My photo
Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.
Showing posts with label abie. Show all posts
Showing posts with label abie. Show all posts

Wednesday, September 12, 2012

~Sambutan Kecilan Sahaja :)~

Asssalamualaikum,
Selamat petang,

Ni cerita upacara mengejutkan sang besday boy semalam,
Actually mula2 tu plan bukan nak surprise sgt,
Tapi alang2 dah nak buat dan si suami pun tak tahu,
maka jadikan jugak
:)

Ramai yang telah menjayakannya...
Tokde, Acu, MIL,FIL..
dan seluruh keluarga sebelah husband.
Dan saya mmg pesan jangan gtau my husband tentang program yang dirancangkan ni.
:)

Sepatutnya semalam my hubby kerja,
Tapi tup tup tup last minit dia msg dia ada hal penting kena uruskan dan dia off smalam,
Saya pula dah planning time off dan nak masak2 petang tu,
Jadinya saya tak jadi masak, dan hanya beli.kikikiki,
Padan muka sbb nak surprise lah kononnya.
;)

So , start tengahari dah communicate dgn my SIL,
Dan saya dah call semua family tentang aturcara dan kat mana nak berkumpul.

Jadinya, saya pulang kerja macam biasa,
Dan buat2 takde ape yg berlaku.

Lepas maghrib,
Maksu and all family yang dtg dari rumah BIL semua dah sampai kat bawah rumah,
Masa my SIL call ckp dah sampai bawah rumah,
Saya buat2 cakap kawan dtg nak amek brg,
dia tak suspek pun siap soh bawak turun sampah
adehhhhhh (-_-")

Cuma lepas dah turun bawah,
Tokde yang jugak bawak kek besday lum sampai2
agak lama (20min jugaklah kat bawah kot)
kakakkakkakak (mahu nak kantoi nih)

Dan dari bawah kitaorang naik ramai2,
bagi salam
dan........................
bukak je pintu tgk2 my hubby takde kat hall
apadaaaaaaaaaaaaaaaa
sib baik tak nyanyi terus,
rupanya dia dalam bilik tidurkan aimy

So saya masuk rumah mcm biasa saja dan suruh dia gie tgk Wafiy kat luar pintu
Masa tu muka husband saya dah berkerut,
hahhahahah, dia dah mcm pelik,
and finally diorg kat luar tak nyanyi pun just wish jelah hahahhaha
sekali my husband nak konon2 tuutp pintu tak kasi diorg masuk
hahahhahhaha
dia tak terkejut tapi mcm pelik kotttttttttttt
dan dia tak tahu pun org nak dtg.........

so finally kitaorg pun sambutlah besday Abie dan juga secara tak langsung Wafiy jugekkkk
:)

besday boyssssss
abie n wafiy
Wafiy mmg tak bley blah tgk upin
dia nak terkam terus!
 
 
 
 

tgk tu!
kamera pun tak nak pandang
 
 


dede dah tdo,
tu pun dah ngamuk2 masa nak potong kek
kikiki




ni sape ek?
tukang kelui org sana sini
hihihihihi




tidak dilupakan kerjasama semua pihak!
plus tokde(tiada dalam gambar sbb tengah ambil gambar)
hihihii
 
finallyyyyyyyyyy...
habisssssssss...
 
Objektif majlis/program :
 
Hanya sekadar mengisi sedikit ruang waktu untuk menyambut hari kelahiran yg tersayang.
:)
just simple, sgt simple....
saja suka2 dan mmg berniat kumpulkan kuarga hubby supaya ada sedikit rasa happy di hatinya
(erm...happy tak???)
;)heeeeeeeeeee(bunga sgt ayat)
 
 
'
'
'
'
'
 
selamat hari lahir sayang sayangku..
Abie n Wafiy
;)
May Allah bless!Ameenn!
 
 

~Met Milad Abie~


 
11 September 1982
::Dear Abie::
Selamat Hari Lahir.
Allah mendugamu kerana menyayangimu,
Allah menguji perasaanmu kerna dia kasih padamu,
Ya Sabbur, Yang Maha Sabar,
Moga Allah beri kekuatan,
Be strong,
Perancangan Allah itu lebih baik kepada kita kan,
So Abie,
Go Fight Win!
Never give up please......
;)
 
Salam sayang ,
Umie, Wafiy , Aimy
 
 

Tuesday, December 6, 2011

Monday, December 5, 2011

~4 December~

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, moga keberkahan buat kita semua,

Semalam,
4 Disember 2011,
Genaplah dua tahun,
Ulang tahun perkahwinan saya dan suami,
Syukur Alhamdulillah.
;-)

Dua tahun berkongsi hidup,
Setiap hari saya belajar memahami suami,
Belajar menjadi seorang isteri yang disenangi suami,
Belajar mencuba menjadi isteri yang lebih peka terhadap keperluan suami.
Saya akui, sampai sekarang saya masih punya kekurangan sendiri,
Tapi tak pernah saya cuba dan berazam untuk jadi lebih baik.

Kadangkala, sebagai manusia kita hanyut dengan perasaan sendiri,
Sedangkan kita tahu perasaan yang tidak baik itu memakan diri,
Jadi saya selalu positifkan diri,
Jika masih saya lakukan kekurangan saya tetap berusaha cuba baiki,
Kadangkala kita juga dipengaruhi oleh "mood" yang kdg2 ok, kdg2 sangat tak ok,
Dicampur penat dan letih benda yg sepatutnya disempurnakan dgn baik jadi kurang baik,

Tapi Alhamdulillah,
Saya bersyukur sangat sangat pada Tuhan,
Yang memberikan saya suami yang memahami dan anak yang menyejukkan hati,
Betapa Tuhan itu menyaksikan segalanya,
Tuhan melihat segala penat lelah kita,
Jika merasa penat dan mula merasa penat itu sia sia,
Ingatlah Allah Tuhan yang melihat kesusahan itu,
Jika bukan di dunia maka di akhirat pasti di balas rasa bahgia itu,

Syukur sekali lagi,
Allah berikan saya kebahagian bersama keluarga tercinta,
Kehidupan rumah tangga masih baru bagi saya,
Banyak selok dan belok harus saya terokai,
Banyak yang perlu saya belajar ilmunya,
Banyak rasa garam dan gula yg belum dicicp bersama,
Segala keindahan dan kesedihan itu ujian dari Allah.

Moga Allah bimbing hati saya dan suami,
Moga Allah bimbing kami mendidik anak-anak kelak,
Sungguh moga Allah pilih cinta kami ini sampai Syurga,
Sungguh kami mahu Allah yang menjadi landasan cinta keluarga ini,
Sungguh kami tak mahu Allah tidak memandang keluarga kecil ini,
Moga diberi keberkahan dan cahaya dalam keluarga ini,
Moga makin berkembang cinta kami ini kerana Allah, Ar Rahman.
Moga kami ini dipilihNYA sebagai pasangan di Syurga kelak,
Moga dibuka jalan dan pintu Syurga seluas luasnya duhai Allah...
Amin Amin Amin.

Selamat Ulang Tahun Abie...
Moga Allah bersama kita selamanya..
Kasih sayang hanya kerna Allah, ;-)

4.12.2009-sampai ke Jannah. AMIN.



-------@ Ummie Aie'sya

Monday, April 11, 2011

~Cintaku Tertinggal Di Malaysia~

Salam dan hye ;-)
Dah makan ? Dah minum ?
Aicheh...tak penah pun tanya, hari ni saja je nak tanye..
Hiihihihi..

Hari ni saya bersiaran dari rumah yang indah permai
(cuti dongggggggggggggg)
Hari ni jugak abie sudah berterbangan ke Jakarta,
Itulah cinta tertinggal di Malaysia tuh..
Hehehehhehe,

Feeling ok je...
Sebab ada banyak benda nak kena kasi settel nih,
Fuhhh..
Nanti saya kasi cerita la bila waktunya sudah tiba.
hihihi..

Ohh, hujung minggu kami anak beranak adalah santai,
Abie bawak kami pi tutti frutti lagi!
Wafiy pun merasa beb..hihihi
Tapi umie nya yg menyentap dengan licin..
Haishhhh...mmg sgt gian lah...
Kalau tgk org lain mkn pun pasti tak menahan!

muka weird bila rasa perisa red velvet!

burrrr...nak lagi!

aumm..sedang aimm cup acu diya...

abie...nak lagi!
Abie dah ke Jakarta,
Hopefully Wafiy behave temankan umie..
Woooo...budak ini dah mcm2 gayanya,
Memang kalau masak angkut dok dapur lah..
Tapi berapa lamakah bertahan?
hehehhe..jenuh kasi itu ini dia baling ke bawah,
sudahnya biar dia merayap kat bawah lagi dia suka..

Oklah, got to stop now,
;-)
Doakan saya dipermudahkan urusan ye

p/s :

Wafiy,
Abie kem salam...ohh tadi acik anis pun kem salam..;-)

------@ Ummie Aie'sya

Friday, March 25, 2011

~Tahadjudd Cinta Untuk Allah~


Salam dan selamat pagi Jumaat,
Alhamdulillah,
Sekali lagi kita masih dipanjangkan umur,
Masih didizinkan bertemu hari ini, Jumaat,
Ini ada beberapa hadis kiriman Abie pagi tadi,
Kita  manfaatkan bersama,
Insyaallah, memperbaiki hari demi hari,
Moga tempat kita disisi Allah. AMIN!

"Berwuduklah sebelum tidur dan berniat hendak bangun malam"

~Barang siapa yang hendak tidur (mendatangi tempat tidurnya) sedang is berniat akan bangun malam lalu ia tertidur (kerana diserang kantuk yang sangat berat) sampai pagi, maka telah dituliskan baginya apa-apa yang diniatkan dan tidurnya menjadi SEDEKAH kepadanya dari Tuhannya.~
(HR.An-Nasai-Ibnu Majah)

~Allah merahmati seorang laki-laki yang bangun pada malam hari, lalu sholat tahajjud dan membangunkan isterinya jika isterinya menolak,  ia memercikkan air ke wajah isterinya, begitupun isteri terhadap suaminya.~
(HR. Ahmad)

Luqman Al Hakim berpesan kepada putranya,
"Nak...,janganlah ayam jantan lebih cerdas daripadamu. Ia berkokok di akhir malam, sementara engkau masih tertidur pulas."

Nabi SAW berdoa',
"YA ALLAH....Berkahilah umatku ketika mereka bangun pada awal Subuh."
(HR. At Tirmidzi)

Moga Allah permudahkannya...
Dunia ini sementara, kerna Akhirat nyata selamanya,
Jika terasa terlalu muda, ingatlah bila saja Allah mampu mematikan kita,
Jika terasa terlalu tua , bertaubatlah, Allah sedia menerimamu,
Jika merasa terlalu asing bagi kematian, Istiqfarlah, bershahadah atas nama Tuhanmu dan Rasulmu itu pesuruh Allah,
Mati adalah sebuah penghidupan baru di alam sana,
Kita tak mampu membayangkan seindah dan seteruk mana keadaannya,
Tapi ingatlah pada janji Allah,
Jika prinsip hidupmu di dunia adalah semata kerana Allah,
Kau takkan pernah sesal di hari kemudian....

Moga Allah mendatangkan kita malaikat malaikat yang sentiasa melindungi dan menjaga kita.
AMIN YA RAHMAN YA RAHIM.
Sambut salam cinta dan rindu kami...............

-----@ Ummie Aie'sya & Abie Aie'jie

Thursday, March 10, 2011

~Just For You~

‎../(,")\♥ ♥(".)
.../♥\. = ./█\.
.._| |_ ..._| |_




"May Allah Guiding Us, Love You Because Of Allah!"




-------@Ummie Aie'sya

Tuesday, January 11, 2011

~Kena Buli~

Salam dan selamat pagi,
Sempat mengupdate sebelum ke tempat lainn,
Ye,  Skang dah kena lapor diri kat bahagian lain..
Kenape?
Tak cukup org katanye kat tgkat atas,
Jadinya...memang kena kesanalah,
Ye..sama masih lagik sama,
Dan Alhamdulillah tahun ini kontrak masih disambungkan,
Kalau tak memang nan ado la,
Dan memang masih aktif mencari kerja,
hohohohoho,
Ermmm...semalam wafiy adalah kena buli ye...
Ye. Abie diye geram dok dengar dia dok ckp byk sgt..
Eheheheh..
Cian wafiy...
Mula mula wafiy cam tak kisah..tapi last2 menangis jugak!









hehheheheh...
Mula mula wafiy igt org nak main ape2 kot ngan diye..
masa abie dok bedung pun diye siap dok tak habis membebel lagik,
Pas dah lama sket,
Wafiy agaknye pelik nape cam diorang memandang sambil dok gelak je..
(Ye..memang kitaorang dok gelak bahak2 tgk kan diye)
hehehhehehe..
Akhirnye...huwaaaaaaaaaaaaaaaa la!
wafiy ohh wafiy...

------@ Ummie Aie'sya

Wednesday, December 29, 2010

~Cerita Dari Seberang~

Salam dan selamat tengahari yang sejuk,
Sekarang ni tak kira masa asik sejuk ja,
Ye, Tadi tengahari saya pulang melihat anakanda,
Alhamdulillah,
He's Getting better than before,
Dan dok main air liur je tadi masa gie tgk...
aishhhh....
Ye, wafiy off ye,
Tunggu sampai sehat sket baru kasi diye update,
Insyaallah..
Dan wafiy....
Ini abie kamu kirim berita dari seberang
(aicheh...oklah pengobat windu, auwwww..hikhikhik)

Ye..ini tentunya bukan gambo abie, ini gambo view kat Puncak ye wafiy..

waa...inilah abie kamu, eh..abie dah nampak kurus la..
(mmmm???bener kah?hahah)

dan..yang merindu abienya..

mich you!

Hai la budak,
Mengapakah kamu memandang begitu?
(adeh!aishhhhh.....)


 Baby Birthday Ticker Ticker
Lilypie First Birthday tickers

Lagu Kita

Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...