My photo
Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.
Showing posts with label art artiong tiong. Show all posts
Showing posts with label art artiong tiong. Show all posts

Wednesday, June 9, 2010

^kampungku dan warnanya^adehhhh...


episod art tiong tiong kali ni agak berwarna warni..
kerana selalunya saya hanya menggunakan dua atau 3 warna,
kali ni byk juga....hehehheh..

nak kata kampung saya, mungkin jugalah,
kampung di penanti, mmg ada seket2 riaknya mcm gambar ni,
tapi imaginasi saya agak nipis dan bergaya selamber aje(melukis pun ade gaye ooo)
dan hanya mencilok kreativiti di zaman kanak2 dolu2..hohoh..
adehhhhh...
keberhasilan gambo ini sudah mampu buat saya sengeh sampai ke mata..
hehhehhe, sbbnya saya suka!!!!!!!
hohohoohoho, kalau kamu kamu tidak suka, maafkan ye..adoiii,
sebelum mengarutnya berganda biarlah saya mengundur dulu.

Sekian dan terima kasih.
Jumpe lagiiiiii....

-----------------------------------------@Ummie A'eisya

Monday, June 7, 2010

^Layunya seperti bunga^

Salam dan oohh sudah petang bangat nih..
masih di ofis dong...
slalu tepat kul 5 saya pasti sudah cabut dari ofis ooo,
dan hari ini bukan kerana aura kerajinan yang menambah tetapi adalah terpaksa untuk memanjakan diri stay back coz de la sket2 kijjo yg kena submit esok,
hehhehe..yang pasti sudah penat loh..mahu balik nih...
so art for today..........:

adoi mak aihhh..
layu ke daku sepertinya???????
hehhehe

JUm cau dulu,
baby jugak sudah menendang nih..
jum balik jum balik!

Sekian dan terima kasih.
Jumpa lagi...........

------------------------------------------------------@Ummi A'eisya

Friday, June 4, 2010

^CintaNya sudah milikmu^

Salam dan selamat pagi yang indah...

kamu terima surat cinta dipermulaan hari..
Apa perasaanmu?
Bahagia kan?
Mulakanlah harimu dengan perasaan bahagia..
Bagaimana?
Carilah TuhanMu, kau pasti bahagia ;-)



-------------------------------------------------------------------------------@Ummie A'eisya

Thursday, June 3, 2010

^Jom jom jom, jumbalika jumbalubale'^


4.41pm..
jum bersiap sedia untuk berjuang dirumah pula ye ;-)

* Words for today^For you and me^





Disaat kau membuka kelopak matamu,
Kau sudah terjaga, kau sedar,kau masih bernafas,
Memandang sekeliling menggunakan deria itu,
Deria yang membantumu melihat segala yang indah disisimu,
Kau kemudiannya merasa denyut nadimu,
Masih bernyawa,
Kau mampu menggerakkan tubuh yang sebelumnya lemah,
Terasa tenaga baru seakan mengalir ke jasad,
Merasa aliran darah terus mengalir di setiap urat nadimu,
Kau memandang ke bawah,
Melihat sepasang kaki yang dulunya kaku,
Kau cuba gerakkan ke kanan, Nyata kau mampu menggerakkannya,
Kau cuba mengangkat pula kaki kirimu, Ya, mampu di angkat ke atas dan bawah,
Kemudiaanya kau lihat lagi tangan kanan dan kirimu,
Digoyang-goyang tanpa arah,
Dilihat, ditilik setiap jari dan tapak tanganmu,
Tiada yang cela,
Kau bangun, melihat dicermin,
Sepasang  matamu memandang lagi ke cermin,
Membelek hidung dan mulut dan terus kau berpusing ke kanan melihat telinga kananmu,
Dan terus kemudiannya ke kiri, Nyata segala indah terletak ditempatnya,
Kau pegang rambutmu sehelai demi sehelai seakan setiap satu kau membeleknya,
Dan nyata kau sedar seluruh tubuhmu kini sempurna seperti biasa,
Dan kau sekali lagi menarik dan menghembus nafas,
Seakan menduga sekali lagi,
Dan ternyata segala sempurna dan indah,
Tiada lagi seperti semalam tiba-tiba kau melihat seluruh tubuhmu bagaikan di toreh,
Wajahmu juga sudah tiada luka tercela,
Adakah itu mimpi semalam,
Mimpi dasyat yang melukiskan dirimu semasa didunia ini?
Kau membayangkan kembali wajahmu, Seperti tak sanggup untuk mengingatkan kembali,
Luka bernanah di seluruh wajah,
Pedih juga seakan masih terasa,
Kerana apa?
Mungkinkah kerana perbuatanmu selama ini yang tidak kau sedar atau kau sengajakan,
Mengapa kakimu semalam dalam mimpi itu seakan kaku tak mampu bergerak,
Hanya ternyata sakit membisa sahaja yang kau rasa?
Kemana apa yang kau bawa selama ini kakimu untuk melangkah,
Arghhh..kau pejam dan tunduk lagi sambil menggenggam rambut dikepalamu,
Kau mengingat lagi, 
Tanganmu juga seperti keras dan sakit yang mencengkam,
Itukah kerana dulu kau seperti acuh tidak acuh mengambil tahu apa yang sepatutnya menjadi milikmu dan apa yang sepatutnya menjadi hak orang lain?
Kau lihat lagi dirimu,seakan tak terucap apa yang terbuku di hati,
Kerana mengimbau lagi,
Kemana kau bawa dirimu dulu?
Ke jalan mana kau pilih diwaktu itu?
Biarpun kau tahu itu lorong yang hitam tiada yang salah bagimu,
Kerana padamu biarlah kau sendiri yang menanggungnya,
Dah kau biar saja dirimu hanyut dan terus terbawa arus gelap itu,
Dan hari ini seakan peluang keduamu untuk memilih lorong itu?
Gelap atau putih?
Dosa atau Pahala?
Neraka atau Syurga?
Dunia atau Allah?
Manusia atau Allah?
Kebanggaan atau Allah?
Kehidupan atau Allah?

Dan yang pasti siapa yang memberikanmu kehidupan?
Pasti Allah.
Siapa yang memberikanmu manusia yang mencintaimu?
Sudah tentu Allah.
Siapa yang memberikan kau ruang bernafas?
Tiada yang mampu selain Allah.
Siapa yang menciptakanmu dengan segala keindahan?
Subhanallah Allah ya Allah.
Siapa yang kau begitu cintai semenjak kau dalam rahim ibumu?
Pasti kau begitu cintakan Allah disaat itu kerana itu fitrahnya.
Siapa yang sentiasa mengalirkan rasa cinta dan kasih sayang pada ibumu sehingga ibumu menyayangimu sedalamnya?
Tentunya itu kasih sayang Allah.
Siapakah yang begitu mencintaimu walaupun kau berbuat salah?
Allah sentiasa mencintaimu dan sentiasa menunggu taubatmu.
Tiada lagi yang sepatutnya untuk kau bongkak dan sombong.
Tiada yang kau akan miliki hingga akhirnya melainkan cinta Allah.
Cintailah kehidupanmu kerana kau telah tahu Allah yang memberikannya padamu,
Cintailah ibu dan keluargamu, kerana ibu itu malaikat Allah yang menjaga sewaktu kecilmu,begitulah tinggi darjat seorang ibu,
Cintailah pasanganmu kerana kau mahu cinta itu membawa cintamu kepada Allah,
Moga kau hidup tiada sia-sia,
Moga Barakah sepanjang masa,
Kata ini bukan sekadar madah berbahasa,
Kata ini buat semua hambaNYA,
Yang takkan pernah berhenti mendamba,
Cinta dari yang Maha Esa,
"Cintailah Allah melebihi cintamu pada diri,manusia dan air yang dingin"








Sekian dan terima kasih
Jumpa lagi...


-----------------------------------------------------------------------------------@Ummie a'eisya

^da beginning^

yeah yeah..beginnn..
 Baby Birthday Ticker Ticker
Lilypie First Birthday tickers

Lagu Kita

Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...