My photo
Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.
Showing posts with label Aimy. Show all posts
Showing posts with label Aimy. Show all posts

Tuesday, May 31, 2016

Aimy Nak Tolong Umi boleh?

Aimy Imani Binti Faizi.

Lagi beberapa hari Aimy akan genap 4 tahun.

Aimy bebeza dengan abangnya.

Dia lebih agresif dan lantang bersuara.

Menguji kesabaran pun banyak.

Tapi...hatinya lembut..cepat mengalirkan air mata..hehehhehe

kalau kena usik memang cepat lah tangkap nangis...

Petah bercakap..dan bermain kata-kata..
Ayat dia tu kadang-kadang tak tau dia amek mana..

Contoh :

"Panaslah umi, mcamana nak tdo ni aimy tak selesa.."
 Tak selesa???
Hamboihhh ko nak..selesa bagai...

hahahhahah

Bab masak.
Memang kalutlah nak tolong bagai.
Tapi cara dialah...
Setakat ni Wafiy pun suka tolong di dapur...
Almaklumlah abie takdak p oustation depa ni jalah kawan gaduh umi

Aimy kalau nak sesuatu tu memanglah sungguh sungguh.

"Aimy nak jugak!Aimy nak jugak!"

Anak pumpuan. Itulah diye...





Tuesday, May 24, 2016

Aimy Quote

"Aimy tolong ambik cawan atas meja tu kejap"
Aimy : akuuuu...jugak....
😅😅😅😂😂😂😂
Dia terikut dialog upin ipin ayat si mail..
Aduhhhh. Itulah gen Y.
Nangisssss.

"Bangganya tokma datang umah Aimy"
Tempohari tokma and tok abah dtg umah aimy..oleh kerana terlalu gembira itulah yang terpacul dari seorang Aimy.
😂😂😂😂😂

Masa tokma datang, naik kete tok abah jalan jalan. Aimy dok seat co pilot sebelah driver. Elok je kete jalan...
Aimy berkata "wahh selesanya kereta tok abah"
Adehhh..ayatnya memang mengundang bahak.

Diwaktu pagi jika terlambat pasti si ibu ni bawak rushing kan..tetiba keluar suara berlagu dari belakang..
"Jangan ...jangan...terburu buru..."
Ye pastilah Aimy.
🙆🙆🙆🙆

Monday, March 28, 2016

~Aimy Si Dobot~

Aimy Imani nama diberi..
eh eh eh...

Perempuan tapi besar hatinya,
Sebesar orangnya..eh eh eh..
Maap...hahahha
Oppss..kalau yang tengah makan sekarang better habiskan makanan dulu before teruskan membaca!
Hahhahahah..
tapi kalau hati kental, apa salahnya...hahahha


Kisah last week,
Anak ini dengan perlahan datang dan bagitau..
"Umi..emy tertelan bateri, cemane ni.."
Dengan muka terkebil kebil, mak gorila ni hampir bertukar dan bertukar menjadi ibu semula,,,
hahahhaha..
ye..anak ini ....
Anak ini telah menelan bateri !!
BATERI KO!!!!!!!!!!!!

Adui...bagai nak pusing jaltuh pengsan umi ni oiiiii
ini dah besar baru nak telan bagai..
dia sendiri pulak tu amek bateri hanset mainan yang kecik bulat tu...
Umi dah nerves la..bekali kali tanya bateri mana bateri mana...
last skali double komfem ngan abang..
Abang pun tak nampak tapi si abang terus spot check hanset mainan 'sofia" aimy..
Yes..mmg bateri tu takdak kat tempatnya..
Sah! Komfem..
Oleh kerana kejadian tu malam...nak tggu dia berak mmg tak berak la sbb sebelum dia telan dia dah berak...
Esok pagi terus kuar cari setandan pisang...
Nah amek ni emy makan semua pisang...
Nak berak kasi tahu umi...
adoiiiii
Pagi tu dia berak...ape lagi jadi ahli siasatan tahi lah mak ko ni...
Suh dia berak dalam pampers..
Kemudian buat siasatan lah uolssss
(maap adegan ini agak tidak sesuai untu yang tengah makan)
huuuuuu..ku carik carik lah bateri tu dalam t**i nye...
tak jumpa...aduii..susahnya lah hati....

Sambung lagi makan pisang...
esok pagi nya dia nak  buang air besar,
Spot check lagi..
HAAAAA! Finally jumpa weyyy!!!
Betullah dia telan beteri kecik tuuu..
Macam nak lari keliling Bangi melompat bagitau kata jumpa...
Hahahahhaah
haduiiiiii..Emy pun happy la..sbb dia pun setiap kali kita check asik tanya je jumpa ke tak..
tahu pun takutttt...
hahahhahaha
Hai la anak...

Haaa..itulah kisahnya si emy ini...
kental lagi berani,
Kalau cakap nak dengar cakap dia sorang je...
agak susah nak bawa berbincang...tapi umi akan bentuk lagi awak ni...
InsyaALLAH setiap anak tu ada kelebihan memasing...
chaiyok Umi n Emy!


*gambar ni hari esoknya dia dah berjaya keluarkan bateri tu...
tu yang over gitu amek gambo...
hahahhaha

Wednesday, November 11, 2015

~Ku Terus Mencoba~

Assalamualaikum,
Post makcik baru nak buang habuk2 kat blog..
Heeee...

Alhamdulillah,
Bolehlah lepak lepak jap kat blog before balik, heeee
Nice!

Sambil layan lagu Awie..
Kita kasi goreng sket lah harini..

Just a little update about Naufal Wafiy,
Wafiy,
Alhamdulillah dah 5 tahun,
Tapi cakapnya masih ada pelat pelat heee
tapi dah boley diharap dah...mandi pagi sendiri pakai baju sendiri..
simpan beg sendiri...
nak minta tolong pun dah boley...

Begaduh juga dengan adik dia,
Bila si adik pulak jenis suka geram tak tentu pasal,
Sekejap kejap dtg gigit abg dia, sekejap datang lempang sesuka hati..
Heeheheh habis brutal lah si emy ni kayaknya...

Aimy ni jenis keras sket,
Jenis kalau nak itu nak jugak,
Kalau tak nak tu tak nak juga,
Memang menguji kesabaran habis lah part yang ini,
Memang mengurut dada ajelah selalu,
Tapi kena ada cara nak tackle si emy ni,

Tapi Aimy kalau jumpa baby atau adik yg lagi kecik dari dia,
Dia akan keluar trus sifat2 sisterhood dia,
Tetiba trus jadi kakak sgt!
Banyak lagi nak story,
Takat ni dululah...
nnt kita sambung lagi deh..


Moga jadi anak soleh dan solehah Wafiy and Aimy , penyejuk mata dan moga menjadi pemimpin orang orang yang bertaqwa...


si abang Wafiy,
Baik hatinya, heee


Si adik brutal,
Jangan main-main haaaa,
hahahha


bye,
;)

-------@ Umie Aie'sya



Monday, September 10, 2012

~Ustajah Aimy Imani~

 
;-)
Sent from my BlackBerry® smartphone
 Baby Birthday Ticker Ticker
Lilypie First Birthday tickers

Lagu Kita

Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...