My photo
Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.

Friday, December 30, 2011

~Temerloh~


Assalamualaikum,
Last weekend kitaorg balik Temerloh,
Singgahlah di Pekan Sari,
Hihihi, sebab tu ade gambar kat atas tuuu,
Pertama kalinya Wafiy jejak kaki kat Temerloh,
Dan sampai nak balik pun dia taknak,
Sanggup dia bye bye kitaorg masa nak balik tuuu,
perghhhhhh......

Balik je rumah, tokde bawak baju yang Tok Ma beli,
So sesi try baju sbb takot tak muat,
Alhamdulillah semua muat cantik punya,
hehehhehe,
"yo! it's me!"


Ini plak baju tokde beli,
Baju dah ok,
cuma seluar besar sket,
Ini gaya mcm nak bercerita
"Padaaa suatu hariiiiiii........."


Ye, anak teruna ku ni dah besaq panjang,
sat ja masa kan,
Tahun depan dah 2012,
Selamat Tahun Baru uolsssssssss....
Peace!
;-)



Friday, December 23, 2011

~Mummy Yang Empat Bulan ++++~

Saya Tukang Cakap Hari Ini

Assalamualaikum,
Hye....
Hari ni Wafiy yang menjadi tukang cakap-cakap ok,
Kasi chance lah kan,

Semalam kami p Maeps lagi skali,
Ada sedara dari kampung datang,
Tapi Wafiy dalam mood yang tak berapa sihat,
Ada batuk dan selesema seket,
Tapi Wafiy ok je bab makan,

Cumanya bila makan steamboat ni Ummie Wafiy tu dia tak bape layan sangat kot ,
Mungkin diya penat atau mmg dia mcm tak bapa lalu makanan laut ni kot,
semalam dia byk makan telur dan bihun atau mee,
Tapi layan jugaklah dia mkn mcm tu,
Macam sedap je diye mkn haaa...

so ini picta latest my ummie yang mengendongkan adik saya itu ;-)

makan .

Dan Wafiy juga mmg masih seleema,
Dah dua hari selesema,
Semalam Abie baru balik Training dan esok ke Training lagi,
Jadi esok Umiie dan Wafiy je balik Temerloh ngan Wan semua,
Ade kenduri,
;-)

Oklah,
Next time jumpe lagi okeh,
Ini picta Wafiy dengan Pak chu Haziq

Maafkan muke slenge saya itu.


So salam Jumaat jugak ya untuk semua,
Have a nice day ye,
Doa Wafiy untuk semua,
Al Fatihah.
:-)


------@ Naufal Wafiy

Wednesday, December 21, 2011

~Cekodok Tengahari~

Assalamualaikum,
Sebenarnya suasana agak stress,
Urghhhhh..
Tapi haruslah dikawal ketat kerana tidak elok utk kesihatan ibu dan bayi..

Jadi mari kita makan cekodon ini..
Mahu??????????

Nyum nyummmm

Siape mahu cekodok tengahri?
Ini dia cekodokku hari ini..

huahauhauahuahua..

Maaflah hari ini ku rasakan awan berarak mendung,
begitu jua perasaanku,
cheewahhhh, hihihi

Iyeeee,
saya stress tapi berlagak cool.
(-_-)

oklah bye.

-----@ Ummie Aie'sya

~Cekodok Pagi Ini~

Assalamualaikum..
Selamat pagi,
Dah breakfast ke?

Kalau belum...ini cekodok untuk kamu kamu..
hehehhehehe


psst : Wafiy , jangan maraa arrrrrrrrr..

hahahha

-----@ Ummie Aie'sya

Tuesday, December 20, 2011

~Rehat Waktu Petang~

Assalamualaikum
mataku berpinau pinau sekejap,

Sangat penat badan dan juga mata,
Rasa kalau dah sampai rumah tu dah mcm longlai habis
Lembik.

Sekejap je adik Wafiy dah masuk 4 bulan,
Bulan berganti bulan pun dah mcm minggu berganti minggu
Sangat pantas ye.

Wafiy pulak makin manja dan lasak
Dan paham bila orang marah dia,
Dah dah pandai buat muka monyok kalau dia tak suka
Hahahahhaha
Memang kelakar
Tapi saya belum sempat snap gambar dia sambil memonyok tu

Pregnancy kali ni mmg mencabar
Awak akan berdikari bersama seorang putera mahkota yang lasak dan juga mengendongkan si chomel yang makin membesar dalam perut ini
Mencabar bila banyak nak diuruskan sendiri
Jadi lebih mencabar bila si abang mmg tak kasi pergi dapur time perut dah lapar mintak suruh panaskan kuali di dapur,
Berdouble-double mencabar bila si abg yang hensem ni tak kasi umie diya masuk bilik air mandi
DAN TRIPLE MENCABAR  bila si abg syok main titik titik susu choklat atas lantai,
nampak berseni katanya,
MALAH si abang merasa senang hati melihat semut dengan tenteranya datang menghurung.
FUHHHHHH..
dan banyak lagi okay saya tak tau nak cakap yang mana satu.

Tapi syukur,
 kalau suami ada mmg suamilah yg byk tolong walaupun beserta leteran yang 'chomel'
Ye , mmg chomel kalau org lelaki berleter,
Chomel ++++ kot,
hahahhaha dan boley membawa juntaian air mata youuuuuuuuuuuu

Tapi sememangnya rutin kehidupan saya banyak bersama Wafiy,
Suami berjuang , kami juga berjuang,
Masing-masing punya tanggungjawab kan...

Apa pun,
Syukur pada Tuhan,
Alhamdulillah ;-)

Moga Allah berkati hidup kalian semua,
Have a good time,
Hari ni target nak balik awal..
Fuhhh. AMIN!
(harap-harap dapatlah dongggggggggg)


waktu ni baru belajar buat muka kot...
sekarang lagi ketara kot...

;-)

-------@ Ummie Aie'sya

Monday, December 19, 2011

Thursday, December 15, 2011

~Release Tension Sekejap Boley Tak?~

Assalamualaikum,
Baru habis meeting tadi,
Bila dah habis meeting mulalah rasa berat satu mcm atas kepala,
;-)

Esok ade SKT kat PD,
Kalau ikut kan sampai Ahad,
Mula-mula boley bawa family,
Now cakap tak boley pula,
Lagi bertambah berat lah kepala ini,
Sebab akan tinggal keluarga,
Lagi ralat bila malam ni husband kan pulang dari berjuang selama seminggu hari tu,
Dan akan berjuang semula pada hari isnin untuk beberapa hari juga,
Dan bila nak spend time sama sama dengan Wafiy.

Mula-mula masa diorg cakap boley bawa family,
I am ok...
Last minute cakap tak boley pulak sbb masalah teknikal,
Trus rasa upset,
Berkocak jiwa raga,
Rasa sedih gila,
Suami saya sangat sangat jarang dapat cuti hujung minggu,

Tapi lambat lambat saya cuba realize,
Cuba kasi semangat tuk diri sendri,
Walaupun hakikatnya saya masih memberontak kecil dalam hati,
Tapi memang saya mmg silap kan,
Mana mungkin saya boley bertindak mcm tu,
Saya sepatutnya bersabar dan percaya,
Yang setiap yang dirancang untuk kita juga kerana izinnya Allah,
Kadang2 saya ada juga terfikir,
Kenapa jadi begini, kenapa  jadi begitu,
Tapi jika banyak sangat rasa tak setuju dalam diri samalah juga kita merasakan tak setuju dengan perancangan Tuhan,
Astaqfirullahala'zim.

Lately ni banyak sangat yang berlaku,
Maksud saya kerja di tempat kerja,
Kalau nak ikutkan adil mmg banyaklah yg kita rasa tak adil,
Tapi Tuhan mengadili dengan cara Tuhan,
Tuhan Maha Adil.
Percayalah.

Lemah.
Bila merasa diri ini lemah.
Saya mohon sangat sangat kekuatan,
Kekuatan mana lagi yang saya harapkan,
Melainkan dari Yang Maha Kuat itu.
Kalau nak diikutkan keupayaan diri sendiri,
memang tak tertanggung.
Kalau nak fikir semua yang dirasakan itu beban, maka makin tersiksalah jiwa dan raga,
Dari mana lagi kekuatan luar biasa yang mampu di dapatkan,
Hanya dari Dia.

Ohhhh,
Sungguh gelora jiwa ini berkocak lagi,
Istiqfar dan istiqfar lagi,
Betapa susah untuk mengikhlaskan diri sendiri,
Meikhlaskan suami sendiri pergi berjuang pun tidaklah sesusah ini saya rasakan,
Mungkin ini yang dirasakan suami saya ketika keluar rumah berjuang kerana Allah,
Bukan sekadar suami saya sekarang,
Juga saya sekarang mesti belajar meikhlaskan diri kerana Allah,
kerana terang-terang saya bekerja bukan mengejarkan semata-mata dunia,
Malah disebabkan pekerjaan itu ibadah kerana Allah.
Jika bersungut, maka tiadalah lagi ibadah,
Jika kerja ini bukan lagi ibadah maka sia-sialah selama ini,
Berpenat lelah siang dan malam hanya untuk dunia, hanya untuk keluarga?
Sedangkan redhanya Allah dimana?
Hanya untuk keluarga?
Bukankah kita mahu bawa keluarga bersama-sama ke Jannah...
Maka saya harus, saya mesti , saya wajib ,
Tanamkan dalam2 hati saya supaya saya lebih ikhlas melakukan semua ini,
Walaupun saya tak tahu bagaimana kehidupan akan datang,
Maka dalam setiap apa pun yang dikerjakan saya mesti wajibkan dalam diri saya betapa Tuhan merancang semua ini untuk saya kerana Dia lebih tahu kemampuan saya.
....................................

Subhanallah...
Menaip semua ini seperti melepaskan sedikit beban berat dalam kepala saya,
Seriously.
;-)

Bagaimana lagi yeeeee....
Saya sayangkan suami dan anak-anak saya (ye, termasuk adik adik wafiy kelak),
Saya harap redha dari suami juga anak-anak dalam kehidupan seharian dengan mereka,
Saya juga mohon yang tak pernah henti moga redha Allah juga bersama saya,
Saya mahu bertemu seluruhnya dan semuanya yakni suami, anak-anak, ibu , ayah, mertua, adik beradik,ipar duai,saudara2, sahabat2, teman2, serta seluruh umat Muhammad kelak di Surga, dihadapan Allah.
Maka kehidupan dunia perlu dijaga,
Kerana sedikit goyahnya iman dalam diri kita,
Membawa selangkah ke neraka yang tak tertanggung azabnya,

Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar.

Bermulanya dengan perasaan yang sedih,
Kita akan mula marah sedikit demi sedikit terhadapa sesuatu yang kita rasakan tak patut terjadi,
Kita akan cepat menyalahkan orang lain kenapa dan itu terjadi pada kita,
Bila menyalahkan dan menunding pada yang lain,
Kita juga sebenarnya sikit demi sedikit  mula menyalahkan ketentuan Allah.
Itulah namanya manusia adalah lemah,
lemah mengawal emosi.
Kawan juga kita boleh jadikan lawan,
Segala nya kita akan rasakan tidak adil,
Bertambah sakitlah jiwa kita,
Dan mungkin lagi parah jika its starting bernanah and bayangkanlah lah kalau bawu nanah tu mcmane kan...
Memang sangat perlu kita rawat dengan cepat,
Juga kepada saya dan kita kita ini...
Insyaallah moga hidup lebih diberkati..
Aminnnn. :-)

Oklah,
Kena tata dulu,
Got to go, go go go go...heeeee

dan ini encik Wafiy yang ..............ucuk,,,,,,,,,,





--------@ Ummie Aie'sya

Wednesday, December 14, 2011

Monday, December 12, 2011

~Gara Gara Karipap Ini~

Assalamualaikum,
Hye Pagi Isnin,
Alhamdulillah moga hari ni lebih diberkati ...

Hari ni macam biasa keluar pepagi hantar Wafiy,
Kadang2 kalau minyak tak dak after hantar Wafiy mesti sempat kalau nak isi minyak dekat Petronas Serdang,
Kadang2 kalau lapar sempat beli breakfast sekejap kat depan Uniten,
But Today macam tak sempat nak buat dua2,
Sebabnya minyak kerata dah tinggal satu takak,
Dan Hati meronta ronta nak makan karipap Sardin depan Uniten,
So kenalah buat pilihan yang bijak lagi mantap...
hahahhahaha...

Tapi hari ni saya telah membuat keputusan mengikut kehendak bayi dalam kandungan
(hahahhaham ayat tak bley blah, maka bayi dimuatkan dalam edisi hari ini)
Ye betul, saya membiarkan minyak satu takak itu dan menuju deras membeli Karipap.

Hahahhaha, maka dapatlah Karipap yang dirambangkan di depan mata,
Abie dah pesan kalau teringin mesti makan,
Takut meleleh cam Wafiy nnt,
huhuhuhuhhuhu....

Dan saya alhamdulillah berjaya selamat sampai di opis dgn berbekalkan minyak satu takak,
Maka pulang baru isi minyak lah....
huhuhu,
Actually today mcm akan byk gila kerja,
sebab tu saya update awal-awal.

Karipap oh karipap,
eh memang sedap tau,
lain dari yg lain,
besar inti plak banyak.
Memang Mantap!

nilah karipap ituuuuuuuuuuuuuuuuuuu



hihhhii
oklah tata bye bye....

nanti lapang2 sket saya update cerita Wafiy di Rembau key..
;-)

---------@ Ummie Aie'sya

Friday, December 9, 2011

~Abang Long Wafiy~

Assalamualaikum..
Good morning..
Salam pagi Jumaat.
;-)

Orang orang selangor bercutilah ye hari isnini,
Putrajaya yang sebelah Selangor hanya tersengih kambing lah ,
Hehehhehehe

Apapun, Bila dah sampai Jumaat memang rasa cepat2 je,
Nak cepat cuti, heeee

Tapi weekend ni Abie tak de,
Seminggu nanti Abie takde,
Today dah ke Pahang,

So Wafiy and Umie again,
Belum tau nak buat ape weekend ni,
Yang pasti nak kemas rumah,
Nak kemas dan kemas mcmana pun tak tau laaa...
errrrrrr....

Ni ade gambar Wafiy kat bawah rumah,
Ape  ntah yang dia tengok
Abg Long Wafiy..heheheh
Dah besar macam abg kan?





oklah...
see you lagi yeeee,

--------@ Ummie Aie'sya

Thursday, December 8, 2011

~Every Single Day~

Assalamualaikum dan hye,
Before nak mulakan keje today,
Just nak sharing cerita benar,
heeeee..mmg benar lahhh...

Setiap pagi sekarang saya kan kuar rumah,
 dari Putrajaya pukul 7 sharp dah gerak ke Serdang,
Hantar Wafiy rumah Wan,
Dan akan patah balik semula ke opis di Putrajaya,

Dan begitu jugaklah balik,
akan kuar dari Putrajaya menuju ke Serdang,
Dan Pulang semula ke Putrajaya.

Sebenarnya walaupun kilometernya menjadi bertambah,
Tambah apa yg lagi nak di kisah kalau hati ni tak lah susah hati sgt,
Walaupun kena ulang alik tapi bagi saya masih ,
Lagi tak ok kalau saya hantar ke Pengasuh lama tu, dia meraung menangis dan muka kusut masai dan muram + sedey...
huuuuuuuuuuuuuuuuu,
Saya dah tak sanggup nak hantar ke tempat lama walaupun rumah pengasuh tu atas rumah saya je,
Just tekan lift, naik dan turun,
Mudah dan senang, tapi hati gundah dan tak tenang,
Sebab Wafiy mmg tak nak ke sana,
Meraung diya lain mcm..

Jadi amatlah saya perlu bertindak awal,
Biarlah jauh seket tak apa kan....

Dan begitulah rutin setiap pagi hari bekerja,
Biasalah masa pagi2 tu Wafiy mmg akan merengek jugak sket,
Tapi sekejap je dan dpt kwn kat rumah Wan diya,
Maka main ajelah diye tuuu

Wafiy mmg makin manja dengan saya sekarang,
Pantang kalau nampak Umie, terus sua tangan,

Wafiy dah besar...
Wafiy dah sangat faham....
Bila nak kena tinggal...
Bila nak kena tunggu umie balik..
Bila tetiba dalam dua atau tiga hari tgk Abie takde...
Dia dah faham....


Moga hari ini penuh keberkatan buat semua.
Al Fatihah.

Tuesday, December 6, 2011

Monday, December 5, 2011

~4 December~

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, moga keberkahan buat kita semua,

Semalam,
4 Disember 2011,
Genaplah dua tahun,
Ulang tahun perkahwinan saya dan suami,
Syukur Alhamdulillah.
;-)

Dua tahun berkongsi hidup,
Setiap hari saya belajar memahami suami,
Belajar menjadi seorang isteri yang disenangi suami,
Belajar mencuba menjadi isteri yang lebih peka terhadap keperluan suami.
Saya akui, sampai sekarang saya masih punya kekurangan sendiri,
Tapi tak pernah saya cuba dan berazam untuk jadi lebih baik.

Kadangkala, sebagai manusia kita hanyut dengan perasaan sendiri,
Sedangkan kita tahu perasaan yang tidak baik itu memakan diri,
Jadi saya selalu positifkan diri,
Jika masih saya lakukan kekurangan saya tetap berusaha cuba baiki,
Kadangkala kita juga dipengaruhi oleh "mood" yang kdg2 ok, kdg2 sangat tak ok,
Dicampur penat dan letih benda yg sepatutnya disempurnakan dgn baik jadi kurang baik,

Tapi Alhamdulillah,
Saya bersyukur sangat sangat pada Tuhan,
Yang memberikan saya suami yang memahami dan anak yang menyejukkan hati,
Betapa Tuhan itu menyaksikan segalanya,
Tuhan melihat segala penat lelah kita,
Jika merasa penat dan mula merasa penat itu sia sia,
Ingatlah Allah Tuhan yang melihat kesusahan itu,
Jika bukan di dunia maka di akhirat pasti di balas rasa bahgia itu,

Syukur sekali lagi,
Allah berikan saya kebahagian bersama keluarga tercinta,
Kehidupan rumah tangga masih baru bagi saya,
Banyak selok dan belok harus saya terokai,
Banyak yang perlu saya belajar ilmunya,
Banyak rasa garam dan gula yg belum dicicp bersama,
Segala keindahan dan kesedihan itu ujian dari Allah.

Moga Allah bimbing hati saya dan suami,
Moga Allah bimbing kami mendidik anak-anak kelak,
Sungguh moga Allah pilih cinta kami ini sampai Syurga,
Sungguh kami mahu Allah yang menjadi landasan cinta keluarga ini,
Sungguh kami tak mahu Allah tidak memandang keluarga kecil ini,
Moga diberi keberkahan dan cahaya dalam keluarga ini,
Moga makin berkembang cinta kami ini kerana Allah, Ar Rahman.
Moga kami ini dipilihNYA sebagai pasangan di Syurga kelak,
Moga dibuka jalan dan pintu Syurga seluas luasnya duhai Allah...
Amin Amin Amin.

Selamat Ulang Tahun Abie...
Moga Allah bersama kita selamanya..
Kasih sayang hanya kerna Allah, ;-)

4.12.2009-sampai ke Jannah. AMIN.



-------@ Ummie Aie'sya

Friday, December 2, 2011

~Bila Sayangkan Anak~

Assalamualaikum,
Hai, ini Umie diya,
hehhehe

Wafiy today duduk ngan Abie,
Coz Abie dah cuti,
So ni Wafiy ikut gie Solat Jumaat dehhh
hehehhehehe

Actually sekarang waktu rehat yang berharga sbb selalunya Jumaat pun saya bz,
Tapi tidak hari ini...yeayyyyy
So di waktu nilah saya nak mencoret sedikit rasa hati..
Aicheh...

Bukanlah rasa hati apa pun,
Cuma terkenang anak bujang yang semakin membesar dan melasak,
;-)

Alhamdulillah,
setakat ni Wafiy membesar dengan baik,
Tapi kebelakangan ni Wafiy sangat manja dengan saya,
Kalau ikut bak kata org,
Budak kalau nak dapat adik mmg mcm gitu ekkk,
Mungkin lah jugak...

Waktu saya tinggal Wafiy di rumah Wan,
Wafiy mmg okay, happy dan sakan sangat main,
Tapi bila dia dah nampak saya, mesti dia akan slow2 merengek atau mintak saya dukung,

Setakat ni , bila ade org tahu saya sedang pregnant yg kedua,
Semuanya komen positif,
Belum ade yg bg komen yg negatif yg ntah ape2 tu,
So sangat bersyukur...
And feel like everyone pray for me and my baby too

Bukanlah bila Wafiy dah dapat adik saya takkan sayang Wafiy banyak,
ini bukan soal banyak atau sedikit kasih sayang,
Ini adalah erti kasih sayang yg dicurahkan kepada anak anak,

Wafiy walaupun masih budak,
Tapi mereka boleh memahami,
Dan waktulah waktu yang sesuai kita bercakap dan bagitau dengan dia,
Tentang kasih sayang dan bukan tentang berapa byk kasih sayang...
Supaya sampai dia dewasa dia tahu kasih sayang adalah bentuk perasaan yg lahir dari hati insan secara ikhlas

Saya selalu bercakap dengan Wafiy,
Walaupun sebelum saya mengandung,
Saya selalu cakap waktu main ke, rehat ke, minum susu ke,
Selalu cakap mcm ni
"Wafiy, bila bila nnt Wafiy akan jadi abang tau"
Dia mmg waktu tu tau senyum dan tergelak2 je,
Tapi lama2 dia akan faham....
Dia akan faham bahawa akan ada orang baru bila tiba masa nanti...

Alhamdulillah bila dah pregnant ni lagi lah selalu saya pegang tgn Wafiy sambil suruh dia pegang perut saya,
Wafiy mmg tak tau pun, tapi dia akan pegang dan senyum...
Dannnnnnnnn...dia akan tampar perut saya sambil tergelak gelak,
Memang mula2 dia akan ikut je kite buat,
Tapi tak mustahil nnt dia akan perasan yang perut umie diya membesar dan tiba2 bergerak2,
;-)
Itukan kasih sayang indah buat anak sulung kita,
Walaupun dia tak faham sgt yg bergerak2 tu adik dia,
hehehhehehe

Selalu juga saya ckp pada Wafiy,
Sayangkan Umie dan Abie,
Tapi Wafiy mesti cintakan Allah dahulu juga Rasul,
Juga ingat ya Wafiy sebelah kanan dan kiri ada malaikat mencatit segala apa ja yg Wafiy buat,
Baik buruk semua dicatat...
Saya ckp waktu dia dah mcm lali nak tdo,
Walaupun nampak mcm dia tak faham ape2,
insyaallah waktu tu ape yg kita ckp mersap masuk kepada si anak,
Bercakaplah setiap hari insyallah diterima si anak nnt,

Membesarkan anak2 memang byk pancaroba,
Sebab tu Tuhan kata,
Anak itu amanah kepada kita,
Takkan terlepas satu pun azab siksa bila kita tak menjaga amanah itu sebaiknya,
Menjaga amanah ini bukan sekadar memberi kasih dan sayang juga makan pakai,
Tapi termasuk Syahadah cinta kepada Tuhan nya.
Inilah tanggungjawab maha hebat buat kita ibu dan ayah,
Nak nak, zaman sekarang, serba moden dan pantas,
Budak kecik setahun pun dah pandai main iphone , ipad....
Moga Tuhan bimbing kita ;-)

Sebanarnya entry kali ni saya mmg sangat rindu waktu Wafiy kecik dulu,
Dan saya rasa sngat cepat waktu berlalu bagai angin lalu,
heeeeeeeee

Saya harap sangat,
Saya dan semua,
Saya dan anda,
Saya dan ibu2 kat luar sana,
Saya dan sahabat2 yg walaupun bukan bergelar ibu,
Nikmatilah tanggungjawab kita kepada Tuhan sepenuhnya ,
kerana dari Tuhanlah kita mendapat kehidupan,

Sangat touching waktu ini bila mengenang tangungjawab sbgai isteri dan ibu,
kita manusia biasa kan,
Yang mana salah tu kita perbetulkanlah,
Tuhan sedang menunggu pada bila masa sahaja,
Insyaallah kebahagian itu Allah beri bukan sekadar memberi anak atau suami atau keluarga,
Tapi kebahagian Cinta Allah itu lebih dari segala yg ada di langit dan di bumi.
Subhanallah.
;-)

Wafiy at 9 month tak silap kalau tak silap...heee

Duhai Wafiy,
Moga jadi anak soleh dunia akhirat sayang,
Semoga jadi Abang yang sangat sayangkan adik adiknya kelak nnt :)
Wafiy mesti ingat,
Cinta Allah itu Abadi hingga ke surga nakkkk..
Umie dan Abie sayang Wafiy
;-)


--------@ Ummie Aie'sya

~Saya sudah 1 Tahun 3 Bulan~


Assalamualaikum acik acik serta semuanya,
Sihat ke, Wafiy sihat je,

Tak tahu nak cerita ape,
Tapi Wafiy rindu semuaaaa, :)

Sekarang Wafiy dah satu tahun 3 bulan ++,
Adik pun dah 3 bulan ++,
Weeeeee :D

Alhamdulillah Umie tak mual teruk dan alahan kali ni mcm tak de sgt,
Jadi, Umie boley main ngan Wafiy banyak-banyak.
Hehehhehe

Tapi Umie kadang-kadang pulang kerja lewat,
Umie penat, tapi masih main dgn Wafiy,
Kesiannn Umiee....

Eh, Wafiy sekarang dah tak duduk dengan acik mimi,
Wafiy duduk dengan Wan,
Jadi Umie tak payah susah hati sgt dah waktu gie kerja,
Rumah Wan pun Wafiy ade kawan dah ;)
Bang Osman, Bang Jefry...geng bola lahhhh...

Abie Wafiy sebulan ni sibuk,
Banyak training, tapi alhamdulillah,
Abie kan pergi berjuang,
Jadi Wafiy juga turut berjuang,
Berjuang dengan sabar,
Sebab minggu ni Abie cuti, Yeayyyyyyyyy..

Lama betul Wafiy tak menulis kan...
Eh...Wafiy dah start campur susu tau,
Tapi bila malam Wafiy masih minum susu Umie,
Cuma bila siang Wafiy minum Susu Dugro Choc lebih air,
Lebih air?
hehehhehe, sebab Wafiy tak suka manis2,
Wafiy minum 3 scoop bersama 7 air...
Supaya tawar...kenape ek?
Sebab sebelum ni susu Umie tawar kot tu yg dah biasa tawar, hihihii

Ermmmm,
Setakat ni itulah dulu story dari Wafiy ye,
Next time bila free Wafiy hupdate lagi key....
Tatattata
Assalamualaikum..


-------@ Naufal Wafiy

Tuesday, November 22, 2011

~Saya Datang~

Assalamualaikum!
Hye hye hye!
Saya datang lagik.........

My umie sgt bz la...tak sempat nak upload or writing lahhh
hihihihihi...
Anywez....
Saya pun sudah besar,
Dah tahu sedeh kalau kena tinggal dengan umie,
ohhhhhhhhhhhhhhhhh laaaaa...

Dan insyaallah saya juga tak lama lagi mahu jadik abg..
Save da date! 1 June 2012. ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Sekian!

-----@ Naufal Wafiy

Wednesday, October 19, 2011

~Update!~

‎​السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Rindu rindu rindu!
Lamanya lamanya lamanya!

Heheheh,
‎​​اَلْحَمْدُلِلّهِ,
Semuanya ok dan stabil,
Cume saya sgtlah tak sempat juga nak meng update.

Wafiy pun sihat,
Baru je baik demam,
Tapi kalau ajak berlari dah boley sgt dah, nak amek barang depan mata pun dia nak berlari,
Hehehehhe

Ada beberapa berita,
Tapi nantilah di storykan,
Sbb takde gambo,
Tunggu Abie balik lah nnt key kita update lagi,
Insyaallah saya update key,

Anywez, take care lah,
Cuaca skang tak menentu,
Mak ayah pun boley terjangkit tau,
Huhuhuhu...

Saya doakan semua dlm rahmat Allah,
Moga hari2 adalah hari yg mengingatkan kita pada Dia,
Love u. Miss u.
Wafiy akan update nnt.
He really wanna to share a happyyy news.
Insyaaallahhhh.

Salam sayang,

------@ Ummie Aie'sya
Sent from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, September 28, 2011

~Satu Tahun Satu Bulan~

weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!
Alhamdulillah!
Makaseh Allah
:)

Monday, September 26, 2011

~Peace!~

Salam and very very good day everyone!
Just a short beautiful note!

Wafiy rindu semua!
Rambut Wafiy ni ha dah panjang...
Abie cakap nak potong...
Err takot la ...kang Abie potong tersasar pulak,
hihihihihi

Alhamdulillah...
Wafiy sihat...
Cuma dah tak suka makan bubur,
makan nasi pun seket je,
Wafiy tengah seronok nak main je niiii,


oklah c u next time...
again n againnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
;)

Thursday, September 15, 2011

~11 September~

‎​السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,
Moga di barakahkan hari hari yang dilewati,
Setiap hari yang berlalu moga bukannya pergi dengan sia-sia
:)

11 September,
Hari lahir suami saya,
Hari lahir seorang lagi kesayangan dalam hidup saya,
Saya bukanlah isteri yang romantik sangat,
Mungkin lebih kepada mengingati,

Suami saya orangnya biasa2 saja,
Fizikalnya juga biasa2 saja,
Ermmm. Nak kata tampan ?
Ohhhh. Kacak dan cantik itu kan subjektif.
‎​​اَلْحَمْدُلِلّهِ. Cukup semuanya.

Saya jarang2 menulis pasal suami.
Tapi saya selalu menulis tentang perjuangannya.
Walaupun dah lewat beberapa hari, tapi rasa mahu tulis juga sedikit rasa,
Supaya melekat di blog utk tatapan saya :)

Selamat Hari Lahir Abie,
Moga Allah bersama Abie,
Moga rahmat dan kasih sayang Allah terus bersama Abie,

Duhai Allah yang mendengar lagi melihat,
Untuk melihatmu, sungguh aku takkan mampu,
Tapi aku mampu merasa wujudnya Engkau pemilik sekalian alam,

Duhai Allah,
Peliharalah suamiku tatkala dimana saja dia berada,
Permudahkan segala hal baginya,
Sungguh tiada lain yg aku mampu,
Hanya terus menitipkan doa saban waktu.

Duhai Allah,
Ikhlaskan hatinya,
Penuhi hidupnya dengan cinta kepadaMu,
Dan kemudiannya cinta itu mengalir kepada kami anak isterinya,
Sungguh tiada yg ku mampu,
Kerana ku tahu, hanya Engkau yg mampu menggenggam setiap jiwa kami.

Duhai Allah,
Jika dia berasa terlalu penat,
Bantulah dia supaya dia merasa mudah,
Jika dia merasa tidak kuat,
Kuatkanlah hati dan dirinya, ya Qawiy,
Sungguh, hanya kepadaMu doaku dengan bersungguh2 untuknya,

Duhai Allah,
Jagailah hatinya,
Supaya terus setia disisi Mu,
Setia di sisi isteri dan anaknya,
Jangan dipesongkan hatinya,
Sungguh ya Allah kami manusia lemah,
Mohon berlindung di bawahMu..

Duhai Allah,
Ampuni kami,
Jika selama hidup kami,
Kami hanya banyak meminta dunia kepadamu,
Maka ya Allah,
Jadikanlah segala yang barakah buat hidup kami,
Kerna kami takut menjadi manusia dan hamba yg sia sia hidupnya..

Duhai Allah,
Jadikanlah hati hati kami ini bersatu mencintaimu,
Kerna takkan ada yg lebih kekal melainkan cinta kepadamu,
Sungguh kami manusia lemah lagi hina,
Tunjukilah jalan benar kepada kami ya Allah..
Ampuni khilaf dan dosa kami,
Moga kami mampu berdiri di hadapanmu kelak,
Menghadap dan menatap wajahMu,
Sama sama di barisan Rasul Mu yang dicintai.
Sungguh...kami sungguh2 berdoa mengharap kepadamu.

Aminn ya Allah..
Aminn ya Mujib..

Al Fatihah.

Selamat hari lahir abieeee
We love you :)

------@ Ummie Aie'sya



Sent from my BlackBerry® smartphone

Sunday, August 28, 2011

~28 Ogos~

27 ogos 2010
5pm
Di petang sebelum ke Bazar, selesai solat asar, saya dan suami duduk berteleku sekejap di Sejadah.
My due date 26. But still relax dan tidak menunjukkan tanda. Maka, abie pun mengeluarkan hujahnya :)
Abie : Hari ni dah 27 ogos, masih tak sakit sakit ke?
Umie : Ntah..tak rasa ape ape pun lagi.
Abie : Baby ni nak kuar waktu merdeka agaknya..kalau keluar waktu merdeka, kita letak nama dia Ahmad Merdeka pun ok. Heheh
Umie : hekkkkkkk...(Mcm ye ke??)
Kemudian kami pun bersiap siap nak ke Bazaar Putrajaya. Sebelum kuar rumah saya nak letak nasi dulu, dan sambil sedikit bertinggung saya ceduk beras masuk ke periuk. Dan tetibe sesaat rasa sengal di pinggang. Ngap! Erkkkkk. Apekah ini? Tapi mcm takkk kot...
Dan dengan relax kitaorg pun gerak gie Bazaar.
27 Ogos 2010
6.15 pm
Tetibe ade rase 'ngap ngap' again.
Saya terus bgtau suami.
Umie : Eh, aduh! Sakit gila lah pinggang, apehal ekkk, mcm pelik ja, ke ini sakit contraction?
Abie : ekkk? Tengok jam cepat. Kira skala contraction.
So terus tengok jam kat dashboard.
Sakit tu dtg setiap satu jam.
Sampai di Bazaar. Tetibe sakit betambah di pinggang. Euhhh! Mcm tak bley nafas! Sesak!
So suami saja yg turun Bazaar. Saya just stay dlm keta. Sakit pinggang dtg dan pergi. Tapi bila dtg perghhhh. Rasa mcm nak tercabut pinggang. Errkkkhhhh!
27 Ogos 2010
7pm
Sampai di rumah, saya mmg dah tak bley buat ape, bila sakit je pinggang rasa mcm cramp satu badan. Saya just baring atas katil dan suami yg hidangkan makanan. So tepat je waktu berbuka sakit itu hilang, maka saya mkn dgn pantas dan dgn byk. Mahu kumpul tenaga. Dah rasa konfident ini pasti. Contraction yg betul! Heheheheeh.
After bebuka dan solat sakit menyerang kembali. Saya hanya berbaring depan tv dan mengerang kesakitan separuh nafas. Sakit beb!
27 Ogos 2010
830 pm
Masih berbaring di depan tv sambil kunyah kurma. Sakit contraction dah jadi every 30minit. So dlm jaga2. At last mmg saya baring dan suami yg siapkan semua :)
28 Ogos 2010
12 am
Saya sudah tak tahan rasa sakit walaupun hanya every 30minit. Jadi kami gerak ke hospital Annur, Bangi. Dalam kereta pun suami saya masih tetap bawa kurma dan suruh saya kunyah. Erkkkkk. Kunyah juga. Itu je yg boley telan pun. Saya dah semacam nervous + cuak.
28 Ogos 2010
12.45am
Saya di check bukaan. Baru 3cm. Dan sudah di tahan. Akhirnya saya bermalam di Hospital dan suami pulang ke Serdang.
28 Ogos 2010
3pm
Suatu keajaiban bila sakit every 15minutes tu tiba tiba hilang. Saya yg masih ber'msg' dgn suami. Suami ckp, ke ni false alarm. Erkkkk. Bukanlah kot sbb dah bukak 3cm kannnn. Makanya saya tunggu di hospital saja, dan saya tertidur sampai Subuh! Fuhhhh. Mmg sakit tu hilang, itu yg sampai tertidur. Tapi katil sebelah saya yg baru masuk pukul 3am dah mengerang nak bersalin. So saya panic untuk dia. Errrr. Heheheh
28 Ogos 2010
6am
Bangun dan solat subuh.
Lepak sambil breakfast dan tgk tv Oasis. Hehehehhe. Saya dlm termanggu jugak sbb pelik. Ke baby tidur ekkk ???? Saya dah hilang dan berdoa jugak moga contraction dtg balik. Huhuhu. Saya mahu cepat bersalinnnnnn.
28 Ogos 2010
9am
Doctor dtg again untuk check 'jalan'. Still sama 3cm dan doctor tanya, awk sakit tak. Saya geleng laju2. Mmg tak sakit dah masa tu. Memohon harapan supaya doc suruh balik. Eheheh. Tapi hanya tinggal harapan. Doc ckp saya mgkin bersalin malam ni. Malam ni???? Lambatnye....jadinye saya hanya duduk di hospital sambil dgr org kiri kanan yg dah bersalin.
28 Ogos 2010
12pm
Suami dah kat hospital. Kitaorg berborak kejap dan family sebelah suami juga dtg bagi support. Dan tiba2 saya dah rasa sakit kembali. Sakit gila ..every 30minutes! Baby go go go! Eheheh. Tapi muka saya mmg tak bley blah dah, suami buat lawak pun dah mcm tak bley di terima akal. Erghhhhhh. Sakit!
28Ogos 2010
3pm
Sakit dah sekitar 15 minutes.
Doc ckp by 10pm mgkin saya dah selamat bersalin. Sbb bukaan masa tu dah 5cm.
28 Ogos 2010
5pm
Sakit jadi 10minutes dah. Saya dah dibawa ke labour room. Bersama suami. But sebelum masuk LR. Saya bisik kat suami "eh, kenapa dah hilang ek rasa sakit?"
Suami say pun pelik, "eh takk sakit dah ke?"
Saya semacam nak naik je duduk kat ward balik. Uhuhuhu. Tapi saya dah di LR. Doc check jalan lagi sekali. Tiba doc yg lain ni check jalan dia ckp baru 3cm. How come 5cm jadi 3cm???? Bluerghhhh. Terys putus semangat dan contraction pun dah takde. Tapi diorg mmg biar saya rest dlm bilik LR tu.
28 Ogos 2010
6pm
Saya mmg tak sakit dah. Tapi mcm sengal2 di perut. Suami pun dah keluar g solat asar. Saya ckp kat nurse, sakit perut, dan ckp eh. Dah 5 ke 6cm ni.. Errrr??? Wah! Saya terus bersemangat. Mgkin betul pukul 10pm kot nak bersalin ni... Hehehe
28 Ogos 2010
7pm
Segalanya pantas. Tiba2 dah 8cm. Dan kemudian 10cm. Last check 'jalan' tangan bidan tu dah mcm ade darah. Ohhh panic beb!
Tapi nurse dan doc serta suami sempat berbuka dulu. Doc yg nak sambut baby saya masih dlm perjalanan. Family saya dan family suami semua pulang rumah berbuka sbb igt lmbat lagi. Ehehhhe
28 Ogos 2010
745pm
Suami masuk labour room terkejut tgk saya dah siap2 di pasang untuk ke 'medan perang'. Sungguh berperang! Kitaoeg sama2 terkejut!
28 Ogos 2010
8.20 pm
Doc dah sampai dan terus Bismillahirrahmanirrahim
Doc : ok Mama u can push now(sambil senyum)
Saya push dan push.
Sambil selawat suami saya dan kedengaran azan Isyak berkemundang dan dengan itu jugalah lahirnya sang putra pejuang khalifah Allah, Naufal Wafiy kedunia.
Subhanallah.
Allah beri segala kemudahan dan kenikmatan.
Dan sekarang sudah setahun berlalu. Tapi kekal masih hangat di fikiran saya.
Mana mungkin melupakan detik yg mana kita merasa sungguh2 dekat dengan Tuhan. Menyerahkan segalanya pada Dia :)
Terima kasih ya Allah.
Today.
28 Ogos 2011
‎​​اَلْحَمْدُلِلّهِ.
Naufal Wafiy membesar dalam keadaan sihat.
Dan syukur tidak terhingga kerana Tuhan masih memberi susu badan sepenuhnya untuk Wafiy.
Rezeki Wafiy.
Insyaallah. Moga Wafiy terus jadi anak soleh dunia akhirat.
Terus mencintai Tuhan dan Rasul.
‎​آمــــــــــــين يارب العالمين
Selamat Hari Lahir Naufal Wafiy sayanggggg :)
From,
Umie dan Abie

Sent from my BlackBerry® smartphone

Monday, August 22, 2011

~Rindu semua!~

Assalamualaikum,
Happy working



;)
bye bye


~Sudah Lama Kita Tidak Bertemu ;-)~

Assalamualaikum,
Ape khabar duhai mak cik , pak cik, auntie, uncle dan semua,
Wafiy disini sihat,
Anggaplah ini surat tidak rasmi yang tidak berformat dari Wafiy
(Saya kan dah big boy, bahasa juga ala ala kemachoan gituwww)
hehhehehe..

Maaf, agak lama kita tak bersua,
Al maklumlah, umie saya bz,
Jadi saya juga turut sama memenuhi kebizian umie
(hehheheh< apekah bahasa saya kurang enak?)
ok ok kita tukar ...

Hye hye,
RIndu sgt nak berblog!
(aicheh)
Selamat berpuasa,
Tunggu keluaran edisi entry khas dari umie sempena ulangtahun pertama Wafiy key!
Wafiy sayang semua!
jumpa lagi!
;-)

-----@ Naufal Wafiy

Sunday, August 21, 2011

~Cinta Ramadhan~

‎​السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه.
Moga petang minggu yg penuh barakah :)
Ape menu berbuka korang today,
Haihhh, lama betul tak update kan,
Tapi sentiasa di hati jugak ;)

selamat beribadah dan mengejar cinta Ramadhan,
Penuh hikmah,
Penuh barakah,
Moga Allah tetapkan hati hati kita supaya terus teguh hingga bulan2 akan dtg,
Rebutlah cintaNya Allah,
Insyaallah, sama2 ya :)

Insyaallah bila selesai Ramadhan nnt mgkin saya punya kesempatan tuk update,
Wafiy lagi beberapa hari lagi dah nak setahun,
Doakan Wafiy ye :)
Dia anak lincah dan aktif,
Sejak dah tahu jalan ni mmg umie pun mcm tak cukup kaki tgn nak kejor,
Hihi...

Oklah,
Nnt key,
Saya akan update pic terbaru Wafiy,
Hingga jumpa lagi,
:)

-----@ ummi aie'sya
Sent from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, August 2, 2011

~Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan~

‎​السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه.
‎​​اَلْحَمْدُلِلّهِ,
Hari ni sudah hari kedua kita puasa kan,
Dan dikesempatan ini,
Saya baru sempat nak ucap Selamat menyambut Ramadhan buat semua,
Enjoy ur fasting moment!
Grab maximum present from Allah!
Ayohhh!

Pendek kata even sedang bekerja di ofis,
Sertakan dengan niat,
Supaya puasa kita tak sia sia,
Dan juga yg di rumah,
Setiap gerak langkah itu sertakan dgn tasbih!
Moga Ramadhan ini takkan pernag menjadi rugi buat kita.
:)

Mari teman juga rakan,
Jadikan Ramadhan yang paling indah buat kita,
Biarpun nanti Ramadhan meninggalkan kita,
Indahnya tetap terus terasa hingga Ramadhan seterusnya.
:)

Selamat berpuasa.
Berpuasa dari yang mengurangkan pahala,
Ayuhhh tambahkan berat timbangan bekalan kita di Hari Akhir nanti,
Kawal nafsu, kawal emosi dan diri,
Ayuhhh! Bersemangat!
;-)

Selamat bekerja untuk dunia juga akhirat,
Jadikan hari hari adalah bukan sia sia,
Mengingati Tuhan sebanyaknya, insyaallah kita takkan sahaja ingat malah kita terus berusaha menghampiri Tuhan yg menunggu kita,
:-)

Segalanya datang dari niat,
Berniat lah seperti mana kita berniat untuk puasa esok hari,
Dan pada waktu itu jugalah kita berniat terus mahu meninggalkan segala yang mendatang dosa juga khilaf,
Moga Ramadhan kita lebih suci dari noda,
Tiada yang menjadi sia sia,
:-)

Puasa itu bukan hanya berdiam,
Puasa itu adalah dengan bergerak!
Rasulallah juga berperang di bulan puasa,
Maka berperang juga kita di medan dunia,
Menangkis segala yang buruk,
Perolehi segala kebaikan,
Insyaallah :-)

Salam Ramadhan,

P\s : eh, wafiy dah boley menapak hampir sepuluh langkah tanpa berpegang apa2 :)
‎اَلْحَمْدُلِلّهِ!

-----@ Ummie Aie 'sya


Sent from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, July 27, 2011

~Lawatan Ke Pameran Pedang Rasulallah~

Salam and hye,
just a few pictas,
huhuhu,

ni minggu minggu lepas,
kami anak beranak ke Shah Alam,
pegi ngan Acu jugak ;-)
Alhamdulillah, ,elawat ke pameran pedang Rasulallah,





hehhehe
got to go!
wafiy dah dtg!!!!!!!!!!!!


Tuesday, July 26, 2011

~hye hye hye, dimanakah saya!~

Assalamualaikum......
hye hye...
lately ni agak susah nak upload blog secara bergambar,
but this time, sure!
HEHHEHEHE

so ape perkembangan Wafiy????
alhamdulillah,l
seorang bayi sihat dan tak lama dah tak jadi baby dah,
kamu dah nak jadi toddler sayang........

wafiy not officially boley berjalan dgn jayanya,
tapi setapak dua dan rebah itu dah selalu,
insyaallah, nnt dah boley jln dgn lajunya wafiy sendiri yg akan update!
heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee




ye ini lah gelagat terbaru sang anak,
sangat kecoh dgn moto nya,
hahahhaha,
adehaiiiiiiiiiiiiiiii...
so, wafiy ade je..cume umie yg agak tidak sempat update,
huhuhuhu...
nnt nak cuba update juga lawatan ke pedang Rasullallah tempohari,
ok allll,
have a good day!
;-)


Tuesday, July 19, 2011

~Andai Lelaki Tahu~

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mau kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mau menerima kamu seadanya, tetapi dia mau menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu & tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu & terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Dia hanya maukan yg terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia melebih-lebih.
Dia bukannya mau dipujuk dengan wang atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yg boleh buat perempuan merasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Seyogyanya Allah menciptakan lelaki & perempuan itu dengan perbedaan yg tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi & menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yg bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yg bisa menggoncang dunia & mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan saja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda & membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yg bakal menjadi perempuan, isteri juga ibu yg terbaik untuk anak2 anda.

(Kiriman dari teman)
May it's shine ur day! :_)
Salam rindu,

----@ Ummie Aie'sya


Sent from my BlackBerry® smartphone

Friday, July 15, 2011

~Lain Cara, Tetap Satu Jihad~

Assalamualaikum,
Salam Jumaat dan selamat petang ye,
‎​​اَلْحَمْدُلِلّهِ,
Moga setiap hari adalah membawa barakah kepada kita masing2
:-)

Maaf lama jugak dah saya tak blogging ni,
Apatah lagi nak reply komen,
Tapi hati sentiasa dekat meronta nak ke sini,
Akhirnya harini walaupun hanya dari bb ku,
Hehehehe

Kalau post entry melalui bb mmg terhad lah,
Nak post gambar tak bape xcess,
Apatah lagi nak baca komen dan blog walking,
Heheheh,

Apa yang penting Jihad tetap seperti rutin biasa,
Yang di pejabat,
Bukan sekadar berhempas pulas mencari rezeki seisi keluarga,
Bahkan Jihad ke jalan Allah,
Kerana itu punca rezeki,
Rezeki yg akan menjadi darah daging keluarga,
Maka hati2 lah kita dalam beribadah,
Bekerja itu ibadah kan...
Ibadah itu semata ke jalan Tuhannya kita,
Jika sedikit terpesong juga di ambil kira di timbang tara,
Nauzubillah...

Jika isteri,
Kita bekerja membantu suami,
Meringankan beban suami,
Syukur, mulia jasamu moga sampai ke sana,
dan setiap tenaga yang mengalir di pejabat itu di bayar gajinya,
:-) syukur ‎​​اَلْحَمْدُلِلّهِ,
Itulah ganjaran ibadah yang Tuhan beri pada kita.
Jika merasa kerja harini tak setimpal dgn gaji kita,
Anggaplah itu ganjaran dari Tuhan,
Percayalah, itulah bekalan buat kamu yang menerima dan tidakk bersungut,
Kerana itulah pekerjaan itu dipanggil ibadah,
Ibadah kerana Allah,
Maka jika kerana Allah,
perlu ada ketaatan,
Perlu ada kejujuran di setiap sudut
Insyaallah,
Moga kita terhindar dari perkara buruk yang memakan diri kelak,
Bekerjalah kerana Tuhan,
Pasti redha dan gembira ;-)
Itu jihad indah sang hamba

Dan buat suri yang dirumah,
Setia bertungkus segala,
Usah lah bimbang,
Kamu juga berjihad,
Sama.
Jika kerana TuhanMu,
Pasti semunya menjadi indah dan mudah.
Walaupun hanya di rumah,
Setiap langkah dari dapur ke depan juga di anggap ibadah,
Asal ikhlas, pasti setiap saat itu beroleh lebih dari sebakul pahala indah,
Kerana setiap hamba biarpun apa yg dilakukannya,
Takkan terlepas dari pandangan Tuhannya,
Menerima kehidupan dgn redha adlah lebih baik daripada bersungut dengan apa yang tiada.
;-)

Duhai ibu, teman, isteri juga bapa atau anak anak, atau siapa saja,
Bersyukur dgn rezeki yang ada,
Dan jgn mudah putus asa dgn kehidupan,
Kerana Tuhanmu juga suka bila kita kuat berusaha,
Asal tidak lupa siapa dan dari mana asal usul kita,
Asal yang hanya dari setitis air yang hina,
Dan dgn kasih syg TuhanMu,
Kemudian dijadikan kita manusia yang sempurna segala kejadiannya,
:-)

Saya berpesan bukan untuk kalian saja,
Malah untuk diri sendiri,
Kita kadangkala mengaku bersujud pada Tuhan,
Tapi sejauh mana sujud kita itu ikhlas dan diterima Tuhan,
Sedangkan kita sedar,
Kita punya penghidupan abadi kelak,
Penghidupan itu adalah kerana belas kasihan Tuhan,
Samada didalam golongan kanan atau golongan kiri,

Sebak menikam di dadamu itu adalah tanda kamu beriman,
Usah bertangguh lagi,
Moga sujud kita sama2 dgn air mata yang tak henti bagai mahu menghapus setiap dosa yg melekat pd diri...

Salam rindu pada Rasulallah,
Salam sujud cinta pada Allah...
Salam kasih dan sayang buat semua yang sudi membaca..
Moga hari ini dan seterusnya adalah hari yang pernuh barkah...
Aminnnnnn....
;-)

----@ Ummie Aie'sya

Sent from my BlackBerry® smartphone

Friday, July 8, 2011

~Jumaat~


............................
selamat hari jumaat

dan selamat bercuti esok keyyyyyyyyyyyyyy
;)

Thursday, July 7, 2011

~Hye Mentari Pagi~


Assalamualaikum.....
hye,,,,,
selamat pagi yeee
just wanna to say hye..
May Allah makes your day
:)

moga hari2 adalah hari2 yg penuh barakah Allah...
Now, setiap hari dan saban masa saya bersama anak yang setiap hari berbeza peel nya,

dan setiap masa belajar dan belajar tentang kehidupan dunia...
Moga Allah mengawasi dan membantu jalannya dan juga kita...

So, tak bley lama ni..
nnt saya text disini lagi key...
dan saya sgt2 rindu nak blogwalking blog korang semua..
huawaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......
oklah
tatattatat

Wednesday, July 6, 2011

~Baju Melayu Wafiy~

Assalamualaikum,
hehehheheh,
Macam biasa,
at least satu minggu satu kali pun oklah kan..
betul betul windu wooooo

Ini kisah baju melayu Wafiy,
Haitu pegi Jusco Puchong, IOI..
Punya lah dok belek dan dok try,
saje nak kasi wafiy pakai baju melayu,
Boley pakai mayang traweh nnt,
kikikiki,
iya ke tu...?

Iye..mmg sengaja beli,
nak ajar diye pakai,
hehehhe
(ke mak nye yg semangat lebih)
Actually beriya tokde nak beli seppasang,
so jadilah ia...

aicehhhh....


masa dok sibuk beli...
dengan senang hatinye,
terjumpa Alfiy yg chomel ni,
hehehheheh
Jumpa Xeaa sekali!


maka berkenalanlah sekejap dengan Xeaa,
Selalu kenal anaknye saja,
hehhehehhe,
Tak sangka pulak jumpa kat sane :)

Dan kami pun pulang,
Sampai di rumah...
Wafiy pun melaram...

Ok Wafiy,
lepas ni kena solat sama2 key...;)


Thursday, June 30, 2011

~Anak Yang Cergas~

Assalamualaikum,
Hye...
Sekarang adalah memerlukan tahap kesabaran yang tinggi,
Kerana tahap keaktifan Wafiy juga sangat maksima,
;-)
Betol2 explore satu rumah,
Rumah sendiri dan juga rumah orang key,
So jaga2 lah korang kalau Wafiy pegi umah korang,
Hehehehhehe

Anak2 kecil seperti ini smemangnya seperti teruja melihat dunia,
Sbb tulah benda yg kita tak kasi dia buat jugak,
Budak kecik kan, manalah dia tahu boley ke tak boley,
Bahaya ke tidak,
It's ok to let them enjoy to explore,
But we have to guide them,
Let their neuron move in a good way.
Insyaallah ;-)

Setiap tindak dan action,
Harus dirakam kemas2 dlm kepala tau,
It's so memorable.
Takkan kita dapat kejar walau sesaat kebelakang,
Kalau bekerja, pulang saja ofis mesti tak sabar jumpa anak,
Dan walaupun penat,
Tetap dilayankan ;-)

Wafiy sangat aktif.
Tak tahu nak ckp berapa kali tapi nyata dan pasti umi juga lembik dibuatnya,
Hehheheh,
Itulah penting Spiritual Parenting,
Moga kita berjaya mendidik anak2 di jalan yg benar dan sabar..
;-)

P\S: wafiy dah keluar gigi, makanya asik menngigit, huhu

-----@ Ummie Aie'sya
Sent from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, June 28, 2011

~Wafiy Say, Gimme Ten!~

Assalamualaikum,
ENtry ni paling tak boley tinggal key,
Hari ni Wafiy dah genap 10 bulan,
10 bulan dahhhhhhh..
Ye 10 bulan,
;-)

Pejam dan celik,
Tido dan bangun,
Sekejap je anak dah besar depan mata kan,
10 bulan maknanya 10 bulanlah Wafiy kat dunia ni,
Maka tolong bayangkan dah lebih 10 perkara yang dia pandai buat..

Wafiy memang pandai,,
Pandai makan sendiri
(maka habis berkecah kecah lantai dan bertempek nasi kat muka)

Wafiy mmg sangatlah pandai,
Pandai berdiri
(Dan mengecahkan dan membaling segala hiasan rumah yang dulu tersusun cantik)

Wafiy memang sangat pandai ,...
Kalau masuk dapur habis suma kabinet dia kasik bukak,
Aiyohhhhhhhhhhhhhh

Wafiy sangat pandailah kalau bab bab,
Mengoyak segala surat khabar dan kemudian masuk kedalam mulut,
Yummeh kata Wafiy...

Wafiy dah sgt pandai dan terror bab makan,
Suma org mkn dia nak,
Semua ok termasuk sambal belacan,
hihihihihi

Wafiy anak yang pandai dan baik hati,
Selalu tolong umie kinjah kain,
Kita lipat dia kata tak lawa,
kemudian dia kata bak sini Wafiy nak lipat,
Memang LAWA pun dia lipat...

banyak perkara,
Banyak hal,
memang Wafiy pandai buat,
Wafiy hero Umie,
Juga menjaga Umie bila Abie takde,
Sememangnya anak lelaki begitu kan,
Menjaga keluarganya,
Insyaallah,
Moga Wafiy terus jadi anak soleh dunia akhirat,
Selamat 10 bulan sayang...
May Allah be with you...




-----@ Ummie Aie"sya

Monday, June 27, 2011

~Nenekku Baby Shower~

Assalamualaikum and hye,
Just nak post gambo ,
Haitu Wafiy gie nenekku fidos baby shower!






themmm!


to fidos..................

May Allah be with you,
Selamat melahirkan key,
Selawat banyak2,
Ini perjuangan dalam hidup yang bukan sia sia,
Ini perjuangan hingga akhir hidup dan akhir nafas kita,
Berserah pada Allah,
Doa kami bersama kamu ;-)
Al Fatihah ;-)

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak anak adam dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri : " Bukankah aku Tuhan Kamu?" Mereka semua menjawab "Benar Kami Bersaksi".

Maksud Ayat 172 Surah Al A'raaf (7)

-------@ Ummie Aie;sya

Friday, June 24, 2011

~Ucapan Hari Bapa Yang Lalu~

Assalamualaikum,
Subhanallah.
‎​​اَلْحَمْدُلِلّهِ diberi keizinan menjenguk rasa disini,
Maaf terlewat untuk entry ni,
Nywez, Anywez Happy Father's Day

Moga sihat2 ya...
 a special for all dad outside there,
On behalf Naufal Wafiy...:D

Abie,
Ku lihat kau tersenyum girang di saat menyambutku,
Dengan lembut kau menyambutku untuk mendakapku,
Kau menciumi ubun2ku,
Lalu di laungkan Azan di telingaku,
Ya, saat itu adalah pertama kali ku melihatmu.

Abie,
Waktu ku bersamamu tidak sekerap umie,
Umie saban waktu bersamaku,
Namun saat dirimu tidak ku lihat,
Aku membilang2 hari untuk bertemumu,
Rindu itu menjadi indah...
Pabila kau pulang,
Tanpa rasa lelah kau mendapatkan aku,
Mengendong terus menciumiku...

Abie,
Aku mula mengenal perjuanganmu,
Berhari hari kau tiada,
Dan kemudian pulang membawa senyuman,
Umie bilang..abie pergi berjuang dan akan pulang dgn senyuman juga barakah indah..
Yang pasti aku gembira bila melihat wajah yg dinanti sekian hari..
Abie,
Jangan terbeban menggalas perjuangan ini,
Jangan kerana setelah lahirnya aku kau merasa berat dipentas perjuangan,
Jadikanlah aku sebahagian semangatmu,
Moga mengalir cinta yg dikejar,
Cinta Dia Pemilik Semesta Raya..
Abie,
Maafi aku,
Kerana di saat ini tiada apa2 yg bisa ku bantu,
Walaupun hanya anak kecil,
Aku juga berjuang,
Kerana aku tahu aku anak sang pejuang,
Berjuang kerana Dia,
Berjuang kerana agama,
Berjuang kerana 165,
Moga Allah tersenyum melihat perjuangan ini,
Moga Allah terus karunia kekuatan buat Sang Pejuang sepertimu,

Abie,
Aku mendoakanmu,
Moga dirimu dilimpah barakah yg tiada tandingnya,
Lalu doakan untuk diriku,
Bantui aku,
Menjadi anak soleh dan taat pada perintah Allah,
Ajariku mengenal siapa Tuhanku, Allah,
Ceritakan padaku begitu hebat rindu Rasullallah kepadaku..
Moga kelak aku bisa menjadi pejuang sepertimu :D
Terima kasih Abie...
Selamat hari bapa,
Love you because of Allah <3

Salam sayang,
Naufal Wafiy

------@ Naufal Wafiy

~Hye(,")~

Assalamualaikum,
Moga Allah menceriakan kamu kamu kamu,
Esok cuti ek...
hehehhehe

Anywez, ini bukan entry berjadual,
tapi entry benar benar di taip skang tau,
Pinjap laptop hubby,
huhuhuhu,
Kejap lagi dia dah nak pi berjuang,

So,
hanya pendek dan ringkas,
Kami rindu semua...
C u!!!

latest picta!! yeayyy!


Thursday, June 23, 2011

~Testing Again~

Sent from my BlackBerry® smartphone

~Segalanya Milik Mu~

Assalamualaikum,
Selamat pagi dan moga sentiasa bersemangat,
;-)

Alhamdulillah,
Sekali lagi kita masih menghirup segar udaranya dari Tuhan,
Seperti merasa udara itu milik kita kerna bebas bernafas di segenap sudut,
Nyata pasti bukan jua milik kita,
;-)
Jika sedetik Tuhan tutup laluan udara itu ke dunia,
Mahu meraba ke mana kita di saat itu...
Tapi itulah kasih sayang Tuhan...

Kita hanya manusia di bumi Tuhan,
Kadang kala kita terlalu beringat,
Dan kadang kala kita lupa siapa milik kita,
Merasa terlalu selesa dengan apa yang ada,
Sehinggakan merasa susah untuk berbagi rezeki yang ada...

Tahukah kita bila masa kita?
Takkan pernah tahu melainkan Sang Pencipta Semesta Raya,
Jika esok, maka esoklah waktunya,
Jika saat ini maka serta merta menyentap di dada,
Jika hari ini, maka itulah kehendak Dia,
Dan pada bila mana pun pastinya milik Dia ,

Dan bila sampai waktunya,
Tak mungkin mampu kita berkata apa,
Tak mungkin sempat kita meruntun di waktu itu memohon ampun segala,

Kematian adalah permulaan baru kehidupan si mati,
Kehidupan di alam kubur,
Hidupnya dengan cahaya dari amalnya,
Segala bergantung pada keuntungan pahalanya di dunia,
Dan waktu itu mana mungkin kita mahu bersujud memohon ampun,
Bagaimanakah waktu itu,
Gelap dan suram ?
Cahaya dan bersinar?
Panas atau sejuk,
Luas atau makin dihimpit tanah..?
Nauzubillah...

Kehidupan yang tak mungkin kita dapat melihat dengan mata kasar,
Itu adalah urusan Tuhan,
Hanya mereka dan Tuhan yang tahu,
Tapi kita beramal dan tahu segala nya,
Dan segalanya di tangan kita,
Berdoa dan berusaha memperoleh kehidupan yang bahagia di Akhirat,
Itulah matlamat kita selain mahu berjumpa Allah,

Moga jiwa kita makin tenang,
Insyaallah,
Carilah kehidupan mu yang sebenar,
Kerana is takkan membawa yang sia sia..
Selamat menikmati kehidupan :_)
Kerana kehidupan kita milik nya Tuhan :-)

------@ Ummie Aie'sya

Wednesday, June 22, 2011

~Kenapa tak boley~

Assalamualaikum and hye..
huhuhuhu,
kenapakah tidak dapat nak upload gambar dong..............
huhuhuhuhuhu....

dah semangat jadik terbantut!

---------@ Ummie Aie'sya

~Ya Allah, Hatiku Gembira~

Assalamualaikum!
Dengan penuh bersemangat dan berkobar-kobar,
Serius tau,
Ini kemuncak rindu woooo,
Hahahhaha,
Saya maksudkan blog nih,

Kehadapan yang menunggu entry dari kami,
(Ummie dan Wafiy)
Saya mintak maaf banyak2,
Hehhehehe,
(chewah..ade ke tunggu entry kami niiiii)
hihihi..
(Masyaallah, dari start type sampai skang asik tersenyum, happy giler beb)
Hahahahhaa,

Ok ok ok,
Kekangan masa dan juga kemudahan canggih masa kini telah menyebabkan beberapa entry tersekat,
My Lappy, Aisha telah lama tidak sihat,
Makanya sekarang sedang menggunakan laptop suami,
Itu yang berjanggut nak dapat tuh,
hehhehehehe...

SApe tak rindu kot,
rindu nak sharing , rindu nak kasi type,
Rindu nak sharing!!!
(Sampai dah terlupa nak sharing ape..happy! :D)
Thanks Abie Wafiy...

So, ape citer....
Wafiy?????
Masyaallah,
Dia mmg sgt aktif ok,
Badan pun dah mcm kurus sket,
Tak lama lagi dah nak 10 bulan tau....
Lagi dua bulan dah nak setahun...
Subhanallah....

Korang,
Terlalu banyak nak story nih....
saya cuba post entry berjadual key,
Insyaallah setiap hari ade entry untuk mggu depan,
I'll try my best!!!!!!!!!!!!!!!

Ok, jumpa lagi,
nak kasi update my latest pic wif Wafiy................
Tapi apesal tak boley ekkkk,
huhuhuhu,
oklah kejap lagi cuba lagi key...


------@ Ummie Aie'sya
 Baby Birthday Ticker Ticker
Lilypie First Birthday tickers

Lagu Kita

Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...