My photo
Saya adalah seorang Hamba Allah.Saya juga seorang anak.Saya adalah isteri dan umie kepada gemboi-gemboi saya.Saya bahagia dengan nikmat Allah selama ini.Alhamdulillah.

Friday, March 11, 2011

~Jumaat Yang Indah~


Salam,
Ye...hari ini hari jumaat,
Alhamdulillah jumpe lagi Jumaat hari ini ;-)
May Allah bless all of you...


Fadilat berkaitan hari Jumaat, iaitu penghulu bagi segala hari:


ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.


Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Siapa yang membuka surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam.”


Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum sembahyang Subuh Astaghfirullahalladzim allazi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut.”
Dari Abu Hurairah katanya, dia mendengar Nabi bersabda, “Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat, melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya.”
Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai) tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik.”


Nabi Muhammad bersabda, ” Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat).”                                                                      
Tetibe rindu...
Rindu Rasulallah.......
Selawat ke atas nabi....
"ya Allah...temukan kami kelak dengan Rasullallah..."
AMIN!


------@ Ummie Aie'sya

3 comments:

  1. selamat hari jumaat sya
    ari last bekerja minggu nih...
    hihi...Indah kurasakan....

    ReplyDelete
  2. TQ atas info yang diberi berkaitan hari jumaat.. Moga hari ini berkati oleh-Nya hendaknya..AMIN..

    ReplyDelete
  3. kak emme : moga yang indah adalah kerna keberkatannya...kak emme!be happy!Allah luv u!

    Nazri : same2...insyaallah..amin ya Allah..

    ReplyDelete

 Baby Birthday Ticker Ticker
Lilypie First Birthday tickers

Lagu Kita

Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...