My photo
Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.

Tuesday, May 31, 2016

Aimy Nak Tolong Umi boleh?

Aimy Imani Binti Faizi.

Lagi beberapa hari Aimy akan genap 4 tahun.

Aimy bebeza dengan abangnya.

Dia lebih agresif dan lantang bersuara.

Menguji kesabaran pun banyak.

Tapi...hatinya lembut..cepat mengalirkan air mata..hehehhehe

kalau kena usik memang cepat lah tangkap nangis...

Petah bercakap..dan bermain kata-kata..
Ayat dia tu kadang-kadang tak tau dia amek mana..

Contoh :

"Panaslah umi, mcamana nak tdo ni aimy tak selesa.."
 Tak selesa???
Hamboihhh ko nak..selesa bagai...

hahahhahah

Bab masak.
Memang kalutlah nak tolong bagai.
Tapi cara dialah...
Setakat ni Wafiy pun suka tolong di dapur...
Almaklumlah abie takdak p oustation depa ni jalah kawan gaduh umi

Aimy kalau nak sesuatu tu memanglah sungguh sungguh.

"Aimy nak jugak!Aimy nak jugak!"

Anak pumpuan. Itulah diye...





Nota Cantik untuk Si Pengantin Baru

Assalamualaikum..

Selamat pagi. Moga Barakah Allah di setiap penjuru langit.

Sekarang musim cuti sekolah.
Jemputan kenduri kawen pun dah berlist-list tersusun.

Adik-adik.
Selamat Pengantin Baru.
Eh, taklah adik-adik je yang nak kawen,
Semua peringkat ada actually..
Cuma bila akak ni dah menjangkau usia, jadi adik-adiklah yang banyak yang kawen musim skang.
Teheeeeeeeeeeeeeee...

Selamat Pengantin Baru..

"Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan"

Perkahwinan adalah merupakan titik perjalanan yang panjang untuk kamu.
Bergembiralah mengecapinya dengan sabar.
Adakala kamu akan merasa curiga. Maka bersabarlah melawan kecurigaan yang belum tentu pasti.
Kadangkala kamu merasa tidak yakin maka bersabarlah dengan mohon petunjuk dengan penuh sabar.

Sebelum berkahwin, kamu akan diuji,
Ujian itu untuk menguji kamu dan pasangan.
Adakah hatimu tetap di situ atau akan berkocak.
Jadilah insan yang sentiasa bersyukur dan mensyukuri...
Jagalah hatimu dan perasaanmu..
Jika di jaga dengan sabar maka indahlah kurniaannya.
Jika kamu melatah, rugi dan sia-sia.

Terimalah suratan kehidupan.
Kadangkala hati kita kecewa dengan suratan hidup.
Jika merasa takdir itu tak adil untuk kita.
Lihatlah dirimu dan sekelilingmu,
Adakah dikurniakan dengan sia-sia?
Malah disirami kebahgian, cuma sepalit kesedihan...
Malah kesedihan itu hanya untuk menguji kasih mu pada TuhanMu,
Pujuklah hati itu duhai adikku,
Yang benar dan yang salah itu untuk menguatkan diri kita..
Perbetulkan hatimu kerana hidupmu sepenuhnya milik yang menciptamu...

Duhai pengantin cantik jelita dan segak bergaya..
Hari indahmu adalah yang terindah untukmu dan pasanganmu..
Bersabarlah melayari rumah tanggamu..
Ikhlaskan hatimu dan redhalah dengan perkahwinan ini kerana kamu telah memilihnya..
Terimalah dia dengan kerana dia bakal menjadi suri hatimu..
Bersabarlah dengan setiap tanduknya kerana kamu akan bertemu insan yang takkan mungkin runtinnya sama seperti sebelum ini..
Baginya kamu orang baru, bagi kamu dia juga orang baru...
Bersabarlah saling memberi ruang..
bukan hanya sehari dua..tapi bertahun tahun kamu perlu saling berikan ruang itu..
Kamu dan dia akan saling belajar dan mengenal erti hidup yang satu ini...

Bertolak ansurlah duhai kamu dan dia.
Jangan putus asa. Jangan cepat menilai hanya dengan mata.
Pandanglah ke dalam jiwanya setiap kali dia bersabar denganmu.
Lihatlah pada pandangan luhur setiapkali kamu merasa penat dengan tindak tanduknya..
Bersujudlah bersama memohon redha nya Allah..
Insyaallah hidup kamu dan dia bahgia hingga ke Jannah..

Duhai Pengantin Baru,
Tatkala ada badai gelora.
Jangan ditinggalkannya. Pujuklah dia. Bantulah dia. Pulihkanlah semnagatnya.
Jangan biar membuntu tanpa penyelesaian.
BUkalah jalan dengan perbincangan.
Itulah prosesnya cinta mekar mawaddah sakinah.

Kamu dan dia.
Salinglah setia. Jagalah hati. Jagalah peribadi.
Jangan biarkan hatinya luka. Kerna, lukanya meninggalkan parut abadi.

Kerana manusia sering lupa .
Carilah kiblatmu. Jangan pernah tinggalkannya.
Allah kunci segala bahgia. DIA akan membahgiakan setiap jiwa yang ingat padaNYa.

Jagalah masing-masing setiap antara kamu dan dia.
Dengan Rahmat Allah untuk segala kebaikan.



Cerpen untuk Shum ~ Ohh hati, kemana kau pergi (E.4)

Shum nekad.

Shum nekad mahu mempertahankan perkahwinannya.
Seawal jam 4.00 pagi Shum bangun menyediakan sarapan dan keperluan suami.
Dia cuba sebaiknya menjalankan tugas seorang isteri.
Walaupun sebelum ni, rutin adalah sama, tapi dia cuba memperbetulkan apa yang kurang.

Sebagai seorang guru, Shum perlu keluar awal untuk ke sekolah.
Shum menyiapakan segala keperluan dang kelengkapan suami dan anak-anaknya.

Pagi itu seperti biasa Shum besalam dan menyium tangan suaminya.
Dalam muka yang bersahaja, Shum seperti menganggap tiada apa yang terjadi.
Zaim kelihatan terpana tatkala memandang isterinya.
Shum perasaan pandangan suaminya.
Shum mempercepatkan langkahnya masuk ke dalam kereta.
Tiba-tiba Zaim datang mengetuk tingkap pintu kereta, tanda menyuruh Shum menurunkan sedikit tingkap keretanya.

"Abang cuba balik cepat petang ni, kita bincang" kata Zaim sebaik sahaja Shum menurunkan tingkap kereta.

Shum kemudiannya mengangguk. Dia kemudiannya memulakan perjalanan.

Hatinya sedikit gentar mendengar bicara suaminya sebentar tadi.

Pelbagai persoalan bersarang di kepalanya.

Adakah Zaim bertekad untuk meneruskan perkahwinannya bersama wanita itu?

Shum memejamkan matanya erat seketika. Dia memadam rasa dendam yang berkecamuk dalam hatinya. Shum memujuk hatinya untuk mempertahankan perkahwinannya.
Demi Aqish. Demi Iman.
Walau hatinya sudah begitu terluka.
Shum cuba untuk membaiki semuanya.

Sejak 3 bulan lau, selepas suaminya menyuarakan hati untuk berkahwin lain, hubungan Shum dan Zaim tidak semesra dulu lagi.

Shum sayangkan Zaim. Walaupun hatinya sakit, dia tekad mahu memperbaiki apa yang kurang.
Shum mengahrapkan Zaim tidak meneruskan niatnya untuk berkahwin lain.
Wanita mana sanggup bermadu. Shum sendiri tak mampu menanggung rasa. Bahkan Shum tahu Zaim takkan mampu berlaku adil malah untuk menanggung nafkah hidup Zaim sendiri takkan mampu.

Dia tahu suaminya kini kemaruk cinta.
Shum nekad untuk cuba berlembut dengan suaminya.
Dia tahu Zaim masih sayangkannya dan anak-anak.
******************************************************

Zaim tiba di rumah awal petang itu.

Aqish sedang bermain di ruang tamu. Iman pula masih tidur selepas disusukan.

Shum terus ke dapur untuk menyediakan air minuman untuk suaminya.
Baru saja melangkah ke dapur, suaminya memanggil.

"Shum, mari kejap abang nak bincang" kata suaminya.
Tiba-tiba terasa berderau di dadanya.
Shum melangkah ke meja makan di mana suami sedang menunggu.
Shum duduk dalam tenang. Riak mukanya seperti kosong.
Namun Tuhan saja yang tahu apa yang berkocak dijiwa.

"Shum, maafkan abang. Abang sayangkan Shum. Tapi abang juga sayangkan dia."jelas Zaim perlahan.
Aku diam. Setitik pun aku takkan biarkan air mata ini menitis kerana suami seperti ini.
Hati aku hancur tatkala Zaim menyebut 'sayangnya' kepada perempuan lain.
Zaim menyambung lagi.

"Abang tahu Shum cuba buat yang terbaik, Shum cuba untuk berubah yang leih baik, tapi semuanya dah terlambat, Abang tetap nak berkahwin dengan dia. Tapi abang taknak kehilangan Shum."

Ya. Memang Zaim tak nak kehilangan aku. Sebab dia sendiri tak mampu untuk menampung hidup mereka sekeluarga. Zaim memang tak mampu! Selama ni Shum sudah cukup bertolak ansur menanggung nafkah keluarga kerana dia tahu bergaji rendah. Shum berkorban untuk keluarga keran demi cintanya pada Zaim. Dan jika ini jalan yang Zaim pilih. Shum juga sudah ada tekad baru.
Dia akan berundur. Dia tahu dan sedar Zaim takkan mampu untuk tanggung dua keluarga sekaligus. Malah jika diteruskan, Shum juga akan menjadi mangsa.

"Baiklah Abang, jika itu yang abang pilih. Shum juga sudah tekad. Shum redha dengan apa yang sudah terjadi. Lepaskan Shum. Shum mohon sangat abang lepaskan Shum" Shum bicara dalam penuh tenang dan hormat.

Zaim tunduk dalam diam. Tak menjawab. Biarlah dia diam daripada berkata-kata.
Kerana bagi Shum. Zaim bukanlah cinta hatinya lagi.
Sekelip mata Shum merasakan Zaim orang asing bagi dirinya.
Andai diturutkan rasa Shum mahu pergi jauh dari Zaim.
Segala pengoranannya hanya tinggal debu. Melayang tiada ertinya lagi.
Shum sudah penat untuk menagih kasih suami sendiri supaya terus setia.
Shum tak rela untuk terus hidup dengan suami yang curang dengan kesetiaannya.
Zaim lelaki baik dan penyayang. Mungkin Zaim bukan untukku lagi.
Saat ini hanya sendu di hati. Tiada lagi sayang dan cintaku untuk Zaim.

"Aku hanya mahu mebahagiakan Aqish dan Iman." detik hati Shum dengan penuh tekad

"Maafkan ibu. Ibu tak mampu untuk kuat mengharungi keperitan ini. Ibu janji, ibu takkan sia-siakan Aqish dan Iman" bisik Shum sendiri.

Inilah badai besar dalam rumah tangganya. Shum bersujud mohon ampun pada Pencipta raya.
Shum mohon ampun menangis sendu kerana dia tewas dengan dirinya sendiri.
Shum tak mampu menipu dirinya untuk terus menyerahkan jiwa dan dirinya untuk suami yang tiada setianya.
Shum mohon petunjuk jalan yang terang untuk dirinya dan keluarga.
Shum percaya Allah memberikan ujian ini untuk dia lebih mendekatkan diri dengan Tuhan.
Air matanya mengalir deras menangis sendu pada Allah.
Menyerahkan jiwa raga sepenuhnya pada Allah.
Hanya ALLAH.

Shum,
Air mata itu takkan abadi. Ia akan kering dilanda kemarau jalanan.
Kerna, perjalanan hidup kita yang panjang.

Shum,
Engkau wanita istimewa,
Menangislah untuk membasuh luka hatimu.
Allah menunggu tangismu.
Dan DIA lah kebahagian hakiki.

Detik waktu yang berjalan,
Luka itu takkan hilang, 
tapi ia akan pudar dengan cintanya Allah yang mekar di jiwamu
Engkau akan bisa berdiri dan menang.
Kerana Allah talimu kukuh,
Kerana Engkau ada Allah.





Monday, May 30, 2016

Eh! Salah orang pula!

Tahun satu. 
2003. 
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UPM.

Semua pelajar baru berkumpul di kuliah utama fakulti.

Ada yang duduk secara berkumpulan. Ada juga yang lone renjer. Hah. Aku lah salah seorangnya.

Memang semuanya muka yang tak di kenali.

Maka bermulalah sesi orientasi fakulti untuk pelajar baru.

Di saat riuh rendah bilik kuliah, aku terpandang seorang daripada pelajar perempuan yang berdiri di hadapan kelas.
Dengan beg galas sandang belakang dan sebuah file ditangan kanannya.

"Eh macam yati!" tiba-tiba hatiku melonjak gembira kepalang.

Bayangkanlah memang aku tak kenal siapa siapa pun yang berada di kumpulan pelajar Kursus Ekonomi. Dan bila terpandang kelibat Yati apa lagi, aku menerpa laju ke arah Yati.

"Yatiiiiiii!!!!!" jeritku sambil menempuk bahunya dari belakang.

Yati pun berpaling dan kemudian dia membalas.

"eh, eh..saya  bukan Yati"

Aduh...sekali salah orang pulak daaa. Adeh!

"Ohh..maaf..maaf..saya betul-betul ingat kawan saya tadi, maaf ye" kataku sambil tersengih sengih kambing.

Aduh...Itulah tahap konfiden memang selalunya tinggi. Malu bukan kepalang.
Insan yang aku ingatkan Yati tadi tu rupanya orang lain. Tapi mukanya saling tak tumpah macam Yati kawan sekolah menengahku. Al maklumlah dah lone renjer memang lajulah menyapa orang.

"Eh takpe. Nama Saya Ainun. Ni kawan saya Nadiah. Awak jurusan Ekonomi jugak ye?"

Tanya Ainun. Ainun memperkenalkan dirinya dan kawannya kepadaku.
Aku mengannguk kecil sambil tersengih. Padahal dalam hati Tuhan je tahu.
Malu bukan kepalang. Malu oiiiiiiiiiii!

Sesi orientasi mengikut jurusan telah selesai. Semua pelajar beredar untuk ke tempat menunggu bas.
Seperti biasa aku berjalan seorang diri. Langkah kaki dengan laju sebab nak berbaris di hadapan.
Tiba-tiba ada suara menyapaku.

"Assalamualaikum ..Hye..nama awak Syazana kan, nama kita sama. Saya Shahzana" tegur gadis genis comel berbaju kurung pink. Kulitnya hitam manis bertahi lalat di hidung. Dari atas sampai bawah semua pink!
Huishhh dasyat budak ni. Mesti orang Key El.

"Waalaikumussalam,.." jawabku.
"Haah saya pun perasan tadi," jawabku sambil tersenyum.

"So, nak panggil awak siapa? Saya orang panggil Nana " tanya Nana lagi

"Ohh yeke, saya pun orang panggil Nana" jelasku.
Aduhh..sama pulak nama panggilan. Adeh..

"erm kalau macam tu  panggil saya Sya jelah.." aku menambah lagi.

"Ok, setuju. So awak jalan sorang-sorang je ek? Jum lah sesi petang nanti kita pegi sama-sama" ajak Nana ramah.

"Ohh boley je…saya tunggu kat tempat menunggu bas di depan kolej ye"
"Okay jumpa nanti pukul 2.00" Jelas Nana sambil melambai-melambai tangan.

Dan akhirnya aku dah ada kawan. 
Dan saat itulah jugalah titik perkenalan antara aku, Enun, Ned dan Nana.



Friday, May 27, 2016

Jumaat

Jumaat.

Moga barakah seisi alam semesta.

Ada dugaan yang mudah bagi kita lewati tapi tetp ada dugaan yang kita tak mampu dengan mata kasar.

Tapi di situlah Dia menghidupkan hati untuk menilai.

Mana satu jalan yang Engkau perlu pilih.

Yang benar.
Yang salah.

Jangan mengungkap dalam ucap yang tewas.
Usah terlalu pantas menilai kata yang terlintas.

Kadang kau tak pernah tahu.
Apa yang diberikan untukmu,

Bersyukurlah menerima seadanya.


Muslim Best!

Kelas makroekonomi pagi ini sangat mencabar. Bukan mindanya yang tercabar, tapi matanya yang kantuk lagi di sorong papan.
Aku dah 3 kali menguap.
Ned tekun menyalin.
Sesekali mengadap hanset sony ericsonnya.
Menunggu mesej pujaan hati barangkali.

Aku menoleh di belangkang sambil menunjuk isyarat pada Enun.

" nak gula gula satu!" Bisikku kepada Enun.
Enun segera keluar 3 jenis gula gula untuk dipilih.. Dia memang tokey jajan di kalangan kitaorang. Kami gelarkannya Mummy Prigles. Makanan ringan mesti ada sepanjang masa.
Hilang sedikit kantuk yang melabuh di mata. Mim dan Gug di kelas sebelah. Kak Farah and Nana kusyuk mendengar kuliah.

Kelas pagi. Sungguh sadis. Perut mula bekeroncong. Eh, lagi 20 minit kelas dah nak tamat.
"Jom terus p makan lepaih ni" aku menulis nota ringkas dibuku nota Ned.
Ned mencatat
Jom Cafe!
Dengan pantas aku menaip mesej kepada semua geng rempit tuk terus berkumpul di cafe kolej 14.

Shida dan Timah memang sudah berada di cafe. Bas sampai cepat. Kadangkala memang sukar di ramai pak cik bas ni. Sedey!

Aku membonceng bersama Nana.
Mim dan Niza. Kak farah dan lindot.
Haaa..walaupun lindot poteng kelas pagi ni, dia cepat bab makan. Terus datang membonceng kak farah. Ko memang terbaik Lindot!
Semua dengan menu masing-masing.
Makan semeja. Aku dan Nad beli air dulu sbb nak mengecop meja.
Selepas yang lain selesai membeli makanan aku dan Ned kemudian bangun untuk membeli makanan.
Hari ni semua makan ayam. Lauk dah nak habis. Bedal ajelah labu.
Sampai meja aku terus letakkan makanan di meja dan duduk kerusi.

Tiba-tiba mata tertangkap dengan sehelai kertas putih di cawan milo ais.

Nombor saya 0176578999 -Muslim.

Aihhhhh. Baru nak santap dah ada jembalang datang mengganggu.
Potong betoiiiii. Aku buat muka.

Yang lain dah perasan. Ned  trrus ambil kertas tersebut lalu menggumpal menjadi bola.
"Eh poyolah mamat ni, oqang tak mau tak paham ka" Ned sememangnya ketua geng munduks sangat tak menyenangi keadaan tersebut.

Aku menambah " buat bodo ja wey, jum mkn cepat cepat pastu kita blah"..
Rupanya mamat poyo tu sedang memerhati dari jauh.
Dia memulakan misi busuk nya diwaktu geng munduks leka menghabiskan makanan.
Selesai makan, semua ke parkir moto.

Di saat semua orang menyarungkan helmet di kepala, tiba-tiba baru aku perasan yang helmet aku tiada di tempat asalnya.

"Wey mana helmet?"aku menjerit kecil bercampur panik.

Niza menyampuk.

"Jatoh dalam tasek pa" kebetulan tasek kat sebelah parkir moto.

"Takkanlah kot" mim menambah.

Dalam kelangkabut semua pakat dok cari, tiba tiba datang sang kuriang mana tah mai bagitau.

"Helmet dia ni ada mamat atas tu amek"

Mamat kuriang itu berkata sambil menunjuk isyarat tangan ke arah seseorang di hujung jalan sana.

"Dia suruh cik adik ni p ambil kat sana" dia menambah lagi.

Apa lagi. Aku rasa satu badan angin kus kus naik.

Gila betoi! Kojaq! Kojaq!

Dah macam nak menangis dah aku tang situ. Aku memang taknak la jumpa mamat tu.
Aku pandang Ned.
Well as usual Ned memang penyelamat.

"Takpa wey..jum! Aku p teman hang" sememangnya Ned geng kokdiang aku. Sorang lagi niza si gugil. Pun geng kokdiang.

Akhirnya aku dan Ned p jumpa mamat poyos si Muslim.

"Ape ni main curi curi helmet orang!" Ned separuh menengking ke arah Muslim.
 Walaupun bunyi nya macam marah tapi masih ada kelembutan diwajah Ned.
 Dan disebabkan itu, si Muslim dok tergelak gelak.

"Alahhhh..relaxlah, main main je pun, takkan marah" Muslim menjawan sambil terqenyeh qenyeh. Alahai..macam nak buh penumbuk je tau mamat ni.

"Kite nak berkenalan je ngan kawan awk tu" Muslim menambah sambil memuncung mulut ke arah aku yang berdiri sebelah Ned.

Aku sepatah pun tak menjawab. Aku nak menangis dah tu.
Dok tahan sangat dah.
Ned masih menyerang bertubi tubi. Kali ni tekan tubi habis habisan.

"Kan dia dah mmg tak nak! So taknak lah! Jangan lah paksa paksa!" Kali ni lebih tegas.

Air muka Muslim dah berubah. Agaknya terkesan dengan kata-kata Ned tadi.

"Okaylah saya minta maaf" Muslim akhirnya memulangkan helmet ke arah ku.
Dengan pantas Ned menarik helmet tersebut.

"Jom kita balik!" ajak Ned dengan nada yang masih tegang. Kami berdua kemudiannya berjalan ke arah Blok L5.

Sampai di L5.
Aku duduk di tangga. Aku sebenarnya masih cuak. Kemudian membelek helmet.
Sah dah tak boleh pakai. Sebab si mamat poyo ni dah gi potong tali penyambung helmet.
Terus aku berderai air mata aku di situ jugak. Menangis kuat.

"wey ned, helmet aku dah rosak! Macamna nak p kelas petang ni.." aku menangis. Dah di hujung hujung sem ni nak berjimat. Inikan pulak nak beli helmet.

"Laaa. Aku tak perasan pulak tadi" Ned menjawab tanda kesal.
"Takpala..ptg nnt kita p cari kat kedai  yang murah-murah. Ada juai punya" Ned menambah demi cuba menenangkan aku yang dah berserabut.

Sejak hari tu Muslim tak pernah ganggu lagi. Kalau ternampak kelibat si Muslim tu, geng kitaorang dah gelar dia Muslim Best, jenama kicap femes masa tu. KahKahkah

Ned memang ketua Geng Munduks!
Sayang korang wey!

Thursday, May 26, 2016

Cerpen untuk Shum ~ Ohh hati, kemana kau pergi (E.3)

"Aqish, aqish nak ibu baru?" tanya si ayah tak segan silu.
"Tak nak." Aqish menjawab. Aku tahu Aqish masih terlalu kecil
Hati aku bergetar. Eh, engkau ni dah kenapa?
Sampai hati bertanya anak sebegitu soalan!
Dia sebolehnya takkan membiarkan Aqish menghidu hubungan dingin dia dan suami.
Tapi Zaim? Hampa dengan suaminya. Akhirnya memujuk Aqish.
"Papa pandai bergurau kan Aqish" Shum  cuba menahan rasa.

"Aqish tak nak ibu baru" ujar Aqish. Ada genang air mata di wajah anak kecil ini.
Seperti biasa, Zaim bersiap-siap untuk keluar. Jam menunjukkan jam 9.00 malam.
"hah! nak jumpa perempuan tu la tu!" jerit Hamiesya di dalam hati.
"Arghhh ..aku dah tak nak amek peduli..." dia menggetus lagi.
Aku cuba memujuk Aqish yang Papa nya hanya bergurau.
Manalah boleh diganti-ganti ibu sendiri.
Kasihan Aqish.
Akhirnya Aqish tertidur.

Shum menatap wajah Aqish dan Iman.
"Bagaimana mereka tanpa ayah? Bagaimana hidup aku jika selepas ini tiada suami di sisi?"

Dia menangis lagi dan kemudiannya mengambil wuduk dan menyarungkan telekung.
Selesai solat, lama Shum berteleku di sejadahnya.
Sungguh aku tak kuat Ya Allah. Menangis dan menangis. Ya Allah....

Hamiesya atau nama panggilannya Shum,cuba bertahan segala kudrat dan kekuatan.
Hanya tangisan dalam sendu yang merawat luka di lubuk hatinya.
Dalam suasana kelam, dia mengerling jam di dinding bilik.
Jam 2.00 pagi. Zaim masih belum pulang.
Mengalir lagi air mata hangat merembes di pipi apabila sepintas lalu terlintas perbualan singkat malam semalam.

"Apa yang kurang Shum pada abang" keluh Shum menahan sebak yang membungkam di dada.
Walaupun bagai hendak pecah sebaknya di tahan-tahan di hadapan suaminya.
"Shum tiada yang kurang. Abang sayangkan Shum.
Tapi abang tak boleh tipu diri abang..Abang sayangkan dia juga" tutur Zaim dengan penuh hati-hati.

Walau tuturnya mendatar, namun bagai ada hentaman pedang menikam di jiwa apabila mendengarkan perkataan yang keluar dari mulut suaminya.
"Dia sayangkan aku?"hentak suara hatinya.
Meluahkan rasa yang sama untuk perempuan lain di saat aku menanggung perit nya luka.
Hamiesya masih dapat menyembunyikan rasa berbekam di dadanya.
Menahan sabar untuk marah memandangkan Aqish masih belum tidur.
Memang sejak Zaim meluah kan rasa mahu berkahwin lagi, hubungan menjadi dingin.
Suasana hambar dan bukan seperti dulu lagi.

Melihat kembali jam di dinding sudah lewat 3 pagi.
Tiba-tiba tombol pintu bilik yang aku diami seperti di pulas. Tapi aku telah awal mengunci dari dalam.
Zaim dah pulang. Shum membatu diamkan diri. Pintu di ketuk perlahan. Diam lagi.
Akhirnya ketukan berhenti.

dan.... Shum  menangis lagi.
Hatinya menangis lagi.
Sampai bila dia sendiri tak pasti. Tapi hancur remuk bagaikan berbelah tiada cantuman lagi.
Akhirnya dia lena dalam tangisan sendu nya sendiri.
Membiarkan hening  malam meminjamkan tubuh mendakap gelora di jiwanya.
Biarlah hati, biarlah engkau menangis...



Cerpen untuk Shum ~ Ohh hati, kemana kau pergi (E.2)

Perlahan-lahan pintu rumah di kuak.
Kasut macam tak ade. Dia belum sampai lagi ni.
Cepat-cepat  aku masuk ke dalam bilik.
Nak masak ke tak nak? Humm... Langkah malas ke dapur dengan keserabutan yang maha hebat.
"Aku memang tak de mood nak masak ni!" aku menggetus dalam hati.
Malas bertimpa-timpa apatah lagi nak masak. Maka berlenggang kangkung ke ruang tamu. 

"Ya Allah!" sambil tepuk dahi laju laju.
"Anak aku!" Laju laju kunci kereta myvi dicapai. Tudung mana tudung? 
Dengan kepantasan maksimum, ku sarungkan jilbab instant bewarna peach.

 "Ahh, mcmana boley lupa pulak nak ambil Aqish dan Iman ni." aku mengeluh berkali kali.
 Sebagai ibu tak sepatutnya aku boleh lupa hal yang terpenting macam ni.
Sambil memandu fikiran menerawang lagi. Dalam keadaan yang singkat terus menyingkap peristiwa minggu lepas.

“Shum…abang nak khawin lain.”
Bagai terhenti nafas. Sambil menyusukan Iman, aku masih mendengar setiap bait kata-kata yang keluar dibibir yang ku sanjung selama ini.
Semacam bermimpi, apakah aku perlu tanya sekali lagi.
Tapi dalam tenang aku tanya dia, “kenapa…kenapa nak khawin..”
“Saya redha. Tapi, lepaskan say acara baik.” Pintaku dalam tenang. Aku sendiri tak sangka tapi itu yang terpacul. Buat ketika itu dan saat itu, dah sanggup lagi nak tengok wajah dia lagi.
Macam nak lari dan lari. Sikit pun tak tumpah air mata perempuan ku di depan dia.
Hati aku sakit. Sakit yang amat.
Aku diam.
Dan diam hinggalah hari ini.

“Yeay yeay! Ibu dah sampai!” jerit Aqish.
Lamunan tersentak. Aqish menjerit-jerit sambil melambai girang.
Dengan cepat aku sapu air mata yang bergenang.
Aku takkan sekali biar anak-anak lihat kesedihan yang ku tanggung.
Ya Allah..kuatkanlah aku….Shum! Engkau kena kuat Shum!

“Assalamualaikum anak ibu” terus aku mendakap Aqish dan Iman.
“Jom kita balik!” sapa ku  sambil mendukung Iman sambil memimpin tangan Aqish ke kereta.
“Kak Imah, terima kasih ye, saya balik dulu” beritahuku pada kak Imah.
“Yelah Shum, ko pun akak tengok macam dah penat tu “ jawab kak Imah
Kak Imah pengasuh sementara mak masih di hospital. Mak dah seminggu terlantar di hospital. Memang sebelum ni mak yang mengasuh Aqish dan Iman. Kalau ikutkan hati, memang tak nak aku susahkan mak. Biarlah aku cari pengasuh yang boleh jagakan Aqish dan Iman. Tapi mak tetap bekeras. Hummm.

Mungkin lepas ni, aku kena tekad hantar Aqish dan Iman pada pengasuh. Aku taknak susahkan mak lagi.

Sebaik sampai di rumah, terlihat sepasang kasut hitamnya berada di luar rumah.
“Dah sampai la tu” getus hatiku dingin. Memang aku benci nak tengok muka dia lagi, Kalau boleh aku tak nak terserempak lagi.
Engkau kena kuat Shum!









Menangis lah Shum


Tiba-tiba bunyi signal watsup.
Watsup dari group Geng Rempit.
Shum : Babe....
Dah lama watsup group sunyi. erm..ada yang tak kena ke?
Aku : Yup Shum, nape wey....
Shum : Laki aku dah sebulan mintak izin nak kawen lain....

Erk...aduh. Terkedu nak terduduk rasanya. Berderau darah sampai ke kepala.
Taip nak balas. Tapi aku taip..pastu aku padam balik. Tetiba tak tahu nak reply apa. Tak tahu nak reply macamna.
Shum ni betul ke?
Setahu aku, laki dia ni baik, penyayang...
ish!
Mana yang lain ni takde yang reply ke?

Aku menaip semula.
Aku : Shum, betul ke ni?
Shum : Betul...
Aku : Dengan siapa? Ko kenal ke? Ya Allah...
Shum : Kenal...dengan kawan badminton dia..patutlah asik balik 2 3 pagi ja dulu rupanya mcm ni...

Aku terkedu lagi. Macam tak percaya.
Ya Allah..aku tahu Shum tengah perlukan semangat.
Perlukan tempat meluah rasa.
Kami perlu tenteram dia. Tapi aku rasa aku tak boleh. Aku rasa nak bagi penumbuk ja kat laki dia tu.

Shum. Nama penuh Hamisya. Nama rider Shum. Sebab kalau dulu kat kolej dialah juara merempit.
Misya Schumacer. Pendekkan jadilah Shum.
Shum paling lemah lembut antara kami 10 orang.
Ada 8 orang rider. Dua lagi tak naik moto.
Geng moto.
Gugil, Shum, Ned, Enun, Lindot, Kak Far and aku.
Shida and Tim geng bus. Kami memang baik masa kolej dulu.
Kalau sorang terbahak bahak gelak, yang lain pasti membahak gelak juga.
Kalau sorang menangis qeyau, semua pakat mai laju nak comfort yang sedih.
Akrab. Sangat!.
Dan kini sudah 10 tahun zaman muda mudi kolej berlalu.
Tapi tetap bersama di maya.
Masing-masing sudah bekeluarga dan bekerjaya.
Kini kami bergelak ketawa dalam watsup. Tapi mcm real ja semua kat depan mata.

Dan hari ni, Shum dalam kekecewaan yang amat.
Mesej dari Shum tadi masih terngiang dalam kepala.
Yang lain pun dah membalas.
Aku pasti semua merasa hal yang sama.
Paling emosi aku dan Lindot. Aku kesiankan Shum. Dia baik. Baik sangat!
Dia cakap suami dia sekarang masih jalankan tanggungjawab macam biasa.
Jaga anak, belikan makanan. Cuma dia dan suami dah tak mesra macam dulu.

Hati perempuan.
Sekali dah terluka. Parutnya tetap ada. Parut yang akan berdarah.
Siapa pun. Perempuan mana pun akan tetap merasa perit yang sama.
Sungguh kami doakan Shum.
Aku rasa nak lari je pegi kat Shum.
Kalau lah kami semua masih di Kolej 14 dah lama aku lari laju-laju pergi bilik Shum.
Biar nangis sama-sama.

aku garapkan kisah Shum untuk iktibar..
cerpen bersambung "ohh hati, Kemana Kau Pergi"....
Shum, kami doakan yang terbaik untuk ko.

HUGS.



Tuesday, May 24, 2016

Tidur itu kan indah!

Lokasi : L4, Kolej 14, UPM
2013

"Eh lindot? Ko tak nak pergi kelas ke?" tanya aku sebaik membuka pintu bilik.
"Hah, ko cube lah kejut, aku dah banyak kali kejut, dia dok mcm tu jugak"
 ujar Enun yang masih di depan cermin membetulkan tudung. 
Lindot masih diselubungi comfoter biru bunga-bunga bersama mimpi indah.
Dalam suara tenggelam timbul terdengar suara di balik comforter. 
"Korang pegilah dulu, aku gi kelas petang...arghhh..."
Masih mengantuk. Menongkat dagu sambil memerhati aku dan Enun.

Begitulah Lindot. 
Tapi tak payah nak heran sangat sebab dia scorer hebat. 
Tak pegi kelas pun result mencanak canak hebat.

"Jom enun! Yang lain dah tunggu kat tempat moto" aku mengajak Enun..

"Jom!"

Aimy Quote

"Aimy tolong ambik cawan atas meja tu kejap"
Aimy : akuuuu...jugak....
😅😅😅😂😂😂😂
Dia terikut dialog upin ipin ayat si mail..
Aduhhhh. Itulah gen Y.
Nangisssss.

"Bangganya tokma datang umah Aimy"
Tempohari tokma and tok abah dtg umah aimy..oleh kerana terlalu gembira itulah yang terpacul dari seorang Aimy.
😂😂😂😂😂

Masa tokma datang, naik kete tok abah jalan jalan. Aimy dok seat co pilot sebelah driver. Elok je kete jalan...
Aimy berkata "wahh selesanya kereta tok abah"
Adehhh..ayatnya memang mengundang bahak.

Diwaktu pagi jika terlambat pasti si ibu ni bawak rushing kan..tetiba keluar suara berlagu dari belakang..
"Jangan ...jangan...terburu buru..."
Ye pastilah Aimy.
🙆🙆🙆🙆

Cerpen untuk Shum ~ Ohh hati, kemana kau pergi

Hon!hon!
Bunyi hon menjerit jerit.
Eh eh..dah lampu hijau. Dalam kekalutan cepat cepat aku masuk gear D kereta.
Mengalamun sampai dunia mana.
Fikiran tak menentu sejak dua menjak.
Kacau bilau, marah, kecewa remuk dendam semua.
Ahhh.
Dah sampai rumah. Nak masuk ke tak nak ni?
Ahhhh. Seat sebelah penuh menimbun buku sekolah yang belum bertanda. Aduhai....
.....bersambung...

Lagu Kita

Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...