My photo
Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.

Tuesday, September 3, 2013

~Kenangan Mengusik Jiwa~

Kenangan Mengusik Jiwa

Pagi tadi on the way pegi keje macam biasa aku akan lalu sebelah upm.
Dan ternampak welcoming board untuk student baru.
Hehehehe. Maka terkenanglah berkenanglah aku sensorang.

10 years ago.....
Dalam tahun 2003.

Perkarangan Dewan.

Papan tanda menunjukkan arah masuk ke Dewan Besar UPM. Kelihatan ramai pelajar-pelajar baru yang datang untuk sesi pendaftaran di Dewan. Masing-masing membawa bersama beberapa file peribadi.
Iye. Sama saja macam aku. Rata-rata berpakaian kemas. Rasmi. Baju kurung bagi bakal siswi dan kemeja lengkap berkasut bagi bakal siswa.

Keadaan di Dewan Besar aman dan tenteram. Tidak terlalu banyak urusan di dewan kerana selepas itu semua siswa dan siswa akan terus ke kolej untuk urusan tempat tinggal.

Aku naik kereta abah dan kami menuju ke  kolej. Lebuh Silikon. Senyum. Sebab aku masih ingat lagi waktu mula-mula nampak perkataan ni rasa mcm ada silikon di atas jalan. Hahahaha. Tak kelakar ok. Sebab waktu tu memang begitu perasaannya. Kahkahkah. Gemuruh yang tak hilang kot.

Pintu Masuk Kolej 12/14.

Aku belek lagi sekali surat tawaran. Hah betul. Di Kolej 14 aku kena pegi mendaftar.
Sampai je kat pintu masuk. Fuhhhhhh. Dah ramai orang lah wei. Padat.
Jadi waktu tu aku dan maksu pun turun pegi beratur dulu. Abah and family yang lain pegi cari parking dulu.
Sambil beratur sambil kepala dan mata meliar cari kawan-kawan yang kot-kot aku kenal.
Iye. Setakat hari itu, memang belum jumpa kawan. Kawan dari kampung pun teda aku kasi kasitau ko.KIKIKIKI. Jadilah aku si lone ranger .

Tunggu punnya  tunggu.  Dapat la kunci bilik.
Blok L3, tingkat 4,Number bilik 412.
Jeng jeng jeng.

So mengangkut segala jenis beg dan sarung tilam juga bantal.
Setelah mendaki ke tingkat 4, akhirnya sampai di bilik 412.
Bagi salam. Memang takkan ada yang sahut sbb kakak fasi tadi dah bagitau memang takde org dlm bilik.
So. Kasi masuk kunci dan masuk bilik.
Keluasan bilik lebih kurang 994sq.ft. Hahahaha. Ko gile bilik sebesar tu.
Hehehe. Sederhana aje. Chomel lote aje haa.
Ada 4 katil bujang. 4 biji meja study dan kursi. Beserta lampu meja sekali. 4 almari baju.
dan....sebijik kipas.

So. itulah bilik aku sepanjang 3 tahun study.
Ahhhhh. Rindu!..aku ingat lagi kedudukan semuanya.(T___T)

Minggu orientasi.

Minggu yang memenatkan. Dan minggu itulah aku jumpa beberap orang kawan :)
Ohh ya. roomate aku waktu minggu orietasi kejap aje.
Yang aku igt namanya Wani (Budak Dip Hutan) dan Siti (Budak Sains Food).
Kejap je. Seminggu. Lepas senior masuk  rupanya aku duduk satu bilik dgn senior.
3 senior. 1 junior(akulah).
Mantabbbbbbbbbbbbbbbb!
Along, angah dan acik.
hehehee. dan diorang cube nak try panggil aku acu. Tapi tak lekat2. So derang aku Nana ja.

Nak dijadikan ceritanya. Masa aku belajar kat UPM ni , ada 8 orang member kamcing.
Member rempit!
Ahhhaaiiii! Rindu bergenang-genang lah kat korang!

Semuanya budak econs(economi).
Aku, Nad, Enun, Niza, Nana, Mim, Kak Farah and Lindot.
Ini geng rempit , geng makan, geng tapau, geng pegi kelas, geng pegi pasar..geng mondukssss, hehehe

Macam macam sgt kenangan yang ada.
Aku ingat lagi semua.
Naik moto pagi pagi pegi klas semua muka toya.
Sebab ngantok kelas pagi lah katakan.
Tapi pukul 11 kadang2 dah tepacak kat cafe nak lunch.
Dengan beg galas dan helmet jalan masuk cafe.Hehehehe. Macam brutal kental. Tapi awek lembut setaman dalam hati..

Musim exam paling banyak makan.
Pagi makan, lunch makan, petang makan, malam makan, supper roti milo atau burger. Melantak sakan. Sebab orang study mmg lapar sokmo (aicheh!)
Bila bosan ngadap buku, kitorang amek angin melepak kat koridor tangga.
Sembang gelak sakan. HaHahahahha.
Penat gelak baru balik bilik. Sambung mentelaaah novel. (Hahaha, silap nota).

Antara moments paling best jogging kat kebun buah.
Sambil lari 5 langkah, sambil petik 5 biji buah moktan. Sangat heaven kan!
Tapi bila bab jogging kalau set nak jogging pagi lepas subuh, memanglah dalam 2 kerat je lah.
Kalau set time lepas asar ade pulak yang terbabas tido.
Bila call tak jawab-jawab. Hahahahah. Memang ngelat sungguh.
Kalau tak pun petang-petang jalan-jalan kat Bukit Ekspo sambil bawak bola Basket ball.
Jalan-jalan ajelah. Main tu ade lah kot dalam 30 minit.hehehhehe

dan itullah antara yang ada 10 tahun lepas....

UPM memang sarat dengan kenangan.
Antara aku dan mereka.
Sangat friendship.
Dan saling membackup each other.
Kalau bab study ni masing-masing ada lebih dan kurangnya.
Memang indah sangat waktu belajar.
Aku rindu dengan kenangan.

Dan sekarang masing-masing dah berjaya,
Dah bekerjaya...
Nad baru dapat baby pertama nak dekat raya hari tu. Chomel! Mata sembab mmg mcm ko Nad.
Enun pun baru je kawin before puasa hari tu. Dan sekarang menetap di Kajang.
Nana pulak cikgu kat sekolah di Serdang. Nana pun dah anak sorang dan kahwin dengan orang serdang jugak.
Mim! mim schumacer. Minah ni mmg kelakar. Kalau tengok di kelangkabut mmg itu aku rindu. Mim skang cikgu kat Pahang and dah ade anak pumpuan sorang.
Lindot pula setahu aku kerja kat Puchong. Lindot keep in tounch tau. Kitaorang doakan yang terbaik tuk ko tau!
Kak Farah jauh nun kat Melaka. tak lah jauh sgt pun kak. Hehehe. Ini kakak sgt kecik molek punye orang. Masih single dan sweet 17. hehehe. Insyaallah kak, kitaorang pun doakan akak dipertemukan jodoh yang baik . AMIN.
Niza atau gugil. Niza ni dulu kalau ade presentation mulalah dia menggigil tak keruan. Hehehhehe. Niza dah nak tamatkan zaman bujang dia bulan 11 ni. Dia dah tak gugil dah. Dah jadi lecturer pun dia.

Dan hari hari bila aku lalu UPM..
Memang aku rindu kat korang..
Rindu sangat weiiii...
Setiap hari aku tgk pintu gerbang UPM tu mesti aku ingat korang,
Bila nampak student kehulur hilir naik moto berlapan lagilah terbayang kat korang,
Bila lalu belakang MARDI nampak Bukit Ekspo terinngat jalan2 = jogging ...
Hehehhehe..
Memang penuh agaknya UPM tu dengan muka korang aku bayangkan.
Dan itulah kenangan yang ada.
Itu hadiah dari Tuhan.
Persahabatan dan Kenangan.

All da best korang!
Ingat...Allah selalu ada :)


Nurkilan rindu,
Sya Pujangga....(Sampai sekarang aku dok berpunjangga sorang2, heheheheh)



1 comment:

  1. pastu masa kat dewan kuliah (which i can't remember what we r doing there), de org salah tepuk kawan...haha!tp start ctu la kita start tegur2,sembg2,kwn2 kan...urmmm..rinduuuu jugakkkk

    ReplyDelete

 Baby Birthday Ticker Ticker
Lilypie First Birthday tickers

Lagu Kita

Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...