My photo
Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.

Thursday, March 22, 2018

Cerpen untuk Shum ~ Ohh hati, kemana kau pergi (E.7)

Pin Pin Pin!
Pin Pin Pin!

Bunyi hon kereta dari luar rumah.
Shum terpisat pisat membuka mata. Shum tertidur rupanya semasa tidurkan Iman sebentar tadi.
Kepalanya memberat. Mungkin akibat terkejut dengan bunyi hon tadi.

"Mama, mama!, papa datang!" jerit Aqish.

Eh, buat apa pula datangnya ke sini?
Bungkam geram Shum di dalam hati.
Lalu dengan malas Shum mencapai tudung bawal AJ ke kepala dan menuju ke pintu rumah.

"Assalamualaikum Shum, ada masa tak? Abang nak bincang dengan Shum sket"jelas Zaim dalam nada getar.

Kalau diikutkan hati nak saja Shum buat tak endah dengan Zaim.
Sakit hatinya memandang wajah Zaim.
Tapi kali ini wajah Zaim sedikit berlainan.
Wajahnya kelihatan hambar, pakaian kelihatan tak terurus.
Rambutnya juga kelihatan kusut dan tidak dirapikan.
Kenapa dengan dia?

"Erm..Shum nak keluar bawa anak anak ke taman petang ni. Abang nak bincang apa? Cakap sekarang or dalam telefon tak boleh ke?"Shum berbahasa malas.

"Takpe. Abang tunggu dalam kereta, Shum dan anak anak siap dulu ye?" jelas Zaim lembut.

"Eh takpe, kita jumpa terus saja nanti kat Taman Tasek Cempaka jam 6.00 petang nanti. Shum taknak pergi dengan abang." pintas Shum cepat.

Eh tak kuasa nak sebumbung kereta lah!

"okaylah kalau macam tu. Abang tunggu kat sana" balas Zaim lemah.

Shum akhirnya melangkah masuk ke rumah dan menutup pintu rapat.
Entah kenapa setelah 5 bulan selepas berpisah dengan Zaim, hatinya terasa geram dan menyampah bila pandang muka Zaim.

Sejak mereka berpisah, Zaim tak pernah lupa tanggungjawab terhadap anak-anak.
Semuanya seperti biasa.
Malah setiap hari Zaim akan curi masa bertemu anak-anak.
Cuma Shum akan mengelak dari bertembung dengan Zaim.
Shum juga sudah tak ambil kisah apa yang terjadi dengan Zaim dan 'kekasih hatinya'.
Tapi apa yang membuatkan Shum tertanya adalah kenapa Zaim belum kahwin dengan perempuan itu.
Malah setiap hujung minggu Zaim akan habiskan masa membawa anak-anak bersiar.

"arrhhhh biarlah, bukan masalah aku lagi pun" getus Shum dalam hati.

Zaim sememangnya suami dan ayah yang baik.
Cuma adalah hatinya berbolak dengan ujian hadirnya wanita lain dalam hidupnya.
Shum rasa bagai terhiris tajam hatinya bila mengenangkan kisah pahit semula.
Wanita mana sanggup menerima kehadiran wanita lain.
Biarlah hatinya sendiri.


"Sekali hatimu tersakiti, bersisa pedihnya sampai dalam"

Cerpen untuk Shum ~ Ohh hati, kemana kau pergi (E.6)


"Cikgu Sharmila, buat ape tu? termenung je", tegur Cikgu Imran sambil melabuhkan punggungnya di tempat duduknya.

Shum seakan terkejut. Rupanya jauh dia merenung ke depan.
Sememangnya jiwanya belum benar pulih. Masih berbaur hambar.
Pedih masih ada. Sakit masih ada.

"Takde lah Cikgu, dok pikir nak buat program tambahan apa kat budak budak SPM ni ha. Next week kan dah cuti sekolah." balas Shum cuba menyembunyikan rasa.

"Ohh ya Cikgu nak join ke kalau saya nak buat Program cuti sekolah ni?" tanya Imran yang masih semangat meneruskan perbualan.

Shum mula membetulkan tudungnya. 
Dia sudah mula merasa tak selesa untuk meneruskan perbualan. 
Fikiran Shum masih belum betul betul boleh untuk fokus. Masih bercelaru.

"hurmmm...ohh yeke, tengoklah nanti saya bagi tau cikgu semula if saya nak join key, terima kasih ye cikgu, saya pergi kelas dulu, dah terlewat 5 minit ni" balas Shum sambil mengitai jam di tangannya.

"Ok Cikgu Shum" kata Imran sambil senyum manis ke arah Shum.

Shum hanya membalas senyum dan kemudian bangun membawa buku buku untuk masuk ke kelas.

Shum mengeluh lagi dalam hati.
Imran suatu ketika dulu adalah seorang istimewa dalam hidupnya.
Zaman cinta monyet di kampus dulu.
Sama sama dalam jurusan pendidikan.

Sudah 11 tahun mereka terputus hubungan dan membawa haluan masing masing selepas bergraduasi di UUM dulu. 
Namun secara tiba tiba Imran datang sejak 2 bulan yang lalu berpindah ke sekolahnya.
Pertama kali berjumpa semula masing masing terkejut.
Dan Imran juga maklum yang Shum sudah berkahwin.
Cuma Imran sahaja yang masih membujang.

"Eh Imran!" jerit Shum semasa pertama kali mereka berjumpa dibilik guru 2 bulan yang lalu.

"Sharmila!" Imran juga kelihatan terkejut.

Hampir 2 jam masing masing bertukar cerita dari zaman kampus hinggalah perihal peribadi.
Imran hanya tahu Shum sudah berkahwin dan Imran tidak tahu yang Shum sudah berpisah dengan suaminya.

Biarlah menjadi rahsia sampai bila bila.
Rasa masih bersisa.
Mana mungkin melupakan sekelip mata.
Namun nama Zaim tetap di lubuk hati paling dalam.
Perlahan lahan air mata Shum yang mengalir diseka dengan seribu satu kekuatan.
Bagi Shum, kenangan adalah selamanya.
Biarpun pahit, tetap menjadi sebahagian pengalaman hidupnya.
Pengalaman yang mengajar dirinya untuk lebih bangkit daripada tewas.

Kerna Allah itu ada.


Ayam Masak Bali

Assalamualaikum and hye!
Haaa, semalam dah janjikan nak hupdate,
So hupdate lah kejap.

Ye, semalam sempat masak ayam masak bali,
senang sangat uols!
p lah try!'

AYAM MASAK BALI

Ayam - 6-7 ketul

Serai - 4 batang ketuk ketuk

Kicap manis

Sos Tomato

Sos Cili

Daun Kari (tapi iols semalam takde daun kari, i pakai daun bawang n daun sup aje)

Bahan yang di blend

bawang besar - satu biji
bawang putih - 5 ulas
halia - satu inci
cili bo - 2 sudu besar

Cara - cara

Ayam ayam digaul dengan kunyit dan garam dahulu.
Kemudian goreng ayam sampai separuh masak aje.
Ketepikan dulu ayam tadi.

Pastu tumis serai yang dah di ketuk.
Kemudian tumis bahan yang dah di blend tadi sampai terbit minyak.
Lepas dah terbit minyak letak kicap manis, sos tomato n cili ikut citarasa and kuantiti ayam.
Agak agak je nak buh byk mane.
Garam dan gula.

Pastu masukkan ayam gaul gaul bagi sekata.
And daun kari.

Pastu siap!

Tadaaa!

Nyum nyum.
So today berbuka ape pulak?


~Umie Aie'sya


Wednesday, March 21, 2018

Yang Terbaik

Berusaha menjadi yang terbaik.

Bila dalam hidup ni,
Kita selalu nak melakukan yang terbaik untuk orang yang kita sayang.
Sebagai mak, mesti dia nak buat paling habis best kat anak dia,
Ayah pun sama, kalau boleh dia tak nak pun tengok anak dia ada yg tak ok..
Memang nak yang terbaik semuanya,

Nak buat paling terbaik kita memang sanggup,
Nak nak keluarga kita,
Orang yg kita suka,
Memang sanggup.

Tapi bila jentik sket hati kita,
Tanya balik,
Sebelum kat manusia,
Kat siapa yang perlu dulu tuk kita buat terbaik,
Dia yang bagi semua perasaan kat kita,
Dia yang menjadikan kita,
Asal takde yang sebelumnya,
Takkan ada yang terdahulu sebelum Dia.

Kadang kecewa terduduk,
Bila mana yang kita bagi kat manusia semua rasa,
Lepas tu manusia ni jugaklah yang kadang buat rasa kita sepi dan pergi,
Sakit.

Dahulukan segala yang terbaik untuk Dia yang menciptakan kita,
Walau gembira walau sedih Dia tetap setia tunggu,
Dan tunggu.
Dan tunggu.
Lagi. Dan lagi.

Ada tak rasa sayang yang sangat untuk Dia macamana kita sayangkan anak kita,
Kalau ada maka kena lebih lagi sayang tu kat Dia,
Kalau tiada. Jangan diam.
Terus cari.
Terus amek. Gapai dan pegang.
Pegang kuat kat hati.
Kuat kuat kuat.
Bagi terus terpasak , tersemat jangan hilang lagi.

Kerna bila kita kecewa , sungguh kita ada Dia,
Bersandar,
Bersujud di sajadah cinta,
Kerna yang sejati hanya dari Dia,
Untuk Dia,
Selamanya.

Terima kasih Allah...


~Umie Aie'sya

Bila dah puasa

Hye!
hehehhe,
nampak tak semangat kat situ,
Asal rehat and free truih nak curhat kat sini.
Yeayyyyy!

Dalam kepala ni duk pikiaq nak masak apa,
Baru kui 12 hoih..ahhahaha...
Takpalah walau berjam batu lagi nak berbuka,
kita harus bersedia!

Godek godek,
and haini masa sahur tadi iols turunkan ayam dari freezer,
So menu kita AYAM todehhhh,

AYAM MASAK BALI!
Jadi ke edok tengoklah nnt,
Nyum nyum dap ahhhhh...

Kalau jadi baru lah iols tepek kat sini key,
esok ah....

Tadi pagi sahur oat, roti and kacang pool
nyum nyum kacang pool sedap sangat,
Pestime buat sendiri,
Senang sgt uols boleh buat sendiri,
iols pun godek kat kak ita kite,
gi lah tengok nnt key,

Ni kacang pool yang berjaya dengan jayanya!
Eceh!


Cuma iols punya takdak telur goreng goyang goyang,
Sebab mmg kat rumah takde telur masa tu,
Cubalah, roti tu kasi bakar buh planta sket,
lagi kedebas sedap, aduihhhhh, makruh makruh,

Sesuai jugak buat minum petang or makan pagi,
Dan akan menjadi kegemaran seisi keluarga,

hah, bila puasa ko mmg akan jadik rajin nak masak itu ini,

Laki i sampai kata, haaa takpa puasa lah byk hari lagi dia boleh makan maciam maciam,
hehheheheh,

Kalau tak puasa pun mmg masak, cuma dia lauk tu kebiasaan lah,
kalau puasa ni jadi luar biasa,
siap moreh tersedia,...

gietuhhhh...

~Umie Aie'sya


REJAB

Assalamualaikum,
Ya Allah lamanya tak coret curhat kat sini.
RINDU!

Harus rindu!
Kehidupan bila tanggungjawab itu tergalas pasti ada yang terbatas.
Heeee
So kita cuba key tuk consisten post entry start bulan mulia ni.

REJAB.
Puasa tak?
Sambil sambil ganti, sambil sambil top up kot kot ada yang lompang. Heee.

Rindunyaaaaa..

Semuanya sihat alhamdulillah.
Wafiy pun dah darjah dua.
Aimy cinonet pun dah besar , 6 Tahun sudahh....
Dan lagi banyaklah drama pagi sampai ke malam..
Heeee...

Oklah nnt kita sambung curhat lagi,
Sharing sket gambo budak berdua yang bertuah ni heeeeeee.

Bye!

Oppa wafiy! Abam pengawas!

Dan paling super mengada ngada drama Queeennnnn



super drama kedebas! Onni Emy!

So okeylah jumlah bye lagi sekali...

Moga Umi lebih rajin nak hupdate!
Aminnn!

~Umi Aie'sya

Saturday, January 20, 2018

~Kerna BicaraNya~

Dengan melihat, memandang apatah  lagi menilai orang lain,
Bukanlah semata pada fizikalnya atau kelakuannya.
Kerna setiap manusia diciptakan berbeza.

Kadang dia ramah,
Kadang dia suka,
Kadang dia pendiam,
Kadang dia menyendiri,
Kadang dia begitu sahaja.

Tapi pucuk pangkalnya,
Dia baik,
Dia beradab,
Dia ikhlas,
Malah dia tak pernah menyakiti orang lain dalam bicaranya,
Dalam setiap lisannya sentiasa terjaga.

Kerna itu kita tak seharusnya,
Terus menghukum dan menilai ramahnya yang diam,
Walau kurang bicaranya dengan manusia,
Tapi hatinya masih baik,
Indah senyum di bibir, hingga wajahnya tampak segar,

Kerna jauh yang kita tak tahu segala amal perlakuannya yang tak tampak di mata kita,
Dalam kurang lisannya di siang hari,
Mungkin dialah yang paling ramah berbicara dengan Allah di malam hari,
Dialah paling bersungguh mengucapkan segala hal bersamaNYA,
Dialah paling ramah di setiap doaNYA.

Subhanallah.

~Ummie A'iesya~
 Baby Birthday Ticker Ticker
Lilypie First Birthday tickers

Lagu Kita

Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...