My photo
Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.

Thursday, March 22, 2018

Ayam Masak Bali

Assalamualaikum and hye!
Haaa, semalam dah janjikan nak hupdate,
So hupdate lah kejap.

Ye, semalam sempat masak ayam masak bali,
senang sangat uols!
p lah try!'

AYAM MASAK BALI

Ayam - 6-7 ketul

Serai - 4 batang ketuk ketuk

Kicap manis

Sos Tomato

Sos Cili

Daun Kari (tapi iols semalam takde daun kari, i pakai daun bawang n daun sup aje)

Bahan yang di blend

bawang besar - satu biji
bawang putih - 5 ulas
halia - satu inci
cili bo - 2 sudu besar

Cara - cara

Ayam ayam digaul dengan kunyit dan garam dahulu.
Kemudian goreng ayam sampai separuh masak aje.
Ketepikan dulu ayam tadi.

Pastu tumis serai yang dah di ketuk.
Kemudian tumis bahan yang dah di blend tadi sampai terbit minyak.
Lepas dah terbit minyak letak kicap manis, sos tomato n cili ikut citarasa and kuantiti ayam.
Agak agak je nak buh byk mane.
Garam dan gula.

Pastu masukkan ayam gaul gaul bagi sekata.
And daun kari.

Pastu siap!

Tadaaa!

Nyum nyum.
So today berbuka ape pulak?


~Umie Aie'sya


Wednesday, March 21, 2018

Yang Terbaik

Berusaha menjadi yang terbaik.

Bila dalam hidup ni,
Kita selalu nak melakukan yang terbaik untuk orang yang kita sayang.
Sebagai mak, mesti dia nak buat paling habis best kat anak dia,
Ayah pun sama, kalau boleh dia tak nak pun tengok anak dia ada yg tak ok..
Memang nak yang terbaik semuanya,

Nak buat paling terbaik kita memang sanggup,
Nak nak keluarga kita,
Orang yg kita suka,
Memang sanggup.

Tapi bila jentik sket hati kita,
Tanya balik,
Sebelum kat manusia,
Kat siapa yang perlu dulu tuk kita buat terbaik,
Dia yang bagi semua perasaan kat kita,
Dia yang menjadikan kita,
Asal takde yang sebelumnya,
Takkan ada yang terdahulu sebelum Dia.

Kadang kecewa terduduk,
Bila mana yang kita bagi kat manusia semua rasa,
Lepas tu manusia ni jugaklah yang kadang buat rasa kita sepi dan pergi,
Sakit.

Dahulukan segala yang terbaik untuk Dia yang menciptakan kita,
Walau gembira walau sedih Dia tetap setia tunggu,
Dan tunggu.
Dan tunggu.
Lagi. Dan lagi.

Ada tak rasa sayang yang sangat untuk Dia macamana kita sayangkan anak kita,
Kalau ada maka kena lebih lagi sayang tu kat Dia,
Kalau tiada. Jangan diam.
Terus cari.
Terus amek. Gapai dan pegang.
Pegang kuat kat hati.
Kuat kuat kuat.
Bagi terus terpasak , tersemat jangan hilang lagi.

Kerna bila kita kecewa , sungguh kita ada Dia,
Bersandar,
Bersujud di sajadah cinta,
Kerna yang sejati hanya dari Dia,
Untuk Dia,
Selamanya.

Terima kasih Allah...


~Umie Aie'sya

Bila dah puasa

Hye!
hehehhe,
nampak tak semangat kat situ,
Asal rehat and free truih nak curhat kat sini.
Yeayyyyy!

Dalam kepala ni duk pikiaq nak masak apa,
Baru kui 12 hoih..ahhahaha...
Takpalah walau berjam batu lagi nak berbuka,
kita harus bersedia!

Godek godek,
and haini masa sahur tadi iols turunkan ayam dari freezer,
So menu kita AYAM todehhhh,

AYAM MASAK BALI!
Jadi ke edok tengoklah nnt,
Nyum nyum dap ahhhhh...

Kalau jadi baru lah iols tepek kat sini key,
esok ah....

Tadi pagi sahur oat, roti and kacang pool
nyum nyum kacang pool sedap sangat,
Pestime buat sendiri,
Senang sgt uols boleh buat sendiri,
iols pun godek kat kak ita kite,
gi lah tengok nnt key,

Ni kacang pool yang berjaya dengan jayanya!
Eceh!


Cuma iols punya takdak telur goreng goyang goyang,
Sebab mmg kat rumah takde telur masa tu,
Cubalah, roti tu kasi bakar buh planta sket,
lagi kedebas sedap, aduihhhhh, makruh makruh,

Sesuai jugak buat minum petang or makan pagi,
Dan akan menjadi kegemaran seisi keluarga,

hah, bila puasa ko mmg akan jadik rajin nak masak itu ini,

Laki i sampai kata, haaa takpa puasa lah byk hari lagi dia boleh makan maciam maciam,
hehheheheh,

Kalau tak puasa pun mmg masak, cuma dia lauk tu kebiasaan lah,
kalau puasa ni jadi luar biasa,
siap moreh tersedia,...

gietuhhhh...

~Umie Aie'sya


REJAB

Assalamualaikum,
Ya Allah lamanya tak coret curhat kat sini.
RINDU!

Harus rindu!
Kehidupan bila tanggungjawab itu tergalas pasti ada yang terbatas.
Heeee
So kita cuba key tuk consisten post entry start bulan mulia ni.

REJAB.
Puasa tak?
Sambil sambil ganti, sambil sambil top up kot kot ada yang lompang. Heee.

Rindunyaaaaa..

Semuanya sihat alhamdulillah.
Wafiy pun dah darjah dua.
Aimy cinonet pun dah besar , 6 Tahun sudahh....
Dan lagi banyaklah drama pagi sampai ke malam..
Heeee...

Oklah nnt kita sambung curhat lagi,
Sharing sket gambo budak berdua yang bertuah ni heeeeeee.

Bye!

Oppa wafiy! Abam pengawas!

Dan paling super mengada ngada drama Queeennnnn



super drama kedebas! Onni Emy!

So okeylah jumlah bye lagi sekali...

Moga Umi lebih rajin nak hupdate!
Aminnn!

~Umi Aie'sya

Saturday, January 20, 2018

~Kerna BicaraNya~

Dengan melihat, memandang apatah  lagi menilai orang lain,
Bukanlah semata pada fizikalnya atau kelakuannya.
Kerna setiap manusia diciptakan berbeza.

Kadang dia ramah,
Kadang dia suka,
Kadang dia pendiam,
Kadang dia menyendiri,
Kadang dia begitu sahaja.

Tapi pucuk pangkalnya,
Dia baik,
Dia beradab,
Dia ikhlas,
Malah dia tak pernah menyakiti orang lain dalam bicaranya,
Dalam setiap lisannya sentiasa terjaga.

Kerna itu kita tak seharusnya,
Terus menghukum dan menilai ramahnya yang diam,
Walau kurang bicaranya dengan manusia,
Tapi hatinya masih baik,
Indah senyum di bibir, hingga wajahnya tampak segar,

Kerna jauh yang kita tak tahu segala amal perlakuannya yang tak tampak di mata kita,
Dalam kurang lisannya di siang hari,
Mungkin dialah yang paling ramah berbicara dengan Allah di malam hari,
Dialah paling bersungguh mengucapkan segala hal bersamaNYA,
Dialah paling ramah di setiap doaNYA.

Subhanallah.

~Ummie A'iesya~

Wednesday, August 16, 2017

Major Throwback

Major throwback..12 tahun yang lalu...
Sambil godek godek gambo lama.heehehe
Sambil soundtrack lagu vitamin C Graduation.
7.50 pagi (tahun 2005)
Kolej 14, kawasan parkir moto.UPM
" mana diorg ni.."
"ntah tak bangun lagi lah tu"
Hehehhe..memang memories is remain forever kan. Memang setiap satu dialog mmg tak pernah lupa.
Bab kelas pagi mmg banyak hal. Sokmo lambat. Bila kawan awak dah siap, awk pulak yg lambat. Bila dah lambat pandai pulak rasa besalah, kejap kata sakit perut, kejap bagitau que nak mandi beratuq panjang..hahhaha
Memang kalutlah bagi alasan kalau geng dah tunggu tercongok kat moto. HahahahaπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
Memang nostalgia habis.
3 tahun kat UPM, 3 tahun lah jugak jumpa geng makan kat cafe, p kelas, joging bukit ekspo, skodeng skodeng eh hahahah..dan ada jugaklah kisah nostalgik di bulan puasa..
Bulan posa di perantauan lah katakan, mmg jiwa kadang tu tak berapa nak kental, bukak posa ja teringat lah kat kampung.
Nak dijadikan cerita kami bergeng ni p la beli tapau kat sebuah restoran makan area UPM. Sebab masing masing dah jemu mkn kat param (pasar ramadhan). Semua pakat order lah makanan..sorang nasi goreng usa, sik goreng kampung, mee hailam, ketyau sup dan nasi goreng hailam. Kasik tapau bang! Pesan kami lagiiiii..heee
Semua pun dah dpt tapau moh balik ke kolej, tebar surat khabo nak mkn reramai.
Dan azan maghrib bekemundang. Dah masuk dah wey! Bissmillahirramanirrahi...Allahuma kasumtu......amin..
Mkn kurma sorang sebijik, pastu pakat bukak la mknan memasing.
Awak kan puasa mmg makanan yg bli tu je la yg ada..kata mood perantauan..duit pun nak kena jimat, takdelah nak berhidang mcm2 makanan lain pun ha...
Tiba tiba baru ja nak suap makanan ke mulut...
"apeni????? Bagi kucing pun kucing tak nak makan mcm nii!!!!!"
Jerit sorang sahabat yg baru je bukak makanan tapau tadi. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
Dia order rare sket ahh..nasi goreng hailam, kira zaman tu nasi goreng hailam baru nak up lah jugak..hehehhe...member kecewa lah ..nasi goreng depa p campuq dengan kuah hailam tu siap siap...tapau td pukui 5 ..bukak posa kui 7.30.. Mau tak kembang bergenang genang nasi dia wey....kembang setaman astakonaa weyyyy
Kami yg len ni duk terbeliak lah masing masing pakat serba salah hahahhahah
Pakat semua offer lah makanan masing masing...tapi member dah frust sangat truih keluaq bilik berlalu pergi tanpa kata kata.πŸ˜…
Malam tu pakat bli moreh lah mkn bg kat dia..sian weyyy..haaa jgn main main bab makan boleh gado ohhhh...
Hehehhehe tapi sampai skang kalau kitaorg jumpa or jumpa dlm wasap(haaa jumpa dlm wasap jelah mampu) hahahah...kitaorg akan ungkit cita nasi goreng kucing pun tak makan! Sangat tak bley lupa!
Byk lagi dan lagi tak tertype kalau nak type...
Pejam celik pejam celik dah almost 13 years dah kot zaman upm tuuu..tapi still contact! Wassap kan ado!
Zaman muda mudi gitew..
Rindu korang semua..
Dan bley lupa saat paling tangkap nangis masa graduation day..dan sebenarnya itulah saat paling sedih sbb masing masing akan bawa haluan masing2 dan kita sendiri pun tak tahu bila boleh gelak sama sama lagi, bila boleh nak bertepuk tampar bahu memasingblagi, ntah bila lagi nak ketuk pintu bilik member nak pinjam sabun mandi, heee dan mcm macm lagi lah weyyyy
And paling tak tinggal, study lewat malam and kopi pekat kaw kaw dan meskipun kaw tetap tetidoq..hahahahπŸ˜€πŸ˜›
Tinggal aku ja la yg hari hari dok round UPM heheheeh...
Rindu merempit! πŸ˜…πŸ˜†πŸ˜Š
Skang semua dah berjaya dah memasing..
All da best korang, geng munduks!
As we go on
We remember
All the times we
Had togetherAnd as our lives change
Come whatever
We will still be
Friends Forever...

Memories is remains forever,
Economic, 2003-2006, UPM, Serdang.
Thanks korang for everything.😘

Sayang selalu😘
Sya_pujangga
(nama samaran dalam geng munduks)πŸ˜†πŸ˜…

Friday, June 3, 2016

Cerpen untuk Shum ~ Ohh hati, kemana kau pergi (E.5)

Surat rasmi dari mahkamah di masukkan kemas semula ke dalam sampul surat.
Shum merenung sejenak. Di raup perlahan wajahnya sambil memandang kosong sampul surat yang masih di tangan.
Tarikh bicara mengenai penceraiannya dengan Zaim sudah dikeluarkan.

"Beginikah kesudahan hidupku Ya Allah" detik Shum di hati.

Jauh dari sudut hati yang paling dalam, Shum terlalu menyayangi Zaim.
Zaim lelaki yang penyayang selama ini.
Tutur bicaranya yang lembut pasti melemahkan jiwanya.

Tapi kini tiada lagi.
Zaim masih tiada menujukkan tanda-tanda untuk membaiki keadaan,
Dia masih hanyut dalam cinta manisnya bersama 'wanita' itu.
Di dalam sudut jiwa yang paling dalam, Shum masih mengharapkan Zaim untuk kembali kepadanya.
Walau hatinya begitu sakit.
Shum masih memberi ruang untuk hatinya. Jika Zaim mampu untuk membaiki dan menyelamatkan keluarga ini, Shum masih mahu menerima Zaim semula. Demi anak-anaknya.

Tapi Shum tetap redha jika jodohnya bersama Zaim hanya sampai di sini.
Dia sudah ikhlas melepaskan Zaim dari hatinya.
Baginya jika Zaimtetap mengahwini wanita ini.
Biarlah dia berundur. Baginya dia tahu Zaim takkan mampu membahagi kasih.
Daripada bermadu...biarlah berpisah.

Pengakhiran cintanya bersama Zaim hanya di pertengahan jalan dunia, walau pengharapannya mahu hingga ke Jannah.
Cinta yang dulu mekar semekar jambangan indah, kini layu tiada lagi harum dan maknanya.
Shum tetap redha. Malah Shum sudah terbuka hati memafkan Zaim.
Mungkin demi anak-anak Zaim tetap Shum anggap seperti sahabat.
Demi hubungan Zaim dan anak-anak.
Biarlah cinta suci Shum agung hanya untuk pencipta raya.
Cintanya kepada Sang Pencinta yang maha agung takkan pernah mengecewakan.
Malah Shum makin bahagia dan redha.
Inilah nikmat cinta sebenar bagi Shum.
*********************************************

Zaim melepaskan lelah sambil berbaring di sofa.
Kini hatinya berkecamuk.
Tarikh perbicaraan makin dekat.
Hatinya dilanda runsing.
Zaim masih terkesan dengan kata-kata isterinya Shum.

"Shum masih sayangkan abang. Kalau abang masih mahu berkahwin dengan dia, kahwinlah bang..tapi Shum tak mampu berkongsi kasih. Kita berpisah dengan baik"
Masih terngiang-ngiang kata-kata Shum semasa perjalanan pulang dari pejabat agama tempohari.

Zaim tak dapat membohongi dirinya sendiri. Dia masih sayangka Shum. Tapi kini hatinya bertaut kasih pada yang lain. Dia mahu miliki keduanya.  Tapi tak mungkin jika tanpa persetujuan Shum.
Zaim masih dalam mabuk asmara cinta barunya.
Dia tak mampu lagi memaksa Shum untuk bermadu.
Mungkin sampai sini jodohnya bersama Shum.
Shum isteri yang baik. Malah setia masih menunggu untuk dia berubah.
Hati Zaim tetap tekad untuk berkahwin lain.
Tapi dia belum tahu caturan apakah untuk perkahwinan barunya nanti.
Dia masih dalam fantasi cintanya.
Seakan lupa dosanya menghancurkan hati isteri yang setia.
Dia masih buta memcelikkan mata memandang cinta isterinya sendiri.
Noda kecurangannya membunuh janji-janji dulu saat dia bersama Shum.
Kini Shum lebih kuat darinya.
Zaim sendiri akui, kadangkala dia sendiri mencemburui ketenangan yang Shum miliki.
Sedangkan dia berkecamuk jiwa dan raga.
Hatinya sentiasa bertandang resah.
Dan saban  hari bagai ada melodi jiwa Shum yang menghimpit jiwanya..
Bagai Zaim terdengar-dengar tangis Shum membicara dalam jiwanya...
Tiada lagi namanya di jiwa cinta Shum....
Dan dia membenarkan dalam hati bicara Shum di jiwanya..

************************************************

Yang di depan mata tiada dipandang,
Jelas kebaikan dan kecintaanya, tetap tiada di rasa,
Cintanya pada mu akan hilang, seperti mana hilangnya kesetiaanmu,
Mungkin takkan ada lagi peluang kedua,
Cintanya akan mati.
 Tiada lagi...
Jangan dipujuk hatinya lagi...
Selamat tinggal ...cintamu bukan lagi jalan ke Jannahku..
Kau bukan lagi Imam cintaku untuk kesana..
Selamat tinggal cinta duniaku yang disayang...
Cukuplah disini usah ditangis, 
Cintaku hanya untuk Tuhanku....
Selamat tinggal.

Dan Shum mengalirkan air matanya.
Menutup buku nurkilan malamnya,
Dan memejamkan mata dalam hujan airmata hangatnya.
Moga terpadam gelora jiwanya...

"Cukup di sini ya Tuhanku..aku tak kuat untuk semua ini...
Cukuplah hanyaMu ya Allah..
Cukuplah dengan cintaMu...
Allahuakhbar..."
Shum berbisik , lalu menciumi sejadah cintanya.

Moga Shum terus tenang dalam lenanya.
Hingga esok dia bisa bangun untuk teruskan kehidupannya.

 Baby Birthday Ticker Ticker
Lilypie First Birthday tickers

Lagu Kita

Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...