My photo
Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.
Showing posts with label Babies. Show all posts
Showing posts with label Babies. Show all posts

Friday, April 8, 2011

~Wafiy, Gimme 5?~


Salam dan hye,
Ini entry malam semalam,
Hari ni baru sempat publish,
Ye. Malam malam mmg sempat taip,
Tapi bila nak upload gambar trus hang!
(burrrrrrrrrrrrrrr)

Wafiy sudah 7 bulan lebey kan...
(boleh pandang dan lihat di ticker kat atas tuh, heeee)

Wafiy memang banyak ckp,
Dan jugak banyak aksi,

Golongan bayi adalah sangat cepat perkembangannya,
Mereka menjadi observer,
Memandang setiap gerak gaya dan perilaku mak ayah atau orang sekeliling,
Sangat mudah belajar,
Sangat pantas "menangkap" dan click save dalam otak mereka,
(mcm cerita i robot tuh!heeee)

Jadi, memang sebagai ibu,
Saya begitu hati hati,
Memang kalau dilayan rasa penat dan letih,
Mudah saja nak keluar dan lepaskan rasa marah,
Hummmm...sangat penat.
Penat tapi itulah tanggungjawab.
(Ya Allah titipkanlah itu sebagai bekalanku...trimalah)
Awasi tingkah laku dan gerak gaya.

Sewaktu saya di pejabat,
Wafiy tinggal dengan 'acik mimi'
Setiap pagi semasa hantar Wafiy,
Dan setiap pagilah 'kakak' dan 'abang'
(2 orang budak yang umur 2-3 tahun yang dijaga acik mimi juga)
Diorang akan 'tata' sambil lambai tangan ke arah saya setiap kali selepas ambil atau hantar Wafiy,
Wafiy jadi pemerhati,
Dia tengok dan dengar,
Dan sekarang Wafiy dah pandai ikut sekali 'tata' atau 'bye bye'...
Sambil bunyi pelat mulut dia.."tah tah tah tah..tah tah"
heheheheh..Sungguh..mereka belajar!

Dan semalam,
Waktu makan malam,
Abie nak ambil Wafiy dari Baby chair,
Sebelum abie nak amek wafiy,
Abie buat dengan gaya, "Gimme Five Wafiy"
(sambil tangan abie buka semua 5 jari kanan)
Dan tahu wafiy buat apa?
Wafiy kata "Pive" (bunyi sebutan dalam pelat)
dan Wafiy juga buat gaya tangan yg sama!
Subhanallah!..
saya yang tengah mkn dah gelak terbahak
(sib baik tak tercekik)
Abie pun tercengang dan ketawa,
Itu pertama kali.
Dan pertama kali dia ikut.
Betullah kata orang baby akan belajar dan ikut.
Fuhhhhhhhhhhhhhh...
(esok tak tahulah dia igt ke tak lagi nak buat gimme pive!)
hahahhahahha...

Kesimpulan,
Layanlah dan ajarkanlah anak anak.
;-)
Ini nikmat Allah.
Alhamdulillah.
Syukran ya Rahman.

-------@ Ummie Aie'sya

Monday, November 22, 2010

Perihal CD

Salam dan selamat pagi,
ooppss silap dah tengahari,
oohh hari ni saya tak kasi wafiy wat entry..
tgklah kalau dia rajin,
petang ke baru saya kasi dia wat post,
ehehehhe, boleykan wafiy?


wafiy : buley...(sambil mencembek)


oklah..nak story pasal diapers,
semenjak lahir sampai la sekarang wafiy memang pakai pampers pakai buang brand diapers,
Pakai buang!
Beli, Pakai dan Buang,
Aduhai, patutla org sekarang makin semput dan menyemput bila byk duit nak kena pakai dan buang,
So, before bersalin dulu,
Ada seorang sahabat ini kenalkan saya tentang Cloth Diapers,
Sure korang penah dengarkan,
Mula2 masa dia citer tu saya kurang minat dan memikirkan kelecehan di waktu saya bekerja nnt,
Mananya time nak basuh, nak sidai pastu bayangkan lah kalau berak?
Nak cuci kan..byk la kerja..
Tapi walaupun begitu saya beli juga one set, masa tu saya beli satu dengan harga rm 25,
so satu set ada 6 dan saya hanya byr rm 125(coz dapat free satu diapers..)
dan dah bersalin pun saya hanya simpan...
Tapi pas dua mibbu bersalin baru tergerak hati nak guna,
Dan ternyata penggunaan pampers pakai buang adalah lebih jimat,
silap type..maksudnye pampers pakai buang boley di kurangkan...
tapi sehingga hari ini saya hanya ada 6 CD,
saya hanya pakaikan wafiy waktu hujung mggu,
dan bayangkan 2 hari sabtu ahad pun kita dah jimat dalam 10 diapers pakai buang kan...
hermm dan sampai skarang saya berazam nak pakaikan CD di waktu hujung mggu,
Dan insyaallah saya cuba kumpulkan koleksi CD untuk weekdays pulak...
supaya nnt penggunaan pampers pakai buang lebih dan lebih jimat!
Chaiyokkk!
dan lebey sronok, satu CD boley guna bermacam macam size..nak kecik, nak besar, semua boley,
dan lagi kerap pakai lagi bagus kerana kuasa penyerapannya lebih bagus!ehehhe


dan pasal kelecehan tidak lagi timbul kerana happy dapat pakaikan wafiy lampin moden yang menjimatkan,
Perasaannya juga sama semacam dapat pump susu 30oz sehari!
ehehheheh


pic google 

Insyaallah...banyak yang dapat dijimatkan,
Itu aja untuk sekarang..
Nanti kalau wafiy rajin saya updatekan post diye,
ehehhe
Jumpa lagi..

-----------------------@  Ummi A'eisya
 Baby Birthday Ticker Ticker
Lilypie First Birthday tickers

Lagu Kita

Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...