My photo
Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.

Tuesday, August 28, 2012

~Naufal Wafiy Yang 2 Tahun!~

Assalamualaikum,

Alhamdulillah today Wafiy dah genap 2 tahun.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Wafiy Sayang,
Selamat Hari Lahir ye nakkk,
Moga terus jadi anak soleh dunia akhirat ye sayang.

Wafiy,
Wafiy dah besar,
Abang besar untuk dedek Aimy,
Abang besar jangan nangis2 dah ek,
Be good boy,
Be strong,
Dont cry cry, Dont keyau2, heeee
Abang besar dah boleh tolong jaga dedek,
Walau kekadang tu Abang besar ni gurau kasar ngan dedek,
Heeee, takpe, dedek pasrah rela je abang oiiii

Naufal,
Eh memang jarang umie panggil Naufal,
Dulu masa nak cari nama kat Wafiy , umie lah paling suke nama Naufal,
Hehehhe, Skang dah lekat panggil Wafiy yekkkk,

Wafiy,
Wafiy dah masuk 2 tahun dah kat dunia,
Harap cukup makan pakai tuk Wafiy selama ni,
Walaupun skang makan nasi kadang2 banyak, kadang sket,
Tapi mkn yang lain2 banyaklah juak ;)

Maaflah Umie takde ape nak bagi kat Wafiy,
Takde ape yang special pun nak kasi kat Wafiy,
Harap Wafiy tak kecik hati ye,

Naufal Wafiy.
Ingat 165 ye sayang.
Sampai bila bila pegang kuat kuat 165.
Satu. cintailah Allah yang pertama dari semuanya sayang.
kerana itulah syahadah mu nak ....
Enam. Perkara yang enam dalam Iman.
Nanti umie ajarkan key, tapi janji tau igt sampai bila2.
Lima. Perkara yang lima dalam Islam,
Kelak Wafiy akan tahu juga.
Selamat membesar sayang,
Selamat membesar dengan sihat,
Moga dilimpahkan kasih sayang Allah sebanyak-banyaknya buat Wafiy.

Naufal Wafiy sayang,
Sayang Allah.
Sayang Allah.
Sayang Allah.

"Satu. Kasi nan abadi, tiada tandingi dia yang satu......"

Dia yang satu.
Tuhan yang satu.
Allah.
Kerana ape mencintai Allah itu mendatangkan bahagia?
Kerana cinta Allah itu takkan ada penyudahnya,
Allah mencintai Wafiy dengan setulusnya,
Maka balas lah cinta Allah dengan tulus dari hati dan jiwa yang bersih,
Allah beri Wafiy kehidupan sampai akhir hayat Wafiy,
Itu kerana izinnya Allah.
Itu kerana kasih sayang Allah.
Hebatkan kasih sayang Tuhan.

Wafiy,
Umie sayang wafiy sangat2 kerana Allah.
Kerana Allah buat Umie Happy sejak 2 tahun ni,
Sebab Wafiy harta pinjaman dari Allah untuk Umie,
Umie bukanlah siapa2 tuk dibanggakan,
Hanya manusia biasa,
Hanya seorang ibu yang dipinjamkan rahim oleh Tuhan untuk Wafiy membesar dalam perut Umie,
Hanya seorang umie , ibu yang kandungkan Wafiy selama 9 bulan.
Hanya seorang ibu yang sepenuh jiwanya berusaha menyusukan Wafiy sedaya yang boley,
Hanya seorang ibu yang kekadang jiwanya merintih bila anaknya demam dan tak berdaya,
Hanya seorang ibu yang sungguh sayangkan kamu dan sanggup saja menggalas beban dari ditanggung anaknya,
Itulah ibu, itulah umie, takkan sanggup melihat derita anaknya,
Itulah ibu hanya mahu kebahagian untuk anaknya,
Itulah kasih umie yang sentiasa doakan kebahagian dunia akhirat anaknya,
Itulah kasih umie yang mahu Tuhan buang2 jauh2 derita anaknya,
Kerna anaknya itu, amanahnya, janji kepada Tuhan...........
Allahuakbar.............Allah Maha Besar...........
;-'(


Alhamdulillah, sudah 2 tahun sayang...
Syukur nikmatullah,
segala yang ada disisi kita semuanya pinjaman sayang,
Begitulah Wafiy,
Begitu jugalah Umie,
Begitu jugalah Abie , Aimy dan semuanya.
Takkan ada yang kekal melainkan Tuhan
Takkan ada yang abadi melainkan Allah.
Kerana itu cinta Allah itu kekal dan abadi sayang.

Bersyukurlah sayang.
Moga 2 tahun dan kedepan terus membahagiakan Wafiy.
Wafiy.
Kuat kan diri sayang.
Bersihkan jiwamu.
Moga hidupmu dibimbing Tuhan dan dilindungi Tuhan,
Moga jalan hidupmu diberi kemudahan dan dijauhkan kesukaran,
Moga sepanjang kehidupanmu di Rahmati Tuhan,
Moga sehingga di akhir kehidupanmu takkan pernah ditinggalkan Ihsan, Iman dan Islam.
Moga tiada henti dalam degup jantungmu bertasbih menyebut nama Tuhan,
Wafiy satria soleh, pejuang di bumi Allah,
Walau dimana dan siapa dirimu kelak, ianya kerana izinnya Allah.
Berusahalah nak.
Berusahalah dengan sabar untuk kehidupan duniamu demi kebahagian kehidupan yang kekal nanti,

Sayang Naufal Wafiy.
Selamat Hari Lahir di tahun kedua di bumi Allah.:)
Al Fatihah. <3 em="em">




----------------@ Ummie Aie'sya









Monday, August 27, 2012

~Eidul Fitri~

Assalamualaikum,
Selamat Ya,
Salam Aidilfitri,
Maaf Zahir Batin ye semua,
;)

Esok besday Wafiy!
Yeayyyyyyyy!
Wafiy ke number 2 sudah sayang!heeeeeeeee

--------@ Ummie Aie'sya

Tuesday, August 14, 2012

~25 Ramadhan~

Assalamualaikum,
Moga sihat-sihat hendaknya.

Ye Ye Ye.
Ini first entry saya di bulan Ramadhan kan?
Heeeeee

Alhamdulillah, masih berpuasa setakat hari ini,
:)

Setiap kali nak  update ade je yang tergendala,
hehehhehe,

So mood dah ke laut
Bukan tak sabar nak raya
tak sabar nak cuti sebenarnye..
hehheheh...
Banyak kisah nak tulis..
maklumlah awk lama tak tulis blog..heeeeeee]

HIDUP BER 4

Kehidupan berempat sekarang sangat hectic,
Balik kerja, amek anak,
Masak, berbuka, tidurkan anak, kemas2 barang untuk perjuangan esok hari pulak,

Alhamdulillah, Allah beri kemudahan dan kekuatan,
Terus terang pertama kali nak handle mmg rasa cam nak nangis ye,
Dah nangis pun haaa,
hehhehehhe

Tapi apalah sangat kan baru ibu beranak dua,
Apatah lagi ibu beranak kembar, berak 5,6,7,8,9,10...
:)

Hari hari suami pesan,
Baca ayat kursi before ke mana mana,
Selepas subuh saya akan hantar anak2 ,
Sangat lah risau if salah sorg nangis atau dua2 nangis,
Kadang dede nangis juga,
Tapi skang dede dah tdo aje bile naik kete,
;)

KISAH AIMY DAN ABANGNYA  WAFIY

Alhamdulillah dede masih fully breastfeeding,
Cuma dede ni kalau diri BF sket je,
Tapi kalau minum botol banyak dia minum
Sampai selalu kena pump sebab penuh.

Alhamdulillah Aimy pun dah bersunat kat Az Zahra, Bangi.
Nangis kejap diye bile nurse pegang kaki dia,
Sampai doc ckp "kuatnye diye melawan kaki..."
Hehehhehe,

Ummie's little girl...


Wafiy pun dah okay,
Dah boley bertolak ansur, hehehhe
walaupun kadang2 ada juga cranky2 yang sengaja2 nak tarik perhatian,

Dia pun kan masih baby,
So selalunya kalau menyusu kena sebelah kendong Aimy,
Sebelah lagi pegang tangan Wafiy,
Dan if tiba2 time tu jugaklah nyamuk gigit ke muka sendiri,rasa gatal nak garu pun di tahan2,
hahahhahahha, dasatkan ummi!

Adik dan abang..


PERJUANGAN BELUM SELESAI

Perjuangan seorang ummi,
Perjuangan seorang abie,
Perjuangan setiap hamba Allah di bumi takkan pernah selesai,
Sampai hembusan terakhir,
Oleh itu saya sentiasa sabarkan diri, sbb mmg kadangkala tercabar juga kesabaran,
Melayan kerenah anak-anak, keluarga, dan org2 sekeliling,
Tak semua orang tahu mcmana penatnye kita,
Walaupun orang itu sangat dekat dengan kita,
Sabar saja dapat meluluhkan rasa berat yang tak tertahan di jiwa,
Tidur dapat 3 jam diwaktu malam tu pun dah kira bersyukur,
Bertahanlah diri, bertahanlah umie..
Moga Allah trima dan jadikan pengorbanan ini bekal buat di sana,
Itu sajalah peransang diri.

Dan sejak ber anak dua,
Suami amek tender kontrak jaga Wafiy,
Saya jaga Aimy..hehhehe

Alhamdulillah suami banyak membantu,
Cuma bila suami tiada dirumah, mmg mohon pada Tuhan saja donggg...
Insyaallahhh...segala yang berat diringankan.

SYUKUR ITU INDAH

Bersyukur.
Bersyukur sampai hari ini Tuhan berikan kasih sayang dan rezeki,
Bersyukur sampai hari ini Tuhan beri nikmat kehidupan,
Tak semua yang kita impikan dalam dunia Tuhan beri sebulat bulatnya di depan mata,
Kadang-kadang Tuhan bagi kat kita dalam bentuk yang lain,
Dan Tuhan mahu kita sentiasa berusaha dan jangan putus asa,
Sampai hari ini. sampai sekarang. sampai saat ini,
Tuhan dah beri macam2,
Jangan dikeluh apa yang tiada, bersyukurlah dengan apa yang ada,
Tapi sebagai manusia yang lebih dikasihi Tuhan,
Jadilah manusia berwawasan,
Berusaha untuk capai impian,
Bukan impian yang dicapai itu pengukur kejayaan,
Tapi usaha demi usaha itu di ukur oleh Tuhan,
Tuhan maha pengasih lagi maha penyayang,
Perancangan Tuhan lebih hebat dan lebih terancang,
Bantui kami Ya Rabb,
Jadikan Kami hambaMu yang sentiasa bersyukur.
Aminn.

RAMADHAN ....

Alhamdulillah,
Sampai hari ni masih puasa penuh,
Harap sangat dapat puasa penuh,
Dan yang penting haarap sangat bertemu dengan lailatulqadar.
Amin.

----------------------------------

Alhamdulillah selesai kot berceloteh sekejap.
Hehehehhe,
insyaallah ade masa nnt,
saya coret lagi ye ;)
Selamat berpuasa dan berbuka,


-------------@ Ummie Aie'sya


 Baby Birthday Ticker Ticker
Lilypie First Birthday tickers

Lagu Kita

Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...