My photo
Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.

Thursday, March 22, 2018

Cerpen untuk Shum ~ Ohh hati, kemana kau pergi (E.6)


"Cikgu Sharmila, buat ape tu? termenung je", tegur Cikgu Imran sambil melabuhkan punggungnya di tempat duduknya.

Shum seakan terkejut. Rupanya jauh dia merenung ke depan.
Sememangnya jiwanya belum benar pulih. Masih berbaur hambar.
Pedih masih ada. Sakit masih ada.

"Takde lah Cikgu, dok pikir nak buat program tambahan apa kat budak budak SPM ni ha. Next week kan dah cuti sekolah." balas Shum cuba menyembunyikan rasa.

"Ohh ya Cikgu nak join ke kalau saya nak buat Program cuti sekolah ni?" tanya Imran yang masih semangat meneruskan perbualan.

Shum mula membetulkan tudungnya. 
Dia sudah mula merasa tak selesa untuk meneruskan perbualan. 
Fikiran Shum masih belum betul betul boleh untuk fokus. Masih bercelaru.

"hurmmm...ohh yeke, tengoklah nanti saya bagi tau cikgu semula if saya nak join key, terima kasih ye cikgu, saya pergi kelas dulu, dah terlewat 5 minit ni" balas Shum sambil mengitai jam di tangannya.

"Ok Cikgu Shum" kata Imran sambil senyum manis ke arah Shum.

Shum hanya membalas senyum dan kemudian bangun membawa buku buku untuk masuk ke kelas.

Shum mengeluh lagi dalam hati.
Imran suatu ketika dulu adalah seorang istimewa dalam hidupnya.
Zaman cinta monyet di kampus dulu.
Sama sama dalam jurusan pendidikan.

Sudah 11 tahun mereka terputus hubungan dan membawa haluan masing masing selepas bergraduasi di UUM dulu. 
Namun secara tiba tiba Imran datang sejak 2 bulan yang lalu berpindah ke sekolahnya.
Pertama kali berjumpa semula masing masing terkejut.
Dan Imran juga maklum yang Shum sudah berkahwin.
Cuma Imran sahaja yang masih membujang.

"Eh Imran!" jerit Shum semasa pertama kali mereka berjumpa dibilik guru 2 bulan yang lalu.

"Sharmila!" Imran juga kelihatan terkejut.

Hampir 2 jam masing masing bertukar cerita dari zaman kampus hinggalah perihal peribadi.
Imran hanya tahu Shum sudah berkahwin dan Imran tidak tahu yang Shum sudah berpisah dengan suaminya.

Biarlah menjadi rahsia sampai bila bila.
Rasa masih bersisa.
Mana mungkin melupakan sekelip mata.
Namun nama Zaim tetap di lubuk hati paling dalam.
Perlahan lahan air mata Shum yang mengalir diseka dengan seribu satu kekuatan.
Bagi Shum, kenangan adalah selamanya.
Biarpun pahit, tetap menjadi sebahagian pengalaman hidupnya.
Pengalaman yang mengajar dirinya untuk lebih bangkit daripada tewas.

Kerna Allah itu ada.


No comments:

Post a Comment

 Baby Birthday Ticker Ticker
Lilypie First Birthday tickers

Lagu Kita

Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...