Salam Jumaat dan selamat petang ye,
اَلْحَمْدُلِلّهِ,
Moga setiap hari adalah membawa barakah kepada kita masing2
:-)
Maaf lama jugak dah saya tak blogging ni,
Apatah lagi nak reply komen,
Tapi hati sentiasa dekat meronta nak ke sini,
Akhirnya harini walaupun hanya dari bb ku,
Hehehehe
Kalau post entry melalui bb mmg terhad lah,
Nak post gambar tak bape xcess,
Apatah lagi nak baca komen dan blog walking,
Heheheh,
Apa yang penting Jihad tetap seperti rutin biasa,
Yang di pejabat,
Bukan sekadar berhempas pulas mencari rezeki seisi keluarga,
Bahkan Jihad ke jalan Allah,
Kerana itu punca rezeki,
Rezeki yg akan menjadi darah daging keluarga,
Maka hati2 lah kita dalam beribadah,
Bekerja itu ibadah kan...
Ibadah itu semata ke jalan Tuhannya kita,
Jika sedikit terpesong juga di ambil kira di timbang tara,
Nauzubillah...
Jika isteri,
Kita bekerja membantu suami,
Meringankan beban suami,
Syukur, mulia jasamu moga sampai ke sana,
dan setiap tenaga yang mengalir di pejabat itu di bayar gajinya,
:-) syukur اَلْحَمْدُلِلّهِ,
Itulah ganjaran ibadah yang Tuhan beri pada kita.
Jika merasa kerja harini tak setimpal dgn gaji kita,
Anggaplah itu ganjaran dari Tuhan,
Percayalah, itulah bekalan buat kamu yang menerima dan tidakk bersungut,
Kerana itulah pekerjaan itu dipanggil ibadah,
Ibadah kerana Allah,
Maka jika kerana Allah,
perlu ada ketaatan,
Perlu ada kejujuran di setiap sudut
Insyaallah,
Moga kita terhindar dari perkara buruk yang memakan diri kelak,
Bekerjalah kerana Tuhan,
Pasti redha dan gembira ;-)
Itu jihad indah sang hamba
Dan buat suri yang dirumah,
Setia bertungkus segala,
Usah lah bimbang,
Kamu juga berjihad,
Sama.
Jika kerana TuhanMu,
Pasti semunya menjadi indah dan mudah.
Walaupun hanya di rumah,
Setiap langkah dari dapur ke depan juga di anggap ibadah,
Asal ikhlas, pasti setiap saat itu beroleh lebih dari sebakul pahala indah,
Kerana setiap hamba biarpun apa yg dilakukannya,
Takkan terlepas dari pandangan Tuhannya,
Menerima kehidupan dgn redha adlah lebih baik daripada bersungut dengan apa yang tiada.
;-)
Duhai ibu, teman, isteri juga bapa atau anak anak, atau siapa saja,
Bersyukur dgn rezeki yang ada,
Dan jgn mudah putus asa dgn kehidupan,
Kerana Tuhanmu juga suka bila kita kuat berusaha,
Asal tidak lupa siapa dan dari mana asal usul kita,
Asal yang hanya dari setitis air yang hina,
Dan dgn kasih syg TuhanMu,
Kemudian dijadikan kita manusia yang sempurna segala kejadiannya,
:-)
Saya berpesan bukan untuk kalian saja,
Malah untuk diri sendiri,
Kita kadangkala mengaku bersujud pada Tuhan,
Tapi sejauh mana sujud kita itu ikhlas dan diterima Tuhan,
Sedangkan kita sedar,
Kita punya penghidupan abadi kelak,
Penghidupan itu adalah kerana belas kasihan Tuhan,
Samada didalam golongan kanan atau golongan kiri,
Sebak menikam di dadamu itu adalah tanda kamu beriman,
Usah bertangguh lagi,
Moga sujud kita sama2 dgn air mata yang tak henti bagai mahu menghapus setiap dosa yg melekat pd diri...
Salam rindu pada Rasulallah,
Salam sujud cinta pada Allah...
Salam kasih dan sayang buat semua yang sudi membaca..
Moga hari ini dan seterusnya adalah hari yang pernuh barkah...
Aminnnnnn....
;-)
----@ Ummie Aie'sya
Sent from my BlackBerry® smartphone
like like like. nape takde button like facebook. best sikit nak like. hihi.
ReplyDeleteAmin..doa untuk semoga kaum Ibu yang tak jemu berjihat setiap hari..LIKE juga!
ReplyDeletenice =)
ReplyDeletehuuu yong terasa nak nangis pulak.......sebab rasa asyik tak larat nak catch up...
ReplyDeleteterima kasih atas peringatan..
fad : huhuhu, maarilah kita berjihad !
ReplyDeletefie : ayuhh! marilah kita!
ena: like :-)
aza : if u cry, same goes here ;'(