Ini tempat duduk kak siti,
Tumpang duduk ye kak siti.
;-p
Assalamualaikum,
Hari ni sudah hari Rabu,
Hari yang panas,
Dan sedap makan ice cream Cornetto!
Chewah!, baru beli tadi kat kedai bawah opis,
Dan itulah mcm gambar di atas,
Jangan maraaa arrrrr
Hye all....
Tinggal lagi beberapa hari saya akan memulakan sesuatu yang baru,
Moga dengan izinnya semuanya akan berlaku dengan adil dan saksama.
:-)
Haiahhlah ,
dah macam nak pi mahkamah pulak,
Actually bukanlah apa apa pun,
hehehhehhe........
Insyaallah hari Isnin depan saya akan mula bertugas di tempat yang baru,
Keadaan dan suasana juga baru,
Ohhh, haruslah nervous dan macam2 yang dipikiorkannye,
Tapi Allah itu Maha Adil,
Rezeki yang diberi harus diterima dan bersangka baik seadanya.
Bila nak mulakan sesuatu yang baru,
Pasti ada bimbang,
Pasti ada yg dirisaukan,
Kerja mungkin sudah tidak sama,
Boss pun pastilah boss yang baru,
Dan yang paling pasti jarak juga sudah bertambah berbatu batu dari rumah,
Perlu ada keazaman dan kecekalan,
Perlu bersihkan semula niat dan matlamat,
Insyaallah, moga Allah bimbing kami sekeluarga,
Banyak hal yang akan disibukkan,
Soal tempat tinggal,
Soal penjaga anak,
Soal kehidupan selepas ini,
dan moga Allah permudahkan segala kesulitan.
Kenapa mahu berhijrah ?
Setiap antara kita berusaha untuk jadi yang terbaik,
Dan mahukan yang terbaik,
Walaupun gaji di tempat baru bukanlah semewah mewahnya,
Tapi insyaallah cukup untuk keperluan,
Dan masih berusaha mencari peluang yang ada nanti,
Dan yang penting, nanti sesudah pindah suami tak perlu berulang terlalu jauh,
Insyaallah hal pindah rumah kami usahakan perlahan lahan,
Tidak serta merta pindah rumah, kerana masih menunggu deposit di rumah sekarang.
Jadinya, saya akan berulang alik dahulu
Putrajaya - Damansara..
;-)
Ya. Saya pasti rindukan segala yang bakal ditinggalkan.
Kawan kawan,
Tempat kerja.
Tapi bila sampai masanya kita tetap berpisah,
tapi masih boleh berhubung dan saling gelak ketawa,
Dalam FB, kat blog, dalam chatroom YM,
Dan still boleh meet up each other kat mane2,
Saling roger meroger lah ;-)
Dan sudah agak lama di sini,
Since 2006 saya bekerja dan bertukar tempat kerja juga masih di kawasan yang sama,
Cuma kali ini paling jauh dan keluar terus dari kawasan Putrajaya,
Insyaallah, moga Allah permudahkan.
Tentang urusan pindah rumah nnt bila dah pindah baru kasi story lah ek,
Tentang tempat kerja baru pula, bila dah start keja baru kasi hupdate la key,
Kita manusia merancang,
Tapi Allah jualah menentukan ;-)
Doakan semuanya,
;-)
Al Fatihah.
------@ Ummie Aie'sya
wahhh...dah agak dah...mesti tukar kerja...
ReplyDeletetapi tak sangka jauh benar...huu...damansara tu.....adeila....rindu sama kamu....