My photo
Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.

Friday, October 11, 2013

~Bunga , Manusia dan Cinta~

Assalamualaikum, hye hye hye ;)
May Allah bless your day!

"Cintakan bunga, bungakan layu, 
cintakan manusia, pasti akan mati, 
cintakan dunia tiada tiada yang abadi.....
Mencintai Allah jualah yang hakiki"

Pabila disaat bunga itu belum layu, pasti akan kembang berseri malah turut membunga dihati. Kerana bunga itu diciptakan Allah  dengan penuh keindahan dan kedamaian.

Begitu juga diciptakan manusia yang penuh kesempurnaan dan kecantikan. Kerana Allah itu Maha segala yang Indah. 

Bunga, manusia atau apa sahaja yang ada didunia pasti takkan kekal selamanya. Kerana Yang Maha Kekal hanya Allah.

Hakikatnya juga kita tahu. Segala yang ada dilangit dan dibumi juga milik Allah.
Kekayaan dan keindahan duna juga milik Dia.
Segala yang ada dikeliling kita juga milik Tuhan.
Rezeki. Anak. Isteri. Suami. Anak-anak. dan seluruhnya milik Allah yang dikurniakan pada kita secara sementara.
Betul. Semuanya. 

Melihat kerakusan dunia zaman yang amat2 mengejarkan kekayaan dan kebendaan. Manusia jadi tidak heran kan nasibnya di dunia yang satu lagi. Dan yang paling sedih bila manusia juga  tiada belasnya pada manusia. 
Bukan kerana angkuh, tapi sudah terlalu bersifatkan kehendak. Jadi tiada yang lagi penting. Nafsu pasti menang. Iman jadi kalah.

Hummmm...

Setiap saat kita melangkah di bumi Tuhan ini, tiada satu pun kepunyaan kita.


Kerana itu Allah menciptakan kita dan mahu kita untuk tak lupa Dia.
Kerana Allah tahu kita ini pasti akan sedih bila kehilangan sesuatu yang kita miliki.
Bila dahulunya kita kaya , sebanyakmana kita ingat pada Dia.
Bila sewaktu ketika kita mempunyai keluarga dan anak-anak, kita gembira dan bahgia. Tapi berapa banyak kita beri pula kebahagian pada Allah. Berapa banyak kita ajak orang-orang yang kita sayang untuk ingat pada Allah.
Ye. Kita akan kembali pada Allah. Bila kita kehilangan semuanya. Bila kita kehilangan kegembiraan tadi. Bila kita jatuh dari tempat yang dahulunya selesa dan jauh lebih hebat. Kerana saat itu, kita tahu Allah lebih dari segalanya. Hanya Allah mahu mendengarkan kita.

Saya dan awak awak sama saja. Kita kadangkala lupa. Kadangkala terleka.
Setiap masa Allah sentiasa menunggu kita.
Bila kamu sedih jumpalah Dia,
Bila kamu gembira berbagilah bahgia itu dengan rasa syukur pada Dia,
Bila kamu susah, mohonlah petunjuk jalan dari Dia,
Bila kamu senang berkongsilah dengan yang lain demi kerana Dia,
Kehidupan kita sekejap saja, kerana kita ada kehidupan yang sangat panjang selepas yang sekarang,
Ingat pada Allah kerana insyallah Allah bantu kita,
Saat kita sangat mahu ada nya Allah, dia takkan pernah tinggalkan kita,
AllahuyaAllah. 
Jadikan kehidupan kami kerana kasih sayang Mu.
Jadikan segala dikeliling kami kerana nikmat keberkahanMu...
Dan jadikan tujuan hidup kami hanya kerna mahu sampai berjumpa dengan Mu...
Himpunkanlah kelak supaya anak-anak, keluarga , sahabat2 dan seluruh umat Islam dapat bertemu ya Rahman...tanpa ada yang menghalang, tanpa ada yang membataskan.

Dan jika ada airmata yang mengalir dari bening mata ini adalah yang bukan yang sia-sia...
Runtunkan jiwa ini mengejar cinta dan rindu untukMu,
Bawalah hingga ke syurga, sampai bahgia disana...
Aminnnnnnnn...


 "Allah begitu mencintai manusia, sehingga bila kita menangis Dia masih tetap mahu bersama kita"

--------------@ Ummie Aie'sya


No comments:

Post a Comment

 Baby Birthday Ticker Ticker
Lilypie First Birthday tickers

Lagu Kita

Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...