My photo
Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.

Monday, March 7, 2011

~Hari Ini...~



Hari ini kau bangun tanpa ada yang mengganggumu,
Tapi esok siapa yang mampu menjanjikan hal yang sama?

Hari ini rutinmu dimulai dengan mensucikan diri,
Mandi dan terus berwuduk untuk Solat Subuhmu hari ini...

Hari ini dengan penuh ikhlas dgn kewajipanmu, kau menuju ke dapur,
Menyediakan keperluan buat mengisi perut keluargamu,

Hari ini kau melihat wajah wajah mereka satu persatu,
Bicara yang keluar dari mulut mereka,
Senda gurau mengusik sesame mereka,
Kau bahagia kerana melihat mereka bahgia,

Hari ini kau menciumi lembut tangan suamimu,
Tanda sayang sebelum suamimu terus mencari nafkah buat keluarga,
Anak-anakmu menciumi tanganmu tanda kasih dan mohon redha meneruskan perjuangan di dunia luar,
Dalam sendu setia,
Hatimu tak pernah berhenti berdoa,
Mendoakan keluargamu, satu persatu,
Moga hari ini keselamatan dan barakah Allah buat mereka….

Hari ini kau juga melangkah keluar dengan izin menuju tempat kerjamu,
Walaupun di rumah tadi masih bersisa lelah yang ada,
Tapi kau maju terus menghadap tugasmu,
Demi membantu suami memenuhi keperluan keluargamu….

Hari ini yang kau pasti,
Pasti takkan datang berulang kali,
Hari ini takkan pernah sama dengan hari esoknya,
Segala percaturan dunia pasti beredar meninggalkanmu,
Akur dan redha,
Itu bukan milikmu,
Itu pinjaman buatmu….

Suamimu…
Anak anakmu…
Pernah kah dibayangkan tanpa mereka disisimu?
Bagaimana hidupmu jika tiada mendengar gelak tawanya di telingamu?

Satu persatu datang sepantas masa yang berjalan,
Tiada yang berhenti menunggumu,
Kehidupanmu adalah milik Dia,
Menanti waktu dan masanya,
Kau pasti kembali ke sisinya,
Demi melihatkan persembahan dunia itu,
Kau pejam mata seeratnya…
Segala yang ada pasti di pulangkan,
Maka hatimu lebih redha,
Maka jiwamu kian tenang tiada gundah,
Rutinmu dijalani seperi biasa,
Keluargamu dijagai penuh kasih sayang tiada hentinya…
Kerana kau meyakini Dia yang Melihat itu melihat gerak langkahmu,
Dia melihat penat lelahmu,
Maka usah di keluhkan lagi,
Penat yang kau rasa itu bekal untuk kau disana,
Setiap pergerakan mu untuk anak-anak juga suamimu,
Moga menjadi zikir amal mu yang tiada henti,
Hanya satu… ikhlaslah dengan segalanya,

Kadangkala kau merasa kepayahannya,
Nikmat manis itu kau merasa pahit bagaikan hempedu,
Mahu di telan, pahit .
Mahu di luah, takkan kau mampu …
Itulah pengorbananmu,
Jangan disiakan…
Teruslah yang lelah itu diniatkan pada Dia yang melihatmu,
Nikmat bahgia itu pasti datang,
Yang Manis itu pasti dijanjikan buatmu,
Kerana Janji Allah itu adalah pasti…………..
Gamitlah cintaNya terus mendekat denganmu….
Runtunlah hatimu yang berlagu sendu itu…
Di dalam sujud rindu kepada Tuhanmu……..
……………………………………………………………………………


-------@ Ummie Aie’sya


4 comments:

  1. yea...ari ni kan ari Isnin, kerja la kite, moga rezeki diberkati....

    ReplyDelete
  2. kak emme:kerja tekun seadanya!
    ameeennn!

    ReplyDelete
  3. terima kasih yong....macam paham2 je gundah gulana di hati...

    moga menjadi penyuntik semangat diri...

    ReplyDelete
  4. same2 za...
    insyaallah..moga aza dipermudahkan semuanya...
    azam + mind set + usaha + doa + tawakal = ibu dan isteri yg suksess dunia akhiraat
    ameeenn!

    ReplyDelete

 Baby Birthday Ticker Ticker
Lilypie First Birthday tickers

Lagu Kita

Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...