My photo
Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.

Friday, March 18, 2011

~Bicara Doa Suamimu, Bicara Doa Isterimu~


Salam Jumaat dan selamat pagi,
Hari ini hari Jumaat,
Alhamdulillah kita masih dihidupkan dengan penuh nikmat kasih sayang,
Kasih dan Sayang Ar Rahman Ar Rahim,
Begitulah indahnya cinta Allah,
Begitu kasihnya Allah pada hambanya,
Di setiap penjuru dan genap bumi ini,
Allah menyediakan tumbuh tumbuhan, buah buahan serta hujan,
Untuk manusia hidup dalam keselesaan,
Tiada lapar, tiada dahaga,
Disediakan matahari supaya terang dan senang mencari rezeki,
Kemudiannya Allah membaluti bumi dengan malam,
supaya manusia mampu merehatkan diri dan tidur dengan nyenyaknya,
Tiada ragu dengan kasihnya Allah,
Malah Allah memberikan keluarga untuk kita bersenang lenang,
Memberikan suami, memberikan isteri,
Supaya hati kita aman dan tenteram....
Subhanalahh....

Doakan lah pada suamimu...doakanlah buat isterimu,
Doa adalah bicara katamu pada Allah..
Allah yg menurunkan mu didunia dan Allah juga akan menjemputmu suatu hari kelak,
Bismillahirrahmanirrahim,

" Ya اَللّهُ, 
Engkau tautkan hati-hati ini berhimpun dalam cinta kepadaMu, 
Temukanlah hati ini dalam taat kepadaMu, 
Satukanlah hati ini dalam dakwah kepadaMu, 
Yakinkanlah hati ini dalam membela syariatMu.  
Teguhkanlah ya اَللّهُ ikatan ini, 
Kekalkanlah cinta kasihnya, 
Tunjukilah jalan-jalan nya. 
 Penuhi hati-hati ini dengan cahayaMu yang tak pernah pudar, 
lapangkanlah dada-dada kami dengan kelimpahan iman kpdMu dan takwa kpdMu.  
Hidupkan hati ini dengan makrifat padaMu. 
Matikanlah dalam syahid di jalanMu ".

AMEEENN YA ALLAH...


Syurgamu di telapak kaki suamimu...
Redhanya Allah adalah apabila suamimu meredhakan segala tentang dirimu,
Taatilah suamimu demi mengejar cintanya Allah,
Patuhilah suamimu kerna dia pembawa Syurga Jannahtul Firdaus untukmu...
Moga Allah bimbing langkah kaki kita...aminnn...

-----@ Ummie Aie'sya

8 comments:

  1. flash back nampak, hehehehe...

    ReplyDelete
  2. lama sgt kot tak tgk gambaq nikah ni kak emme..
    asik gambo wafiy je..ehehhehe

    ReplyDelete
  3. iye cik sue..taklama lagi dah nak puan sue...
    hehehehhehe..
    kak sya doakan moga dipermudahkan..;D

    ReplyDelete
  4. sy juga mahu jd penghuni syurga jannatul firdaus itu ^_^

    ReplyDelete
  5. ye Yana..insyaallah..didoakan selalu..
    moga jadi isteri solehah amin! ;-)

    ReplyDelete
  6. moga kita semua jadi isteri yg solehah.mahu bersama hingga ke syurga bersama suami tersayang :)))

    ReplyDelete

 Baby Birthday Ticker Ticker
Lilypie First Birthday tickers

Lagu Kita

Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...