My photo
Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.

Thursday, April 14, 2011

~Dulu Saya..........~


Salam dan hye,

Hari ini mahu cerita tentang kehidupan saya dan pastinya juga kehidupan kita.
Kehidupan yang sentiasa berputar-putar,
dari anak kecil menjadi dewasa,
Anak dara menjadi isteri orang,
Dari muda menjadi tua.

Kadangkala sebagai manusia kita tak pernah terlepas dari memikirkan tentang dunia,
Semasa dari sekolah lagi,
Kita sebgai anak telah di pertaruhkan harapan untuk kecemerlangan di sekolah,
Setiap kali keluar keputusan UPSR, PMR,SPM dan sebagainya..
Ibu dan Ayah juga turut sama debar,
Sebagai anak?
Kita dah tentu berganda debar,
Walaupun ada setengahnya rasa tak kisah apa keputusan nya.

Dan bila melangkah alam kampus,
Hidup lagi lagi bercorak,
Sungguh warna warni,
Kehidupan jauh dari ibu bapa,
Asalkan tahu membawa diri, jaga maruah dan nama ibu ayah,
Bila nak exam, belajar..
Bila time outing, sungguh-sungguh..
Di kampus, kawan-kawan pengubat duka lara.

Selesai belajar, kita ke alam kerja,
Tekanan bukan lagi tentang exam yang mahukan lulus Dekan,
Tapi kerja juga ada tekanan,
Tekanan kerja itu sendiri, orang sekeliling dan sebagainya.

Hidup seorang pekerja,
Mengajar saya hidup seratus peratus berdikari,
Jauh dari keluarga dah tentu,
Gaji yang saya dapat tidaklah byk..
Tapi cukup untuk sewa rumah dan makan serta pakai,
Kehidupan yang sederhana,

Waktu?
Kalau waktu kerja memanglah suntuk..
Tapi selesai pulang kerja,
Kalau bohsan masih lagi boley kuar gie main boling, tengok wayang, jumpa kwn2  lama.
Hari cuti?
Kemas rumah sekejap dah boley keluar berjalan..
Nak pergi mana?Suka hati je nak pergi mana asalkan tidak keterlaluan batasnya.
Kehidupan saya biasa dan sederhana.
Kawan-kawan sekeliling juga adalah orang-orang biasa.
Dan dulu, kerja saya sering 'oustation'
Jarang hujung minggu saya di rumah..
Namun, saya tak punya komitmen, Jadi saya boley dan berlapang hati untuk kerja luar..
Malah , ada rasa happy dapat ke negeri2 orang...
;-)

Itu kehidupan lalu yang tinggal sejarah,
Sejarah takkan datang kembali tapi ia mampu di ingati,
Ada sejarah lampau yang tak ingin kita ingat,
Ada memori silam yang buat kita senang dan tersenyum bila diingati,
Kehidupan akan berubah sedikit demi sedikit,

Kalau dahulu, hanya masak untuk perut seorang,
maka hanya dicampakkan ke kuali atau hanya beli bungkus!
(yup...boley bilang dengan jari kalau masak pun)
Tapi sekarang masak untuk suami dan anak,
Walaupun penat, masak kena teliti, dan cuba dan cuba masak yang sedap sedap.

Kalau dahulu...lepas maghrib mahu keluar tengok wayang,
Pasti BISA dong...malah tak der nyer nak pikir sangat esok hari kerja ke tak...
Tapi sekarang kalau nak tengok wayang simpan dulu hajat tuh,
Atau lebih baik rehat di rumah..esok kan nak kerja, kesian kat anak..anak nak tdo awal...

Kalau dahulu, hidup seorang basuh kain pun adalah ciput je,
Tapi sekarang macam bukak kedai laundry..
Berkali kali round basuh kain..pastu pening nak ampai baju sebab ruang nak jemur kain kecik je.

Kalau dahulu, nak buat sesuatu keputusan yang remeh, redah je ...
Tapi sekarang awak mesti berbincang, ber'meeting', tak boley nak sesedap rasa je nak tibai!

Kalau dahulu, kalau kawan-kawan ajak jumpa, ohh pasti no hallah...on saja beb,
Tapi sekarang, mesti tanya suami..mesti pikir anak...semua kena fikir..

Kalau dulu, ohh nak pergi Alamanda lah kejap..terus ruuuu bawak keta atau naik bus laju-laju,
Tapi sekarang, kalau nak pi Alamanda, siapkan anak, ingatkan suami, siapkan makanan anak, tarik stroller anak, dan ankut beg diapers anak...

Kalau dulu, eh..minggu ni nak balik kampung lah...trus redah Pudu beli ticket trus naik bus dan sampai Kulim, titik.
Tapi sekarang, mesti bincang, kewangan, cost pulang, cuti suami ade tak, kalau suami bagi naik bus pun mcm tak sampai hati sbb ade anak kecik, kesian dia nak naik bus jalan jauh...kang kalau nangis..uihh..mencabar!

Dan banyak lagi tak tersenarailah kawan..hehehhe..

Memang itulah kehidupan kita berubah...
Bila di telek rasa mcm..penat aje yg banyak kan?
Tapi valuenya?
Subhanallah...bila hidup ada penuh tanggungjawab,
Kehidupan lebih teratur sebenarnya,
Dengan perlahan -lahan kita belajar berdikari,
Perlahan lahan kita mencuba jadi sabar,
Perlahan lahan kita seperti merasa seorang yang berdisiplin,
Perlahan-lahan kita makin rasa ingin dekat dengan Tuhan...
Bila penat...cepat cepat beringat, bahawa pahala seorang isteri dan ibu itu luar biasa,
Bila rasa nak marah atau nak hentak2 barang, cepat cepat beringat,
 "Kemana hilang nnt pahala aku, kalau aku tidak ihklas"
Bila rasa sedey bila tak terlayan kerenah anak, ingatlah itu amanah Allah,
Allah menduga hambanya kerana Allah tahu hamba itu mampu menjalani ujian itu..
Sesungguhnya, bila kita merasa terlalu lelah untuk semua ini,
Ingatlah Allah sedang tersenyum dan menanti untuk memeluk kita..
Jika segalanya adalah kerana Allah, maka takkan ada satu pun rasa 'jahat' yg memburu dalam diri,

Ya. Kita manusia.
Pasti dalam keadaan sedar atau pun tidak,
Kita tewas dlm banyak hal,
Kita turutkan nafsu dan emosi yang membuta,
Dan saat itu sebutlah nama Tuhanmu,
Bila semua yang lelah ini adalah bekalan kita,
Kita tak mungkinmuncung sepanjang hari, malah kita pasti senyum.
Dan bukan mudah mengumpul kekuatan seumpama itu,
Berdoalah selalu, berjumpa dengan Dia, Mohon dan pinta pada nya..
Dia Al-Qawiy yang Maha kuat!..
Allah takkan melupakan hambanya, kerana Dia yang menjadikan dan menciptakan kita.

Dahulu, kehidupan kita berbeza..
Sekarang, kehidupan kita takkan sama seperti dulu.

Dahulu, kita rasa gembira dengan rasa bebas,
Sekarang, kita mampu untuk merasa gembira dengan rasa tanggungjawab...

Dahulu itu kita,
Sekarang ini juga adalah kita...

Dahulu kita merasa kehidupan kita adalah baik dan indah,
Sekarang, kehidupan kita adalah sangat terbaik dan luar biasa indahnya.

Dahulu, kita solat dan mendoa,
Sekarang kita ertikan solat dan sujud dengan doa yang penuh erti demi rasa tanggungjawab itu..
Tangungjawab di dunia dan juga di akhir nanti...

dan....
Dahulu ini saya.....
yang kehidupan sederhana dan hanya kerja ;-D
Hidup yang amat sederhana ...


Dan sekarang saya adalah emmak dan issteri...
Yang lebih rasa bersyukur pada Tuhan, dan yang sentiasa cuba ingin jadi yang terbaik kepada Allah, keluarga dan orang sekeliling...
Moga Allah menjaga rasa dan perasaan itu,
;-)


Kehidupan lalu saya adalah amat biasa,
Waktu saya juga seperti manusia biasa,
Bila waktu solat saya solat, bila waktu kerja saya,
Tanpa kisah untuk apa dan untuk siapa..

Tapi sekarang saya mahu perubahan itu,
Saya mahu betul betul secara dalam untuk apa dan untuk siapa hidup saya..
Kerana dulu walaupun saya orang-orang biasa saja,
Allah tetap sayangkan saya,
Beri saya keluarga, keluarga baru, beri saya anak, 
Beri saya rezeki yang cukup, 
Beri suami yang sentiasa mendidik jiwa ketuhanan pada saya
Allah beri segalanya, walaupun saya tidak seratus peratus beri pada Allah..
;"(

Saya mahu betul betul Allah menerima saya,
Menerima solat dan sujud saya,
Mahu bekerja kerana ibadat,
Mahu rasa penat yang ikhlas kerana sedar itu bekalan akhirat,
Saya mahu sentiasa  lakukan semuanya dengan ikhlas dan redha,
Saya mahu menepis kuat kuat rasa yang tak baik datang,
Saya tak mahu perasaan curiga jadi duri daging saya,
Saya mahu Allah terus bersama saya, kuat kan hati dan diri saya,
Saya hanya manusia.
Tiadanya saya di dunia kalau bukan kerana Allah.

Moga Allah bersama kita dan menerima kita.AMIN.

"When my hearth is broken, I was realize Allah's love indeed for every servant, then i 'll be happy and thankful"
Thank you Allah.

-----@ Ummie Aie'sya

2 comments:

  1. semoha kita sama2 dpt lalui kehidupan sekarang ini dgn penuh ikhlas krn Allah, jlnkan tanggungjwp and amanah yg diberi-Nya. insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Fad : Amin..insyaallah Fad..May Allah guide us!;)

    ReplyDelete

 Baby Birthday Ticker Ticker
Lilypie First Birthday tickers

Lagu Kita

Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...