"Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri.
Jika
para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana,
kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk
berpuasa pada hari ini.
Kedatangannya setahun sekali ini janganlah
disia-siakan.
Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada
Allah pada hari ini."
Assalamualaikum,
Alhamdulillah hari ni saya dan suami sama-sama berpuasa. ;)
Dan hari ini juga masih lagi bekerja dan Aimy pun ikut datang opis sekali haini,
Wafiy pulak ikut Abie pegi opis ;)
Dan insyaallah esok kita raya haji,
Hari Raya Qurban,
Yang mengingatkan kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.
Yang Membuktikan Cinta keduanya kepada Allah,
Cinta yang benar-benar hanya kepada Allah....
Mengorbankan satu-satunya anak yang dimilikinya, namun demi perintah Allah, demi bukti cintanya kepada Allah,
Dan kerana itulah sebagai simboliknya kita merayakan hari raya haji dengan mengorbankan haiwan seperti lembu, kambing, unta , kibas dan yang dibenarkan mengikut ketetapan syarat yang di tetapkan.
Begitu jugalah kehidupan kita sehari-hari , berapa banyak pengorbanan kita untuk kehidupan, agama, keluarga dan juga segalanya.
Dan sudah mahu sia-siap pulang. Nak singgah beli daun pandan, hubby nak buat air lencikang tuk hari raya esok!hehehhee . Ye dia amat bersemangat untuk membikinkan menu itu ye.
okey semua.
Selamat berbuka puasa bagi yang berkesempatan berpuasa hari ni ;)
Selamat pulang ke kampung bagi yang baru nak pelang hari ni ( Saya hanya beraya di sini bersama keluarga sebelah suami ;) )
Selamat Menghayati Hari AidilAdha yang bakal kita sambut esok harinya.
Moga Allah merahmati kehidupan kita saat ini dan juga akan datang..
AMIN...
Assalamaualaikum..
------------@ Ummie Aiesya
No comments:
Post a Comment