My photo
Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.

Saturday, June 9, 2012

~Ahlan Wasahlan Aimy Imani~

Assalamualaikum,
Alhamdulillah baru berkesempatan nak update blog ye,

Dan alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke 6 saya menjalani rutin pantang,
hehehhehe, dan skang masih di Serdang, Insyaallah esok, Ahad dah nak balik ke Kulim.

Yup.
Saya dah selamat melahirkan anak perempuan pada 04 06 2012 pada jam 446pagi :)

Oleh kerana kelahiran kali ni terlalu pantas macam mimpi,
Moleklah kiranya saya sharing rentetan kelahiran newborn kali ni...
heeeeeeeeeeeee

Alkisahnya,
Saya sepatutnya due pada 2 June 2012,
Tapi sememangnya pada tarikh atau sebelum tarikh tersebut tidaklah saya mengalami sebarang tanda untuk bersalin,
Maka saya beranggapan, "Ohh..mgkin lewat lah lagi niii..."
Dan kebetulan mama dan abah datang hari Sabtu ke Putrajaya sbb diorang nak ke Tangkak,
Ade kenduri jiran,
So sabtu mama and abah and wafiy pergi kenduri tangkak,
Diorang pun plan nak balik hari Isnin sbb kot2 la saya terbesalin,
Takpayah nak patah balik dtg semula..

Sehinggalah hari Ahad, tiadalah tanda apa2 ..
Maka Ahad itu pergi berjalan2 sehingga jam 11 malam.

Ahad 3 June 2012

Pukul 11 malam bau sampai rumah,
Tidokan Wafiy...dan pukul 12malam lebih baru dpt lelap.

Isnin 4 June 2012

Pukul 1 pagi terbangun sbb Wafi nangis sb mengigau...
Pujuk2 diya dan tertdo semula...

Pukul 2 pagi saya terbangun sbb rasa nak buang air besar,
Maka berlari ke bilik air, tapi tak plak buang air besar, just kencing je

Pukul 3 pagi (saya tengok jam hanset kat sebelah)
Masa tu rasa sakit perut nak cirit, tapi oleh kerana mengantuk saya buat2 tdo jugak
Pukul 3.15 pagi sakit perut nak berak lagi,
kali ni saya dah bukak mata luas2 dan dok pikir sejenak,
Ke ni sakit nak beranak
(masa wafiy dulu saya tak sakit mcm tu ye, saya just sakit pinggang yang gegile punye)
So kul 3.30 pagi saya kejut suami ckp saya sakit perut nak berak dan saya crita start kul 2 tadi sakit nak berak...
Saya saya rasa tak sedap hati bila sakit nak berak dah jadi 15 minit sekali..
Perghhh..apalagi bangun siap2,
Pukul 3.45 kejut mama and abah supaya tgkkan Wafiy,
Sebab saya rasa mgkin dalam esok pagi atau tengahari baru bersalin kot,
Habis kuat pun nanti nurse seluk and ckp bukaan berapa dah....
Ntah2 dia soh patah balik kot...

Dan Pukul 4 pagi gerak dari Putrajaya ke Annur Bangi,
Tengah pagi kereta mmg takdelah kan...

sampai je kat Annur dalam 415 pagi..
nurse check bukaan,
Dan.....nurse/bidan tu diam je, dan dia telah menjerit panggil nurse sorang lagi..
"Ina,,,,,dah full.....bukaan dan 10...!!!!!!!!!!"
Mak aih patutlah dalam kereta tadi sakit 3 minit sekali...
mmg rasa nak terbuang air besar sgt kottttttttt

tak sampai 5 minit nurse dah siap pasang semua,
dan mulalah perjuangan yang singkat tapi hanya Tuhan yang tahu sakitnya
Saya tak dibenarkan push lansung malah disuruh manarik nafas supaya tak ter push,
Kerana bukaan 10 itu sedang memaksa baby nak kuar...
Suami kat sebelah asik soh tarik nafas...lepas......
tarik nafas.......lepassssssss.....
hehehhe...mmg hilang fokus okeh......tapi tetap gagah jugak tarikh nafas..

Tapi tahukah anda air ketuban saya belum pecah waktu tu,
dan doc pun sampai, sedang saya nampak doc tengah nak pakai sarung tgn,
dengan semenamena bunyi pop,
bukan bunyi air ketuban ye...
bunyi baby dah keluar bersama karung yang berisi air ketuban
makanya barulah doc pecahkan air ketuban dan..........doc bagi salam kat baby
"assalamualaikum..."

Alhamdulillah, mcm tak percaya baby dah selamat keluar,
jam 446 pagi baby selamat keluar,
Normal birth...tanpa apa2 ubat, ubat berak pun tak sempat ambil, drip tangan pun tidak sama sekali...
Bersalin ala2 kampung
hehhehehehhe....dan agak kelakar bila doc pecahkan air ketuban kat luar,
Hanya suami saya lah yang sempat tgk anak saya berenang2 dalam karung tuh..
dia nak snap gambar pun tak sempat...

Alhamdulillah, Allah betul2 permudahkan kelahiran kali ni,
Sampai skang rasa mcm mimpi sbb terlalu cepat semuanya

Nurse senpat jugak sound kenapa lewat dtg hospital sbb bukaan dah 10..
Tapi nak buat camne kan, saya rasa mmg itulah paling cepat, takkan waktu tak saki nak dtg hospital serah diri kot kan....heeeeeee

Dan inilah powepuff girl saya, abie dan wafiy...

Aimy Imani Binti Faizi
4 Jun 2012
3.65kg
4.46 pagi
52cm

Moga jadi anak solehah sayang ;)

..........................


Lagu Kita

Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...