My photo
Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.

Saturday, May 28, 2011

~I am Number Nine!~

Salam and hye everyone.
Alhamdulillah hari ini Wafiy sudah 9 bulan,
Dan ini adalah entry outo publish ye,
Sebab sekarang Wafiy holiday dengan family.
;-)

sekejap je masa berlalu,
Dan everything gone too fast!
Alhamdulillah setiap hari berjalan dengan penuh rahmat Allah,
Dengan penuh kekuatan yang luar biasa.

Membesarkan seorang anak adalah penuh cabaran,
Dan saya juga belajar erti pengorbanan.
A sacrifices. It's make people learn how to apprieciate.

Moga Wafiy terus membesar menjadi anak soleh dunia akhirat.
Sayangkan Allah. Rindu pada RasulNYA.
Taat dan sayang pada abie dan umie,
Serta hoemat pada yang lain.

Mendidik anak anak adalah ujian besar,
Dimana kita belajar sabar dalam segala hal,
9 bulan dan seterusnya akan saya jadikan suatu waktu yg takkan hilang indahnya.
Perancangan kita untuk anak-anak takkan ada ertinya tanpa izinnya Allah..
Dari Tuhan kita mohon kekuatan,
Dan dari Tuhan kita terima segala kebaikan.

Tempoh 9 bulan adalah special bagi saya,
Saya seakan sering sgt igt detik  mengandungkan Wafiy.
Di kandung selama 9 bulan dan juga lebih..
hehehhehe...
Subhanallah, saya ingin sangat suatu hari nnt ceritakan pada Wafiy bagaimana dia masa dlm perut dulu,

Dalam masa 9 bulan dalam perut saya,
Wafiy sangat aktif,
Setiap kali sesiapa saja sentuh pasti ada reaction,
Sampaikan kadang2 ada jugaklah saya rasa senak.
But it's make me feel so happy when realize my baby is doing well inside.

Dalam 9 bulan bulan yang lepas jugaklah saya sangat menunggu sangat2 my baby keluar.
My due date is 26 Aug 2010.
But , at that time Wafiy still felt comfort is my womb.
Still movement exceed 10 movement every single day.
Ohhh Ya Allah.
RINDUNYA!

And finally alhamdulillah.
Wafiy safely arrived in this world at 28 August 2010.
And i was very happy when a doctor said "Assalamualaikum.." to my baby.
And abie was said " Subhanallah ya Allah. Subhanallah"
And i know at that time Abie felt very grateful. 
And me??? i was like very unbelieveable. 
For da first time i touch him. 
Tskkkk. Suddenly i was crying.
Allah sayangkan saya. Give me a chance to touch him until now.
Wafiy raise well because of Allah.
Saya sangat bersyukur.;-)

Dan sekarang,
Wafiy sudah berumur 9 bulan.
Membesar dan juga melasak.
Moga Wafiy jadi anak yg soleh ye nak...
Jadi anak yg bertanggungjawab sebagai khalifah.
Moga jadi anak yang kuat peribadi agamanya.
Juga punya wawasan dunia yang sentiasa di landasan benar.
AMIN.

Wafiy such a good boy.
Ibu mana tak sayangkan anak.
Ibu mana tak punya impian untuk anak anaknya.
Saya mahu Wafiy sentiasa diterima Allah sampai dunia akhir sana.
Ibu mana yang tak mendoakan anaknya.
So Wafiy.
Kamu anak yang kuat.
Percaya Allah dengan kamu.;-)
Abie and Umie love you.


------@ Ummie Aie'sya

Friday, May 27, 2011

~Wafiy... bila menghampiri 9~

Salam dan hye,
Esok Wafiy dah sembilan bulan tau,
Tak berapa bulan dah nak toddler,
hehehhe,

Budak ni bukan mcm waktu baby lagi ye,
Waktu baby yg hanya duduk baring diam kan diri,
Now Wafiy membesar dengan aktif dan lasak,
Tapi mmg gelihati !

Wafiy mmg tido lambat skang,
Siang mcm tak puas main,
Sambung sampai ke malam,
Kalau kita marah dia ketawa,
Hahahahah,
Seeeeeeeeeeee!

baju pun ntah kemana..
hehehhe, tapi dia tak berani melangkah ke depan lagi,
bila rasa nak jatuh cepat je diye pegang dinding belakang tuh..

bab makan mmg makin menyembur2,
habisssssssssss!

dan suka menunjukkan kegagahan yg sgt energy!

dan akhirnya menangis sbb tak berjaya nak kuar dari baby chair tuh!
adeh!
Nantikan esok ye,
Saya dah outo publish Post Wafiy sempena 9 bulan,
Esok kami bercutiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
bye bye...

and last but not least,
When abie is around!
-------@ Ummie Aie'sya

~Hidup Yang Cukup~


Salam dan selamat tengahari di hari Jumaat,
sekejap je kan dah Jumaat.
Lama tak update panjang panjang..
hehhehhe...

Nak share something ni,
Soal hidup kita...
Soal hidup yang cukup tapi merasa tidak cukup,

Soal masa dan pendapatan.
Soal pengorbanan dan kasih sayang.
Soal kehidupan dan manusia.
Soal dugaan dan harapan.
Soal cinta yang kdg2 kita makin lupa wujudnya ia.

Setiap daripada kita punya kebebasan dalam mengatur kehidupan.
Setiap yang kita pilih pasti ada sesuatu yang kita fikirkan.
Tapi kita mesti ingat, setiap apa yang kita fikirkan takkan sama mcm org lain.

Kehidupan setiap daripada kita mmg berbeza,
Ada orang yang inginkan kehidupannya bahagia saja,
Dan mereka sanggup buat apa saja.

Ada juga orang yang hidupnya hanya untuk bermalas malasan.
Mungkin dia belum merasa sesungguhnya tanggjawab.
Merasa gah dengan apa yg ada padanya.

Ada orang yang hidupnya tak pernah susah.
Sentiasa dikelilingi kesenangan yang tak pernah sudah.
Melimpah melimpah kesenangan baginya.

Kita.
Manusia yang hidup dengan sekeliling yang pelbagai rupa dan gaya.
Kita melihat dan kadangakala mempertikai dalam hati,
Kenapa dia begitu kenapa dia begini,
Kenapa tak aku saja yang senang sepertinya?
Kenapa tidak aku yang kaya selipah limpahnya.

Tanya pada diri.
Apa sekarang kita tak cukup bahagiakah?
Memang kita tidak kaya sepertinya tapi ada kita tahu hidup sedihnya.
Ada kita rasa kekosongan hatinya?

Jangan mudah merasa putus asa.
Allah kan bersama kita;-)
Tersenyum pada kita jika kita terus bersyukur dengan apa yg ada.
Kita tak mungkin memiliki segalanya.
Tapi janji Allah itu bersama kita.
Allah sedia mencintai kita tanpa sebarang jurang.
Cinta Allah itu membawa bahgia.

Dan bila waktunya kita merasa kegagalan dalam diri,
Itu bukan kerana kita lemah atau bodoh.
Itu kerana Allah menduga keimanan kita.
Kerna dia kasih pada kita.

Mendidik diri untuk sabar mmg cabaran kan....
Tapi saya percaya kita mampu jika kita mahu,
Kita tahu dimana tahap kita,
Kita tahu dunia ini bukan segalanya,
Kita tahu wawasan dan tujuan hidup kita hanyalah bertemu Dia.
Jadi........marilah kita bersyukur dan tersenyum.
Seperti mana kita bahgia menerima rezeki Allah pada setiap hari, masa , saat dan ketika.
Insyaallah kita akan hidup dengan merasa cukup...;-)

"Bahgiakanlah hatimu sebagaimana kau tahu Tuhanmu bahgia mencintai kamu, maka hidupmu takkan menjadi sia-sia"

Selamat hari Jumaat ;-)
Love you all!.

-----@ Ummie Aie'sya

Thursday, May 26, 2011

~Cannot Wait~


Salam,
May Allah make your day today and every single day.
I was too excited counting on 9 month of Wafiy.
And i was posting on my 10 sisters group that tommorow is Wafiy besday (9mth)
hahahhaha..

fuhhhh, nampak sgt nak cuti cepat...
I akan cuti dan cutiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...hehhehe

Cannot wait gather together!
May Allah love is all around us!
AMIN!

Allah never leave us!
Fighting!


*saya dah publish entry panjang sikit.hahahha,
on 28th . On Wafiy 9 mth birthday!
Must read!!!!!!!!!!!!!!!!!
hehehehehe

oklah chaw chin chaw

--------@ Ummie Aie'sya

Wednesday, May 25, 2011

~Wafiy @ Akad Nikah~












oohhhh,
ini je yg sempat,
nak tulis panjang2 tapi, nntlah!
heheheh...
selamat pengantin baru CIK SUE.

------@ Ummie Aie'sya


Thursday, May 19, 2011

~BIG Mag saya yang punya~

Salam and hye people!
moga hari hari korang bermaknalah,
Saya seperti ceria menghintung waktu pulang dan menghitung hari menuju ke hari Sabtu,
Wah ! tak sabar kottttttttttttttttt.

Hari saya berpuasa,
Begitu juga semalam,
makanya sudah dua hari berpuasa,
Semalam semacam biasa pulang ke rumah dengan trafik yg sederhana ok,
Alhamdulillah kaki kurang lenguh sebab kurang jem,
Yelah awakkan bawak manual,
haruslah hari pertama hari mmg jem gila masa nak pulang,
Menangis bebbbbbbbbbbbbbbbbbb!

Dan semalam cravy nak mkn big mag!
wow! alhamdulillah...
hehehhehe..wafiy pun mkn...
hehehhehe, kasi jilat jerrrrrrrrrrrrrrrrrrrr


chewah chewah....
yummmehhhh kata Wafiy

buat mereka mereka yg nak tgk aksi terbaru wafiy,
inilah dia,
Budak makin aktif dan sgt galak berdiri atas org dan tepi tepi sofa,
gambar kat bawah ni,
dia tahan dengan bontot diya,
suruh jalan ke depan mmg dia kapai2 je tangan tuh,
dia takot nak langkah kaki,
hehehhehe, tapi sgt teruja dia!


dia tahan ngan bontot supaya tak jatuh!
hahahahha

eh eh eh,
cam susah nak imbang!
adeh!

itu sajalah dulu berita tuk hari ini,
Semalam abie dah ke Penang,
This week nak akad nikah Cik Sue!!!
yeayyyyyyyyyyyyyyyyy!

------@ Ummie Aie'sya

Wednesday, May 18, 2011

~Rindu Budak Ini~

Salam dan selamat petang,
herm...
Saya sekarang mmg secara betulnya berulang Putrajaya - Damansara...
Huhuhhu,
Rasa jauh dengan anak tau,
Aduhaiiii,

Wafiy sekarang dah amat sakan panjat ,memanjat,
Sofa , cabinet tv , suma dia nak panjat,
Pernah jugak dia bercita cita nak panjat cabinet dapur,
hehehehhehe,
tapi tak mungkin dapatlah...

Wafiy sekarang dah tau kalau umi balik lewat,
mukanya akan seposen,
Cam merajuk pun ada,
Huhuhuhu, sape tak sedey weyyyyyyy..
Tapi itu sudah tuntutan kerja,
Insyaallah moga dimudahkan segala urusan.

Dan memang Wafiy sakan nak main,
tidoq sekejap sekejap ja,
Malam pun selagi tak penat,
Tak mau dia tdoq,
Ohhhh, sejak kerja jauh ni mmg sgt rindu kottttttt!!!

Menghitung waktu nak balik,
Kat twitter pun asik dok counting waktu pulang,
Alahai..............
;-)



--------@Ummie Aie'sya

~W.W # 4~

Monday, May 16, 2011

~Hye Monday and esok cuti!~

Salam and hye!
saya tak sabar nak cuti esok hari!
Waiting my abie back home todayyyyyyyyyy!!!!
selamat bercuti yeeeeeeeeeeeeeeeee...
nnt saya suruh ummie update lagik!
----@ Naufal Wafiy

Wednesday, May 11, 2011

~Cerita Sayonara Hari Tuuuu~

Ini tempat duduk kak siti,
Tumpang duduk ye kak siti. 
;-p

Assalamualaikum,
Hari ni sudah hari Rabu,
Hari yang panas,
Dan sedap makan ice cream Cornetto!
Chewah!, baru beli tadi kat kedai bawah opis,
Dan itulah mcm gambar di atas,
Jangan maraaa arrrrr

Hye all....
Tinggal lagi beberapa hari saya akan memulakan sesuatu yang baru,
Moga dengan izinnya semuanya akan berlaku dengan adil dan saksama.
:-)
Haiahhlah ,
dah macam nak pi mahkamah pulak,
Actually bukanlah apa apa pun,
hehehhehhe........

Insyaallah hari Isnin depan saya akan mula bertugas di tempat yang baru,
Keadaan dan suasana juga baru,
Ohhh, haruslah nervous dan macam2 yang dipikiorkannye,
Tapi Allah itu Maha Adil,
Rezeki yang diberi harus diterima dan bersangka baik seadanya.

Bila nak mulakan sesuatu yang baru,
Pasti ada bimbang,
Pasti ada yg dirisaukan,
Kerja mungkin sudah tidak sama,
Boss pun pastilah boss yang baru,
Dan yang paling pasti jarak juga sudah bertambah berbatu batu dari rumah,
Perlu ada keazaman dan kecekalan,
Perlu bersihkan semula niat dan matlamat,

Insyaallah, moga Allah bimbing kami sekeluarga,
Banyak hal yang akan disibukkan,
Soal tempat tinggal,
Soal penjaga anak,
Soal kehidupan selepas ini,
dan moga Allah permudahkan segala kesulitan.

Kenapa mahu berhijrah ?

Setiap antara kita berusaha untuk jadi yang terbaik,
Dan mahukan yang terbaik,
Walaupun gaji di tempat baru bukanlah semewah mewahnya,
Tapi insyaallah cukup untuk keperluan,
Dan masih berusaha mencari peluang yang ada nanti,
Dan yang penting, nanti sesudah pindah suami tak perlu berulang terlalu jauh,
Insyaallah hal pindah rumah kami usahakan perlahan lahan,
Tidak serta merta pindah rumah, kerana masih menunggu deposit di rumah sekarang.
Jadinya, saya akan berulang alik dahulu
Putrajaya - Damansara..
;-)

Ya. Saya pasti rindukan segala yang bakal ditinggalkan.
Kawan kawan,
Tempat kerja.
Tapi bila sampai masanya kita tetap berpisah,
tapi masih boleh berhubung dan saling gelak ketawa,
Dalam FB, kat blog, dalam chatroom YM,
Dan still boleh meet up each other kat mane2,
Saling roger meroger lah ;-)

Dan sudah agak lama di sini,
Since 2006 saya bekerja dan bertukar tempat kerja juga masih di kawasan yang sama,
Cuma kali ini paling jauh dan keluar terus dari kawasan Putrajaya,
Insyaallah, moga Allah permudahkan.
Tentang urusan pindah rumah nnt bila dah pindah baru kasi story lah ek,
Tentang tempat kerja baru pula, bila dah start keja baru kasi hupdate la key,
Kita manusia merancang,
Tapi Allah jualah menentukan ;-)

Doakan semuanya,
;-)
Al Fatihah.

------@ Ummie Aie'sya

~W.W # 3~

Tuesday, May 10, 2011

~Hari Hari Yang Membahang~

Salam dan hye!
Lately ni korang perasan tak?
Hari hari rasa mcm bahang kan?
Duk dlm a-kon pun rasa panas,
Malam malam nak tdo toksah cakaplah..
Fuhhhhh..

Dan agak mencabar lah kalau anak pun duk merengek semacam,
Hehehehe..
Ye, agaknye sebab panas kot Wafiy mcm rimas semacam,
Kalau nak pakai baju tak payahlah,
Mmg dia tak suka siang2 hari pakai baju,

Aktiviti kian melasak,
Jangan ditinggallah sbb tetibe je diye dah kat bilik air,
Tahu plak  diye, nak main air je skang,
Panas agaknye..
hehhehe

dengan hanya ber CD,
diye rasa puas,
Mood masih okay main ball baling2 masuk bakul!

Mood bertukar nak kecahkan album gambar!
tapi album tuh berat, maka diye rasa nak mengamuk saje,
muka pun dah sememeh,


Akhirnya ke 'kolam' kita...
baru senyum lebaq...
dia syok berendam!
fuhhhhh..mmg paling susah nak kuar bilik air,
Bilik air kat rumah mmg kena berkunci selalu,
Sebab Wafiy dah pandai pergi dan masuk sendiri!
adeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....

Itu sajalah kisah kita di hari yang membahangkan,
Panaskan??
Harap2 tak lama lagi hujan turun meredakan sikit bumi yg panas ini
huhuhuhuhuhu..
;-)

--------@ Ummie Aie'sya

~Sayonara~

Salam dan selamat pagi,
Lama tak update, berhari hari jugaklah kot,
Batas waktu yang menyeka,
Dan juga bercampur malas,
Malas juga dipengaruhi oleh beberapa hal yang bersesak dalam kepala,

Hikmah Tuhan itu penuh dugaan,
Moga kita menjalani dengan sabar,
Insyaallah.

Manusia mampu merancang,
Walaupun dengan penuh teliti,
Tapi Allah jualah yang menentukan.

Jatuh bangun seorang manusia,
Juga kerana usahanya tapi pasti dengan izin Tuhannya.

Setiap yang bergerak adalah dengan waktu,
Kerana waktu takkan dapat diputarkan kembali,
Takkan mampu !

Moga perjalanan yang baru memberi kita kekuatan dan keazaman,
Untuk terus berubah ke arah yang lebih baik,
Biarlah ianya hanya biasa tapi akan menjadi luar biasa bila ianya dengan izin  Allah,

Oklah, sorry terlalu banyak bekata kata ;-)
Teheeeeeee,
Actually, saya belum mahu ceritakan apa yang bakal terjadi,
Banyak sangat menjunam dalam kepala.
Dan sekarang saya tak tau nak ckp apa.
Kejap nntlah baru saya urai satu persatu.
Boley kan?

Bukan kerana sedey tapi sedey jugaklah.
Tapi we have to move.
Moga ada hikmah besar Allah disebaliknya.
AMIN!

But why you have to 'sayonara'
NO lah.
Bukan bermaksud nak sayonara kat blog lah!
hehhehe.
Saya mahu sayonara pada sebuah tempat telah melihat jatuh bangun saya,
Sebuah tempat dari zaman anak dara sampailah ada anak,
Sebuah tempat bagi saya mmg penuh dengan kenangan terindah!
But saya akur, ketentuan hidup.
Yang mungkin akan menyenangkan dan memudahkan orang lain,
Yang akan menghilangkan sedikit lelahnya selama ini.

ermmm....
sorrylah ayat berterabur.

Nantilah kejap lagi saya karang entry yang lebih tersusun khas buat 'hal' ini.
Kita stop dulu key,
;-)
Bubye!

-----@ Ummie Aie'sya

Thursday, May 5, 2011

~Aduhai~

Salam dan selamat pagi,
Alhamdulillah,
Abie dah selamat tiba di JB,
Maka tinggallah kami dua beranak di rumahku syurgaku
;-)

Mood masih feeling feeling nak kemas rumah,
Tak tau nak kemas ape sebenarnya,
Tapi macam nak mengecat,
Pastilah tidak sebab itu rumah sewa Perbadanan Putrajaya,
Huk huk huk,

Oklah,
Sebenarnya adalah kisah si Wafiy dua tiga hari ni,
Start hari Selasa lagi dah macam sayu lah sikit,
Wafiy sekrang kalau gie Umah Cik Mimi dah mcm tak happy,
Dia tak nangis cuma muka dia seposen,
Pandang kita macam penuh pengharapan,
Aishhh, cam sedih lah kalau tengok,

Kalau tidak selalu bila hantar bukan main sonok dia banyak kawan,
Tapi sejak akhir2 ni mcm dia tak happy,
Dan sebab itulah,
pulang dan sampai je kat rumah memang melepak sekejap dengan Wafiy,
Main baling baling ball,
ucak ucak sekejap sampailah dia dah penat nak gelak,
Pastu barulah laju laju ke dapur,

Ermmm, ke sbb dia dah makin besar,
Mungkin dah tahu sedih kena tinggal siang hari,
Petang baru hambek diya,
Ishhh..memang cam teringat ingat haa muka si Wafiy nih...
huk huk,
Sebak sat.
T____T

Apapun ummie doakan Wafiy selamatlah ye nak,
Dunia akhirat,
Jaga diri bebaik,
Nanti petang umie amek okay..........


--------@ Ummie Aie'sya

Wednesday, May 4, 2011

Tuesday, May 3, 2011

~Muka Saya Merah Merah~

Salam dan hye,
Selamat petang di hari Selasa ;-)

Ni alkisahnya si Wafiy,
Dari minggu lepas mukanya naik merah2,
Kata doctor ruam susu,
Mungkin ye lah kot,
Erm, kadang naik merah,
kadang okay,
Macam belum baik betul,
Sesape ade petua ye????

Dan minggu lepas marah merah dah hampir hilang,
Dan semalam Wafiy semacam demam,
Panas jugak badannya,
Dan semalam jugak demamnya kebah dan semakin sihat,
Wafiy jarang demam,
Kalau diikutkan ini mungkin kali kedua,
Kali pertama pun begitu,
Hari ni demam dan esoknya baik.

Harap harap Wafiy dah semakin okay,
Kalau tidak mmg diye merengek lah satu hari.
:-)
Ohh ya.
Wafiy dah pandai duduk sendiri,
Tadi bangun pagi terus tengok dia dah terpacak duduk ,
Dari last week lagi dia dah boley duduk sendiri,
Gigi je belum belum tumbuh,
Hihihihihihi.

oklah,
tata dulu,
jumpa lagi...

------@ Umie Aie'sya

 Baby Birthday Ticker Ticker
Lilypie First Birthday tickers

Lagu Kita

Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...