Salam dan moga hari ni penuh keberkahan buat kita. :D
So senyum please.............
Saya terpanggil untuk meluahkan yang tersimpan,
Luahan yang bukan menjatuhkan sesiapa,
Dan setiap baris perkataan yang bakal di persembahkan bukan pula berniat mengguris sesiapa,
Ini tentang realiti kehidupan saya sendiri,
Realiti yang saya sendiri hadapi.
Saya tak ingat hari apa,
Tapi yang pasti dalam bulan ini,
Saya terima message dari seorang kawan,
Kawan yang sama sama kerja di Bintang dulu,
Nak dijadikan cerita ,
Kawan ini telah 'text' saya dan bertanya khabar,
Dan kawan ini bertanyakan tentang saya dan keluarga,
Saya beritahu dia minggu tersebut suami saya outstation,
Dan suami pakai kereta, jadi saya mungkin tak dapat hadir majlis dia.
Kami taklah rapat kenal2 gitu je,
Kawan saya ini kemudian pun text lagi..
"Sya, suami ko selalu outstation ek? Macamna ek ko tinggal berdua dengan anak, aku tak boley lah...huhu"
Buat pengetahuan, bakal suami dia juga banyak kerja luar dan dia takot tak dapat nak terima..
Jadi saya jawab,
"Mula-mula dulu cam tak biasa, lama-lama biasalah...hehhehehe"
itu je saya jawab...
ok itu bab yang pertama.
Bab kedua.
Kawan saya ini tanya tentang pekerjaan,
Saya belum bekerja tetap, malah kontrak saya pun akan habis bulan 6,
dan kawan saya tanya lagi...
" Sya, ko tak sedey ke sekarang kerja camni, gaji seket?
dan dia tanya lagi....
" Ko tahu tak si Pulan dan si Pulan tu dah beli rumah kau, besar tau, kau bila lagi??"
Semuanya saya hanya jawab secara biasa dan tak keterlaluan...
"insyaallah ada rezeki nanti...:D"
Anggap saja kisah kawan saya ini seperti orang sekeliling kita juga.
Yang sering melihat jatuh bangun kita.
'
'
'
'
'
'
Kita bukak bab pertama,
Bagaimana hidupnya seorang isteri dan anak apabila suaminya tiada di rumah.
Dulu, kehidupan kurang sepuluh tahun dahulu,
Saya tak sekuat sekarang,
Saya sering mempertikai mengapa hidup begitu dan mengapa tak begini?
Memang penat.
Saya sering merasa kehilangan. Merasa tersisih. Merasa kurang.
Merasa dah mencuba sedaya upaya, tapi masih tak berjaya.
Akhirnya, kehidupan di masa itu, saya menjadi seorang yang tidak yakin.
Seorang yang tidak semangat.
Saya solat. Tapi hati masih tak tenang.
Segala yang negatif penuh dalam diri.
Saya tak fikir saya boley berubah.
Akhirnya saya merasa malas.
Belajar pun sambil lewa.
Bertahun tahun berlalu.
Saya masih sama.
Melakukan rutin kehidupan biasa.
Dan beberapa tahun terdekat ini.
Kehidupan betul betul mengajarkan saya.
Erti yang sebenar.
Erti perjuangan.
Erti Rahmat Tuhan.
Erti Sabar.
Erti rezeki dan nikmat Allah.
Saya sedar, isteri mana mahu sentiasa ditinggal tinggalkan.
Malah seorang isteri merasa damai bila suami di sisinya.
Merasa yakin dan selamat.
Itu tanggungjawab dan disitulah letaknya syurga kita.
Setiap perkara yang pertama kali berlaku dalam hidup kita pastilah kita merasa janggal,
Merasa tidak biasa,
Tapi apabila berulang rulang kali,
Ia seperti lali dan boley diterima,
Walaupun kadangkala ada rasa memberontak di jiwa,
Bagaimana ? Bagaimana buangkan perasaan negatif itu?
Kerana saya tersedar,
Hidup saya bukan milik saya.
Keluarga saya juga bukan milik hakiki saya.
Allah pinjamkan kepada saya, demi rasa cintanya Allah pada hambanya,
Untuk merasa nikmat bekeluarga,
Jadi seharusnya bagaimana saya mahu berbongkak mengatakan tidak pada ketentuanNYA.
Betapa malu berhadapan dengan Tuhan, apabila kedekut membahagi rasa,
Suami bekerja dan berjuang untuk anak dan isteri,
Tapi saya di sini?
Jadi...saya tanam dalam dalam dihati,
Bahwa Tuhan sudah berbaik hati memberikan segalanya,
Seharusnya di balas, seharusnya meredhakan dan mendoakan suami,
Supaya penat lelahnya diringankan dan dimudahkan.
Moga mengalir sama pahalanya kepada anak, isteri dan keluarga yang ditinggalkan,
Bila bersedih dan sunyi,
Lalu terus ingat dalam diri,
Siapa yang melihat dan menunggu kita,
Pastinya Allah,
Dan bila keyakinan itu datang, hati pasti tenang,
Yang kusut di leraikan,
Yang pilu lurut dalam senyuman,
Kerna janji Allah itu luar biasa.
Begitu dan sama juga bab keduanya,
Mengapa aku tak sekaya dia dan hidupku tak sehebat dia?
Rezeki itu datangnya dari Allah,
Melihat kebendaan, pasti mahu merasa ingin memiliki,
Jadi, Allah tak melarang jika kita berusaha asalkan tidak keterlaluan,
Biar istiqamah, jadikan tujuan hidup adalah kerana Tuhan,
maka Allah akan menyenangkan hati kita.
Menyenangkan hati bukan bermaksud Tuhan memberi segala kekayaan dunia.
Tapi Tuhan memberikan kita rezeki setiap hari,
Sesuap nasi hari ini adalah rezeki kita ;-)
Maka kita tak kan bersedih hati melihat kawan kita membeli kereta baru atau sebagainya,
Malah doakan rezekinya diperluas dan dipermudah,
Subhanallah melimpah limpah kekayaan akhirat kita. AMIN!
Indahkan janji Allah?
Takkan ada sekelumit rasa benci Tuhan kepada hamba yang bersyukur,
Hidup kita pasti tenang,
Jika setiap hari kita berdoa,
Dan merasa sehingga hari ini Tuhan belum memakbulkan kita,
Percayalah suatu masa nnt pasti!
Allah pasti makbulkan.
Jika bukan di dunia, maka di akhirat kelak.
Jika kita selalu berdoa pada Allah di perluaskan rezeki,
Allah itu Maha Dengar,
Walaupun sehingga hari ini kita tak kaya sekayanya,
Tapi Allah menyelamatkan kita dari bencana atau kemalangan,
Dan itulah cara Allah perkenankan doa kita.
Biarlah kaya sekayanya di akhirat.
Biarlah bahgia sebahgianya di akhirat.
Kerana di sana lah yang hakiki dan abadi.
Setiap hari saya masih memohon Allah terus beri kekuatan pada saya dan keluarga,
Setiap saat dalam hati saya , saya mohon Allah lindungi perasaan saya,
Perasaan manusia boley berubah,
Dekatlah pada Tuhan,
Sabar dan solat adalah penolong kehidupan kita di dunia....
"Wahai orang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu"
(Surah al-Baqarah : ayat 153)
Moga setiap hari kita terus dibantu Allah.
Saya dan juga kita. :D
Amin Ya Allah.
SMILE.
SENYUM.
------@ Ummie Aie'sya
anak itu rezeki,
ReplyDeletebersyukur dgn ape yg ade je la kan??
insyaAllah kalau berkat hidup kite, xsemewah mane pun ttp bahgia je di smping org tersayang, tu penting :)
salam yong...
ReplyDeletemasyaAllah...tiada kata menggambar rasa
sedikit dicerita biarlah yang lain rahsia
apa yang utama matlamat hidup didunia
ianya fana, sekejap, sementara...
Kuingat kata-katamu
ditelan pahit, diluah tak mampu
bekalan iman penguat kalbu
cahaya mata anugerah Yang Satu
Penghibur hati pengubat sendu
Mungkin ada yang tiada memahami
erti bahagia itu sendiri
bukan pada rumah, kereta atau wang meninggi
tapi pada hati yang sentiasa merestui
perjuangan suami dan diri sendiri
Redha Allah jualah yang kita cari...
Terbaik yong...i alwaz grateful for knowing you and having you as my best friend....
Nano : itula, anak tu adalah anugerah Allah paling hebat. Sebak dan sedih bila Allah sgt sygkan kita dan percaya pada kita.
ReplyDeleteAza : huhuhu, anonymous pun oklah kan..hehhehe,
ReplyDeleteaza, tenkiyu! tenkiyu!
Saya juga bahgia dan sangat beruntunga punya kawan baik seperti kamu!
luv you alwez.
Subhanallah..sama2lah kita fikir betapa indahnya jika rezeki kita diberkati olehNya..
ReplyDeleteperjalanan hidup kita pon akan tenang & damai bersama yang tersayang jika rezeki itu diberkati..
Allah xkan memberikan kesusahan kepada umatnya sekiranya umatnya selalu ingat padaNya..
Sama2lah kita kejar amal ibadahNya..itulah bekal rezeki yang akan kita bawa kelak padaNya..masyaAllah..
Ibu Qis : Amin Ya Allah. Amin. Insyaallah kak CT moga kita semua dimudahkan Tuhan. :_)
ReplyDeletesesungguhnyer Allah maha mengetahui atas apa yang berlaku...
ReplyDeleteLain orang lain definisi bahagia nya, akak pon kontrak uollss, abes bulan 6 nih. Tapi tawakal je lah demi anak.
ReplyDeleteSekarang ni, walau duit ujung2 nyawa pon masih lagi boleh tersenyum..
I nak like entry ni!Hehehe...
ReplyDeletekalau kita bersyukur, kita takkan rasa kurang, kalau kita bersabar, kita akan rasa tenang, kalau kita redha, kita akan rasa bahagia....
kepada isteri2 yg selalu ditinggal suami (seperti kita berdua) jom kita tabah! suami pergi carik rezeki, kalau kita isteri redha, insyaAllah suami pun senang hati, rezeki pun berkat... :P
kak chomel : Ye Allah Maha Tahu kan :-)
ReplyDeleteKak ilot : itulah, bersyukur dgn apa yg ada, Pahat pun happy dan membesar dgn sihatnya!;-)
Xiet : Amin!thanks, Allah itu Adil. Dia tahu segala yang tidak kita tahu...thanks Xiet!
suke entri ni, suke! ramai antara kte yg lupa, lupa tujuan kite hidup di dunia ni adalah krn-Nya.
ReplyDeleteFad : Tuula, kite mudah lupe kan..I pun selalu lupa. sering igtkan diri sendiri. ohh please My God! Tak mahu lagi lupa, huhuhu
ReplyDelete