My photo
Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.

Monday, October 14, 2013

~ Puasa Arafah~

"Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. 
Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. 
Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. 
Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini."

Assalamualaikum,
Alhamdulillah hari ni saya dan suami sama-sama berpuasa. ;)

Dan hari ini juga masih lagi bekerja dan Aimy pun ikut datang opis sekali haini,
Wafiy pulak ikut Abie pegi opis ;)

Dan insyaallah esok kita raya haji,
Hari Raya Qurban,
Yang mengingatkan kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.
Yang Membuktikan Cinta keduanya kepada Allah,
Cinta yang benar-benar hanya kepada Allah....
Mengorbankan satu-satunya anak yang dimilikinya, namun demi perintah Allah, demi bukti cintanya kepada Allah,
Dan kerana itulah sebagai simboliknya kita merayakan hari raya haji  dengan mengorbankan haiwan seperti lembu, kambing, unta , kibas dan yang dibenarkan mengikut ketetapan syarat yang di tetapkan.

Begitu jugalah kehidupan kita sehari-hari , berapa banyak pengorbanan kita untuk kehidupan, agama, keluarga dan juga segalanya.

Dan sudah mahu sia-siap pulang. Nak singgah beli daun pandan, hubby nak buat air lencikang tuk hari raya esok!hehehhee . Ye dia amat bersemangat untuk membikinkan menu itu ye.

okey semua.
 
Selamat berbuka puasa bagi yang berkesempatan berpuasa hari ni ;)

Selamat pulang ke kampung bagi yang baru nak pelang hari ni ( Saya hanya beraya di sini bersama keluarga sebelah suami ;) )

Selamat Menghayati Hari AidilAdha yang bakal kita sambut esok harinya.

Moga Allah merahmati kehidupan kita saat ini dan juga akan datang..

AMIN...

Assalamaualaikum..

------------@ Ummie Aiesya

 

 

                                                                           

Friday, October 11, 2013

~Bunga , Manusia dan Cinta~

Assalamualaikum, hye hye hye ;)
May Allah bless your day!

"Cintakan bunga, bungakan layu, 
cintakan manusia, pasti akan mati, 
cintakan dunia tiada tiada yang abadi.....
Mencintai Allah jualah yang hakiki"

Pabila disaat bunga itu belum layu, pasti akan kembang berseri malah turut membunga dihati. Kerana bunga itu diciptakan Allah  dengan penuh keindahan dan kedamaian.

Begitu juga diciptakan manusia yang penuh kesempurnaan dan kecantikan. Kerana Allah itu Maha segala yang Indah. 

Bunga, manusia atau apa sahaja yang ada didunia pasti takkan kekal selamanya. Kerana Yang Maha Kekal hanya Allah.

Hakikatnya juga kita tahu. Segala yang ada dilangit dan dibumi juga milik Allah.
Kekayaan dan keindahan duna juga milik Dia.
Segala yang ada dikeliling kita juga milik Tuhan.
Rezeki. Anak. Isteri. Suami. Anak-anak. dan seluruhnya milik Allah yang dikurniakan pada kita secara sementara.
Betul. Semuanya. 

Melihat kerakusan dunia zaman yang amat2 mengejarkan kekayaan dan kebendaan. Manusia jadi tidak heran kan nasibnya di dunia yang satu lagi. Dan yang paling sedih bila manusia juga  tiada belasnya pada manusia. 
Bukan kerana angkuh, tapi sudah terlalu bersifatkan kehendak. Jadi tiada yang lagi penting. Nafsu pasti menang. Iman jadi kalah.

Hummmm...

Setiap saat kita melangkah di bumi Tuhan ini, tiada satu pun kepunyaan kita.


Kerana itu Allah menciptakan kita dan mahu kita untuk tak lupa Dia.
Kerana Allah tahu kita ini pasti akan sedih bila kehilangan sesuatu yang kita miliki.
Bila dahulunya kita kaya , sebanyakmana kita ingat pada Dia.
Bila sewaktu ketika kita mempunyai keluarga dan anak-anak, kita gembira dan bahgia. Tapi berapa banyak kita beri pula kebahagian pada Allah. Berapa banyak kita ajak orang-orang yang kita sayang untuk ingat pada Allah.
Ye. Kita akan kembali pada Allah. Bila kita kehilangan semuanya. Bila kita kehilangan kegembiraan tadi. Bila kita jatuh dari tempat yang dahulunya selesa dan jauh lebih hebat. Kerana saat itu, kita tahu Allah lebih dari segalanya. Hanya Allah mahu mendengarkan kita.

Saya dan awak awak sama saja. Kita kadangkala lupa. Kadangkala terleka.
Setiap masa Allah sentiasa menunggu kita.
Bila kamu sedih jumpalah Dia,
Bila kamu gembira berbagilah bahgia itu dengan rasa syukur pada Dia,
Bila kamu susah, mohonlah petunjuk jalan dari Dia,
Bila kamu senang berkongsilah dengan yang lain demi kerana Dia,
Kehidupan kita sekejap saja, kerana kita ada kehidupan yang sangat panjang selepas yang sekarang,
Ingat pada Allah kerana insyallah Allah bantu kita,
Saat kita sangat mahu ada nya Allah, dia takkan pernah tinggalkan kita,
AllahuyaAllah. 
Jadikan kehidupan kami kerana kasih sayang Mu.
Jadikan segala dikeliling kami kerana nikmat keberkahanMu...
Dan jadikan tujuan hidup kami hanya kerna mahu sampai berjumpa dengan Mu...
Himpunkanlah kelak supaya anak-anak, keluarga , sahabat2 dan seluruh umat Islam dapat bertemu ya Rahman...tanpa ada yang menghalang, tanpa ada yang membataskan.

Dan jika ada airmata yang mengalir dari bening mata ini adalah yang bukan yang sia-sia...
Runtunkan jiwa ini mengejar cinta dan rindu untukMu,
Bawalah hingga ke syurga, sampai bahgia disana...
Aminnnnnnnn...


 "Allah begitu mencintai manusia, sehingga bila kita menangis Dia masih tetap mahu bersama kita"

--------------@ Ummie Aie'sya


Thursday, October 10, 2013

~Rutin~

Assalamualaikum...;)

Actually hari ni kepala berdenyut-denyut. Berdengung dengang rasanya. Mungkin angin kot makan lewat semalam. Menjadikan mood adalah teruk. Kerja pun melambak dan bertimbun. Huuuuu.

Sejak bekerja kat Shah Alam ni, tuan rumah belu sempat nak story apa apa pasal kerja yang baru 6 bulan ni. Ye Actually dah 8 bulan kot kerja kat SA. Pendek kata dah 8 bulan berulang-alik Putrajaya-Serdang-Shah Alam. Shah Alam-Serdang-Putrajaya. Weekdays traveling. Fweuhhhh. ;)

Setiap pagi akan bertolak keluar dari rumah jam 630am. 630am tu dah memang  bergerak. Bergerak ke Serdang hantar Wafiy and Aimy kat rumah Wan(MIL). Dan jam 7am selalunya dah bergerak ke SA. Dari Serdang akan amek Highway SKVE exit Bandar Saujana Putra masuk Elite dan tembus PLUS kengdian exit Batu Tiga. Kalau sampai kat Tol Batu Tiga dalam 745am jalan tak sesak sangat. Still moving la, dan tak sakit kepala menahan hati . Kalau jem? dari 745am tu ko berjanggutlah sampai kul 830am still kat Batu Tiga. Dan jadi kelangkabut / rushing nak sampai ke opis. Opis kat Seksyen 13, dekat dgn Stadium Melawati. Dengan nak lalu 2 bulatan yang sesak. Sebab tu mmg kena awal. Kalau gerak kul 8 dari Serdang pun boley tapi mmg kelangkabut dan rushing. Masuk kerja jam 9am. Jadi biarlah awal dan selamat. At least kalau tetiba jem boley lah sampai on time jugak kan. ;)

Start keja jam 9am - 6pm. Kadang-kadang lewat jugak 7pm atau lepas maghrib. Tapi tak selalu. Ikut keperluan. Suasana pun ok. Everything oklah. Kalau ada yang tak ok tu ku telankan aje. Demi mencari sesuap nasik kan ;).

Belanja travel? Part ini sedey sket dan cita. Paham2 ajelah den mmg pakai tol. Ulang alik every day rm 10. Actually 9.80 mcm tu. Sebab kalau balik exit dari Bukit Jelutong sbb office sebelah situ. LUMAYAN BELANJANYA. Tapi ku akur kan jua. Minyak???Lagi tangkap nangis. Total expenses by monthly rm500-600 worth. Itu kalau staright rumah-office ye. Memang nangis. 

Dan selalunya jam 8malam paling cepat sampai Putrajaya. Dan sambung urusan.

Dan begitulah rutin hari ke hari.

So doakan saya kuat dengan rutin ini. Allah lebih tahu segala aturannya.

Everyone! Happy working. Jam pun dah 854am. Dan nak start keje. Bye bye!
C u again!
 otw pulang di SKVE Tanjong Dua Belas- gambar petang semalam-


-----------------@ Ummie Aie'sya

 

Monday, October 7, 2013

~Al Kisah Anak-Anak~

Assalamualaikum,
Hye...
Lamanya tak update pasal anak-anak kan...
Umie nya sibuk dong..;)..

Alhamdulillah...anak-anak semuanya sihat dan makin membesar. Wafiy  memang dah macam abang-abang sangat. Heeee. Dia memang sayangkan Dedenya tu...Dan memang tak kasi orang lain amek dede dia. Tapii kalau "berentam"(bergaduh) pun ade jugak haaa... Tapi Wafiy ni hatinya lembut. Kalau berebut2 barang tetibe Aimy yang kalah ni pun menangis. Aimy pulak kalau nangis memang kaw kau punya. Teriak sakan habaq hang. HAHAHAHA. Maka Wafiy pun kadang2 beralah lah bagi ke dede nye ha. Kalau mood dia abang-abang lah. Kalau tak, dia biar je...hahahahaha.

Kekadang kalau Wafiy ni ter noty sket kite buat2 diam macam marah kat dia. Pastu cakap tak nak kawan ngan dia. Memang diye pulak touching terus nangis. Sambil dia datang dekat kita cakap
 "Wafiy  sayang Umie, Wafiy sayang Umie..huuuu" 
Dia pun Nangisss lah  sampai kita cakap kita pun sayang dia...hehehehhe
Dia sensitip sket bila cakap tak nak kawan dia.
Itu kalau dia betul2 rasa bersalah lah...heheheh

Wafiy ni suka sangat kalau ada kawan-kawan. First approach tu malu-malu lah dulu, tapi lepas tu kemain lagi ha, nak ikut terus ke mana aje org yang diye suke. Makan pun lalu je sokmo. Main pun boley tahan lasak.
Dia kalau main ngan Aimy mmg boleh jadi geng lah. Siap dia ajak pulak dede dia sepahkan mainan dalam bakul, baling-baling bantal, tarik keluar tilam, loncat2 atas tilam, loncat2 atas katil DAN MACAM-MACAM lagi ye.

Dede, Aimy...memang kebayakan orang kalau tengok dia cakap dia Boy, dan Wafiy diorg kate Kakak, Adoiiii! Hahahah, mungkin sbb rambut Aimy yang hanya ciput tu kot, tunggu rambut panjang sket pakai cekak rambut rambut macam Chibi Maruko Chan. hhohohohhohoho.

Aimy ni agresif jugak. Kalau bahasa utara. dia ni kira 'kahaq' lah jugak. Memang tahan lasak. muahahahha. Tapi dia kalau bab jumpa orang yang dia tak familiar tu mmg sebek dan hu hu hu lah kalau org tu tetibe nak amek atau nak pegang dia. Tapi after 30minit-1jam tu baru okey la..hehheh, Dia pun dah pandai cakap bape patah perkataan, "Nak Air, Banana!, ". Kalau dia oouk pula cepat je diye bgtau tunjuk jalan ke toilet, maksudnya nak mandi atau dia mmg oouk. Makan mmg byk tapi lately ni memilih pulak.
Aimy ni memang rajin sgtlah berkemas kat dapur, hehehe, Ahad lepas masa tengah kat depan dgr bunyi pinggan mangkuk kat dapur, jengok2 rupanya Aimy tengah main masak2 dgn cawan kat dlm lemari kabinet. Adehhh, trus la haini pegi cari mainan masak2...aduhai cian dede...hehehehe.

Ahad lepas bawak diorang jenjalan kat Taman Saujana dekat denga rumah. Kat Putrajaya je.
Apelagi, berlarilah si abang adik, brapa kali jatuh dah pun ha...tapi tak serik jugak.
Sampai lah balik...penat...sampai rumah mandi2, deme terus toq!kikikki
Meh i tepek sket picta kasi tgk keexcitedan mereka..kuikui..








hehehhehe..my boy and girl
;)
Wafiy and Aimy sampaikan salam sayang pada semua..
Have a nice day yall!

;)
Assalamualaikum...

------------@ Ummie Aie'sya

Thursday, October 3, 2013

~Kami Jalan Kaki "Walk for Health" 2013~

Assalamualaikum dan selamat pagi!.
;)

Hari ni baru je sempat nak update,
Ini kisahnya kami di MAEPS.
Kisah apa? Kisah Wafiy berjalan kaki 5km tau!

28 September 2013, Hari Sabtu, jam 6.45am dah bergerak keluar rumah..
Terus menuju ke MAEPS!

Sampai kat sana around 7.05am gitu, terus parking dan ke tempat berkumpul.
Sampai je kat sana dah start boley amek goodies ;)
Dan beratur nak minum milo sejuk! slurpppp! barulah bertenaga sihat dan kuat!
HAHAHAHA.

Tak lama pastu, acu, paklong dan family pun sampai...
satu sesi briefing dan juga senaman pagi dilakukan before nak start jalan kaki,

Pak njang and family masih belum sampai but masa dah nak start jalan depa pun sampai ;)
Kira on time la, hehehehe

Dan tepat jam 845am mulalah bejalan kaki secara beramai,
Ramai sgt yang join kali ni,
Dan tempat jalan kaki kali ni lebih menarik dan green!
Sepanjang  jalan tu ade je kebun nenas, sawah padi, tasek mardi, perkampungan herba, rumah malaysia dan juga ladang kuda ...
Cuaca jugek tak panas, mendung suam2 gitu...
hehehhehe

Meh i tepek gambo ye...

Dede baru bangun tido..hehehe..stress kena senaman pagi-pagi..

 ni sesi senaman...

 Dede takuit kat orang belakang tu..dan jugak pelik nape gan umie dan acu buat apo

 Time ni dah start berjalan...muke selenge Wafiy..

 amek gambaq sat, time Dede dah start jalan...memang sungguh2 dia jalan dan berlari ;)

 ni kat ladang kuda!

 Wafiy and topi korea abg Ajiq

 Abang Ajiq

Yeayyy! dah nak sampai!!!!

Fuhhhhhh....mantabbbb

Lepas habis sesi jalan kaki macam biasa sesi cabutan bertuah...
Banyak tau hadiah bonanza dia...tapi tidak mengena pada kami kami ini, hehehhehe

So selesai jam 12pm dan bersurai,
Tapi ada program lain jugak waktu tu kat MAEPS..
Tak larat nak p dah, so kami pun baliks aja dong...
Best dan jom join lagi!!!

Bye bye, have to go sbb byk kijo ;)

Assalamualaikum...;)

 
 Baby Birthday Ticker Ticker
Lilypie First Birthday tickers

Lagu Kita

Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...