak kita beri pula kebahagian pada Allah. Berapa banyak kita ajak orang-orang yang kita sayang untuk ingat pada Allah.
Ye. Kita akan kembali pada Allah. Bila kita kehilangan semuanya. Bila kita kehilangan kegembiraan tadi. Bila kita jatuh dari tempat yang dahulunya selesa dan jauh lebih hebat. Kerana saat itu, kita tahu Allah lebih dari segalanya. Hanya Allah mahu mendengarkan kita.

Saya dan awak awak sama saja. Kita kadangkala lupa. Kadangkala terleka.
Setiap masa Allah sentiasa menunggu kita.
Bila kamu sedih jumpalah Dia,
Bila kamu gembira berbagilah bahgia itu dengan rasa syukur pada Dia,
Bila kamu susah, mohonlah petunjuk jalan dari Dia,
Bila kamu senang berkongsilah dengan yang lain demi kerana Dia,
Kehidupan kita sekejap saja, kerana kita ada kehidupan yang sangat panjang selepas yang sekarang,
Ingat pada Allah kerana insyallah Allah bantu kita,
Saat kita sangat mahu ada nya Allah, dia takkan pernah tinggalkan kita,
AllahuyaAllah. 
Jadikan kehidupan kami kerana kasih sayang Mu.
Jadikan segala dikeliling kami kerana nikmat keberkahanMu...
Dan jadikan tujuan hidup kami hanya kerna mahu sampai berjumpa dengan Mu...
Himpunkanlah kelak supaya anak-anak, keluarga , sahabat2 dan seluruh umat Islam dapat bertemu ya Rahman...tanpa ada yang menghalang, tanpa ada yang membataskan.

Dan jika ada airmata yang mengalir dari bening mata ini adalah yang bukan yang sia-sia...
Runtunkan jiwa ini mengejar cinta dan rindu untukMu,
Bawalah hingga ke syurga, sampai bahgia disana...
Aminnnnnnnn...


 "Allah begitu mencintai manusia, sehingga bila kita menangis Dia masih tetap mahu bersama kita"

--------------@ Ummie Aie'sya


 Baby Birthday Ticker Ticker
Lilypie First Birthday tickers

Lagu Kita

Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...