My photo
Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.

Tuesday, May 31, 2016

Cerpen untuk Shum ~ Ohh hati, kemana kau pergi (E.4)

Shum nekad.

Shum nekad mahu mempertahankan perkahwinannya.
Seawal jam 4.00 pagi Shum bangun menyediakan sarapan dan keperluan suami.
Dia cuba sebaiknya menjalankan tugas seorang isteri.
Walaupun sebelum ni, rutin adalah sama, tapi dia cuba memperbetulkan apa yang kurang.

Sebagai seorang guru, Shum perlu keluar awal untuk ke sekolah.
Shum menyiapakan segala keperluan dang kelengkapan suami dan anak-anaknya.

Pagi itu seperti biasa Shum besalam dan menyium tangan suaminya.
Dalam muka yang bersahaja, Shum seperti menganggap tiada apa yang terjadi.
Zaim kelihatan terpana tatkala memandang isterinya.
Shum perasaan pandangan suaminya.
Shum mempercepatkan langkahnya masuk ke dalam kereta.
Tiba-tiba Zaim datang mengetuk tingkap pintu kereta, tanda menyuruh Shum menurunkan sedikit tingkap keretanya.

"Abang cuba balik cepat petang ni, kita bincang" kata Zaim sebaik sahaja Shum menurunkan tingkap kereta.

Shum kemudiannya mengangguk. Dia kemudiannya memulakan perjalanan.

Hatinya sedikit gentar mendengar bicara suaminya sebentar tadi.

Pelbagai persoalan bersarang di kepalanya.

Adakah Zaim bertekad untuk meneruskan perkahwinannya bersama wanita itu?

Shum memejamkan matanya erat seketika. Dia memadam rasa dendam yang berkecamuk dalam hatinya. Shum memujuk hatinya untuk mempertahankan perkahwinannya.
Demi Aqish. Demi Iman.
Walau hatinya sudah begitu terluka.
Shum cuba untuk membaiki semuanya.

Sejak 3 bulan lau, selepas suaminya menyuarakan hati untuk berkahwin lain, hubungan Shum dan Zaim tidak semesra dulu lagi.

Shum sayangkan Zaim. Walaupun hatinya sakit, dia tekad mahu memperbaiki apa yang kurang.
Shum mengahrapkan Zaim tidak meneruskan niatnya untuk berkahwin lain.
Wanita mana sanggup bermadu. Shum sendiri tak mampu menanggung rasa. Bahkan Shum tahu Zaim takkan mampu berlaku adil malah untuk menanggung nafkah hidup Zaim sendiri takkan mampu.

Dia tahu suaminya kini kemaruk cinta.
Shum nekad untuk cuba berlembut dengan suaminya.
Dia tahu Zaim masih sayangkannya dan anak-anak.
******************************************************

Zaim tiba di rumah awal petang itu.

Aqish sedang bermain di ruang tamu. Iman pula masih tidur selepas disusukan.

Shum terus ke dapur untuk menyediakan air minuman untuk suaminya.
Baru saja melangkah ke dapur, suaminya memanggil.

"Shum, mari kejap abang nak bincang" kata suaminya.
Tiba-tiba terasa berderau di dadanya.
Shum melangkah ke meja makan di mana suami sedang menunggu.
Shum duduk dalam tenang. Riak mukanya seperti kosong.
Namun Tuhan saja yang tahu apa yang berkocak dijiwa.

"Shum, maafkan abang. Abang sayangkan Shum. Tapi abang juga sayangkan dia."jelas Zaim perlahan.
Aku diam. Setitik pun aku takkan biarkan air mata ini menitis kerana suami seperti ini.
Hati aku hancur tatkala Zaim menyebut 'sayangnya' kepada perempuan lain.
Zaim menyambung lagi.

"Abang tahu Shum cuba buat yang terbaik, Shum cuba untuk berubah yang leih baik, tapi semuanya dah terlambat, Abang tetap nak berkahwin dengan dia. Tapi abang taknak kehilangan Shum."

Ya. Memang Zaim tak nak kehilangan aku. Sebab dia sendiri tak mampu untuk menampung hidup mereka sekeluarga. Zaim memang tak mampu! Selama ni Shum sudah cukup bertolak ansur menanggung nafkah keluarga kerana dia tahu bergaji rendah. Shum berkorban untuk keluarga keran demi cintanya pada Zaim. Dan jika ini jalan yang Zaim pilih. Shum juga sudah ada tekad baru.
Dia akan berundur. Dia tahu dan sedar Zaim takkan mampu untuk tanggung dua keluarga sekaligus. Malah jika diteruskan, Shum juga akan menjadi mangsa.

"Baiklah Abang, jika itu yang abang pilih. Shum juga sudah tekad. Shum redha dengan apa yang sudah terjadi. Lepaskan Shum. Shum mohon sangat abang lepaskan Shum" Shum bicara dalam penuh tenang dan hormat.

Zaim tunduk dalam diam. Tak menjawab. Biarlah dia diam daripada berkata-kata.
Kerana bagi Shum. Zaim bukanlah cinta hatinya lagi.
Sekelip mata Shum merasakan Zaim orang asing bagi dirinya.
Andai diturutkan rasa Shum mahu pergi jauh dari Zaim.
Segala pengoranannya hanya tinggal debu. Melayang tiada ertinya lagi.
Shum sudah penat untuk menagih kasih suami sendiri supaya terus setia.
Shum tak rela untuk terus hidup dengan suami yang curang dengan kesetiaannya.
Zaim lelaki baik dan penyayang. Mungkin Zaim bukan untukku lagi.
Saat ini hanya sendu di hati. Tiada lagi sayang dan cintaku untuk Zaim.

"Aku hanya mahu mebahagiakan Aqish dan Iman." detik hati Shum dengan penuh tekad

"Maafkan ibu. Ibu tak mampu untuk kuat mengharungi keperitan ini. Ibu janji, ibu takkan sia-siakan Aqish dan Iman" bisik Shum sendiri.

Inilah badai besar dalam rumah tangganya. Shum bersujud mohon ampun pada Pencipta raya.
Shum mohon ampun menangis sendu kerana dia tewas dengan dirinya sendiri.
Shum tak mampu menipu dirinya untuk terus menyerahkan jiwa dan dirinya untuk suami yang tiada setianya.
Shum mohon petunjuk jalan yang terang untuk dirinya dan keluarga.
Shum percaya Allah memberikan ujian ini untuk dia lebih mendekatkan diri dengan Tuhan.
Air matanya mengalir deras menangis sendu pada Allah.
Menyerahkan jiwa raga sepenuhnya pada Allah.
Hanya ALLAH.

Shum,
Air mata itu takkan abadi. Ia akan kering dilanda kemarau jalanan.
Kerna, perjalanan hidup kita yang panjang.

Shum,
Engkau wanita istimewa,
Menangislah untuk membasuh luka hatimu.
Allah menunggu tangismu.
Dan DIA lah kebahagian hakiki.

Detik waktu yang berjalan,
Luka itu takkan hilang, 
tapi ia akan pudar dengan cintanya Allah yang mekar di jiwamu
Engkau akan bisa berdiri dan menang.
Kerana Allah talimu kukuh,
Kerana Engkau ada Allah.





1 comment:

  1. Setiap hati tggu sambungan cerita ni...pandai sya berkarya

    ReplyDelete

 Baby Birthday Ticker Ticker
Lilypie First Birthday tickers

Lagu Kita

Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...