Benarkan? Walau penat macamana pun bila pulang kerja pasti penat itu akan hilang,
Anak-anak itu adalah kupu-kupu surga..
Hatimu pasti tertawan melihat senyumnya..
Ternyata...ada tiga jenis anak-anak yang akan terbentuk hasil didikan ibu bapanya :
PERTAMA : QURATAIYUN
Anak-anak yang sangat menyejuk mata di dunia dan akhirat.
KEDUA : ZINATULHAYATIH
Anak-anak yang menyejukkan di dunia tapi tidak ibadah
(Dalam Surah Al Kahfi (18) Ayat 46)
KETIGA : FITNAH
Anak-anak menjadi cubaan
(Surah Attagabuh (64) Ayat 14 dan 15)
Sememangnya sudah menjadi tanggungjawab kita dalam mendidik dan membentuk anak-anak kecil ini.
Kerana pasti di akhirat ibulah yang paling ditanya tentang tugasnya 'mendidik' anak-anak.
Oleh kerana itu Syurga seorang anak di bawak telapak kaki ibunya.
Bahkan Rasullah SAW pernah di tanya umatnya..
"Siapakah yang patut dihormati selain Allah?"
Rasullah SAW menjawab :
"Ibu.." selepas ibu.. "Ibu" dan selepas itu "Ibu" dan selepas itu barulah ayah"
Renungkanlah:
Sayangilah anak-anak kita.
Kasihanilah kelemahannya,
Tepatilah janji kita yang telah diberikan kepadanya, kerana mereka akan menganggap rezeki mereka adalah dtg dari kita.
"Tatkala kamu memandang wajah anak-anakmu dan engkau merasa senang, maka engkau akan mendapat pahala sebagaimana membebaskan seorang budak"
"Barangsiapa mencuim anaknya, Allah akan menulis satu kebaikan dalam buku catatan amalnya, dan barangsiapa yang tidak menyayangi dia, dia takkan disayangi"
"Seringlah kamu mencium anak kamu, kerna dengan satu ciuman, kamu akan menaiki satu peringkat di surga"
Ketika Rasulallah SAW mendengar isteri seorang sahabatnya melahirkan seorang anak yang berkeadaan cacat, Rasulallah telah bersabda :
"Sesungguhnya anakmu akan menjadi wewangian di Surga"
Begitu indah nikmat Allah..
Sayangilah anak-anak kecil ini,
Mereka adalah kupu-kupu surga kita..
Bahgiakan mereka kerana itu milik mereka..
Berbahagialah bersama kupu-kupu surga kita ;-)
----@ Ummie Aie'sya
tgk muke sya geram agah2 si wafiy, kelakar...hahahha....
ReplyDeletekak emme:benar sekali dong...mmg hari2 dok ketap gigi je geram beb!
ReplyDelete