- Umie a'iesya
- Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.
Thursday, June 3, 2010
* Words for today^For you and me^
Disaat kau membuka kelopak matamu,
Kau sudah terjaga, kau sedar,kau masih bernafas,
Memandang sekeliling menggunakan deria itu,
Deria yang membantumu melihat segala yang indah disisimu,
Kau kemudiannya merasa denyut nadimu,
Masih bernyawa,
Kau mampu menggerakkan tubuh yang sebelumnya lemah,
Terasa tenaga baru seakan mengalir ke jasad,
Merasa aliran darah terus mengalir di setiap urat nadimu,
Kau memandang ke bawah,
Melihat sepasang kaki yang dulunya kaku,
Kau cuba gerakkan ke kanan, Nyata kau mampu menggerakkannya,
Kau cuba mengangkat pula kaki kirimu, Ya, mampu di angkat ke atas dan bawah,
Kemudiaanya kau lihat lagi tangan kanan dan kirimu,
Digoyang-goyang tanpa arah,
Dilihat, ditilik setiap jari dan tapak tanganmu,
Tiada yang cela,
Kau bangun, melihat dicermin,
Sepasang matamu memandang lagi ke cermin,
Membelek hidung dan mulut dan terus kau berpusing ke kanan melihat telinga kananmu,
Dan terus kemudiannya ke kiri, Nyata segala indah terletak ditempatnya,
Kau pegang rambutmu sehelai demi sehelai seakan setiap satu kau membeleknya,
Dan nyata kau sedar seluruh tubuhmu kini sempurna seperti biasa,
Dan kau sekali lagi menarik dan menghembus nafas,
Seakan menduga sekali lagi,
Dan ternyata segala sempurna dan indah,
Tiada lagi seperti semalam tiba-tiba kau melihat seluruh tubuhmu bagaikan di toreh,
Wajahmu juga sudah tiada luka tercela,
Adakah itu mimpi semalam,
Mimpi dasyat yang melukiskan dirimu semasa didunia ini?
Kau membayangkan kembali wajahmu, Seperti tak sanggup untuk mengingatkan kembali,
Luka bernanah di seluruh wajah,
Pedih juga seakan masih terasa,
Kerana apa?
Mungkinkah kerana perbuatanmu selama ini yang tidak kau sedar atau kau sengajakan,
Mengapa kakimu semalam dalam mimpi itu seakan kaku tak mampu bergerak,
Hanya ternyata sakit membisa sahaja yang kau rasa?
Kemana apa yang kau bawa selama ini kakimu untuk melangkah,
Arghhh..kau pejam dan tunduk lagi sambil menggenggam rambut dikepalamu,
Kau mengingat lagi,
Tanganmu juga seperti keras dan sakit yang mencengkam,
Itukah kerana dulu kau seperti acuh tidak acuh mengambil tahu apa yang sepatutnya menjadi milikmu dan apa yang sepatutnya menjadi hak orang lain?
Kau lihat lagi dirimu,seakan tak terucap apa yang terbuku di hati,
Kerana mengimbau lagi,
Kemana kau bawa dirimu dulu?
Ke jalan mana kau pilih diwaktu itu?
Biarpun kau tahu itu lorong yang hitam tiada yang salah bagimu,
Kerana padamu biarlah kau sendiri yang menanggungnya,
Dah kau biar saja dirimu hanyut dan terus terbawa arus gelap itu,
Dan hari ini seakan peluang keduamu untuk memilih lorong itu?
Gelap atau putih?
Dosa atau Pahala?
Neraka atau Syurga?
Dunia atau Allah?
Manusia atau Allah?
Kebanggaan atau Allah?
Kehidupan atau Allah?
Dan yang pasti siapa yang memberikanmu kehidupan?
Pasti Allah.
Siapa yang memberikanmu manusia yang mencintaimu?
Sudah tentu Allah.
Siapa yang memberikan kau ruang bernafas?
Tiada yang mampu selain Allah.
Siapa yang menciptakanmu dengan segala keindahan?
Subhanallah Allah ya Allah.
Siapa yang kau begitu cintai semenjak kau dalam rahim ibumu?
Pasti kau begitu cintakan Allah disaat itu kerana itu fitrahnya.
Siapa yang sentiasa mengalirkan rasa cinta dan kasih sayang pada ibumu sehingga ibumu menyayangimu sedalamnya?
Tentunya itu kasih sayang Allah.
Siapakah yang begitu mencintaimu walaupun kau berbuat salah?
Allah sentiasa mencintaimu dan sentiasa menunggu taubatmu.
Tiada lagi yang sepatutnya untuk kau bongkak dan sombong.
Tiada yang kau akan miliki hingga akhirnya melainkan cinta Allah.
Cintailah kehidupanmu kerana kau telah tahu Allah yang memberikannya padamu,
Cintailah ibu dan keluargamu, kerana ibu itu malaikat Allah yang menjaga sewaktu kecilmu,begitulah tinggi darjat seorang ibu,
Cintailah pasanganmu kerana kau mahu cinta itu membawa cintamu kepada Allah,
Moga kau hidup tiada sia-sia,
Moga Barakah sepanjang masa,
Kata ini bukan sekadar madah berbahasa,
Kata ini buat semua hambaNYA,
Yang takkan pernah berhenti mendamba,
Cinta dari yang Maha Esa,
"Cintailah Allah melebihi cintamu pada diri,manusia dan air yang dingin"
Sekian dan terima kasih
Jumpa lagi...
-----------------------------------------------------------------------------------@Ummie a'eisya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment