My photo
Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.

Tuesday, March 6, 2012

~Nota Kecil Dari Anakku Wafiy~

Nota Kecil Dari Wafiy.

Assalamualaikum,
Moga Allah membarakahkan hari-hari kamu.

Disini Wafiy ni,
Dah lama Wafiy tak tulis apeape,
Alhamdulillah Wafiy sihat,
Adik pun sihat,
Abie and umie pun sihat.

Kebelakangan ini,
Wafiy ade perasan beberapa perkara,
Rutin harian kami sekeluarga.

Sekarang pagi-pagi hari Isnin hingga Jumaat,
Mesti Wafiy terasa seperti didukung masuk ke dalam kereta,
Kadang-kadang sedar,
Terus rasa dahaga mintak susu,
Tapi kadang2 dari dalam rumah lagi dah terjaga,
Masuk kereta kadang2 terlelap semula,

Pagi-pagi kalau Abie ada,
Abie lah yg akan dukung masuk kereta,
Tapi kalau Abie tiada, umielah yang dukung wafiy ke kereta,
Bila Umie dukung macam lain sket sbb akan terasa ada bonjol kat dada Wafiy
Rupa-rupanya adik.

Wafiy tahu, Umie sangat letih dan penat,
Pergi kerja pagi2, Pulang kerja juga lewat,
Dalam kereta Umie selalu kata umie minta maaf balik lambat,
Sebab byk sgt kerja...
Umie kerja mcmana tu ek?Ntahlah Wafiy tak pasti,
Tapi Umie selalu kata Wafiy kena ikhlas,
Sebab Umie pergi berjihad, Dulu Umie selalu kata Abie saja yang pergi berjihad,
Sekarang dua-dua pergi berjihad?
Dua2 perlu bekerja?

Wafiy memang tak faham sgt,
Tapi Wafiy faham bila tengok muka Umie bila pulang dengan jalan pun huyung hayang,
Sebab Umie tu mengandung jugak kot,
Bertambah huyung hayang Wafiy tengok,
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
Wafiy nak mintak maaf pasal semalam.

Semalam,
Semasa pulang dari rumah Wan,
Wafiy duduk dalam carseat macam biasa,
Sambil minum susu,
Minum separuh saje,
Terus kasi balik kat Umie,
Lepas tu Wafiy buat isyarat kat umie yg wafiy nak gie duduk kat seat seblah driver tu,
Umie yang tengah drive masa pun berkata
" Tak boleh lah Wafiy, bahaya ni, atas highway ni tak boley tukar"
Tapi apakan daya, Wafiy nak jugak kuar dari car seat tu...
Nak juga nak juga...
Umie pun cakap lagi..
"Sekejap ek sayang, dah nak sampai niiiiiiii...sekjap je lagi"
Dan wafiy pun terus nangis,
Bile dah nangis , tiba2 Wafiy bunyi mcm nak muntah,
Wafiy nampak Umie mcm gambra,
Umie kata "Wafiy jgn nangis dah, nnt muntahhhh"
Dan umie slowkan kereta, nak stop terus mmg tak berapa ok sbb atas highway,
Jadi umie slow kereta sambil tangan pegang stereng, sebelah lagi bukak seat belt kat belakang,
Wafiy masih nagis time tu, terus trun carseat sambil nangis2, sambil duduk ditengah2 seat depan,
Dannnnnnnnnnnnnnn
"Wekkkkkkkkkkkkkk"
Muntah yang sangat byk . Dan muntah itu telah terkena umie.
Aduhhhhhhhhhh...

Masuk Putrajaya baru dapat berenti sekejap tepi jalan,
Umie lap2 Wafiy,
Dan habis jugaklah baju umie,
Dan keretanya.
So Sorry lah umie,
;-(

Wafiy mintak maaf ye.

----------@ Naufal Wafiy

Assalamualaikum...

Ini Umie Wafiy,
Apalah dayanya kalau sianak yg tak tahu ape2 ini,
Mana mungkin wafiy secara verbal dalam ckp pada saya sendiri yang dia mintak maaf kan..
Tapi secara mimik muka dan pandangan mata dia,
kita pasti tahu yang anak kecil ini seperti mintak sgt ibu dia maafkan dia..
Betul kan?

Ye.
Tapi mmg kebelakangan ini saya agak stress dan penat,
Tapi masih terkawal.

Tapi hati selalu meronta2 nak balik awal,
Masa pulang dari opis pun dah terbayang2 muka anak,
Inikan bila dah jumpa,

Wafiy mmg agak lasak sekarang,
Dan normal sbb dia sedang membesar dgn sihat,

Penat itu ditelan kerana itulah yang diharapkan sebagai pahala jihad
Jihad yg meninggalkan sementara anak jauh dari kita
Jihad itu mesti ikhlas

Ye.
hari2 dan setiap masa saya cuba  mengingat diri sendiri,
Bila mana pergi bekerja,
Bukan semata untuk kerja,
Tapi adalah kerana Tuhan,
Dan setiap kali beringat, setiap kali itu lah beristiqfar,
mana mungkin saya tak pernah mengeluh dengan kepenatan tubuh yang senantiasa ini,
Sebaik pulang kerja, mahu sepenuhnya untuk anak dan suami,

Moga Allah terima jihad dan penat lelah ini sebagai bekal disana,
Moga Allah iring setiap langkah kaki kami sekeluarga,

Moga kamu kuat anak anakku
Wafiy and baby please be strong.
Umie and Abie love both of you...

Allahuya Allah.


--------@Ummie Aie'sya

3 comments:

  1. Ummi wafiy kuat! inshaAllah wafiy anak soleh, sbb tu ummi tak sabar balik rumah sbb nk jmp wafiy!

    ReplyDelete
  2. Ya Allah...sesungguhnya dugaan Mu hanya untuk hambaMu yang kuat..makin kuat, makin tinggi level ujianMu..

    Yong adalah sangat kuat..dan pasti turun kat wafiy..

    Sabar ye wafiy dan ummu wafiy..Allah sentiasa bersama kita..

    sekarang pun edy makin banyak outstation, kancil pun dah ada carseat..saat2 aza rasa lemah, aza ingat Allah..aza ingat yong lagi dahsyat..jadikan semangat..so rasa terkawal..

    InsyaAllah...

    ReplyDelete
  3. Xiet : insyallah! tq Xiet

    Aza : Tq aza, kamu juga kuat! insyaallah moga Allah sentiasa menjaga hati2 kita ini, aminnn!;-)

    ReplyDelete

 Baby Birthday Ticker Ticker
Lilypie First Birthday tickers

Lagu Kita

Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...