Salam dan selamat pagi
(Ye. masih pagi...lagi 20 minint nak kul 12)
Hari ini pun, baru je dapat teguk air,
Lately ni, ade kerja lah..heee..
(hari hari ade kerja laa..)
Nak citer pasal milk booster..
(tapi ala ala simple je, bukanlah booster sgt)
heeeeeeeeee...
Saya jarang jarang kongsi pasal milk booster,
Sebab semuanya dah byk di sharingkan oleh ibu ibu lain,
Tapi untuk kongsi pengalaman,
Saya sedia,
Bukan untuk ibu ibu sahaja,
Juga untuk bakal ibu,
Untuk Isteri,
Bakal isteri,
Untuk suami yang bakal jadi ayah,
Untuk semuanyalah...;-)
Sharing knowledge.
(hah! dah macam kat opis, ada sharing knowledge)
Semua orang tahukan kebaikan susu ibu,
Tapi jangan memandang serong pada ibu-ibu yang menggunakan susu formula,
Terpulang pada individu,
Ada antara mereka sebenarnya nak sangat susukan bayi,
Tapi ada masalah tertentu,
Tapi insyaallah, mereka sendiri punya azam nak susukan anak untuk next baby,
Menyusulah dengan istiqamah,
Dengan keperluan yang tidak membebankan diri sendiri,
Saya belum pernah cuba apa-apa pil atau sebarang ubat menambah susu,
Saya masih mencuba petua petua orang lama,
Kebanyakkannya berkait dengan makanan,
Dulu saya tak pernah pun sentuh lobak putih
(Lobak putih sangat pahit dan kelat ok)
Pada mulanya, memang ngeri nak cuba,
Tapi saya try la jugak...
Buat sup lobak...
Cuma tumis bawang putih dan merah..
Kengdian masukkan lobak air dan lobak putih...
Biar atas dapur tu sampai lobak putih tu lembut...
SEDAP!
pahit dan payau dah tak rasa lagi..serius...!
Dan sebenarnya
(ala ala melodi lagu Yuna sket)
makan apa pun, contoh makan nasi niat siap siap dalam hati
(insyaallah, susu banyak nih..mkn nasik..heeee)
bila sentiasa fikirkan susu byk,,,jadi banyaklah dia...
(mcm psikologi jugaklah..)
Alhamdulillah,
Setakat ni produktiviti susu adalah mengcukupi,
Moga Allah terus alirkan susu ini,
Bila niat kita baik, insyaallah..;-)
Selain tu...minum air kosong banyak2..
kalau kat opis tu memang rajinlah..
Tapi kalau kat rumah, semacam asik terlupa ja...
Banyak lagi milk booster yang berkesan,
termasuklah minum air kurma+longan brand seasons,
Semuanya saya cedok dari blog ibu ibu yang berpengalaman,
Pil atau shaklee pun bagus,
Kebanyakkannya menyumbangkan susu yang pekat dan juga banyak,
Serta badan akan lebih cergas...
Insyaallah, jika perlu nanti barulah saya ambil booster yang berupa PIL,
Setakat ni saya cuba yang mampu ;-)
Setiap kali perah susu atau menyusukan wafiy,
Saya merasakan seperti setiap kali melihat keajaiban dan keagungan Allah,
Manakan mampu seorang manusia mengalirkan susu dari badannya tanpa izin Allah,
Subhanallah,
Begitu hebat di setiap apa jua yang Allah ciptakan,
Dan adakah dengan sahaja dan hanya untuk sia-sia?
Kerna Allah membuktikan kepada kita,
Betapa dekatnya kita dengan kekuasaan NYA,
Lalu dengan apa lagi yang kita mahukan bagi meyakinkan diri bahwa Allah itu wujud dan benar,
Dan setiap kali menyusukan,
Berdoalah kerna doamu itu ditunggu Allah,
Percayalah doa itu sampai kehadapan Allah,
Saya bersyukur diizinkan Allah menyusukan Wafiy,
Ini adalah salah satu bentuk hadiah Allah,
Satu bentuk rezeki yang di berikan pada hambaNYA,
Lalu saya dalam sabar menyakini Allah mendengarkan saya,
Kerna, dalam doa saya selalu memohon dilimpahkan rezeki buat saya dan keluarga,
Rezeki bukan hanya dalam bentuk wang , pekerjaan atau pangkat atau rumah yang besar,
Tetapi rezeki dari Allah itu termasuklah juga setitis susu yang masuk ke dalam mulut anak kita,
Rezeki yang datang pada kita termasuklah sebutir nasi yang masuk ke dalam mulut kita,
Moga Allah sentiasa mendekatkan kita untuk terus ber'jihad',
Percaya dan yakin,
Insyaallah!;-)
Berbahagialah dengan nikmat Allah,
;-)
Heeee..macam sayu plak sekejap..adeiiiiii...
Yelah hati ibu kan cam lembut sket..
(hihihihi..ye hati ayah pun lembut dalam TEGAS!)
Ha ah..Abie Wafiy sangat tegas orang..
(erkk? ye ke?hehehe...)
Dan ini saya nak tempek juga makanan kegemaran sejak 2 menjak ni,
Nama dia ala ala Booster jugak,
"BOOST" dari Cadbury"..eh sedap tau!
hehhehehhehehe, mudah mudahan bley jadik 'milk booster' jugak kot
(haiiiyakkkkkkk!)
hai..nyum nyum oiii.
kalau dapat hari hari memang sgt 'melemak' lah kan?
halamak ! makan sambil drive
(adalah tidak bagus, tapi boley lah abie, skali je pun!)
oklah...
p/s : abie tak jadik jugak pulang semalam..heeeee
hari ni kot..insyaallah...
-----@ Ummie Aie'sya