Assalamualaikum,
Salam Jumaat,
May Allah bless us ....
Every single day ;)
Menghampiri Allah diwaktu senang tak ramai,
Mendekati Tuhan diwaktu susah lebih daripada ramai,
Dan begitulah kita...
Merasa kebahagian,
Mengecapi kegembiraan,
Itu kerana izinnya Tuhan kepada hambaNYA...
Dalam suatu saat,
Letakkanlah dirimu disuatu tempat yang paling sedih dalam kehidupanmu,
Pasti kemudiaannya mencari Tuhan bagi menyembuhkan kesedihan itu,
Dia memujuk kesedihan itu sehingga saat ini kita telah lupa sebahagian kesedihan yang pernah kita alami...
Begitulah kasihnya Tuhan kepada kita
(T___T)
Sungguh bila derita itu datang, bukan mudah bagi melepasinya,
Sungguh bila sedih itu datang, bukan semudahnya ianya hilang,
Dan sungguh setiap kesusahan itu bukan dengan mudah pergi meninggalkan kita,
Kerana itulah caranya Tuhan mengajak kita bertemuNYA,
Kerana dengan sakit kita tahu Tuhan menyayangi kita,
Kerana dengan sedih kita pergi sujud sendu kepada Dia,
Kerana dengan kesusahan itu , Tuhan mengajar kita tentang sebuah kehidupan dunia yang hanya sementara, bukan kekal untuk selamanya...
KERANA....
TUHAN TAKKAN PERNAH TINGGALKAN KITA DIWAKTU KITA SEDIH...
KERANA....
TUHAN SENTIASA MEMAPAH KITA MELEPASI SETIAP KESUSAHAN HIDUP KITA....
KERANA....
TUHAN TAHU SETIAP APA YANG ADA DALAM HATI KITA.......
Tuhanku,
Ampuni khilafku,
Peluklah aku supaya kesedihan ini hilang...
Tuhanku,
Gengamilah jiwaku...
Kerana aku hanya mahu Engkau dihatiku...
Tuhanku,
Pimpinalah langkahku supaya keperitan dan kesedihan itu mampu menjadi kekuatan padaku,
Bantui aku,
Ampuni aku,
Ampuni aku.....
Begitulah sang hamba kerdil bersujud menemui TuhanNYA,
kerana dia tahu hanya pada Tuhan tempat mengadu,
Allah itu Maha Adil,
Memberikan kesedihan dan kemudiannya memberikan kebahagian,
Sememangnya tak semua Bahagia itu hanya Tuhan beri di dunia,
"Sebab Allah nak bagi bahagia kat kita masa di Syurga"
Bila memandang sekeliling hati manusia kita sering berkata-kata,
Kenapa begini nasibku wahai Tuhan?
Mengapa nasibku tak sebaik dia yang penuh kebahagiaan?
Sampai bila kau mahu hentikan kesusahan ini wahai Tuhan...?
Tuhan menyayangi kita lebih daripada segalanya,
Tuhan mengangkat darjat manusia setinggi-tingginya daripada yang lain,
Kerana Tuhan mengasihi kita tiada sampai hujungnya....
Setiap mana kita menangis di hadapan Tuhan,
Tuhan mendengarkan kita,
'Itulah hambaku yang sabar'
'Itulah hambaku yang tak pernah mengeluh dengan kesusahannya'
'Itulah hambaku yang aku sayang , maka mulialah tempat baginya'
'Itulah hambaku yang kelak takkan rugi hidupnya di akhirat'
Allah Maha Besar,
Penuh dengan kasih sayang,
Takkan Dia membiarkan hambanya Menangis seorang diri,
Dia sedia menunggu hambanya berteleku menangis dihadapannya,
Supaya hamba itu kemudiannya tenang....dan bersyukur..;)
Subhanalah..
Moga perkongsian ini terkesan pada kita dan juga pada diri saya sendiri,
(T____T)
Moga Tuhan menerima kita,
Ameeennnn
-------------@ Ummie Aie'sya
No comments:
Post a Comment