My photo
Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.

Wednesday, October 3, 2012

~Aimy dan Susu~

Assalamualaikum dan selamat pagi,
Sebenarnya pagi ni kepala agak weng weng,
Dan sangat mengantuk,

Maka bukak blog jap nak sharing pasal susu Aimy
;)

Aimy esok genap 4 bulan,
Alhamdulillah, pagi tadi baru betul2 berjaya tertiarap,
Balik kang petang baru nak tanya Wan dia
Dia meniarap ke tidak , hehehhehe
Kebanyakkan baby fasa menirarap 2-3bulan rasanya,
Wafiy dulu pun lambat gak 4 bulan lebih, hehehhehe
Tapi skang pantang soh pakai pampers time tu jugaklah dia nak pusing lah, nak bangunlah,
Fuhhhhhhhhhhhhh!

Okay, berbalik citer pasal susu Aimy,
Alhamdulillah Aimy masih lagi menyusu sepenuhnya dengan susu badan,
Tapi Aimy sudah hampir sebulan tak direct BF,
Makna lain, saya kena pump n kasi dalam botol,
Kalau bagi jugak direct punyelah diye marah,
Haihhhh...

So skang tengah2 malam kul 2 atau 3 atau 4 pagi,
Bangunlah wanita cekal ni bersekang mata mengadap pump,
(hehehhe, lalok okeh!)
Dah la bunyi pump bising di tengah malam,
( Tapi Abie dia sedap je tdo seperti tiada gangguan (T__T) )
Ohhh..Demi anak ;)

Aimy sekarang minum 4 oz, kalau siang habis dalam 4 botol,
Malam 2 botol...
24 oz...erm ok ke ek?
Tapi kalau petang nak ke malam tu, 4 oz mesti lambat habis,
Dia dah lueh je minum,
Habis habis basah kolar baju...
Pastu dia sengehhhhhhhh ;)


Hye, saya minum susu Umie, nak sket ???


Milk booster yang serasi setakat ni :

1) Air milo panas ;) (milo lebih dari susu)
2) Kurma
3) Sup Lobak putih
4) Chocolate + kek Chocolate (Amboiiiih, mmg sedap lah kan)
5) Nasi yang penuh pinggan 
   (kadang2 penuh daripada pinggan suami, sampai mula2 dulu dia pun pelik, boley habis ke bini aku  ni???kikiki)
6) Air suam + air kosong yang banyak
7) Susu Dutchlady, HL perisa Strawberry (sengaja demand Strawberry lah tu, muaheheheh, susu ape pun okay lah dong...)
8) Doa dan nawaitu (ini sepatutnya kat atas ye baru betul ;) )
9) kalau ade tambahan silelah sharing ;)

heeeeeeeeeeeeeeeeee ;)
Semuanya dengan izin Allah dan usaha yang terdaya,
ALhamdulillah, harap2 Aimy pun dah menikmati susu ibu sampai 6 bulan, 1 tahun, 1 tahun lebih atau lagi bagus sampai 2 tahun..
AMEEENNN!

Breasfeeding journey kali ni memang tak sama macam anak pertama,
cara penyusuan pun dah tak sama macam abg dia,
Pengalaman yang berbeza dan still happy la ..heeeeeee

ingat nak citer banyak pasal Aimy tapi nanti dia naik bulan lah citer,
hihihihihi

So okaylah,
Ngantuk pun dah hilang
Have to finish my work yang tak pernah2 habiesssss
hihihihi


Dah kenyang haa, ape lagi, tdo ahhhhhh ;)



Bye bye
assalamualaikum
;)

-----------@ Ummie Aie'sya


4 comments:

  1. macam muke wafiyy..aqilah alhamdulillah df lagi..su dah tak pam-pam.hihi..klu dia mengamuk sakan su adelah bg susu fm..sedih :(

    ReplyDelete
  2. Na : hehehe, abg celop totkkk! hehehe

    Sue : Takpelah Sue, janji di sihat and masih BF :)

    ReplyDelete
  3. bestnya..Aimi! asal lapar je nyusu, kenyang je, tido..best nye nikmat tol...
    hope dpt la akak nyusukan bakal anak2 nnt dgn susu ibu...
    thx sya kasi tips utk tambah susu badan.. pasni, leh share kan... Sya kan da de pengalaman.. akak ni baru nak belajar2..

    ReplyDelete

 Baby Birthday Ticker Ticker
Lilypie First Birthday tickers

Lagu Kita

Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...