My photo
Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.

Thursday, March 22, 2018

Cerpen untuk Shum ~ Ohh hati, kemana kau pergi (E.6)


"Cikgu Sharmila, buat ape tu? termenung je", tegur Cikgu Imran sambil melabuhkan punggungnya di tempat duduknya.

Shum seakan terkejut. Rupanya jauh dia merenung ke depan.
Sememangnya jiwanya belum benar pulih. Masih berbaur hambar.
Pedih masih ada. Sakit masih ada.

"Takde lah Cikgu, dok pikir nak buat program tambahan apa kat budak budak SPM ni ha. Next week kan dah cuti sekolah." balas Shum cuba menyembunyikan rasa.

"Ohh ya Cikgu nak join ke kalau saya nak buat Program cuti sekolah ni?" tanya Imran yang masih semangat meneruskan perbualan.

Shum mula membetulkan tudungnya. 
Dia sudah mula merasa tak selesa untuk meneruskan perbualan. 
Fikiran Shum masih belum betul betul boleh untuk fokus. Masih bercelaru.

"hurmmm...ohh yeke, tengoklah nanti saya bagi tau cikgu semula if saya nak join key, terima kasih ye cikgu, saya pergi kelas dulu, dah terlewat 5 minit ni" balas Shum sambil mengitai jam di tangannya.

"Ok Cikgu Shum" kata Imran sambil senyum manis ke arah Shum.

Shum hanya membalas senyum dan kemudian bangun membawa buku buku untuk masuk ke kelas.

Shum mengeluh lagi dalam hati.
Imran suatu ketika dulu adalah seorang istimewa dalam hidupnya.
Zaman cinta monyet di kampus dulu.
Sama sama dalam jurusan pendidikan.

Sudah 11 tahun mereka terputus hubungan dan membawa haluan masing masing selepas bergraduasi di UUM dulu. 
Namun secara tiba tiba Imran datang sejak 2 bulan yang lalu berpindah ke sekolahnya.
Pertama kali berjumpa semula masing masing terkejut.
Dan Imran juga maklum yang Shum sudah berkahwin.
Cuma Imran sahaja yang masih membujang.

"Eh Imran!" jerit Shum semasa pertama kali mereka berjumpa dibilik guru 2 bulan yang lalu.

"Sharmila!" Imran juga kelihatan terkejut.

Hampir 2 jam masing masing bertukar cerita dari zaman kampus hinggalah perihal peribadi.
Imran hanya tahu Shum sudah berkahwin dan Imran tidak tahu yang Shum sudah berpisah dengan suaminya.

Biarlah menjadi rahsia sampai bila bila.
Rasa masih bersisa.
Mana mungkin melupakan sekelip mata.
Namun nama Zaim tetap di lubuk hati paling dalam.
Perlahan lahan air mata Shum yang mengalir diseka dengan seribu satu kekuatan.
Bagi Shum, kenangan adalah selamanya.
Biarpun pahit, tetap menjadi sebahagian pengalaman hidupnya.
Pengalaman yang mengajar dirinya untuk lebih bangkit daripada tewas.

Kerna Allah itu ada.


Ayam Masak Bali

Assalamualaikum and hye!
Haaa, semalam dah janjikan nak hupdate,
So hupdate lah kejap.

Ye, semalam sempat masak ayam masak bali,
senang sangat uols!
p lah try!'

AYAM MASAK BALI

Ayam - 6-7 ketul

Serai - 4 batang ketuk ketuk

Kicap manis

Sos Tomato

Sos Cili

Daun Kari (tapi iols semalam takde daun kari, i pakai daun bawang n daun sup aje)

Bahan yang di blend

bawang besar - satu biji
bawang putih - 5 ulas
halia - satu inci
cili bo - 2 sudu besar

Cara - cara

Ayam ayam digaul dengan kunyit dan garam dahulu.
Kemudian goreng ayam sampai separuh masak aje.
Ketepikan dulu ayam tadi.

Pastu tumis serai yang dah di ketuk.
Kemudian tumis bahan yang dah di blend tadi sampai terbit minyak.
Lepas dah terbit minyak letak kicap manis, sos tomato n cili ikut citarasa and kuantiti ayam.
Agak agak je nak buh byk mane.
Garam dan gula.

Pastu masukkan ayam gaul gaul bagi sekata.
And daun kari.

Pastu siap!

Tadaaa!

Nyum nyum.
So today berbuka ape pulak?


~Umie Aie'sya


Wednesday, March 21, 2018

Yang Terbaik

Berusaha menjadi yang terbaik.

Bila dalam hidup ni,
Kita selalu nak melakukan yang terbaik untuk orang yang kita sayang.
Sebagai mak, mesti dia nak buat paling habis best kat anak dia,
Ayah pun sama, kalau boleh dia tak nak pun tengok anak dia ada yg tak ok..
Memang nak yang terbaik semuanya,

Nak buat paling terbaik kita memang sanggup,
Nak nak keluarga kita,
Orang yg kita suka,
Memang sanggup.

Tapi bila jentik sket hati kita,
Tanya balik,
Sebelum kat manusia,
Kat siapa yang perlu dulu tuk kita buat terbaik,
Dia yang bagi semua perasaan kat kita,
Dia yang menjadikan kita,
Asal takde yang sebelumnya,
Takkan ada yang terdahulu sebelum Dia.

Kadang kecewa terduduk,
Bila mana yang kita bagi kat manusia semua rasa,
Lepas tu manusia ni jugaklah yang kadang buat rasa kita sepi dan pergi,
Sakit.

Dahulukan segala yang terbaik untuk Dia yang menciptakan kita,
Walau gembira walau sedih Dia tetap setia tunggu,
Dan tunggu.
Dan tunggu.
Lagi. Dan lagi.

Ada tak rasa sayang yang sangat untuk Dia macamana kita sayangkan anak kita,
Kalau ada maka kena lebih lagi sayang tu kat Dia,
Kalau tiada. Jangan diam.
Terus cari.
Terus amek. Gapai dan pegang.
Pegang kuat kat hati.
Kuat kuat kuat.
Bagi terus terpasak , tersemat jangan hilang lagi.

Kerna bila kita kecewa , sungguh kita ada Dia,
Bersandar,
Bersujud di sajadah cinta,
Kerna yang sejati hanya dari Dia,
Untuk Dia,
Selamanya.

Terima kasih Allah...


~Umie Aie'sya

Bila dah puasa

Hye!
hehehhe,
nampak tak semangat kat situ,
Asal rehat and free truih nak curhat kat sini.
Yeayyyyy!

Dalam kepala ni duk pikiaq nak masak apa,
Baru kui 12 hoih..ahhahaha...
Takpalah walau berjam batu lagi nak berbuka,
kita harus bersedia!

Godek godek,
and haini masa sahur tadi iols turunkan ayam dari freezer,
So menu kita AYAM todehhhh,

AYAM MASAK BALI!
Jadi ke edok tengoklah nnt,
Nyum nyum dap ahhhhh...

Kalau jadi baru lah iols tepek kat sini key,
esok ah....

Tadi pagi sahur oat, roti and kacang pool
nyum nyum kacang pool sedap sangat,
Pestime buat sendiri,
Senang sgt uols boleh buat sendiri,
iols pun godek kat kak ita kite,
gi lah tengok nnt key,

Ni kacang pool yang berjaya dengan jayanya!
Eceh!


Cuma iols punya takdak telur goreng goyang goyang,
Sebab mmg kat rumah takde telur masa tu,
Cubalah, roti tu kasi bakar buh planta sket,
lagi kedebas sedap, aduihhhhh, makruh makruh,

Sesuai jugak buat minum petang or makan pagi,
Dan akan menjadi kegemaran seisi keluarga,

hah, bila puasa ko mmg akan jadik rajin nak masak itu ini,

Laki i sampai kata, haaa takpa puasa lah byk hari lagi dia boleh makan maciam maciam,
hehheheheh,

Kalau tak puasa pun mmg masak, cuma dia lauk tu kebiasaan lah,
kalau puasa ni jadi luar biasa,
siap moreh tersedia,...

gietuhhhh...

~Umie Aie'sya


REJAB

Assalamualaikum,
Ya Allah lamanya tak coret curhat kat sini.
RINDU!

Harus rindu!
Kehidupan bila tanggungjawab itu tergalas pasti ada yang terbatas.
Heeee
So kita cuba key tuk consisten post entry start bulan mulia ni.

REJAB.
Puasa tak?
Sambil sambil ganti, sambil sambil top up kot kot ada yang lompang. Heee.

Rindunyaaaaa..

Semuanya sihat alhamdulillah.
Wafiy pun dah darjah dua.
Aimy cinonet pun dah besar , 6 Tahun sudahh....
Dan lagi banyaklah drama pagi sampai ke malam..
Heeee...

Oklah nnt kita sambung curhat lagi,
Sharing sket gambo budak berdua yang bertuah ni heeeeeee.

Bye!

Oppa wafiy! Abam pengawas!

Dan paling super mengada ngada drama Queeennnnn



super drama kedebas! Onni Emy!

So okeylah jumlah bye lagi sekali...

Moga Umi lebih rajin nak hupdate!
Aminnn!

~Umi Aie'sya

Saturday, January 20, 2018

~Kerna BicaraNya~

Dengan melihat, memandang apatah  lagi menilai orang lain,
Bukanlah semata pada fizikalnya atau kelakuannya.
Kerna setiap manusia diciptakan berbeza.

Kadang dia ramah,
Kadang dia suka,
Kadang dia pendiam,
Kadang dia menyendiri,
Kadang dia begitu sahaja.

Tapi pucuk pangkalnya,
Dia baik,
Dia beradab,
Dia ikhlas,
Malah dia tak pernah menyakiti orang lain dalam bicaranya,
Dalam setiap lisannya sentiasa terjaga.

Kerna itu kita tak seharusnya,
Terus menghukum dan menilai ramahnya yang diam,
Walau kurang bicaranya dengan manusia,
Tapi hatinya masih baik,
Indah senyum di bibir, hingga wajahnya tampak segar,

Kerna jauh yang kita tak tahu segala amal perlakuannya yang tak tampak di mata kita,
Dalam kurang lisannya di siang hari,
Mungkin dialah yang paling ramah berbicara dengan Allah di malam hari,
Dialah paling bersungguh mengucapkan segala hal bersamaNYA,
Dialah paling ramah di setiap doaNYA.

Subhanallah.

~Ummie A'iesya~

Wednesday, August 16, 2017

Major Throwback

Major throwback..12 tahun yang lalu...
Sambil godek godek gambo lama.heehehe
Sambil soundtrack lagu vitamin C Graduation.
7.50 pagi (tahun 2005)
Kolej 14, kawasan parkir moto.UPM
" mana diorg ni.."
"ntah tak bangun lagi lah tu"
Hehehhe..memang memories is remain forever kan. Memang setiap satu dialog mmg tak pernah lupa.
Bab kelas pagi mmg banyak hal. Sokmo lambat. Bila kawan awak dah siap, awk pulak yg lambat. Bila dah lambat pandai pulak rasa besalah, kejap kata sakit perut, kejap bagitau que nak mandi beratuq panjang..hahhaha
Memang kalutlah bagi alasan kalau geng dah tunggu tercongok kat moto. Hahahaha๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…
Memang nostalgia habis.
3 tahun kat UPM, 3 tahun lah jugak jumpa geng makan kat cafe, p kelas, joging bukit ekspo, skodeng skodeng eh hahahah..dan ada jugaklah kisah nostalgik di bulan puasa..
Bulan posa di perantauan lah katakan, mmg jiwa kadang tu tak berapa nak kental, bukak posa ja teringat lah kat kampung.
Nak dijadikan cerita kami bergeng ni p la beli tapau kat sebuah restoran makan area UPM. Sebab masing masing dah jemu mkn kat param (pasar ramadhan). Semua pakat order lah makanan..sorang nasi goreng usa, sik goreng kampung, mee hailam, ketyau sup dan nasi goreng hailam. Kasik tapau bang! Pesan kami lagiiiii..heee
Semua pun dah dpt tapau moh balik ke kolej, tebar surat khabo nak mkn reramai.
Dan azan maghrib bekemundang. Dah masuk dah wey! Bissmillahirramanirrahi...Allahuma kasumtu......amin..
Mkn kurma sorang sebijik, pastu pakat bukak la mknan memasing.
Awak kan puasa mmg makanan yg bli tu je la yg ada..kata mood perantauan..duit pun nak kena jimat, takdelah nak berhidang mcm2 makanan lain pun ha...
Tiba tiba baru ja nak suap makanan ke mulut...
"apeni????? Bagi kucing pun kucing tak nak makan mcm nii!!!!!"
Jerit sorang sahabat yg baru je bukak makanan tapau tadi. ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…
Dia order rare sket ahh..nasi goreng hailam, kira zaman tu nasi goreng hailam baru nak up lah jugak..hehehhe...member kecewa lah ..nasi goreng depa p campuq dengan kuah hailam tu siap siap...tapau td pukui 5 ..bukak posa kui 7.30.. Mau tak kembang bergenang genang nasi dia wey....kembang setaman astakonaa weyyyy
Kami yg len ni duk terbeliak lah masing masing pakat serba salah hahahhahah
Pakat semua offer lah makanan masing masing...tapi member dah frust sangat truih keluaq bilik berlalu pergi tanpa kata kata.๐Ÿ˜…
Malam tu pakat bli moreh lah mkn bg kat dia..sian weyyy..haaa jgn main main bab makan boleh gado ohhhh...
Hehehhehe tapi sampai skang kalau kitaorg jumpa or jumpa dlm wasap(haaa jumpa dlm wasap jelah mampu) hahahah...kitaorg akan ungkit cita nasi goreng kucing pun tak makan! Sangat tak bley lupa!
Byk lagi dan lagi tak tertype kalau nak type...
Pejam celik pejam celik dah almost 13 years dah kot zaman upm tuuu..tapi still contact! Wassap kan ado!
Zaman muda mudi gitew..
Rindu korang semua..
Dan bley lupa saat paling tangkap nangis masa graduation day..dan sebenarnya itulah saat paling sedih sbb masing masing akan bawa haluan masing2 dan kita sendiri pun tak tahu bila boleh gelak sama sama lagi, bila boleh nak bertepuk tampar bahu memasingblagi, ntah bila lagi nak ketuk pintu bilik member nak pinjam sabun mandi, heee dan mcm macm lagi lah weyyyy
And paling tak tinggal, study lewat malam and kopi pekat kaw kaw dan meskipun kaw tetap tetidoq..hahahah๐Ÿ˜€๐Ÿ˜›
Tinggal aku ja la yg hari hari dok round UPM heheheeh...
Rindu merempit! ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜†๐Ÿ˜Š
Skang semua dah berjaya dah memasing..
All da best korang, geng munduks!
As we go on
We remember
All the times we
Had togetherAnd as our lives change
Come whatever
We will still be
Friends Forever...

Memories is remains forever,
Economic, 2003-2006, UPM, Serdang.
Thanks korang for everything.๐Ÿ˜˜

Sayang selalu๐Ÿ˜˜
Sya_pujangga
(nama samaran dalam geng munduks)๐Ÿ˜†๐Ÿ˜…
 Baby Birthday Ticker Ticker
Lilypie First Birthday tickers

Lagu Kita

Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...