My photo
Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.

Tuesday, August 26, 2014

Kerana Bukan Dipaksa


Begitulah waktu yang berputar terus pergi
Ia takkan berpatah balik semula
Kerana itu kita harus terus melihat kehadapan

Namun kita ada kenangan
Dan kita simpan untuk kenangan
Yang hidup pada masa yang kebelakang
Kenangan itu menjadikan siapa kita hari ini
Kenangan yang mengajar hidup kita yang dihadapan ini

Jika kamu merasa kenangan itu terlalu indah
Maka simpanlah dalam lembaran memorimu
Tapi andai kenangan itu menyakitkan dan terlalu pedih untuk di kenang semula
Janganlah kau terus lenyapkan
Ia seakan menambah kesakitan dalam paksa...
Sebaliknya balutlah ia kemas kemas
Masukkan dalam kotak jiwamu
Hanya simpan.
Hanya simpan.
Tak perlu ingat kalau tidak mahu.
Kerana ia tanda kenangan itu belum bersedia untuk dikenang semula..

Tapi bila suatu hari nanti
Bila pedih dan luka itu hilang dek kelembutan hatimu,

Bukakanlah  kotak kenangan itu
Hanya untuk dikenang betapa begitu kuat jiwamu mengharungi kepedihan dulu
Sehingga kau mampu menjadi seperti yang hari ini...
Begitulah hadiah Tuhan padamu kerana meredhainya ...
Redhailah segalanya....
Dan saat itu kau melepaskan semua kesedihan dengan rela tanpa paksa
Berlapang dada...ikhlas menerima...
Dan lebih menghargai semuanya...
Itulah pengajaran daripada Sang Pencipta kepada hambaNYA...
Lebih mensyukuri...
Kerana bukan dipaksa..kerana kau rela

AL FATIHAH....

aie'sya
26.08.14





Sunday, August 24, 2014

Rindu

Bismillahirrahim...

Alhamdulillah..setiap yang Allah aturkan punya hikmah buat kita..

Pintu jiwa yang berdetik...pasti akan merasa..
Bila ruang itu gelap dan kosong..
Namun tak pernah ditutup
Dan tak pernah dihalang..
Dipanggil diseru mengadapnya
Dia tetap sama, masih menunggu..

Setiap waktu yg berlalu,
Pergi takkan berputar semula,
Dan selamanya meninggalkan sehingga menjadi sejarah kisah...

Takkan ada sisa
Hanya baki sebuah kenangan..
Boley dikenang tapi bukan untuk keterlaluan
Kerana jiwa akan mati

Bukakan mata
Perdengarkan telinga
Bahawa cinta itu ada
Walau hatimu remuk kecewa
Biar dingin menghenyak jiwa
Derita silih bersulam air mata...
Bangunlah jasad bersatulah bersama jasadmu
Walau sedang terluka
ALLAH masih ada

Disegenap jiwa
Bersujudlah demi Dia
Kau kan merasa cintanya
Bersatu dalam jiwa
Bersyahadah bersaksikan Dia
DIAlah yang menggetarkan setiap jiwa.

Allahuakhbar...
ALLAH MAHA BESAR.

-----@ UMMI AIE'SYA

Thursday, February 20, 2014

~Tip tap tip tap~

Tip tap tip tap...

----------------------------------

Jihad itu indah...
Belajar menjadi sabar juga indah...
Dan sebenarnya itulah ujian terbesar..
Belajar tuk menjadi sabar...

Mengingatkan hangatnya usaha Siti Hajar..
Malu membakar ruang muka..
Panas terasa keringat Siti Hajar yang tetap berlari ke Safa' dan kemudian ke Marwa...

Tidak pernah luntur semangatnya sehinggakan Allah menghadiahkan air zamzam yang tak pernah berenti..
Malah satu dunia hingga ke saat ini dapat menikmatinya...

Begitulah kasihnya Allah kepada hambaNya...
Usaha dan teruskan jangan berenti...

Berat...
Kerana sabar itu tidak mudah...
Sabar itu perlukan kekuatan...

Al Fatihah...

Monday, January 6, 2014

~Before You Close Your Eyes~

Assalamualaikum,

Sedikit berkongsi,
Jiwa bertinta..
Malam ini hujan renyai-renyai,
Mendinginkan malam yang makin usai,
Menghidupkan berjuta ketenangan..
Dan kini hujan makin lebat,
Air yang menitik di bumbung ke bumbung makin kuat..
Mengalirlah titisan rahmat terus ke bumi..
Subhanallah..

Dan selesakanlah tempat rehatmu,
Lelapkanlah matamu,
Dengan zikir dibibir tak henti menyebut NamaNya,
Yang tak pernah lupa menginatkanNya,
Dan jika lenamu tiada bangunNya,
Terimalah redha bertemu Sang Pencipta segenap pencipta..

Kita kembali kepada Dia takkan pernah tahu bila waktuNya,
Kita bersih dari noda takkan kita pernah tahu bila makbulnya,
Hanya Dia, Hanya dia pemilik seluruh jiwa ragamu,
Jangan tunggu hanya disitu termanggu,
Usah hanya terduduk membisu,
Syahadahmu bukti janji cintamu,
Ucapkan lah hingga hujung nyawamu..

Love notes,
Ummie Aie'sya
12.05pm,
Heavy raining, Putrajaya..

Sent from my BlackBerry® smartphone

Friday, January 3, 2014

~Tahun Baru Yang Baru~

Assalamualaikum,
Dear People...smile ;)



Alhamdulillah, kita masih bernafas dan berpijak di bumi Yang Maha Agung,
Moga Allah lindungi kita selalu.

2014!
Cepatnye masa berlalu!!!
Azam tahu baru mahu aktif menulis di blog sendiri...
Mahu dan mahu!hehehehhe, moga Allah mudahkan...
Insyallah nak cuba update satu hari mesti dengan 1 entry at least, hehehe,


Moga tahun baru bawa barakah pada semuanya...
Untuk menjadikan diri kita yang terbaik , buatlah sehabis baik,
;)

Apa agaknya azam umie aie'sya ye tahun baru ni????

Macam-macam nak buat dalam kepala ni, tapi tak tahu dan juga takut kalau tak mampu,
Apa pun alhamdulillah projek chocolate d'crunchy sentiasa berjalan,
Setakat ni ordernya dari sahabat2 terdekat,
Dan masuk tahun ni...
 igt nak open order if ada yang nak buat packing for goodies,
Nak cuba ! CHAIYOK!

Ada lagi satu   azam, tapi yang ini blum btul2 siap dan sedia,
Insyaallah doa-doakan lah ye semua...
moga Allah permudahkan saya untuk semua perancangan....

Saya juga doakan semua bahgia dan makin maju dalam kehidupan masing-masing...
Never give up ye, love your own way,
Jangan bersedih dengan apa yang kita ada, bersyukur dan berusaha memperbaiki segala yang kurang,
;)

(jom blogwalking!)

Allah sentiasa akan bantu kita.
Bila kita sentiasa ingat Dia. ;)
Makes your life more colorful with the blissful way.


Love note,

Ummie Aie'sya
 Baby Birthday Ticker Ticker
Lilypie First Birthday tickers

Lagu Kita

Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...