My photo
Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.

Monday, May 30, 2016

Eh! Salah orang pula!

Tahun satu. 
2003. 
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UPM.

Semua pelajar baru berkumpul di kuliah utama fakulti.

Ada yang duduk secara berkumpulan. Ada juga yang lone renjer. Hah. Aku lah salah seorangnya.

Memang semuanya muka yang tak di kenali.

Maka bermulalah sesi orientasi fakulti untuk pelajar baru.

Di saat riuh rendah bilik kuliah, aku terpandang seorang daripada pelajar perempuan yang berdiri di hadapan kelas.
Dengan beg galas sandang belakang dan sebuah file ditangan kanannya.

"Eh macam yati!" tiba-tiba hatiku melonjak gembira kepalang.

Bayangkanlah memang aku tak kenal siapa siapa pun yang berada di kumpulan pelajar Kursus Ekonomi. Dan bila terpandang kelibat Yati apa lagi, aku menerpa laju ke arah Yati.

"Yatiiiiiii!!!!!" jeritku sambil menempuk bahunya dari belakang.

Yati pun berpaling dan kemudian dia membalas.

"eh, eh..saya  bukan Yati"

Aduh...sekali salah orang pulak daaa. Adeh!

"Ohh..maaf..maaf..saya betul-betul ingat kawan saya tadi, maaf ye" kataku sambil tersengih sengih kambing.

Aduh...Itulah tahap konfiden memang selalunya tinggi. Malu bukan kepalang.
Insan yang aku ingatkan Yati tadi tu rupanya orang lain. Tapi mukanya saling tak tumpah macam Yati kawan sekolah menengahku. Al maklumlah dah lone renjer memang lajulah menyapa orang.

"Eh takpe. Nama Saya Ainun. Ni kawan saya Nadiah. Awak jurusan Ekonomi jugak ye?"

Tanya Ainun. Ainun memperkenalkan dirinya dan kawannya kepadaku.
Aku mengannguk kecil sambil tersengih. Padahal dalam hati Tuhan je tahu.
Malu bukan kepalang. Malu oiiiiiiiiiii!

Sesi orientasi mengikut jurusan telah selesai. Semua pelajar beredar untuk ke tempat menunggu bas.
Seperti biasa aku berjalan seorang diri. Langkah kaki dengan laju sebab nak berbaris di hadapan.
Tiba-tiba ada suara menyapaku.

"Assalamualaikum ..Hye..nama awak Syazana kan, nama kita sama. Saya Shahzana" tegur gadis genis comel berbaju kurung pink. Kulitnya hitam manis bertahi lalat di hidung. Dari atas sampai bawah semua pink!
Huishhh dasyat budak ni. Mesti orang Key El.

"Waalaikumussalam,.." jawabku.
"Haah saya pun perasan tadi," jawabku sambil tersenyum.

"So, nak panggil awak siapa? Saya orang panggil Nana " tanya Nana lagi

"Ohh yeke, saya pun orang panggil Nana" jelasku.
Aduhh..sama pulak nama panggilan. Adeh..

"erm kalau macam tu  panggil saya Sya jelah.." aku menambah lagi.

"Ok, setuju. So awak jalan sorang-sorang je ek? Jum lah sesi petang nanti kita pegi sama-sama" ajak Nana ramah.

"Ohh boley je…saya tunggu kat tempat menunggu bas di depan kolej ye"
"Okay jumpa nanti pukul 2.00" Jelas Nana sambil melambai-melambai tangan.

Dan akhirnya aku dah ada kawan. 
Dan saat itulah jugalah titik perkenalan antara aku, Enun, Ned dan Nana.



1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Lagu Kita

Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...