Salam Jumaat...
Ketika seorang manusia mendapat kesusahan,
Manusia itu mengeluh dan berkata,
"Ya Tuhan, musibah apa ini"
"Ya Allah, sakitnya ujian ini."
"Ya Allah, punahlah hidup ku selama ini"
Begitunya seorang manusia itu merasa sangat kecewa,
Bila dirinya ditimpa musibah,
Merasa begitu perit,
Merasa Tuhan menyiksa kehidupannya.
Tapi bila hari ini,
Dengan kasih sayang Tuhan,
Tuhan membebaskan manusia itu daripada keperitan,
Sehingga manusia itu mampu hidup sempurna dan bahgia daripada kesusahan dahulu,
Indahnya Cinta Allah..
"Allah boleh mencampakkan kesedihan dalam diri insan,
Tanpa mengira siapa insan itu,
Kadang-kadang dia orang besar,
Kadang-kadang dia orang kecil,
Kadang-kadang dia rakyat,
Kadang-kadang dia raja,
Kadang-kadang kesedihan boleh datang oleh insan dan dia pun tidak tahu kenapa dia bersedih,
Kadang-kadang Allah jadikan satu masalah kepada insan,
Yang pada orang lain tidak menimbulkan kesedihan,
Bila sedih datang manusia mula runsing,
Manusia mula mencari bagaimana dia nak keluar dari rasa sedih,
Bagaimana dia nak keluar dari dukacita kehidupan,
Ramai orang menemui Allah dan mencari Allah ketika dia sedih,
Dan tak ramai orang yang mencari Allah ketika dia gembira,
Walaupun kita tak disuruh mencari sedih,
Tapi SEDIH berjaya membawa kita berjumpa Allah,
Tapi pada dia mengundang kesedihan,
Bila dia sedih, dia akan mencari jalan keluar ketika kesedihan,"
Petikan daripada ceramah Dr. Asri-Hakikat Dukacita
Begitulah Allah,
Sentiasa menunggu dan menanti kita,
Begitulah Allah,
Sentiasa memberikan bahgia pada Hambanya,
Begitulah Allah,
Yang menguji manusia dengan keperitan untuk membawa manusia itu pulang pada Allah,
Allah sentiasa memujuk hati hambaNYA,
La Tahzan
La Tahzan
La Tahzan,
Jangan Bersedih, Jangan Bersedih, Jangan Bersedih.
Kerna sedih kita bertemu Allah,
Kerna sedih kita sujud kusyuk pada Allah,
Kerna sedih kita merasakan dunia ini bukan apa-apa,
Kerna sedih kita sentiasa mahu jumpa dengan Allah..
dan kerana sedih membawa kepada kehidupan yang lebih bahgia di akhirat kelak.
Selamat berjuang para pejuang,
Selamat berjuang kerana Allah.
Salam Jumaat semua.
Assalamualaikum.
;)
------@ Ummie Aie'sya
sedih, hanya sementara.. datang la gembira...
ReplyDeletedlm hidup kita.. doakan kite, agar, hidup kite penuh kegembiraan dengan Izin Allah swt, InsyaAllah Amin...