My photo
Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.

Wednesday, June 9, 2010

^Saya dan petua mak^

Salam dan selamat pagi (juga sejuk dan mengantok)
Kalau disorongkan bantal pasti lentoknya sampai ke petang,
Bebasa basi di pagi hari mmg syok juga tuk dilayan kan,
dan hari ni seperti biasa kitaran kehidupan untuk saya tiada yang terlalu byk berbeza,
Cuma hari ini suami ada di rumah,
saya mungkin akan ber half day (bukan sbb ada suami di rumah ok..);-)
sbb saya akan check up di annur,bangi dan terus ke IJN selepas itu,
bapa saudara suami saya operation jantung hari ni,


erm,,,cerita tentang baby saya pula,
dia juga sgt aktif beberapa hari ni, bergendang, berbola sepak juga bersepak takraw pun sudah agaknya, 
dan lagi suka dia bila saya minum sunquick orange tuh,
sekaligus membekalkan vitamin C tuk si tecik ini,
dan sewaktu ini saya juga sedang meminumnya la.....hohoho
saya juga suka dan sekaligus juga khasiat tuk baby saya,:-)


dan kini perut saya juga sudah makin membulat,
kalu vacuum carpet pun dah termengah2, mop lantai apatah lagi,
juga bertinggung diwaktu mencuci toilet,heheh(jgn slalu tapi bgus juga bila mencapai kandungan 9 bulan tuk menyenangkan proses bersalin nnt(kata kwn saya yang sudah beranak dua)


Dan semalam mak saya call,
saya pun tanyakanlah akar fathimah nya dah jumpa ka?
hehhehe, mcm biasa terlupa lagi daa katanya nak tanyakan org,
Tapi petua mak saya juga mudahkan masa dia bersalin dulu,
Disaat sudah sakit nak bersalin..makan telur ayam kampung dicampurkan dengan misalbah(madu lebah, bahasa org utara kata mak saya),
Dan ketiga anak2 mak saya ketika dilahirkan adalah secara normal termasuk saya semuanya mudah dan mmg ada yg tak sempat ke hospital sudah terbersalin dirumah(adik kedua saya, dia lahir songsang, heheh ayah saya kata mmg tak sempat dah waktu tuh)
cuma adik saya yg bongsu dan satu2nya lelaki sahaja yang mak saya tak buat cam gitu sbb dia czar..heheh
Dan semalam juga ayah saya kata
(jgn minum kat umah nnt hang terberanak dulu tak dan p hospital nnt)
hehehhe..aduhai, terasa nervous sekejap.
dan mgkin saya juga nak standby petua mak saya tu, mudahmudahan selamat ya semuanya..;-)
Tapi itulah kan zaman dulu takde kemudahan canggih pun senang je beranak ye, insyaAllah moga saya dan kawan2 yang nak bersalin nnt dimudahkan lah ye..amin!


Walaupun era dan zaman sudah berubah,
insyaAllah saya akan berpantang ikut tradisi turun temurun(mampukah?adoyai..)
dan mgkin saya bercadang bersalin di sini dahulu dan kemudiannya akan berpantang di kampung,
tgklah pada keadaanya nnt...
dan yang pasti due saya dia akhir ramadhan dan di awal Syawal..


(Syawal....kita beraya di sini lah ye nak oii)???????????:-)


Sekian dan terima kasih.
JUmpe lagi.....




---------------------------------------------------------@ Ummie A'eisya





2 comments:

  1. zuris pun guna kembang siti fatimah tu time sakit nak bersalin haritu.
    memang betullah.petua org2 tua nie kena ambil berat juga kan.
    insyaallah dipermudahkan ye :)

    ReplyDelete
  2. zuris :hehhehe..itula..petua org tua mmg tak bley disangkal..hehhe..mohon doanya ye..amin..;-),awk dah lepas...syoknya dah bley pegang2 beby..hehhe

    ReplyDelete

 Baby Birthday Ticker Ticker
Lilypie First Birthday tickers

Lagu Kita

Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...