My photo
Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.

Monday, September 23, 2013

~MICCOS EVENTS~

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

MICCOS?
Ye MICCOS adalah penganjur utama Walk For Health 2013..



Kalau nak review pasal WFH you all bley review di post yg sebelum ni atau click je sini
;)

MICCOS juga ada event lain yang menarik..nak tahu tak??? ;)

Okey...okey..meh sini nak kasitau cite sket ye..

"The Fifth Malaysia International Commodity Conference and Showcase (MICCOS) 2013"
yang dikelolakan oleh Ministry of Plantation Industries and Commodities (MPIC)" .
Event ni bermula 24-27 October 2013 di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang, Selangor, Malaysia (MAEPS).



MICCOS.
Macam-macam produk pertanian and booth ya menarik ada.
Jadi moh le kite datang ramai-ramai ye!

Haaaa! Ade lagi yg best ni.
Bikers!
Ada event tuk you all ye..
MICCOS 2013 BiketoberfesT! 
Dan ini infonye!!!

Boley check kat website dia okey!!

Actually banyak lagi event and activity.
So you can directly check at this website ;)
Www.miccos.com.my or Www.facebook.com/miccos2013

Don't miss it okey!
Byee!
;)

Sent from my BlackBerry® smartphone

~Walk For Health 2013~

Assalamualaikum dan salam sejahtera , salam 1 Malaysia.
Hopefully hari ni korang lebih bersemangat!
Chaiyok!
;)

Jeng jeng jeng...
Today ada story best nak bagitau korang,
Dan semestinya nak sharing and nak ajak korang sekali join kali ni!!!!
WawwwwWeeeee!

Masih kau ingat...?
hehehheheh...
Ingat lagi tak last year kitaorang tiga beranak join Walk For Health kat Putrajaya???
Kalau tak ingat boley baca previous entrykat bawah ni...
http://allaboutastory.blogspot.com/2012/10/walk-for-health.html

Haaaa...kalau nak tahu, this year that events is coming again towards you!!!
So korang still and masih sempat nak rasai enjoyable moment and healthy experience ni..
Aktiviti ni best sebab :
1) boley bawak anak and family
2) Enjoy jalan jalan sambil hirup udara pagi
3) Boleh snap picture2 menarik
4) Boley menyihatkan badan! (yang ni penting kan!)
5) Ni jugaklah boleh merehatkan minda yang dah seminggu perah otak di ofis
6) Dapat isi waktu riadah dengan family dan jugak kawan-kawan.
7) dan sangat banyak-banyak lagi wooooo..
eh hadiah cabutan bertuah pun ade tau....
(Perghhhh.......)3

Dan bagi yang ade anak kecik...dun worry be happy!
Last year saya siap bawak baby 4month years old...
Baru habis pantang je masa tu...and bring along stroller okay..
Aimy masa tu kecik lagi but this year Aimy dah boley jalan..dah dapat kaki..
Maka excited lah dia nanti!!!
Dan this year bukan kami 3 serangkai je yang join tau,
Tapi all my family member adalah akan join!
Acu, Ode, Abeli and family, Pak Njang and family and Faizi's family
Wowwwww! Tak sabar tak sabar tak sabarnye!
Walk For Health 2013 Aku Datang!!!!!!!

Baju and nombor dah amek...
Taraaa!



Maka dengan ini adalah amat serius untuk saya sangat-sangat mengalukan dan mengajak anda anda semua membawa keluarga, sahabat handai, rakan taula, juga jiran tetangga ke Walk For Health 2013 anjuran MICCOS pada  28 September 2013, Sabtu bertempat di MAEPS, Serdang. Kat sebelah MARDI tu je atau sebelah UPM, Serdang.

For further details boleh search sini http://www.miccos.com.my/ dan sini http://www.kppk.gov.my/index.php/en/component/jevents/icalrepeat.detail/2013/09/28/1465/68/walk-for-health-2013.html

dan boley terus call :

No. Tel: 603-8880 3300
Telefon Terus: 603-8887 8340 / +603-8880 3427
Faks: 603-8887 8341 / +603-8880 3441
Emel: miccos@mpic.gov.my 

Jom jom jom! Walking walking walking!
Kite jumpe kat sane key!!!
Beriadah untuk sihat dan leisure time with your loves one!
Oleh kerana semangat tahun lepas yang masih bersisa ni saya tunjuk sket la gambar last year kitaorang join Walk For Health taraaaa!


 
last year baju merah..
this year HIJAUUUU! (Wafiy's favourate colour)
hehehhehe
So moh le kite pegi ye....
Ye`masih boley lagi....semuanya percuma sahaja dongggggggg!
JOM!!!!
Cannot wait!
Again!
Tak sabar tak sabar tak sabar!
Walk For Health 2013!!!Kami DATANG!!!!!!!!!!!




 

Friday, September 20, 2013

~Pelangi Muncul Seketika~

Assalamualaikum,
Salam Jumaat dan moga Allah berkahi setiap nafas dalam kehidupan kita.
Al Fatihah....
Amin.


Dibumi Tuhan kita melangkahkan kaki yang juga miliknya Tuhan,
Setiap langkah kaki itu pasti punya tujuan. Dan begitulah kita dan kehidupan.
Langkah pertama dan seterusnya. Dan kita terus lagi melangkah.
dan itulah permulaan hidup kita dari kecik sampai lah sekarang ni.
Ada masanya kita dapat berlari dengan senang hati.
Ada waktunya kita jalan laju-laju nak kejar masa.
Kadang-kadang kita akan diamkan kaki sendiri sebab penat.
Penat dan letih. Lesu.
Mungkin sebab sakit. Kaki akan sakit kalau tersepak batu.
Bahkan boleh jadi tersungkur bedebuk ke tanah.
BUK!
Jatuh! Sakit. Dan kalau amat sakit kita pasti menangis. Merintih...

Langkahan itu jugalah perjalanan hidup yang ada naik dan turunnya.
Orang berjaya juga pernah gagal.
Orang yang bahagia pun pernah kecewa dalam  kehidupannya....

GAGAL dan KECEWA.
Memang frasa yang negatif dan itulah ketakutan yang menghantui manusia.
Kita akan merasa sakit bila kecewa. Kecewa dengan cinta manusia. Kecewa bila kawan tikam dari belakang. Kecewa bila orang yang kita percaya musnahkan hidup kita. Kecewa bila orang menipu kita.
Bahkan kalau kita gagal dalam hidup, kita pasti tak mahu hadapi.
Sebab perasaan itu bercampur dengan marah, sedih , sedih, terluka dan amat sengsara.
Kita semacam nak menjerit
"Aku sakit! Aku kecewa!" Dan kemudian kita akan menangis terduduk.
Sebab kita akui..akulah manusia lemah, aku dah tak mampu...tolonglah aku...
 Dannn rupa-rupanya waktu kita terduduk dan menangis itulah moment paling indah antara kita dan Tuhan.
Detik yang paling syahdu antara kita dengan Allah.
Biarpun hakikatnya diwaktu itu orang sekeliling memandang kita dengan penuh rasa kasihan.
Mereka rasa kasihan tengok kita kecundang. Ada juga yang seronok tgk kita gagal.
Tapi sebenarnya apa yang kita ucapkan waktu itu.....
Dalam diam kita menangis....kita mahu pelukan bahagia Tuhan...kita mahu Tuhan mendengari setiap bait rasa kecewa yang kita rasa...
Kita mahu luah segala rasa yang tak lagi tertanggung...
Dan percayalah wahai sahabatku sayang, kau tidak seorang..kau bukan bersendiri...
Tuhanmu mendengarimu, Tuhanmu memeluk dalam doamu, Tuhanmu memujuk segenap penjuru jiwa yang sakit dan kecewa itu,
Begitulah Allah yang tak pernah meninggalkan kita...
Sungguh dan amat Dia sayang pada kita sampaikan Dia tak sanggup biarkan kita menangis sorang-sorang...
Dimana lagi kita nak cari bahgia yang abadi...Dimana lagi.... Hanya Allah....

Tatkala itu jiwa kita memberat...malu....
Kerana kekadang kita seakan lupa Dia...
Kita acuh tak acuh mengendahkan Dia...
Kita buat asal buat saja pada Dia...
Malu yang amat sangat....tapi kita mahu Dia..Mahu mohon ampunnn..
Mahu Dia jangan pergi jauh dari kita lagi...
Mahu Dia memimpin langkah kaki kita supaya bila kita jatuh kita mampu bangun dengan NYA...

Indahnya Cinta Tuhan yakni Allah pada kita...
Di setiap denyut nadi kita ada Dia....
Kebahagian juga ada pada Dia...

Begitulah indahnya Allah menyusun jiwa kita supaya kembali padaNYA..
Diberikan kehidupan dengan berbekalkan sedikit ujian dan dugaan...
Supaya acuh tak acuh kita itu menjadi taat dan cinta utuh untuk Dia...
Supaya setiap sujud kita itu adalah sujud yang sendu mencintai Dia...
Dia akan beri ketenangan itu..PASTI...........

Duhai Sahabat...
Jangan kau sedih lagi,

Duhai Sahabat...
Doaku sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu...
Jangan kau sesal...kerana Tuhan sayang padamu..

Duhai Sahabat....
Hadapilah hidup ini dengan tenang....

We love you!

"Jangan bilang tidak bila kita belum mencoba"

"Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada..."


Kerana pelangi itu untuk memujuk sang hujan supaya mentari bersinar kembali...
Dan yakinlah Allah menjanjikan sinar bahagia di JannahNYA.
Kerana itu jugalah kehidupan...
Itulah pancaroba dunia....;)

Nurkilan,
Ummie Aie'sya;)



Friday, September 13, 2013

~11 September 2013-Selamat Hari Lahir Abie~

Assalamualaikum,

Alhamdulillah...dah hari Jumaat...

Dan baru ada kesempatan nak post entry for Abie...
;)

Selamat hari lahir Abie,

Wafiy , Aimy and Umie mendoakan segala kebaikan untuk Abie,
Dan kami juga tahu segala pengorbanan waktu, penat dan lelah Abie selama ini.
Dan setiap mana detik Abie keluar dari rumah untuk pergi berjuang,
Kami juga ikhlas dan meredhakan...
Al Fatihah...

Abie,
Kuatkan semangat!
Go go go!
Fight Fight Fight!
Win win win!

Terima kasih kerana segalanya...
Demi Tuhan dan AgamaNYA,
Teruskanlah berjuang

Bila saat kau merasa lelah dan keletihan yang tak tertanggung,
Allah itu ada memandang dan merangkul bahumu,

Bila detik kepayahan yang di lalui itu kau rasakan,
Allah itu ada menuntun setiap langkah kakimu,

Bila waktu merasakan beban yang tak tertahan membuku dijiwamu,
Allah itu ada menyambut lembut tanganmu,

Bila kesedihan yang kau rasakan tak dapat lagi kau pendam,
Lepaskanlah...luahkanlah..
Allah ada mendengarkannya....

Dan bila semua kau rasa tak mampu berbuat apa...
Serahkanlah segalanya pada Allah,
Mohon jalan yang terang ,
Mohon petunjuk NYA...

Kerana Dia mengujiMu,
Dengan kerana Dia yakin kau mampu dengan ujianNYA itu,
Dan Dia mahu kau lebih dekat mendekatiNYA,
Untuk setiap nafas dan kehidupan,
SEMUA dan SELURUHNYA adalah kerana Allah...
kerana kehendak ALLAH...

.........................................;)
Keep Fighting Abie!
All da best for your life,
Never give up!
You can do it!


HAPPY BIRTHDAY ABIE!!!
11 September 2013
 Al Fatihah...Moga Allah berkati hidup dan perjuanganmu

Nurkilan pujangga,
Umie ;)




Thursday, September 12, 2013

~Hye People~

Assalamualaikum,

Hye people,
May Allah bless every single breath,

Yesterday my hubby's birthday,
Yes..sure i'll write special entry for him..
But not now....tunggu ye Abie

Kena bertenang dalam aman baru boleh nak mengarang...
Sbb mimggu ni busy student nak active ID for exam...
So ramai sgt student and parent akan dtg ke akaun ,
Nak discuss pasal yuran and so on.

Ye mentally dan agak lemau.
Nak melayan kerenah manusia bukan senang kan..
Dan sangat realize begitu  betapa baiknya Tuhan melayan begitu byk umat manusia punya kerenah...
Kan????
Begitulah pentingnya Dia untuk kita...
Allah Maha Besar. ;)

Oklah got to go...
Nak makan roti dan sambung keje.

Bye. Peace Yaw!



Tuesday, September 3, 2013

~Kenangan Mengusik Jiwa~

Kenangan Mengusik Jiwa

Pagi tadi on the way pegi keje macam biasa aku akan lalu sebelah upm.
Dan ternampak welcoming board untuk student baru.
Hehehehe. Maka terkenanglah berkenanglah aku sensorang.

10 years ago.....
Dalam tahun 2003.

Perkarangan Dewan.

Papan tanda menunjukkan arah masuk ke Dewan Besar UPM. Kelihatan ramai pelajar-pelajar baru yang datang untuk sesi pendaftaran di Dewan. Masing-masing membawa bersama beberapa file peribadi.
Iye. Sama saja macam aku. Rata-rata berpakaian kemas. Rasmi. Baju kurung bagi bakal siswi dan kemeja lengkap berkasut bagi bakal siswa.

Keadaan di Dewan Besar aman dan tenteram. Tidak terlalu banyak urusan di dewan kerana selepas itu semua siswa dan siswa akan terus ke kolej untuk urusan tempat tinggal.

Aku naik kereta abah dan kami menuju ke  kolej. Lebuh Silikon. Senyum. Sebab aku masih ingat lagi waktu mula-mula nampak perkataan ni rasa mcm ada silikon di atas jalan. Hahahaha. Tak kelakar ok. Sebab waktu tu memang begitu perasaannya. Kahkahkah. Gemuruh yang tak hilang kot.

Pintu Masuk Kolej 12/14.

Aku belek lagi sekali surat tawaran. Hah betul. Di Kolej 14 aku kena pegi mendaftar.
Sampai je kat pintu masuk. Fuhhhhhh. Dah ramai orang lah wei. Padat.
Jadi waktu tu aku dan maksu pun turun pegi beratur dulu. Abah and family yang lain pegi cari parking dulu.
Sambil beratur sambil kepala dan mata meliar cari kawan-kawan yang kot-kot aku kenal.
Iye. Setakat hari itu, memang belum jumpa kawan. Kawan dari kampung pun teda aku kasi kasitau ko.KIKIKIKI. Jadilah aku si lone ranger .

Tunggu punnya  tunggu.  Dapat la kunci bilik.
Blok L3, tingkat 4,Number bilik 412.
Jeng jeng jeng.

So mengangkut segala jenis beg dan sarung tilam juga bantal.
Setelah mendaki ke tingkat 4, akhirnya sampai di bilik 412.
Bagi salam. Memang takkan ada yang sahut sbb kakak fasi tadi dah bagitau memang takde org dlm bilik.
So. Kasi masuk kunci dan masuk bilik.
Keluasan bilik lebih kurang 994sq.ft. Hahahaha. Ko gile bilik sebesar tu.
Hehehe. Sederhana aje. Chomel lote aje haa.
Ada 4 katil bujang. 4 biji meja study dan kursi. Beserta lampu meja sekali. 4 almari baju.
dan....sebijik kipas.

So. itulah bilik aku sepanjang 3 tahun study.
Ahhhhh. Rindu!..aku ingat lagi kedudukan semuanya.(T___T)

Minggu orientasi.

Minggu yang memenatkan. Dan minggu itulah aku jumpa beberap orang kawan :)
Ohh ya. roomate aku waktu minggu orietasi kejap aje.
Yang aku igt namanya Wani (Budak Dip Hutan) dan Siti (Budak Sains Food).
Kejap je. Seminggu. Lepas senior masuk  rupanya aku duduk satu bilik dgn senior.
3 senior. 1 junior(akulah).
Mantabbbbbbbbbbbbbbbb!
Along, angah dan acik.
hehehee. dan diorang cube nak try panggil aku acu. Tapi tak lekat2. So derang aku Nana ja.

Nak dijadikan ceritanya. Masa aku belajar kat UPM ni , ada 8 orang member kamcing.
Member rempit!
Ahhhaaiiii! Rindu bergenang-genang lah kat korang!

Semuanya budak econs(economi).
Aku, Nad, Enun, Niza, Nana, Mim, Kak Farah and Lindot.
Ini geng rempit , geng makan, geng tapau, geng pegi kelas, geng pegi pasar..geng mondukssss, hehehe

Macam macam sgt kenangan yang ada.
Aku ingat lagi semua.
Naik moto pagi pagi pegi klas semua muka toya.
Sebab ngantok kelas pagi lah katakan.
Tapi pukul 11 kadang2 dah tepacak kat cafe nak lunch.
Dengan beg galas dan helmet jalan masuk cafe.Hehehehe. Macam brutal kental. Tapi awek lembut setaman dalam hati..

Musim exam paling banyak makan.
Pagi makan, lunch makan, petang makan, malam makan, supper roti milo atau burger. Melantak sakan. Sebab orang study mmg lapar sokmo (aicheh!)
Bila bosan ngadap buku, kitorang amek angin melepak kat koridor tangga.
Sembang gelak sakan. HaHahahahha.
Penat gelak baru balik bilik. Sambung mentelaaah novel. (Hahaha, silap nota).

Antara moments paling best jogging kat kebun buah.
Sambil lari 5 langkah, sambil petik 5 biji buah moktan. Sangat heaven kan!
Tapi bila bab jogging kalau set nak jogging pagi lepas subuh, memanglah dalam 2 kerat je lah.
Kalau set time lepas asar ade pulak yang terbabas tido.
Bila call tak jawab-jawab. Hahahahah. Memang ngelat sungguh.
Kalau tak pun petang-petang jalan-jalan kat Bukit Ekspo sambil bawak bola Basket ball.
Jalan-jalan ajelah. Main tu ade lah kot dalam 30 minit.hehehhehe

dan itullah antara yang ada 10 tahun lepas....

UPM memang sarat dengan kenangan.
Antara aku dan mereka.
Sangat friendship.
Dan saling membackup each other.
Kalau bab study ni masing-masing ada lebih dan kurangnya.
Memang indah sangat waktu belajar.
Aku rindu dengan kenangan.

Dan sekarang masing-masing dah berjaya,
Dah bekerjaya...
Nad baru dapat baby pertama nak dekat raya hari tu. Chomel! Mata sembab mmg mcm ko Nad.
Enun pun baru je kawin before puasa hari tu. Dan sekarang menetap di Kajang.
Nana pulak cikgu kat sekolah di Serdang. Nana pun dah anak sorang dan kahwin dengan orang serdang jugak.
Mim! mim schumacer. Minah ni mmg kelakar. Kalau tengok di kelangkabut mmg itu aku rindu. Mim skang cikgu kat Pahang and dah ade anak pumpuan sorang.
Lindot pula setahu aku kerja kat Puchong. Lindot keep in tounch tau. Kitaorang doakan yang terbaik tuk ko tau!
Kak Farah jauh nun kat Melaka. tak lah jauh sgt pun kak. Hehehe. Ini kakak sgt kecik molek punye orang. Masih single dan sweet 17. hehehe. Insyaallah kak, kitaorang pun doakan akak dipertemukan jodoh yang baik . AMIN.
Niza atau gugil. Niza ni dulu kalau ade presentation mulalah dia menggigil tak keruan. Hehehhehe. Niza dah nak tamatkan zaman bujang dia bulan 11 ni. Dia dah tak gugil dah. Dah jadi lecturer pun dia.

Dan hari hari bila aku lalu UPM..
Memang aku rindu kat korang..
Rindu sangat weiiii...
Setiap hari aku tgk pintu gerbang UPM tu mesti aku ingat korang,
Bila nampak student kehulur hilir naik moto berlapan lagilah terbayang kat korang,
Bila lalu belakang MARDI nampak Bukit Ekspo terinngat jalan2 = jogging ...
Hehehhehe..
Memang penuh agaknya UPM tu dengan muka korang aku bayangkan.
Dan itulah kenangan yang ada.
Itu hadiah dari Tuhan.
Persahabatan dan Kenangan.

All da best korang!
Ingat...Allah selalu ada :)


Nurkilan rindu,
Sya Pujangga....(Sampai sekarang aku dok berpunjangga sorang2, heheheheh)



 Baby Birthday Ticker Ticker
Lilypie First Birthday tickers

Lagu Kita

Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...