My photo
Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.

Friday, December 30, 2011

~Temerloh~


Assalamualaikum,
Last weekend kitaorg balik Temerloh,
Singgahlah di Pekan Sari,
Hihihi, sebab tu ade gambar kat atas tuuu,
Pertama kalinya Wafiy jejak kaki kat Temerloh,
Dan sampai nak balik pun dia taknak,
Sanggup dia bye bye kitaorg masa nak balik tuuu,
perghhhhhh......

Balik je rumah, tokde bawak baju yang Tok Ma beli,
So sesi try baju sbb takot tak muat,
Alhamdulillah semua muat cantik punya,
hehehhehe,
"yo! it's me!"


Ini plak baju tokde beli,
Baju dah ok,
cuma seluar besar sket,
Ini gaya mcm nak bercerita
"Padaaa suatu hariiiiiii........."


Ye, anak teruna ku ni dah besaq panjang,
sat ja masa kan,
Tahun depan dah 2012,
Selamat Tahun Baru uolsssssssss....
Peace!
;-)



Friday, December 23, 2011

~Mummy Yang Empat Bulan ++++~

Saya Tukang Cakap Hari Ini

Assalamualaikum,
Hye....
Hari ni Wafiy yang menjadi tukang cakap-cakap ok,
Kasi chance lah kan,

Semalam kami p Maeps lagi skali,
Ada sedara dari kampung datang,
Tapi Wafiy dalam mood yang tak berapa sihat,
Ada batuk dan selesema seket,
Tapi Wafiy ok je bab makan,

Cumanya bila makan steamboat ni Ummie Wafiy tu dia tak bape layan sangat kot ,
Mungkin diya penat atau mmg dia mcm tak bapa lalu makanan laut ni kot,
semalam dia byk makan telur dan bihun atau mee,
Tapi layan jugaklah dia mkn mcm tu,
Macam sedap je diye mkn haaa...

so ini picta latest my ummie yang mengendongkan adik saya itu ;-)

makan .

Dan Wafiy juga mmg masih seleema,
Dah dua hari selesema,
Semalam Abie baru balik Training dan esok ke Training lagi,
Jadi esok Umiie dan Wafiy je balik Temerloh ngan Wan semua,
Ade kenduri,
;-)

Oklah,
Next time jumpe lagi okeh,
Ini picta Wafiy dengan Pak chu Haziq

Maafkan muke slenge saya itu.


So salam Jumaat jugak ya untuk semua,
Have a nice day ye,
Doa Wafiy untuk semua,
Al Fatihah.
:-)


------@ Naufal Wafiy

Wednesday, December 21, 2011

~Cekodok Tengahari~

Assalamualaikum,
Sebenarnya suasana agak stress,
Urghhhhh..
Tapi haruslah dikawal ketat kerana tidak elok utk kesihatan ibu dan bayi..

Jadi mari kita makan cekodon ini..
Mahu??????????

Nyum nyummmm

Siape mahu cekodok tengahri?
Ini dia cekodokku hari ini..

huahauhauahuahua..

Maaflah hari ini ku rasakan awan berarak mendung,
begitu jua perasaanku,
cheewahhhh, hihihi

Iyeeee,
saya stress tapi berlagak cool.
(-_-)

oklah bye.

-----@ Ummie Aie'sya

~Cekodok Pagi Ini~

Assalamualaikum..
Selamat pagi,
Dah breakfast ke?

Kalau belum...ini cekodok untuk kamu kamu..
hehehhehehe


psst : Wafiy , jangan maraa arrrrrrrrr..

hahahha

-----@ Ummie Aie'sya

Tuesday, December 20, 2011

~Rehat Waktu Petang~

Assalamualaikum
mataku berpinau pinau sekejap,

Sangat penat badan dan juga mata,
Rasa kalau dah sampai rumah tu dah mcm longlai habis
Lembik.

Sekejap je adik Wafiy dah masuk 4 bulan,
Bulan berganti bulan pun dah mcm minggu berganti minggu
Sangat pantas ye.

Wafiy pulak makin manja dan lasak
Dan paham bila orang marah dia,
Dah dah pandai buat muka monyok kalau dia tak suka
Hahahahhaha
Memang kelakar
Tapi saya belum sempat snap gambar dia sambil memonyok tu

Pregnancy kali ni mmg mencabar
Awak akan berdikari bersama seorang putera mahkota yang lasak dan juga mengendongkan si chomel yang makin membesar dalam perut ini
Mencabar bila banyak nak diuruskan sendiri
Jadi lebih mencabar bila si abang mmg tak kasi pergi dapur time perut dah lapar mintak suruh panaskan kuali di dapur,
Berdouble-double mencabar bila si abg yang hensem ni tak kasi umie diya masuk bilik air mandi
DAN TRIPLE MENCABAR  bila si abg syok main titik titik susu choklat atas lantai,
nampak berseni katanya,
MALAH si abang merasa senang hati melihat semut dengan tenteranya datang menghurung.
FUHHHHHH..
dan banyak lagi okay saya tak tau nak cakap yang mana satu.

Tapi syukur,
 kalau suami ada mmg suamilah yg byk tolong walaupun beserta leteran yang 'chomel'
Ye , mmg chomel kalau org lelaki berleter,
Chomel ++++ kot,
hahahhaha dan boley membawa juntaian air mata youuuuuuuuuuuu

Tapi sememangnya rutin kehidupan saya banyak bersama Wafiy,
Suami berjuang , kami juga berjuang,
Masing-masing punya tanggungjawab kan...

Apa pun,
Syukur pada Tuhan,
Alhamdulillah ;-)

Moga Allah berkati hidup kalian semua,
Have a good time,
Hari ni target nak balik awal..
Fuhhh. AMIN!
(harap-harap dapatlah dongggggggggg)


waktu ni baru belajar buat muka kot...
sekarang lagi ketara kot...

;-)

-------@ Ummie Aie'sya

Monday, December 19, 2011

Thursday, December 15, 2011

~Release Tension Sekejap Boley Tak?~

Assalamualaikum,
Baru habis meeting tadi,
Bila dah habis meeting mulalah rasa berat satu mcm atas kepala,
;-)

Esok ade SKT kat PD,
Kalau ikut kan sampai Ahad,
Mula-mula boley bawa family,
Now cakap tak boley pula,
Lagi bertambah berat lah kepala ini,
Sebab akan tinggal keluarga,
Lagi ralat bila malam ni husband kan pulang dari berjuang selama seminggu hari tu,
Dan akan berjuang semula pada hari isnin untuk beberapa hari juga,
Dan bila nak spend time sama sama dengan Wafiy.

Mula-mula masa diorg cakap boley bawa family,
I am ok...
Last minute cakap tak boley pulak sbb masalah teknikal,
Trus rasa upset,
Berkocak jiwa raga,
Rasa sedih gila,
Suami saya sangat sangat jarang dapat cuti hujung minggu,

Tapi lambat lambat saya cuba realize,
Cuba kasi semangat tuk diri sendri,
Walaupun hakikatnya saya masih memberontak kecil dalam hati,
Tapi memang saya mmg silap kan,
Mana mungkin saya boley bertindak mcm tu,
Saya sepatutnya bersabar dan percaya,
Yang setiap yang dirancang untuk kita juga kerana izinnya Allah,
Kadang2 saya ada juga terfikir,
Kenapa jadi begini, kenapa  jadi begitu,
Tapi jika banyak sangat rasa tak setuju dalam diri samalah juga kita merasakan tak setuju dengan perancangan Tuhan,
Astaqfirullahala'zim.

Lately ni banyak sangat yang berlaku,
Maksud saya kerja di tempat kerja,
Kalau nak ikutkan adil mmg banyaklah yg kita rasa tak adil,
Tapi Tuhan mengadili dengan cara Tuhan,
Tuhan Maha Adil.
Percayalah.

Lemah.
Bila merasa diri ini lemah.
Saya mohon sangat sangat kekuatan,
Kekuatan mana lagi yang saya harapkan,
Melainkan dari Yang Maha Kuat itu.
Kalau nak diikutkan keupayaan diri sendiri,
memang tak tertanggung.
Kalau nak fikir semua yang dirasakan itu beban, maka makin tersiksalah jiwa dan raga,
Dari mana lagi kekuatan luar biasa yang mampu di dapatkan,
Hanya dari Dia.

Ohhhh,
Sungguh gelora jiwa ini berkocak lagi,
Istiqfar dan istiqfar lagi,
Betapa susah untuk mengikhlaskan diri sendiri,
Meikhlaskan suami sendiri pergi berjuang pun tidaklah sesusah ini saya rasakan,
Mungkin ini yang dirasakan suami saya ketika keluar rumah berjuang kerana Allah,
Bukan sekadar suami saya sekarang,
Juga saya sekarang mesti belajar meikhlaskan diri kerana Allah,
kerana terang-terang saya bekerja bukan mengejarkan semata-mata dunia,
Malah disebabkan pekerjaan itu ibadah kerana Allah.
Jika bersungut, maka tiadalah lagi ibadah,
Jika kerja ini bukan lagi ibadah maka sia-sialah selama ini,
Berpenat lelah siang dan malam hanya untuk dunia, hanya untuk keluarga?
Sedangkan redhanya Allah dimana?
Hanya untuk keluarga?
Bukankah kita mahu bawa keluarga bersama-sama ke Jannah...
Maka saya harus, saya mesti , saya wajib ,
Tanamkan dalam2 hati saya supaya saya lebih ikhlas melakukan semua ini,
Walaupun saya tak tahu bagaimana kehidupan akan datang,
Maka dalam setiap apa pun yang dikerjakan saya mesti wajibkan dalam diri saya betapa Tuhan merancang semua ini untuk saya kerana Dia lebih tahu kemampuan saya.
....................................

Subhanallah...
Menaip semua ini seperti melepaskan sedikit beban berat dalam kepala saya,
Seriously.
;-)

Bagaimana lagi yeeeee....
Saya sayangkan suami dan anak-anak saya (ye, termasuk adik adik wafiy kelak),
Saya harap redha dari suami juga anak-anak dalam kehidupan seharian dengan mereka,
Saya juga mohon yang tak pernah henti moga redha Allah juga bersama saya,
Saya mahu bertemu seluruhnya dan semuanya yakni suami, anak-anak, ibu , ayah, mertua, adik beradik,ipar duai,saudara2, sahabat2, teman2, serta seluruh umat Muhammad kelak di Surga, dihadapan Allah.
Maka kehidupan dunia perlu dijaga,
Kerana sedikit goyahnya iman dalam diri kita,
Membawa selangkah ke neraka yang tak tertanggung azabnya,

Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar.

Bermulanya dengan perasaan yang sedih,
Kita akan mula marah sedikit demi sedikit terhadapa sesuatu yang kita rasakan tak patut terjadi,
Kita akan cepat menyalahkan orang lain kenapa dan itu terjadi pada kita,
Bila menyalahkan dan menunding pada yang lain,
Kita juga sebenarnya sikit demi sedikit  mula menyalahkan ketentuan Allah.
Itulah namanya manusia adalah lemah,
lemah mengawal emosi.
Kawan juga kita boleh jadikan lawan,
Segala nya kita akan rasakan tidak adil,
Bertambah sakitlah jiwa kita,
Dan mungkin lagi parah jika its starting bernanah and bayangkanlah lah kalau bawu nanah tu mcmane kan...
Memang sangat perlu kita rawat dengan cepat,
Juga kepada saya dan kita kita ini...
Insyaallah moga hidup lebih diberkati..
Aminnnn. :-)

Oklah,
Kena tata dulu,
Got to go, go go go go...heeeee

dan ini encik Wafiy yang ..............ucuk,,,,,,,,,,





--------@ Ummie Aie'sya

Wednesday, December 14, 2011

Monday, December 12, 2011

~Gara Gara Karipap Ini~

Assalamualaikum,
Hye Pagi Isnin,
Alhamdulillah moga hari ni lebih diberkati ...

Hari ni macam biasa keluar pepagi hantar Wafiy,
Kadang2 kalau minyak tak dak after hantar Wafiy mesti sempat kalau nak isi minyak dekat Petronas Serdang,
Kadang2 kalau lapar sempat beli breakfast sekejap kat depan Uniten,
But Today macam tak sempat nak buat dua2,
Sebabnya minyak kerata dah tinggal satu takak,
Dan Hati meronta ronta nak makan karipap Sardin depan Uniten,
So kenalah buat pilihan yang bijak lagi mantap...
hahahhahaha...

Tapi hari ni saya telah membuat keputusan mengikut kehendak bayi dalam kandungan
(hahahhaham ayat tak bley blah, maka bayi dimuatkan dalam edisi hari ini)
Ye betul, saya membiarkan minyak satu takak itu dan menuju deras membeli Karipap.

Hahahhaha, maka dapatlah Karipap yang dirambangkan di depan mata,
Abie dah pesan kalau teringin mesti makan,
Takut meleleh cam Wafiy nnt,
huhuhuhuhhuhu....

Dan saya alhamdulillah berjaya selamat sampai di opis dgn berbekalkan minyak satu takak,
Maka pulang baru isi minyak lah....
huhuhu,
Actually today mcm akan byk gila kerja,
sebab tu saya update awal-awal.

Karipap oh karipap,
eh memang sedap tau,
lain dari yg lain,
besar inti plak banyak.
Memang Mantap!

nilah karipap ituuuuuuuuuuuuuuuuuuu



hihhhii
oklah tata bye bye....

nanti lapang2 sket saya update cerita Wafiy di Rembau key..
;-)

---------@ Ummie Aie'sya

Friday, December 9, 2011

~Abang Long Wafiy~

Assalamualaikum..
Good morning..
Salam pagi Jumaat.
;-)

Orang orang selangor bercutilah ye hari isnini,
Putrajaya yang sebelah Selangor hanya tersengih kambing lah ,
Hehehhehehe

Apapun, Bila dah sampai Jumaat memang rasa cepat2 je,
Nak cepat cuti, heeee

Tapi weekend ni Abie tak de,
Seminggu nanti Abie takde,
Today dah ke Pahang,

So Wafiy and Umie again,
Belum tau nak buat ape weekend ni,
Yang pasti nak kemas rumah,
Nak kemas dan kemas mcmana pun tak tau laaa...
errrrrrr....

Ni ade gambar Wafiy kat bawah rumah,
Ape  ntah yang dia tengok
Abg Long Wafiy..heheheh
Dah besar macam abg kan?





oklah...
see you lagi yeeee,

--------@ Ummie Aie'sya

Thursday, December 8, 2011

~Every Single Day~

Assalamualaikum dan hye,
Before nak mulakan keje today,
Just nak sharing cerita benar,
heeeee..mmg benar lahhh...

Setiap pagi sekarang saya kan kuar rumah,
 dari Putrajaya pukul 7 sharp dah gerak ke Serdang,
Hantar Wafiy rumah Wan,
Dan akan patah balik semula ke opis di Putrajaya,

Dan begitu jugaklah balik,
akan kuar dari Putrajaya menuju ke Serdang,
Dan Pulang semula ke Putrajaya.

Sebenarnya walaupun kilometernya menjadi bertambah,
Tambah apa yg lagi nak di kisah kalau hati ni tak lah susah hati sgt,
Walaupun kena ulang alik tapi bagi saya masih ,
Lagi tak ok kalau saya hantar ke Pengasuh lama tu, dia meraung menangis dan muka kusut masai dan muram + sedey...
huuuuuuuuuuuuuuuuu,
Saya dah tak sanggup nak hantar ke tempat lama walaupun rumah pengasuh tu atas rumah saya je,
Just tekan lift, naik dan turun,
Mudah dan senang, tapi hati gundah dan tak tenang,
Sebab Wafiy mmg tak nak ke sana,
Meraung diya lain mcm..

Jadi amatlah saya perlu bertindak awal,
Biarlah jauh seket tak apa kan....

Dan begitulah rutin setiap pagi hari bekerja,
Biasalah masa pagi2 tu Wafiy mmg akan merengek jugak sket,
Tapi sekejap je dan dpt kwn kat rumah Wan diya,
Maka main ajelah diye tuuu

Wafiy mmg makin manja dengan saya sekarang,
Pantang kalau nampak Umie, terus sua tangan,

Wafiy dah besar...
Wafiy dah sangat faham....
Bila nak kena tinggal...
Bila nak kena tunggu umie balik..
Bila tetiba dalam dua atau tiga hari tgk Abie takde...
Dia dah faham....


Moga hari ini penuh keberkatan buat semua.
Al Fatihah.

Tuesday, December 6, 2011

Monday, December 5, 2011

~4 December~

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, moga keberkahan buat kita semua,

Semalam,
4 Disember 2011,
Genaplah dua tahun,
Ulang tahun perkahwinan saya dan suami,
Syukur Alhamdulillah.
;-)

Dua tahun berkongsi hidup,
Setiap hari saya belajar memahami suami,
Belajar menjadi seorang isteri yang disenangi suami,
Belajar mencuba menjadi isteri yang lebih peka terhadap keperluan suami.
Saya akui, sampai sekarang saya masih punya kekurangan sendiri,
Tapi tak pernah saya cuba dan berazam untuk jadi lebih baik.

Kadangkala, sebagai manusia kita hanyut dengan perasaan sendiri,
Sedangkan kita tahu perasaan yang tidak baik itu memakan diri,
Jadi saya selalu positifkan diri,
Jika masih saya lakukan kekurangan saya tetap berusaha cuba baiki,
Kadangkala kita juga dipengaruhi oleh "mood" yang kdg2 ok, kdg2 sangat tak ok,
Dicampur penat dan letih benda yg sepatutnya disempurnakan dgn baik jadi kurang baik,

Tapi Alhamdulillah,
Saya bersyukur sangat sangat pada Tuhan,
Yang memberikan saya suami yang memahami dan anak yang menyejukkan hati,
Betapa Tuhan itu menyaksikan segalanya,
Tuhan melihat segala penat lelah kita,
Jika merasa penat dan mula merasa penat itu sia sia,
Ingatlah Allah Tuhan yang melihat kesusahan itu,
Jika bukan di dunia maka di akhirat pasti di balas rasa bahgia itu,

Syukur sekali lagi,
Allah berikan saya kebahagian bersama keluarga tercinta,
Kehidupan rumah tangga masih baru bagi saya,
Banyak selok dan belok harus saya terokai,
Banyak yang perlu saya belajar ilmunya,
Banyak rasa garam dan gula yg belum dicicp bersama,
Segala keindahan dan kesedihan itu ujian dari Allah.

Moga Allah bimbing hati saya dan suami,
Moga Allah bimbing kami mendidik anak-anak kelak,
Sungguh moga Allah pilih cinta kami ini sampai Syurga,
Sungguh kami mahu Allah yang menjadi landasan cinta keluarga ini,
Sungguh kami tak mahu Allah tidak memandang keluarga kecil ini,
Moga diberi keberkahan dan cahaya dalam keluarga ini,
Moga makin berkembang cinta kami ini kerana Allah, Ar Rahman.
Moga kami ini dipilihNYA sebagai pasangan di Syurga kelak,
Moga dibuka jalan dan pintu Syurga seluas luasnya duhai Allah...
Amin Amin Amin.

Selamat Ulang Tahun Abie...
Moga Allah bersama kita selamanya..
Kasih sayang hanya kerna Allah, ;-)

4.12.2009-sampai ke Jannah. AMIN.



-------@ Ummie Aie'sya

Friday, December 2, 2011

~Bila Sayangkan Anak~

Assalamualaikum,
Hai, ini Umie diya,
hehhehe

Wafiy today duduk ngan Abie,
Coz Abie dah cuti,
So ni Wafiy ikut gie Solat Jumaat dehhh
hehehhehehe

Actually sekarang waktu rehat yang berharga sbb selalunya Jumaat pun saya bz,
Tapi tidak hari ini...yeayyyyy
So di waktu nilah saya nak mencoret sedikit rasa hati..
Aicheh...

Bukanlah rasa hati apa pun,
Cuma terkenang anak bujang yang semakin membesar dan melasak,
;-)

Alhamdulillah,
setakat ni Wafiy membesar dengan baik,
Tapi kebelakangan ni Wafiy sangat manja dengan saya,
Kalau ikut bak kata org,
Budak kalau nak dapat adik mmg mcm gitu ekkk,
Mungkin lah jugak...

Waktu saya tinggal Wafiy di rumah Wan,
Wafiy mmg okay, happy dan sakan sangat main,
Tapi bila dia dah nampak saya, mesti dia akan slow2 merengek atau mintak saya dukung,

Setakat ni , bila ade org tahu saya sedang pregnant yg kedua,
Semuanya komen positif,
Belum ade yg bg komen yg negatif yg ntah ape2 tu,
So sangat bersyukur...
And feel like everyone pray for me and my baby too

Bukanlah bila Wafiy dah dapat adik saya takkan sayang Wafiy banyak,
ini bukan soal banyak atau sedikit kasih sayang,
Ini adalah erti kasih sayang yg dicurahkan kepada anak anak,

Wafiy walaupun masih budak,
Tapi mereka boleh memahami,
Dan waktulah waktu yang sesuai kita bercakap dan bagitau dengan dia,
Tentang kasih sayang dan bukan tentang berapa byk kasih sayang...
Supaya sampai dia dewasa dia tahu kasih sayang adalah bentuk perasaan yg lahir dari hati insan secara ikhlas

Saya selalu bercakap dengan Wafiy,
Walaupun sebelum saya mengandung,
Saya selalu cakap waktu main ke, rehat ke, minum susu ke,
Selalu cakap mcm ni
"Wafiy, bila bila nnt Wafiy akan jadi abang tau"
Dia mmg waktu tu tau senyum dan tergelak2 je,
Tapi lama2 dia akan faham....
Dia akan faham bahawa akan ada orang baru bila tiba masa nanti...

Alhamdulillah bila dah pregnant ni lagi lah selalu saya pegang tgn Wafiy sambil suruh dia pegang perut saya,
Wafiy mmg tak tau pun, tapi dia akan pegang dan senyum...
Dannnnnnnnn...dia akan tampar perut saya sambil tergelak gelak,
Memang mula2 dia akan ikut je kite buat,
Tapi tak mustahil nnt dia akan perasan yang perut umie diya membesar dan tiba2 bergerak2,
;-)
Itukan kasih sayang indah buat anak sulung kita,
Walaupun dia tak faham sgt yg bergerak2 tu adik dia,
hehehhehehe

Selalu juga saya ckp pada Wafiy,
Sayangkan Umie dan Abie,
Tapi Wafiy mesti cintakan Allah dahulu juga Rasul,
Juga ingat ya Wafiy sebelah kanan dan kiri ada malaikat mencatit segala apa ja yg Wafiy buat,
Baik buruk semua dicatat...
Saya ckp waktu dia dah mcm lali nak tdo,
Walaupun nampak mcm dia tak faham ape2,
insyaallah waktu tu ape yg kita ckp mersap masuk kepada si anak,
Bercakaplah setiap hari insyallah diterima si anak nnt,

Membesarkan anak2 memang byk pancaroba,
Sebab tu Tuhan kata,
Anak itu amanah kepada kita,
Takkan terlepas satu pun azab siksa bila kita tak menjaga amanah itu sebaiknya,
Menjaga amanah ini bukan sekadar memberi kasih dan sayang juga makan pakai,
Tapi termasuk Syahadah cinta kepada Tuhan nya.
Inilah tanggungjawab maha hebat buat kita ibu dan ayah,
Nak nak, zaman sekarang, serba moden dan pantas,
Budak kecik setahun pun dah pandai main iphone , ipad....
Moga Tuhan bimbing kita ;-)

Sebanarnya entry kali ni saya mmg sangat rindu waktu Wafiy kecik dulu,
Dan saya rasa sngat cepat waktu berlalu bagai angin lalu,
heeeeeeeee

Saya harap sangat,
Saya dan semua,
Saya dan anda,
Saya dan ibu2 kat luar sana,
Saya dan sahabat2 yg walaupun bukan bergelar ibu,
Nikmatilah tanggungjawab kita kepada Tuhan sepenuhnya ,
kerana dari Tuhanlah kita mendapat kehidupan,

Sangat touching waktu ini bila mengenang tangungjawab sbgai isteri dan ibu,
kita manusia biasa kan,
Yang mana salah tu kita perbetulkanlah,
Tuhan sedang menunggu pada bila masa sahaja,
Insyaallah kebahagian itu Allah beri bukan sekadar memberi anak atau suami atau keluarga,
Tapi kebahagian Cinta Allah itu lebih dari segala yg ada di langit dan di bumi.
Subhanallah.
;-)

Wafiy at 9 month tak silap kalau tak silap...heee

Duhai Wafiy,
Moga jadi anak soleh dunia akhirat sayang,
Semoga jadi Abang yang sangat sayangkan adik adiknya kelak nnt :)
Wafiy mesti ingat,
Cinta Allah itu Abadi hingga ke surga nakkkk..
Umie dan Abie sayang Wafiy
;-)


--------@ Ummie Aie'sya

~Saya sudah 1 Tahun 3 Bulan~


Assalamualaikum acik acik serta semuanya,
Sihat ke, Wafiy sihat je,

Tak tahu nak cerita ape,
Tapi Wafiy rindu semuaaaa, :)

Sekarang Wafiy dah satu tahun 3 bulan ++,
Adik pun dah 3 bulan ++,
Weeeeee :D

Alhamdulillah Umie tak mual teruk dan alahan kali ni mcm tak de sgt,
Jadi, Umie boley main ngan Wafiy banyak-banyak.
Hehehhehe

Tapi Umie kadang-kadang pulang kerja lewat,
Umie penat, tapi masih main dgn Wafiy,
Kesiannn Umiee....

Eh, Wafiy sekarang dah tak duduk dengan acik mimi,
Wafiy duduk dengan Wan,
Jadi Umie tak payah susah hati sgt dah waktu gie kerja,
Rumah Wan pun Wafiy ade kawan dah ;)
Bang Osman, Bang Jefry...geng bola lahhhh...

Abie Wafiy sebulan ni sibuk,
Banyak training, tapi alhamdulillah,
Abie kan pergi berjuang,
Jadi Wafiy juga turut berjuang,
Berjuang dengan sabar,
Sebab minggu ni Abie cuti, Yeayyyyyyyyy..

Lama betul Wafiy tak menulis kan...
Eh...Wafiy dah start campur susu tau,
Tapi bila malam Wafiy masih minum susu Umie,
Cuma bila siang Wafiy minum Susu Dugro Choc lebih air,
Lebih air?
hehehhehe, sebab Wafiy tak suka manis2,
Wafiy minum 3 scoop bersama 7 air...
Supaya tawar...kenape ek?
Sebab sebelum ni susu Umie tawar kot tu yg dah biasa tawar, hihihii

Ermmmm,
Setakat ni itulah dulu story dari Wafiy ye,
Next time bila free Wafiy hupdate lagi key....
Tatattata
Assalamualaikum..


-------@ Naufal Wafiy
 Baby Birthday Ticker Ticker
Lilypie First Birthday tickers

Lagu Kita

Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...